Tan Aik Mong, BAM dan Bintang Tiga(Parti Komunis Malaya)

Dua tiga hari lepas, aku ada menulis sedikit di dalam blog ni, meminta campur-tangan YB Khairy Jamaluddin di dalam PERGOLAKAN yang sedang berlaku di dalam Persatuan Badminton Malaysia, atau Badminton Association of Malaysia(BAM).

Nak jadi KEBETULAN, akhbar-akhbar hari ini melapurkan PERLETAKAN JAWATAN Tan Aik Mong, Talent Management Group director….selepas 2 minggu memegang jawatan tersebut. Cuma yang aku kurang faham ialah kenyataan Presiden BAM, Tengku Mahaleel, sebagaimana dilapurkan oleh akhbar NST bahawa, ‘Aik Mong is an honourable gentleman who came forward to help BAM make the changes in the set-up as a VOLUNTEER’.

Aku terpegun bila terbaca bahawa penglibatan Tan Aik Mong adalah secara VOLUNTEER, bermakna SUKARELA. Aku rasa kurang percaya, mungkin NST salah lapur, atau aku salah faham. Apa yang membuat aku betul-betul bingung ialah, bagaimana seorang VOLUNTEER, boleh menjadi begitu berkuasa di dalam tempoh 2 minggu sahaja setelah dilantik ke jawatan berstatus VOLUNTEER tersebut, sehingga menimbulkan tidak senang kepada para jurulatih berpengalaman dan professional seperti Rashid Sidek.

Aku sudah agak, orang yang GELOJOH dan suka buat KELAM-KABUT seperti ini, tak akan bertahan lama. Tup, tup….terpaksa letak jawatan selepas sempat ‘bermaharajalela’ selama 2 minggu. Berdasarkan kepada PANTASNYA episod ini berlaku dan berlalu, aku percaya, tentu ada TANGAN GHAIB yang begitu berkuasa telah memaksa Tengku Mahaleel U-TURN sepenuhnya dari kenyataan-kenyataan beliau beberapa hari lepas.

Sekiranya TANGAN GHAIB itu adalah tangan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, aku tidak ada pilihan selain dari ANGKAT TOPI, tanda penghormatan dan tahniah tidak terhingga di atas TIMELY INTERVENTION, bagi mengelakkan ‘unsur-unsur’ DAP dari percubaan merebut kuasa di dalam BAM.

Memandangkan Tan Aik Mong hanya sempat ‘bermaharajalela’ hanya selama hanya dua minggu, aku terkenang cebisan sejarah Tanah Melayu pada tahun 1945, apabila Tentera Jepun secara rasminya menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu. Tetapi, dari tarikh Tentera Jepun menyerah diri tersebut, terdapat tempoh DUA MINGGU sebelum kembalinya Tentera British di Pelabuhan Port Sweetenham, Kelang. Di dalam tempoh tersebut, hanya terdapat beberapa unit tentera British Force 136 yang telah mendarat di Tanah Melayu.

Tempoh dua minggu tersebut telah cukup untuk memberikan ruang dan peluang kepada Regimen-Regimen PKM yang dikenali sebagai BINTANG TIGA untuk mengambil-alih kuasa pemerintahan di bandar-bandar besar dan kecil di seluruh negara. Di dalam tempoh dua minggu tersebut, Bintang Tiga telah BERMAHARAJALELA dengan menangkap dan menghukum mereka-mereka yang disyaki bekerjasama dengan Tentera Jepun, sehingga menimbulkan konflik perkauman antara Melayu dan Cina.

Kalau ye pun ada kekosongan dua minggu, tunggu le Tentera British sampai balik dulu sebelum diadakan ‘kangaroo court’ di mana ramai yang tidak berdosa telah dihukum dengan cara-cara yang amat kejam.

Tan Aik Mong mungkin telah banyak membuat kesilapan semasa memegang jawatan Talent Management Group director. Sepatutunya beliau perlu menggunakan tempoh dua minggu sekadar untuk memahami struktur pentadbiran BAM sediada, dan berbincang dan berunding dengan jurulatih-jurulatih professional seperti Rashid Sidek. Dah faham, barulah kemukakan cadangan-cadangan membina, tanpa MEMIJAK KEPALA sesiapa.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s