Tata-Etika Ahli UMNO(Tatacara Pemilihan UMNO) – Benteras Politik Wang, ATAU Benteras Kempen?

Aku percaya, semasa aku menulis posting ini, DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, masih berada di Amerika Syarikat sempena Perhimpunan Agung PBB. Sebagaimana kita semua maklum, DS Najib telah mengambil kesempatan untuk melawat HQ beberapa syarikat gergasi berasaskan internet, termasuk Google. Dari reaksi ‘body language’ beliau, beliau amat terpesona dengan budaya kerja di syarikat-syarikat yang beliau lawati…..budaya kerja ala-Amerika.

Tidak dapat dinafikan bahawa Amerika telah memberikan sumbangan besar terhadap kemajuan teknology dan TAMADDUN MODEN dunia. Negara kita banyak terhutang budi dengan Amerika, termasuk peranan Amerika di dalam Perang Vietnam yang menjangkau beberapa dekad di saat fahaman Komunisma sedang disemarakkan oleh Rusia dan China di era ‘perang dingin’. Tanpa peranan Amerika menahan perluasan wilayah kuasa regim-regim komunis di Vietnam, banyak pihak percaya, seluruh Asia Tenggara akan jatuh kepada kuasa-kuasa Komunis berdasarkan apa yang dipanggil ‘domino theory’.

Walaupun sistem ‘democracy’, atau ‘rule by the people’ dikatakan bermula di Athens, Greece, sistem demokrasi subur di bumi Amerika. Tersergamnya bangunan-bangunan seperti Capitol Hill di Washington menjadi lambang di mana SUARA RAKYAT menentukan hala-tuju perjalanan negara. Sistem demokrasi juga subur di United Kingdom dan kebanyakan negara-negara Eropah. Apa yang menarik, walaupun Amerika dan negara-negara Eropah adalah pelupur sistem demokrasi, dan pilihanraya umum diadakan setiap 4-5 tahun sekali sebagaimana di negara kita, rakyat mereka hanya ‘berpolitik’ 4-5 tahun sekali juga, itu pun paling lama dalam tempoh beberapa bulan sebelum PRU negara mereka. Lain dengan kita di Malaysia, apabila parti-parti politik, TERUTAMA PEMBANGKANG, yang ‘berpolitik’ 24 jam sehari, 365 hari setahun, pendeknya sepanjang masa….habis sahaja satu PRU, parti-parti politik mula sibuk bersedia untuk PRU berikutnya pula.

Dari pengalaman kita mengikuti Pilihanraya Presiden Amerika, jelas terdapat elemen-elemen PENGGUNAAN WANG dan KEMPEN-KEMPEN di dalam proses pemilihan dalaman parti-parti, dan pilihanraya Presiden dan Senate mereka. Sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi Presiden Amerika semestinya seorang JUTAWAN, kalau tidak jangan mimpi nak jadi Presiden Amerika. Kempen-kempen memilih calun-calun Presiden dari kedua-dua parti Democrats dan Republican, berjalan dengan ‘agressive’, termasuk perdebatan-perdebatan terbuka di berbagai-bagai channel TV. Bezanya dengan kita ialah, mereka telah berjaya menyerapkan budaya ‘civilised’ di dalam berkempen, sementara terdapat peraturan-peraturan yang kemas bagaimana seseorang calun mendapatkan DANA KEMPEN, bagi menggerakkan jentera kempen. Semua pihak memperakui bahawa di antara punca Barrack Obama terpilih sebagai calun parti Democrats di dalam PR Presiden ialah kerana beliau berjaya menguasai DANA KEMPEN yang jauh lebih besar berbanding pencabar terdekat beliau Hillary Clinton.

Memang berlaku apa yang kita panggil ‘politik wang’ di dalam sistem pilihanraya Presiden dan Senate Amerika, tetapi ianya lebih kepada untuk membiayai ‘Jentera Professional’ kempen yang memerlukan ratusan juta dollar….tetapi tidak sekali-kali untuk membeli undi dari para perwakilan parti, atau rakyat. Malah calun-calun diwajibkan mengisytiharkan jumlah dan punca dana DANA KEMPEN mereka. Memandangkan penggunaan dana sedemikian rupa diBENARKAN, dengan peraturan tertentu, penggunaan wang dan dana tidak dipanggil politik wang di Amerika.

Aku percaya, DS Najib dan UMNO, boleh mengkaji perlaksanaan sistem pemilihan calun-calun dalaman parti, dan pilihanraya Presiden dan Senate di Amerika. Kita tentu sekali tidak bersetuju menggunakan wang untuk ‘membeli’ undi dari pengundi. Tetapi, kita wajar menerima kenyataan bahawa wang dan dana diperlukan di dalam aktiviti KEMPEN, dan KEMPEN AMAT PENTING di dalam penyampaian VISSI DAN MISSI calun-calun tertentu. Ini sebenarnya TELAH berlaku di dalam PRU di Malaysia. Tetapi KENAPA, di dalam konteks PEMILIHAN DALAMAN PARTI, aku secara ikhlas berpendapat terlalu banyak KEKANGAN dan HALANGAN dikenakan.

Bagi aku, calun-calun di dalam PEMILIHAN UMNO semua peringkat, wajar dibenarkan berkempen, mengeluarkan kenyataan-kenyataan di akhbar, mengambil bahagian di dalam debat dan dialog dan sebagainya. Hanya dengan cara ini kita dapat menilai TOTAL STRENGTH bakal-bakal peneraju parti dan negara kita.

Di dalam konteks semasa kita, Lembaga Pemilihan UMNO, perlu melonggarkan beberapa peraturan yang terkandung di dalam buku ‘Tataetika Ahli UMNO’. Kita wajar membenteras budaya ‘membeli undi’, tetapi kita wajar melonggarkan pewujudan ‘jentera kempen’ dan AKTIVITI KEMPEN, termasuk menggunakan media sosial. Tindakan hanya boleh dikenakan ke atas mereka yang membuat dakwaan-dakwaan palsu, memfitnah pihak lain dan sebagainya.

Hanya dengan melonggarkan ‘kekangan’ seperti berkempen dan membuat kenyataan-kenyataan media, PARA PERWAKILAN CAWANGAN yang seramai lebih 140,000 orang akan dapat menyelami hati-budi, kelebihan-kelebihan dan keistimewaan yang ada pada calun-calun yang telah tampil ke hadapan untuk menawarkan khidmat dan jasa mereka kepada parti UMNO, agama, bangsa dan negara.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s