Wajarkah Shahrizat Mengemudi Wanita UMNO Menjelang PRU14?

Shahrizat mempunyai segalanya untuk meneruskan amanah sebagai Ketua Wanita. Malang sedikit, beliau sedikit tercalar di atas faktor-faktor yang tidak ada kaitan secara lansung dengan beliau. Kalau pun adalah secara ‘in-direct’ atau tidak lansung.

Anehnya, di dalam politik, PERSEPSI memainkan peranan yang amat penting. Lihat sahaja sokongan pengundi India kepada HINDRAF menjelang PRU 2008. Walaupun dakwaan-dakwaan dan tuduhan-tuduhan HINDRAF terhadap UMNO adalah tidak benar, tetapi PERSEPSI kaum India pada saat-saat akhir menjelang PRU 2008 telah ‘melemaskan’ ramai pemimpin kanan MIC.

Bagi perwakilan Wanita, mereka perlu menyongak dan mengira, apakah isu-isu National Feedlot, dan terbaru, tuduhan rasuah terhadap bekas Setiausaha Politik Sharizat, boleh disapu bersih di dalam beberapa bulan akan datang, supaya menjelang PRU14 akan datang, isu-isu tersebut tidak menjadi LIABILITY kepada Wanita UMNO, UMNO dan BN. Kita semua sayang kepada Shahrizat, sebagaimana kita juga sayang kepada UMNO dan BN. Oleh itu, Shahrizat bertanggung-jawab untuk meyakinkan para perwakilan bahawa beliau akan mampu ‘menguburkan’ kedua-dua isu tersebut di dalam masa terdekat, beberapa tahun sebelum PRU14.

Namun begitu, aku percaya, ramai juga di antara Para Perwakilan Wanita yang tidak akan menaruh keyakinan bahawa Sahrizat akan mampu menghilangkan PERSEPSI negatif melibatkan dua isu tersebut. Golongan ini besar kemungkinan akan membuat keputusan bahawa Wanita UMNO, UMNO dan BN itu jauh lebih utama dari individu bernama Shahrizat. Mereka yang berpegang kepada pendapat ini besar kemungkinan akan lebih cenderung untuk memilih seorang individu alternatif, yang belum terpalit dengan PERSEPSI negatif, untuk mengemudi Wanita UMNO menjelang PRU14.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s