ULAMA Dan GOLONGAN PEMIMPIN Masyarakat Melayu Yang Mampu MEMPERKASAKAN UMNO

UMNO adalah WADAH INDUK perjuangan memartabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Malang bagi UMNO, hanya sebahagian kecil ‘golongan pemimpin’ di dalam masyarakat Melayu bergiat cergas di dalam UMNO, walaupun seluruh jiwa dan raga mereka menyokong apa yang diperjuangkan oleh UMNO.

Akhir-akhir ini mula ada perbincangan serius di dada-dada akhbar berkenaan cadangan untuk menubuhkan SAYAP ULAMA di dalam UMNO, sebagaimana terdapat Dewan Ulama PAS sebagai salah satu sayap di dalam PAS. Aku percaya cadangan ini berpunca dari kurangnya pemegang-pemegang jawatan di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi 4-peringkat UMNO terdiri dari mereka yang telah mendapat pendidikan tinggi/universiti di bidang ILMU-ILMU WAHYU. Buat masa ini, golongan ini biasanya hanya dijemput untuk membaca doa pembukaan persidangan/perhimpunan UMNO, mengimamkan solat jemaah, dan paling hebat dilantik sebagai AJK Biro Agama UMNO Cawangan dan Bahagian.

Keadaan ini timbul bukan disebabkan ahli-ahli tidak memilih mereka di dalam proses pemilihan parti. Sebenarnya, golongan ULAMA ini biasanya tidak mahu terlibat di dalam ‘perebutan’ jawatan. Mereka biasanya hanya akan ke depan bila dilantik ke jawatan-jawatan tertentu di dalam parti.

Sebenarnya GOLONGAN ULAMA bukanlah satu-satunya golongan yang gagal dimenafaatkan oleh UMNO dengan baik. Di antara mereka yang tergolong di dalam golongan PEMIMPIN MASYARAKAT MELAYU yang belum dimenafaatkan sepenuhnya oleh UMNO ialah:
1. GOLONGAN PROFESSIONAL termasuk Doktor, Jurutera, Arkitek, Peguam, Hakim, Akauntan, Jurukur Tanah, Jurukur Bahan, Perancang Bandar, Juru Odit dan sebagainya.
2. GOLONGAN KORPORAT termasuk Pemaju, Kontraktor, Pengilang, Pengimport, Pengeksport, Pemilik-Pemilik Syarikat-Syarikat Tersenarai di Bursa Saham dan sebagainya.
3. GOLONGAN CENDIKIAWAN di bidang pendidikan termasuk Rektor Universiti, Dekan, Ketua Jabatan, Professor, Professor Madya, Pensyarah, Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru dan sebagainya termasuk Pesara.
4. PEGAWAI TINGGI KERAJAAN, termasuk pegawai-pegawai PTD, KSU Kementerian, TKSU, Ketua Pengarah, Ketua Jabatan, Pegawai Tinggi Polis dan Tentera, dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan, termasuk juga Pesara Pegawai Tinggi Kerajaan.
5. KELUARGA DI RAJA, selain dari yang menjadi Yang Dipertuan Agung, Sultan dan Putra Mahkota.
6. GOLONGAN BLOGGERS Pro-UMNO/BN.

Aku percaya tidak sampai 20% dari 7 golongan tersebut di atas berminat untuk MEREBUT JAWATAN di dalam UMNO Cawangan, Bahagian dan MKT bagi 4 peringkat. Tetapi mereka majoritinya adalah PENYOKONG UMNO, dan sentiasa bersedia untuk turut menyumbangkan jasa kepada UMNO jika khidmat dan buah fikiran mereka diperlukan.

Sudah sampai masanya, UMNO mencari PERMATA YANG HILANG ini, demi memperkasakan UMNO, dan menjamin kelansungan KUASA UMAT MELAYU. Sebenarnya PERMATA YANG HILANG dari cengkaman ini terdapat di mana-mana, jika pemimpin-pemimpin UMNO ikhlas ‘mencari’ mereka. Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ketua Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, dan Presiden UMNO, mempunyai kuasa untuk MELANTIK sebilangan tertentu ahli-ahli jawatankuasa/Jawatankuasa Kecil di bawah kuasa mereka. Di sinilah peluang untuk kepimpinan UMNO berbagai peringkat menyerapkan ahli-ahli UMNO dari 7 golongan tersebut di atas untuk sama-sama dilibatkan di dalam BAHTERA PERJUANGAN UMAT MELAYU, UMNO.

Di antara mechanisma untuk menarik dan menyerapkan 7 golongan tersebut di dalam struktur kepimpinan UMNO ialah dengan memperuntukkan KUOTA TERTENTU, umpamanya 30%, di dalam mana-mana Jawatankuasa UMNO. Sebagaimana aku nyatakan lebih awal, golongan ini bersedia untuk berkhidmat, tetapi mereka ‘meluat’ untuk ‘membuang masa’ berebut-rebut jawatan di dalam parti. Jadi bagi golongan ini, kepimpinan UMNO perlu ‘outreach’ mereka, dan serapkan PERMATA YANG HILANG ini ke dalam struktur kepimpinan UMNO.

Aku tidak sekali-kali bermaksud untuk mengatakan 7 golongan tersebut di atas tidak lansung terlibat di dalam mengaktifkan UMNO. Malah golongan tersebut di atas jugalah yang memegang tampuk kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi seperti di MKT. Namun begitu, jika kita menyusuri satu persatu kepimpinan di Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan UMNO, aku BERANI BUAT KENYATAAN bahawa tidak sampai 20% dari 7 golongan tersebut dilibatkan secara aktif di dalam UMNO.

Aku percaya, MKT yang akan dipilih nanti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik penglibatan sekurangnya 80% dari 7 golongan di atas, demi MENTRANSFORMASI dan MEMPERKASA UMNO.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s