Jambatan Terpanjang Di Dunia Wajar Diberi Nama JAMBATAN ALI RUSTAM

Dua gambar menarik perhatian aku bila membaca akhbar The Star pagi ini.

Di muka belakang, gambar Sir Alex Ferguson, bekas pengurus legenda Manchester United berdiri di sebelah papan tanda sebatang jalan berhampiran Old Trafford yang telah ditukar nama kepada ‘Sir Alex Ferguson Way’, sebagai penghormatan terhadap kejayaan beliau sepanjang menjadi pengurus kelab bolasepak tersebut.

Di muka depan pula ialah ‘gambaran artis’ cadangan jambatan sepanjang 48.2 km yang akan menghubungkan Melaka, di semenanjung Tanah Melayu, dan Dumai di Sumatra. Sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, ianya akan menjadi JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA, yang akan menghubungkan semula dua wilayah yang pernah menjadi ‘ibu kota’ kepada DUA EMPAYAR TERMASYHUR Melayu, iaitu KESULTANAN MELAYU MELAKA(1400-1500 Masehi) di Semenanjung Tanah Melayu, dan EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA(700-1200 Masehi).

Aku percaya, di antara pemimpin Melayu yang amat dekat hatinya dengan idea-idea memperkasakan KETUANAN MELAYU ialah DS Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka. Dari pengamatan aku, beliau merupakan antara pemimpin-pemimpin Melayu yang terus mendokong perjuangan NGO-NGO Melayu, seperti pertubuhan DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM yang telah diasaskan oleh beliau, yang telah berusaha menghubungkan kelompok-kelompok Melayu di seluruh dunia. Sumatra dan Semenanjung Tanah Melayu merupakan EPI-CENTRE kepada empayar-empayar Melayu sebelum ini, yang telah menguasai Selat Melaka, antara jalan laut tersibuk di dunia sejak zaman dahulu.

Aku percaya, kejayaan DS Ali Rustam mentransformasikan negeri Melaka, dari sebuah negeri ‘sleeping town’, kepada sebuah negeri yang mencapai status NEGARA MAJU, adalah jauh lebih besar berbanding dengan pencapaian Sir Alex Ferguson di Old Trafford. Sekiranya nama sebatang jalan di Old Trafford boleh ditukar nama kepada ‘Sir Alex Ferguson Way’, aku percaya nama DS Ali Rustam layak diabadikan di nama-nama jalan di Bandaraya Melaka, atau pada objek-objek yang lain.

Aku tidak kenal secara peribadi DS Ali Rustam, dan amat pasti beliau pun tidak kenal aku. Tetapi aku dapat merasai KEHEBATAN NEGERI MELAKA sejak beliau menjadi Ketua Menteri Melaka, termasuk cadangan membina jambatan terpanjang di dunia bagi menghubungkan DUA BEKAS PUSAT PEMERINTAHAN EMPAYAR MELAYU, Melaka dan Srivijaya.

Sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan, di antara nama yang boleh dicadangkan bagi jambatan tersebut ialah JAMBATAN PARAMESWARA, JAMBATAN TUN PERAK, JAMBATAN HANG TUAH….dan tidak ketinggalan JAMBATAN ALI RUSTAM.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s