Keputusan Kalimah ALLAH, Apakah Umat Islam Menang Sorak Kampung Tergadai?

Semalam, umat Islam seluruh dunia merayakan Aidil Adhha, atau Hari Raya Korban. Sehari sebelumnya, umat Islam di Malaysia, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu, bergembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya MENGENEPIKAN keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya di dalam isu penggunaan perkataan kalimah ALLAH di dalam versi bahasa Melayu The Herald, penerbitan mingguan gereja mazhab Roman Catholics di Malaysia.

Di dalam kegembiraan umat Islam meraikan keputusan tersebut, ramai, kalau pun bukan sebahagian besar, yang terlepas pandang, atau ‘overlook’ apakah implikasi sebenar keputusan tersebut. Aku menimbulkan beberapa perkara berikut BUKAN untuk mengurangkan kegembiraan umat Islam di Malaysia, tetapi sekadar untuk kita berhati-hati supaya tidak terikut dengan gelagat PAK KADOK di dalam cerita penglipur lara Melayu, yang dikaitkan dengan perbuatan ‘menang sorak kampung tergadai’.

Setelah menyusuri komen-komen dari kalangan pemimpin politik, pemimpin gereja Roman Catholics dan bloggers yang pro-Roman Catholics, aku ingin menarik perhatian umat Islam kepada beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh pihak-pihak pro-Roman Catholics, antaranya:
1. Apakah larangan penggunaan kalimah ALLAH hanya khusus untuk penerbitan di dalam BAHASA MELAYU ‘The Herald’ sahaja? Apakah penerbitan di dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH?
2.Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan telah dibuat dua hari lepas, pihak gereja Roman Catholics masih lagi mendakwa bahawa ‘Cabinet’s 10 points solution’ yang telah dikeluarkan pada bulan April 2011, sebelum Pilihanraya Sarawak, telah pada dasarnya membenarkan penggunaan Injil ‘versi bahasa Melayu’ yang menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan perkataan GOD.
3. Tidak ramai dari kita yang mendapat maklumat jelas apakah kandungan ‘cabinet’s 10 points solution’ tersebut, dan apakah badan-badan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis-Majlis Agama Negeri telah dibawa berunding sebelum keputusan Kabinet tersebut dikeluarkan.

Aku percaya, bloggers pro-Melayu/Islam wajar sama-sama menyiasat dan mendedahkan fakta-fakta ‘tersembunyi’ dan ‘terlepas pandang’, supaya umat Islam tidak menjadi bahan gelak ketawa, sebagaimana dialami oleh Pak Kadok, ‘menang sorak kampung tergadai’.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s