‘CRITERIA’ Utama Pemilihan Naib Presiden UMNO

Besok, 19 Oktober 2013, adalah suatu hari yang amat penting bagi UMNO, umat Melayu/Islam dan seluruh rakyat Malaysia. Besok, hampir 150,000 perwakilan UMNO dari cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara akan keluar mengundi, bukan untuk memilih ADUN atau Ahli Parlimen, tetapi untuk memilih kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian masing-masing, dan lebih menarik perhatian rakyat seluruh negara ialah, tugas mereka untuk memilih kepimpinan UMNO di peringkat pusat, atau UMNO Malaysia.

Entiti paling kecil di dalam UMNO ialah CAWANGAN. Cawangan UMNO boleh ditubuhkan jika terdapat sekurang-kurangnya 50 orang Melayu berminat untuk menubuhkan satu cawangan, dengan kelulusan UMNO Bahagian dan UMNO Malaysia. Keahlian di cawangan-cawangan biasanya di dalam 200-500 orang. Di Persidangan Tahunan Cawangan, 2-6 orang akan dipilih sebagai ‘perwakilan’ untuk mewakili cawangan, bergantung kepada bilangan ahli cawangan berkenaan, ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian. Jumlah perwakilan cawangan-cawangan bagi sesuatu bahagian biasanya antara 500-700 orang. Sebagaimana telah dimaklumkan oleh UMNO Malaysia, jumlah keseluruhan PERWAKILAN CAWANGAN yang akan mengambil bahagian di dalam proses pemilihan besok ialah 146,000 orang, dan jumlah ini adalah mewakili seluruh keahlian UMNO di seluruh negara yang lebih dari 3,200,000 ahli.

Sejak kira-kira sebulan yang lalu, sejak terpilih sebagai ‘perwakilan’ cawangan, 146,000 para perwakilan yang akan mengambil bahagian di dalam proses pemilihan besok semestinya memikir, menilai, memikir dan menilai semula berbagai-bagai ‘CRITERIA’ atau ‘ukuran-ukuran’, dan pertimbangan-pertimbangan, di dalam menentukan SIAPA yang layak dipilih oleh mereka sebagai pemimpin-pemimpin di bahagian mereka untuk 3 tahun akan datang, juga kepimpinan UMNO Peringkat Pusat untuk tempoh 3-5 tahun akan datang, suatu tempoh yang akan menjangkau tarikh Pilihanraya Umum berikutnya, PRU ke 14. 146,000 perwakilan sudah tentu mempunyai 1001 ‘criteria’ atau ukuran di dalam membuat pilihan.

Tetapi apakah CRITERIA UTAMA yang semestinya melintasi pemikiran kebanyakan perwakilan. Aku sedia berkongsi 3 CRITERIA UTAMA berikut demi menjamin UMNO ‘istiqamah’ atau ‘consistant’ di dalam meneruskan halatuju perjuangan memartabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

1. KESERASIAN BEKERJA DENGAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN
Komen aku: Di dalam aspek ini, aku percaya semua calon tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Presiden dan Timbalan Presiden. Ini terbukti kerana semua calun Naib Presiden bersetuju tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

2. KESETIAAN KEPADA PRESIDEN DAN PARTI
Komen aku: Bakal Naib-Naib Presiden hendaklah SETIA kepada Presiden parti. Tetapi kesetiaan mereka kepada Presiden parti TIDAK BOLEH sekali-kali melebihi kesetiaan mereka kepada parti dan perjuangan umat Melayu/Islam itu sendiri.

3. KEUPAYAAN CHECK-AND-BALANCE PRESIDEN
Komen aku: Kesetiaan bakal Naib Presiden kepada Presiden janganlah sampai mereka menjadi ‘Yes man’ yang hanya menjawab ‘Yes Sir’ sahaja. Sokongan melulu boleh menjadi ‘sokong membawa rebah’. Oleh itu, bakal Naib Presiden sewajarnya boleh memberikan ‘check-and-balance’ kepada Presiden parti.

Walaupun undi Melayu/Bumiputra terhadap UMNO/BN bertambah di dalam PRU13 yang lalu, terdapat beberapa tanda-tanya tentang beberapa langkah yang telah diambil oleh Kerajaan yang ditunjangi UMNO sebelumnya, termasuk memansuhkan beberapa akta penting seperti ISA dan Ordinan Darurat. Malah, Akta Hasutan hampir-hampir ingin dilupuskan. Umat Melayu/ Islam hairan kenapa tindakan-tindakan seperti ini telah tidak dibahaskan terlebih dahulu di dalam UMNO terlebih dahulu, sebelum dibawa ke Kabinet atau Parlimen. Sekiranya perkara-perkara penting seperti ini dibahaskan di dalam UMNO terlebih dahulu, sudah tentu tidak akan ada keperluan bagi veteran-veteran UMNO seperti Tun Dr Mahathir untuk bersuara bagi pihak umat Melayu/Islam. Ini memberikan sedikit gambaran bahawa tidak berlaku CHECK-AND-BALANCE sewajarnya di dalam kepimpinan UMNO sebelum PRU13, dan keadaan ini WAJIB DIPERBETULKAN oleh para perwakilan.

PRU13 juga telah membuktikan bahawa kaum Cina telah BERPATAH ARANG dengan umat Melayu. Walaupun Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah ‘berkorban apa saja’ untuk cuba memenangi hati dan undi mereka, kaum Cina nampaknya tidak akan berpuas hati sehingga mereka berjaya ‘menguasai’ Malaysia, the ‘Land of the Malays’. Oleh itu, di dalam meneruskan PELAYARAN umat Melayu merentasi dekad-dekad semakin mencabar di hadapan, kita perlukan kepimpinan yang BERANI DAN TEGAS di dalam mempertahankan hak-hak Melayu berdasarkan ‘Contract Social’ antara DATUK NENEK BANGSA MELAYU dan DATUK NENEK KAUM PENDATANG, yang telah menjadi asas-asas utama pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, dan Perlembagaan Malaysia.

Kepada 146,000 perwakilan UMNO, selamat bersidang dan selamat meneruskan PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI. HIDUP UMNO!!! HIDUP MELAYU/ISLAM!!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s