Mukhriz MENANG di Dalam Tewas, Hishamuddin TEWAS di Dalam Menang

Tumpuan para pemerhati politik, ahli-ahli UMNO, umat Melayu dan rakyat Malaysia semalam, malam semalam dan awal pagi ini, tidak lain dari pertandingan merebut 3 jawatan NAIB PRESIDEN UMNO. Ini adalah kerana penjawat-penjawat Naib Presiden UMNO adalah mereka yang yang bakal mengisi jawatan Timbalan Presiden dan Presiden UMNO, sekali gus Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia, sekiranya sesuatu berlaku ke atas Timbalan Presiden atau Presiden UMNO.

TAHNIAH kita ucapkan kepada DS Zahid Hamidi, DS Shafie Afdal dan DS Hishamuddin kerana telah berjaya mempertahankan jawatan mereka sebagai Naib Presiden. Tahniah juga kepada DS Mukhriz Mahathir, DS Ali Rustam dan TS Isa Samad di atas kesediaan mereka menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti UMNO sebagai Naib Presiden, walaupun undi-undi ‘electoral college’ bahagian-bahagian tidak memihak kepada mereka.

Di antara perkara yang paling menarik perhatian para pemerhati politik ialah kemerosotan mendadak sokongan terhadap DS Hishamuddin Tun Hussein, berbanding dengan sokongan begitu mantap diberikan kepada calun-calun ‘incumbents’ yang lain iaitu DS Zahid Hamidi dan DS Shafie Afdal. Sedangkan pada Pemilihan UMNO 2008, DS Hishamuddin berada di tangga kedua di belakang DS Zahid Hamidi. Ketiga-tiga mereka dilihat sebagai ‘orang-orang paling kanan’ Presiden UMNO dan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, dan telah diberikan portfolio-portfolio paling kanan di dalam Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Tidak berapa lama sebelum PRU 13 yang lalu, secara kebetulannya, ketiga-tiga mereka terlibat secara lansung di dalam penyelesaian peristiwa PENCEROBOHAN LAHAD DATU, di mana DS Zahid Hamidi merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, dan DS Shafie Afdal pula sebagai Ahli Parlimen Semporna, antara kawasan di timur Sabah yang menjadi ‘medan perang’ di dalam peristiwa tersebut. Peristiwa tersebut melonjakkan sokongan rakyat kepada Kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan Tentera dan Polis, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara, serta Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

Mengikut ‘logic’ akal, ketiga-tiga calun ‘incumbents’ sewajarnya tidak menghadapi masalah untuk menang selesa, dan memenangi sekurang-kurangnya dua-pertiga, kalau pun tidak 100%, dari 146,000 para perwakilan cawangan-cawangan seluruh negara. DS Zahid Hamidi menepati ‘logic’ tersebut apabila mendapat sokongan hampir kesemua bahagian-bahagian di seluruh negara, sementara DS Shafie Afdal pula mendapat sokongan lebih dari 90% bahagian-bahagian. Sedangkan, berdasarkan pengiraan terakhir awal pagi tadi, DS Hishamuddin Tun Hussein hanya berjaya mendapat sokongan lebih sedikit dari 50% dari bahagian-bahagian, WALAUPUN semua bahagian-bahagian di Pahang dan Johor memberikan sokongan kepada barisan ‘DS Zahid-DS Hishamuddin-DS Shafie’. DS Mukhriz yang berada di tempat ke 4 pula hanya ketinggalan 9-10 undi di belakang DS Hishamuddin, walaupun tidak semua bahagian di Kedah mengundi beliau. Namun begitu, berdasarkan undi popular, bilangan keseluruhan undi DS Mukhriz melebihi sedikit bilangan undi DS Hishamuddin.

Ada pihak yang membuat tafsiran bahawa kemerosotan undi DS Hishamuddin ada kaitan dengan kemasukan ‘muka baru’ DS Mukhriz di dalam perebutan 3 jawatan Naib Presiden. Mereka yang membuat tafsiran ini berpendapat bahawa jika DS Mukhriz tidak ‘masuk gelanggang’, DS Hishamuddin tentu akan mendapat undi hampir sama dengan DS Zahid Hamidi dan DS Shafie Afdal. Persolannya, dengan kemasukan DS Mukhriz, kenapa undi DS Hishamuddin sahaja yang terjejas, bukan undi DS Zahid Hamidi dan DS Shafie Afdal. Persoalan yang lebih penting yang perlu di’muhasabah’ secara serius oleh DS Hishamuddin ialah, kenapa beliau seolah-olah menjadi ‘weak link’ di antara ‘orang-orang paling kanan’ DS Najib? Apakah ada pendirian-pendirian beliau, atau tindak tanduk beliau sepanjang 4-5 tahun lepas yang telah menimbulkan perasaan KURANG YAKIN ahli-ahli ‘grassroot’ UMNO dan umat Melayu terhadap beliau, atau, apakah ada pendirian-pendirian dan tindak tanduk beliau sepanjang 4-5 tahun lepas yang TIDAK DIFAHAMI oleh ahli-ahli akar umbi.

Bagi aku, sebagai salah seorang ‘incumbents’ yang mendapat sokongan padu dari Pahang dan Johor, aku beranggapan bahawa DS Hishamuddin pada hakikatnya telah TEWAS di dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden. Sekali gus, ini bermakna, DS Mukhriz, calun ‘bukan incumbent’ yang tidak mendapat sebarang undi dari bahagian-bahagian di Pahang dan Johor, pada hakikatnya adalah PEMENANG SEBENAR tempat ketiga di dalam senarai Naib Presiden. Namun kita semua akur dengan peraturan-peraturan pemilihan parti, sebab itu aku awal-awal lagi telah mengucapkan TAHNIAH di atas kemenangan semua calun-calun ‘incumbents’ termasuk DS Hishamuddin Tun Hussein.

Aku percaya, DS Hishamuddin masih muda, dan masih mempunyai BANYAK MASA untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah menyebabkan hampir separuh bahagian-bahagian UMNO tidak mengundi beliau di dalam Pemilihan kali ini. Di antara perkara yang DS Hishamuddin perlu lakukan sebelum mengorak langkah lebih jauh ke jawatan-jawatan lebih tinggi di masa hadapan ialah membuang suatu ‘stigma’ peristiwa beliau MEMOHON MAAF kepada kaum Cina di atas ‘kesalahan’ menghunus dan mencium keris di salah satu Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, semasa beliau masih memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Tidak sedikit dari umat Melayu masih ‘ambil hati’ atas peristiwa tersebut, mereka amat terkilan melihat salah seorang calun ‘bakal PM’ Malaysia sedia ‘melutut’ kepada anak cucu KAUM PENDATANG di dalam apa keadaan sekali pun. Terserahlah kepada DS Hishamuddin bagaimana untuk ‘merawat luka’ di atas peristiwa tersebut. Selain dari itu, beliau perlu menghakis persepsi ‘Menteri Amaran’ dan ‘Menteri Lembik’ yang telah dikaitkan dengan beliau sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri.

Walaupun DS Mukhriz gagal memenangi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden, beliau telah BERJAYA meletakkan dirinya SEBARIS dengan 3 orang Naib Presiden UMNO yang lain. Di atas sokongan yang telah diberikan kepada beliau, aku yakin dan percaya, beliau akan diberikan amanah dan tanggung-jawab yang lebih besar di dalam parti, lebih besar dari dilantik sebagai AJK MT. Aku percaya beliau wajar dipertimbangkan ke jawatan seperti KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, supaya beliau dapat berkongsi pengalaman beliau MERAMPAS Negeri Kedah dari PAS….untuk memperkasakan jentera PENERANGAN UMNO di seluruh negara menjelang PRU14 yang akan jauh lebih mencabar.

Tahniah kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, Naib-Naib Presiden dan ahli-ahli MKT UMNO, dan seluruh perwakilan dan ahli UMNO seluruh negara di atas pengorbanan dan keikhlasan tuan-tuan meneruskan PERJUANGAN AGAMA, BANGSA, dan NEGARA yang belum selesai…dan pasti tidak akan selesai selagi ada bulan dan bintang di angkasaraya. Hidup UMNO!!! Hidup Melayu!!! Hidup Islam!!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s