Apa Kandungan Sebenar ‘Cabinet’s 10-Points Solution on Kalimah Allah’

Presiden UMNO dan Perdana Menteri DS Najib adalah pemimpin yang sentiasa mendengar ‘heartbeat’ atau denyut nadi rakyat. Demikian juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin. Begitu juga Naib Presiden UMNO paling popular dan Menteri Dalam Negeri DS Dr Zahid Hamidi. Begitu juga barisan kepimpinan UMNO yang berjaya mempertahankan jawatan mereka di dalam MKT UMNO, juga yang baru dipilih menganggotai MKT UMNO.

Mereka semua memikul amanah yang besar, amanah untuk mengemudi BAHTERA UMAT MELAYU/ISLAM meneruskan pelayaran merentasi zaman. Empayar dan Kerajaan-Kerajaan Melayu telah wujud dengan megah dan gagah di Kepulauan Melayu sejak ‘times immemorable’, sebelum buku-buku sejarah ditulis, dan sebelum pelayar-pelayar Arab, China dan Eropah melayari apa yang dunia panggil ‘The Straits of Malacca’ atau Selat Melaka sekarang. Di abad ke 15, Melaka, di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja telah menjadi pelabuhan dan pusat perdagangan terunggul di dunia, malah menjadi PUSAT PENYEBARAN ISLAM di rantau ini.

Di dalam berhadapan dengan ANCAMAN BESAR dari gerakan ‘Christian missionary’, umat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yang entah kenapa dipanggil Malaysia Barat, tidak kisah sangat apa yang telah berlaku di Sabah dan Sarawak. Di saat Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu membentuk MALAYSIA, penyebaran agama Kristian di kedua-dua negeri tersebut telah berjalan begitu pesat, sama seperti di Filipina dan di Indonesia. Dari satu sudut, keadaan di Sabah dan Sarawak telah mencapai tahap ‘nasi telah menjadi bubur’. Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH dilapurkan telah menjadi rujukan penganut-penganut Kristian di sana, sama seperti di Indonesia.

Keadaan berbeza sekali di Semenanjung Tanah Melayu, di mana terdapat enakmen-enakmen di kebanyakan negeri yang dikuatkuasakan bagi MENGHALANG penyebaran agama Kristian dan agama-agama selain dari Islam di kalangan umat Islam.

‘Christian Missions’ di Semenanjung Tanah Melayu seolah-olah cuba menguji sejauh mana penguatkuasaan undang-undang MENGHALANG tersebut dengan mengeluarkan penerbitan mingguan The Herald di dalam bahasa Melayu, yang menggunakan KALIMAH ALLAH untuk menggantikan ‘Tuhan’ atau ‘God’. Selain dari itu, ‘Christian Missions’ cuba juga membawa masuk Bible versi bahasa Melayu yang turut menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggantikan ‘Tuhan’ atau ‘God’.

Umat Islam MENENTANG KERAS perkembangan tersebut. Umat Islam MENENTANG KERAS sebarang usaha ‘Christian Missions’ untuk menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggantikan ‘Tuhan’ atau ‘God’, baik di dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu dan bahasa apa sekali pun, juga di dalam Bible versi bahasa Melayu atau bahasa apa sekali pun. Malah bagi umat Islam, penganut Kristian TIDAK BOLEH menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggambarkan TUHAN TRINITY(Tuhan bapa, Tuhan anak dan Roh suci) mereka. Bagi umat Islam, penggunaan KALIMAH ALLAH bagi menggambarkan TUHAN TRINITY sebagaimana dipercayai oleh penganut Kristian adalah suatu PENGHINAAN terhadap ALLAH, Tuhan Yang Satu, sebagaimana dipegang oleh umat Islam. Bagi umat Islam, perbuatan MENYENGUTUKAN ALLAH, Tuhan Yang Satu, dengan entiti-entiti lain adalah suatu perbuatan SYIRIK, dosa paling besar, yang boleh membuatkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Umat Islam tidak ada masalah jika penganut bukan Islam sekadar menyebut nama ALLAH, jika ALLAH yang disebut merujuk kepada ALLAH, Tuhan Yang Satu, sebagaimana pegangan umat Islam. Jadi tidak ada masalah jika pelajar-pelajar bukan Islam menyebut nama ALLAH semasa menyanyikan lagu-lagu Lagu Negeri, kerana kalimah ALLAH di dalam lagu-lagu tersebut merujuk kepada Tuhan sebagaimana dipercayai oleh umat Islam(aku tidak faham kenapa Lim Kit Siang begitu BANGANG sehingga tidak boleh membezakan menyebut nama ALLAH semasa menyanyi lagu-lagu negeri, dengan penganut agama Islam menyebut nama ALLAH di dalam gereja).

Di dalam percubaan untuk meredakan keadaan, dan sebagai suatu jalan penyelesaian, Kabinet Malaysia, pada 2011, sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, telah mengeluarkan apa yang dipanggil ‘Cabinet 10-Points Solution’.

Namun begitu, kefahaman tentang ‘Cabinet 10-Points Solution’ nampaknya tidak seragam. Tafsiran oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Semenanjung tentang perkara tersebut nampaknya TIDAK SAMA dengan tafsiran pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian, termasuk dari BN, di Sabah dan Sarawak. Malah perkara ini telah menjadi bahan ‘sokongan’ oleh pihak peguam mewakili Roman Catholics di Mahkamah Rayuan.

Aku telah cuba mencari-cari di banyak blog dan website untuk mendapatkan APAKAH KANDUNGAN ‘Cabinet 10-Points Solution’ tersebut…supaya kita boleh sama-sama menilai kebenaran hujjah-hujjah kedua pihak.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s