Perjuangan PERKASA Menepati Aspirasi Perjuangan Melayu/Bumiputra Pasca PRU12 2008

Kenyataan bekas Pemangku Presiden Parti Gerakan, Chan Ko Yuan, semasa Perhimpunan Agung Tahunan parti itu semalam, bahawa kewujudan PERKASA menjadi penyebab merosotnya undi kaum Cina terhadap BN jauh sekali dari kebenaran, malah TIDAK BERASAS sama sekali.

PERKASA telah ditubuhkan pada tahun 2009, iaitu kira-kira 1 tahun selepas ‘Chinese Tsunami First Wave’ atau ‘Tsunami Kaum Cina Gelombang Pertama’ PRU12 pada bulam Mac 2008. Sokongan kaum Cina terhadap BN mula merudum pada PRU12 apabila BN kalah di 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan, selain dari hanya memenangi 3 dari 12 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

Kekalahan BN di negeri-negeri tersebut telah menyebabkan ada di kalangan kaum Cina mula ‘naik tocang’, sehingga ada yang beranggapan bahawa tarikh 8 Mac 2008, sebagai TARIKH KEMERDEKAAN sebenar bagi mereka dari ‘cengkaman’ UMNO/BN. Dari tarikh itu, mereka mula ‘naik minyak’ sehingga ada yang mula secara terbuka MEMPERTIKAIKAN ‘kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra’ di dalam Perlembagaan. Bagi mereka, selepas 50 tahun merdeka, peruntukan ‘kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra’ perlu dihapuskan sama sekali, dan jika ada pihak yang cuba merujuk kepada ‘Kontrak Sosial’ antara kaum-kaum sebelum merdeka, mereka akan dilabel sebagai ‘extremists’ dan ‘racists’.

Malah, ada di kalangan mereka yang melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, sebagai ‘racist’. Sedangkan sepanjang tempoh Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, setiap kali PRU, UMNO/BN telah menang dengan melebihi 2/3, dan sokongan dari kaum Cina terhadap UMNO/BN boleh diletak pada tahap 50-60%. Malah, setahun setelah Tun Dr Mahathir menyerahkan kepimpinan UMNO/BN kepada Pak Lah, pada PRU12, UMNO/BN telah menang PRU12 dengan kemenangan ‘landslide’, iaitu melebihi 90% dari kerusi Parlimen. Malah, pada PRU12, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dua tokoh utama DAP telah tewas di kawasan mereka bertanding.

Di permulaan era Pak lah, Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari penjara Sungai Buluh. Lantas Anwar Ibrahim telah menjadi ‘champion’ kepada kaum Cina, dengan menjanjikan akan memansuhkan dasar-dasar pro-Melayu/Bumiputra seperti DEB sekiranya beliau menjadi PM Malaysia. Beliau juga dipercayai sebagai dalang disebalik PAS meninggalkan perjuangan asal mereka untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud, demi untuk bersama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. SEBENARNYA, sikap PETUALANG BANGSA Anwar Ibrahim lah faktor sebenar yang telah menarik sokongan ‘overwhelming majoriti’ kaum Cina untuk menyokong DAP/Pakatan pada PRU12.

Sejak Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, dasar perjuangan UMNO tidak pernah berubah sehingga sekarang. Malah, pegangan politik Tun Dr Mahathir hari ini, tidak ada bezanya dengan pegangan politik beliau semasa beliau masih lagi seorang penuntut jurusan perubatan di University of Malaya Singapura, semasa beliau hanya seorang ahli parlimen, malah semasa beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Apa yang menarik, pemikiran politik Tun Dr Mahathir TIDAK ADA BEZANYA dengan pemikiran politik Ibrahim Ali dan PERKASA yang dipimpinnya.

Oleh itu, APA SEBENARNYA YANG TELAH BERUBAH kira-kita 6-12 bulan sebelum PRU12 pada bulan Mac 2008? Tidak ada perubahan kepada UMNO. Tidak ada perubahan kepada Tun Dr Mahathir. Belum ada PERKASA pada tahun 2008, kerana semasa PRU12, PERKASA masih belum ditubuhkan. Jadi apakah yang telah menyebabkan ‘Chinese Tsunami Gelombang Pertama’ pada PRU12 2008?

Jelas sekali, apa yang telah berubah 6-12 bulan sebelum PRU12 2008 ialah SIKAP PENGUNDI CINA, yang telah diberikan ‘false hope’ atau ‘harapan palsu’ oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, bahawa dengan kerjasama PKR dan PAS, dan HINDRAF, DAP akhirnya akan berjaya mengalahkan UMNO. Dengan lain perkataan, parti Cina DAP…dengan sokongan Melayu PKR dan Melayu PAS….akan berjaya menumbangkan UMNO/BN, parti yang didominasi oleh kaum Melayu/Bumiputra, dari kuasa politik Malaysia. Sejak zaman 1940an lagi, kaum Cina melalui Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan Comrade Chin Peng, telah ‘mengidam’ untuk merebut kuasa di Tanah Melayu/Persekutuan Tanah Melayu dari genggaman kaum Melayu. Bagi mereka, bila ada PETUALANG BANGSA Melayu seperti Anwar Ibrahim, inilah masa paling sesuai untuk MENIKAM UMNO DARI BELAKANG.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, kemerosotan undi Cina terhadap BN mulai kira-kira 6-12 bulan sebelum PRU12 2008 tidak ada kaitan lansung dengan PERKASA pimpinan Ibrahim Ali. Malah, penubuhan PERKASA pada 2009, selepas PRU12 2008, adalah menepati ASPIRASI UMAT MELAYU pasca-PRU12 2008….bahawa, di dalam senario kaum Cina semakin berani dan vokal di menuntut supaya dihapuskan hak-hak Melayu dan apa saja rujukan kepada ‘kontrak sosial’, umat Melayu tidak ada pilihan lain selain dari perlu bangkit mempertahankan hak-hak mereka sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan, dan selaras dengan Perjanjian ‘Kontrak Sosial’.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s