Apakah Paspot Palsu RM200 Punca Kekalahan BN Di Selangor/Kuala Lumpur

Kes pembunuhan seorang eksekutif Ambank di Subang Jaya mendedahkan bagaimana begitu MUDAH untuk mendapatkan Kad Pengenalan atau Mykad PALSU di negara ini.

Lebih mengejutkan ialah apabila seorang warga asing yang memegang Mykad PALSU berjaya mendapat pekerjaan sebagai Pengawal Keselamatan….jadilah apa yang mengikut perumpaan datuk nenek kita, ‘harapkan panggar, panggar makan padi’ dan ‘harapkan telunjuk, telunjuk mencucuk mata’.

Mengikut satu lapuran, pembunuh dan perompak kejam ini telah mendapat Mykad PALSU dengan hanya membayar RM200 kepada sindiket tertentu. Persoalan yang timbul di kepala aku, sekiranya Mykad PALSU boleh diterima ‘laku’ untuk menjadi pengawal keselamatan, apakah ianya juga ‘laku’ untuk mendaftar sebagai PENGUNDI?

Dan, sekiranya pendatang asing dari Indonesia boleh mendapat Mykad PALSU dengan hanya membayar RM200, bagaimana pula dengan PENDATANG ASING dari negara-negara lain seperti China, India, Vietnam dan beberapa negara Afrika.

Aspek keselamatan itu satu hal. Tetapi apa yang turut membimbangkan kita semua ialah BERAPA RATUS RIBU pendatang warga asing yang telah berjaya mendapatkan Mykad PALSU, dan kemudian mendaftar sebagai PENGUNDI di negara ini. Tidak dapat dinafikan bahawa tumpuan pendatang asing dari Negara Cina umpamanya ialah di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Timbul persoalan di fikiran aku, apakah ini punca kekalahan BN yang agak teruk di Selangor, walaupun prestasi Kerajaan Selangor dilihat amat jauh dari memuaskan hati rakyat. Umpamanya, kedegilan Kerajaan Selangor di dalam isu bekalan air di Selangor telah menyebabkan ratusan, malah ribuan, projek-projek perumahan dan industri di Selangor gagal mendapat kelulusan kerana faktor tidak ada jaminan bekalan air.

Sudah sampai masanya, sistem komputer di JPN, KDN dan SPR di’integrasikan’ supaya maklumat-maklumat di JPN boleh dikongsi secara cepat dan ‘online’ dengan jabatan-jabatan ‘strategik’ yang lain seperti KDN dan SPR. Sekiranya sistem on-line ini telah terlaksana, sudah tentu tidak akan berlaku lagi keadaan di mana sebuah syarikat keselamatan berdaftar di KDN boleh menerima seorang pekerja yang memegang Mykad PALSU.

Selain dari itu, KDN perlu mengadakan RANDOM CHECKS pemegang-pemegang Mykad mereka-mereka yang bekerja di pusat-pusat hiburan, pusat snooker, pusat karaouke, pusat-pusat kecantikan dan rumah-rumah urut, yang telah tumbuh seperti cendawan terutamanya di Selangor, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan pada tahun 2008, di mana begitu ramai sekali pekerja mereka adalah dari kalangan warga China.

Dan sudah sampai masanya, OPS CANTAS yang mulanya ditujukan kepada PENJENAYAH BERAT, diperluaskan kepada PEKERJA ASING di pusat-pusat tersebut di atas, bagi mengelakkan berlaku pertambahan PENGUNDI mendadak di Kuala lumpur/Selangor/Pulau Pinang, apabila mereka boleh mendapatkan Mykad PALSU hanya dengan kos RM200.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s