Latihan Bersama ATM Dengan Tentera Komunis China – Apakah Dasar Pertahanan Negara?

Aku ada terbaca di NST semalam, Menteri Pertahanan DS Hishamuddin Tun Hussein, di dalam lawatan pertamanya ke Beijing sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, telah mengumumkan ‘keputusan’ bahawa Angkatan Tentera Malaysia(ATM) akan mengadakan ‘military joint exercises’ atau LATIHAN BERSAMA TENTERA dengan Tentera Pembebasan Rakyat Cina(CNLA) bermula tahun depan.

Semasa di China, beliau telah dibawa melawat Ibu Pejabat ‘Southern Sea Fleet Command’ CNLA. Mengikut kenyataan beliau, sebagaimana dilapurkan akhbar tersebut, beliau juga telah menjemput Menteri Pertahanan China, General Chang Wanquan, untuk melawat Pengkalan Tentera Laut Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah.

Kenyataan DS Hishamuddin tersebut, dilapurkan pada hari yang sama akhbar NST dan akhbar-akhbar lain melapurkan bahawa China telah mempamerkan kepada umum armada ‘nuclear-powered submarine fleet’ atau ARMADA KAPAL-SELAM BERKUASA NUCLEAR negara itu. Mengikut pemerhati-pemerhati politik dan ketenteraan, langkah Kerajaan China tersebut bertujuan untuk ‘show of force’ atau MENUNJUKKAN KEKUATAN ketenteraan negara itu, di dalam suasana Negara China sedang menghadapi pertelingkahan sempadan dengan beberapa negara jirannya, terutama Jepun.

Di dalam keadaan negara China sedang bertelingkah dengan beberapa negara jiran, termasuk di dalam isu Kepulauan Spratleys, yang turut melibatkan Malaysia, apakah motif sebenar Menteri Pertahanan kita mengumumkan akan mengadakan LATIHAN BERSAMA TENTERA antara Malaysia dan China? Apakah ianya suatu ‘military paint-ball game’ sekadar untuk merapatkan perhubungan antara kedua negara, ATAU apakah ianya didasarkan kepada sesuatu DASAR PERTAHANAN NEGARA yang telah dicerna dan digubal dengan teliti?

Umat Melayu banyak menyalahkan DS Hishamuddin, semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, kerana semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, Kerajaan telah memansuhkan beberapa Akta Parlimen yang amat ‘strategic’ di dalam mengekalkan kestabilan negara, seperti ISA dan Ordinan Darurat. Walaupun keputusan Kerajaan adalah keputusan bersama di dalam kabinet, Menteri berkenaan diharapkan memainkan peranan memberikan maklum-balas rakyat, terutama umat Melayu, terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan yang boleh mendapat REAKSI NEGATIF dari umat Melayu. Umat Melayu mendoakan agar DS Hishamuddin tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama apabila diamanahkan sebagai Menteri Pertahanan.

DASAR PERTAHANAN NEGARA hendaklah sesuai dengan DASAR PERJUANGAN UMNO, dan ASPIRASI UMAT MELAYU/BUMIPUTRA, yang telah mengembalikan kuasa kepada UMNO/BN. Tanpa sokongan ‘overwhelming majority’ pengundi Melayu, mustahil untuk UMNO/BN kekal berkuasa, dan mustahil bagi DS Hishamuddin mengekalkan jawatannya sebagai seorang menteri. Berdasarkan kepada trend pengundian kaum Cina, sudah sampai masanya kita tidak perlu lagi MEMBERI MUKA kepada anak-cucu kaum pendatang dari Tanah Besar China ini, yang bukan sahaja TIDAK MENGENANG JASA, malah telah MENIKAM MELAYU DARI BELAKANG.

Kalau kita perhatikan, negara ‘super-powers’ seperti Amerika Syarikat dan Russia, mereka tidak pernah mengadakan LATIHAN TENTERA BERSAMA dengan angkatan tentera negara-negara yang dianggap sebagai ‘enemies atau potential enemies’. Apakah tentera Amerika Syarikat pernah mengadakan ‘joint military exercises’ dengan Russia, China, Cuba, Korea Utara, iran dan negara-negara sedemikian? Dan, apakah Russia pernah mengadakan ‘joint military exercises’ dengan negara-negara yang rapat dengan Amerika Syarikat seperti Jepun, Korea Selatan, Britain dan sebagainya. Jawapannya tentu ‘never’ atau TIDAK PERNAH. Malah, negara-negara ‘superpowers’ tersebut hanya mengadakan LATIHAN BERSAMA TENTERA dengan negara-negara yang dianggap ‘friends’ atau sekurangnya tidak mempunyai potensi untuk menjadi negara musuh di suatu masa akan datang.

Apakah di dalam DASAR PERTAHANAN NEGARA kita, negara China tergolong dalam kategori negara ‘friendly’ dari sudut ketenteraan? Tidak salah untuk kita mengadakan gubungan diplomatik dengan mana-mana negara, tetapi apakah wajar untuk kita mengadakan ‘kerjasama ketenteraan’ dengan semua negara? Apatah lagi, di Malaysia, kita berhadapan dengan KAUM CINA yang tidak habis-habis menyimpan NIAT JAHAT terhadap kaum Melayu. Malah, Parti Komunis Malaya yang berteraskan KAUM CHINA PENDATANG telah cuba merampas kuasa dari tangan UMAT MELAYU di Tanah Melayu sebaik sahaja tentera Jepun menyerah kalah pada 1945. Apakah jika timbul sebarang persengketaan antara Malaysia dan China bermula di Laut China Selatan, kita ada jaminan bahawa kaum Cina di Malaysia akan setia kepada negara kita?

Kepada DS Hishamuddin, aku ingin ingatkan bahawa banyak lagi negara yang kita boleh bekerjasama di segi ketenteraan, tidak terkecuali Amerika Syarikat, Russia, Britain, Perancis, malah negara-negara Islam seperti Pakistan, Turki dan lain-lain. Kerjasama ketenteraan, termasuk LATIHAN BERSAMA TENTERA sedikit sebanya akan mendedahkan RAHSIA PERTAHANAN NEGARA kepada pihak yang mana kita mengadakan kerjasama.

Aku yakin dan percaya Umat Melayu tidak akan sekali-kali bersetuju dengan sebarang cadangan untuk mengadakan kerjasama ketenteraan, apatah lagi ‘joint military exercises’ dengan Negara Cina, berdasarkan FAKTA-FAKTA SEJARAH dan realiti POLITIK SEMASA DALAMAN di negara ini. Sekiranya ada KEPERLUAN MENDESAK untuk mengadakan kerjasama sedemikian, DS Hishamuddin wajar merujukkan dahulu perkara DASAR PENTING DAN STRATEGIK seperti ini kepada para pemikir dan bijak-pandai Melayu untuk diputuskan bersama, demi kepentingan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara kita.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s