Apakah TAUKEH CINA Ada ‘Hak Istimewa’ Boleh Beri Rasuah?

Semalam, beberapa akhbar telah melapurkan berita bekas Ketua Pengarah Immigresen, Datuk Wahid Md don, dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM 300,000.00, kerana menerima rasuah, juga dipanggil ‘sogokan’ atau ‘suapan’ sebanyak RM 60,000.00 dari seorang TAUKEH CINA. Sebagaimana telah dilapurkan oleh akhbar-akhbar tersebut, nama TAUKEH CINA tersebut ialah Datuk Low Chang Hian.

Walaupun bekas Ketua Pengarah Immigresen itu namanya berbunyi Melayu, kita menerima dengan hati terbuka penghakiman dan hukuman yang telah dikenakan ke atas beliau. Beliau sewajarnya diberikan hukuman setimpal di atas kesalahannya menyalahgunakan kuasa….tidak hairanlah, bila tiba sahaja cuti umum seperti Hariraya, Tahun Baru Cina atau Krismas, apabila jutaan warganegara balik kampung, pusat Bandaraya Kuala Lumpur penuh sesak dengan WARGA ASING bersantai atau membeli belah.

Mengikut lapuran akhbar lagi, bekas Ketua Pengarah Immigresen telah didapati bersalah menerima sogokan dari TAUKEH CINA tersebut bagi mempercepatkankan kelulusan visa bagi 4,337 orang pekerja asing Bangladesh. Tidak dilapurkan pula samada bilangan sebanyak 4,337 itu termasuk di dalam kouta yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri, atau bekas Ketua Pengarah Immigresen itu pandai-pandai meluluskan berdasarkan pertimbangan ‘sogokan’.

Nampaknya, terlalu banyak kes ‘harapkan panggar(burung panggar), panggar makan padi’ di negara kita…..dari jawatan-jawatan rendah seperti pengawal keselamatan, sehinggalah ke pangkat Ketua Pengarah. Bagi aku, apa yang dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan itu hanyalah ‘tips of the iceberg’, bermaksud, masalah sebenarnya pastinya jauh lebih besar dari apa yang dapat dilapurkan akhbar.

Di antara PUNCA SEBENAR masalah rasuah ialah ‘kemurahan hati’ TAUKE-TAUKE CINA untuk memberikan sogokan, suapan dan rasuah kepada pegawai-pegawai Kerajaan, selain dari ‘keterbukaan hati’ PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU Kerajaan untuk menerima rasuah.

Namun begitu, apa yang amat menghairankan ialah, kenapa hanya pihak PEGAWAI MELAYU yang menerima rasuah sahaja yang didakwa dan menerima hukuman? Di dalam kes di atas, apakah TAUKE CINA Datuk Low Chang Hian bebas dari dakwaan MEMBERI RASUAH?

Sekiranya pihak yang MEMBERI RASUAH terlepas dari tindakan undang-undang, sudah tentu amat rumit sekali bagi Kerajaan untuk membendung jenayah rasuah. Oleh itu, kalau PENERIMA RASUAH dikenakan hukuman 6 tahun penjara, sewajarnya PEMBERI RASUAH juga menerima hukuman yang sama.

Tidak tahu le kalau TAUKE-TAUKE CINA ada ‘hak istimewa’…. kebal dari hukuman sebagai PEMBERI RASUAH.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s