Melayu/Bumiputra Perlukan NGO Seperti PERKASA

Tahniah kepada Dato’ Ibrahim Ali dan PERKASA, di atas berlansungnya Perhimpunan Agung PERKASA semalam. Pada hemat aku, Ibrahim Ali merupakan ‘jantung’ kepada PERKASA. Tanpa Ibrahim Ali, hilanglah denyutan nadi PERKASA.

Semua kita sedar bahawa PERKASA lahir dari ‘tsunami’ PRU 2008. PERKASA lahir di saat UMNO sedang ‘licking the wounds’ akibat kemerosotan mendadak undi terhadap UMNO/BN pada PRU12 tersebut. Sejak kelahiran PERKASA, PERKASA dilihat telah memainkan peranan amat penting di dalam mempertahankan hak-hak Melayu/bumiputra, sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Malah, PERKASA dilihat seolah-olah memainkan peranan UMNO….semasa UMNO menyatukan umat Melayu di dalam menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Gambarkan perjuangan UMNO pada tahun 1946, sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. UMNO pada saat itu tidak jauh, malah lebih tegas, dari PERKASA sekarang di dalam menyuarakan perjuangan Melayu. Perjuangan UMNO pada saat itu sudah tentu akan dilabel sebagai ‘racist’ sekiranya diletakkan di pentas politik masa kini. Oleh itu, aku jadi sedikit hairan apabila Tengku Razaleigh sendiri seolah-olah ‘endorse’ persepsi negative kaum bukan Melayu terhadap PERKASA.

Bagi aku, perjuangan PERKASA selama ini hanya sekadar mengingatkan kembali kaum-kaum bukan Melayu tentang peruntukan-peruntukan tertentu Perlembagaan negara, yang merupakan ’embodiment’ kepada asas-asas utama penubuhan negara kita, termasuk KONTRAK SOSIAL antara penduduk asal negara ini dengan kaum-kaum pendatang. ini satu reaksi terhadap percubaan kaum bukan Melayu, khususnya parti DAP, yang semakin berani mempertikaikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan berkaitan.

Aku bukan seorang ahli PERKASA….salah satu sebabnya ialah kerana PERKASA tidak mempunyai kalimah ‘Melayu’ di dalam nama pertubuhan tersebut. Entah kenapa PERKASA lebih utamakan kalimah ‘bumiputra’ pun aku tak tahu. Sedangkan PERKASA berjuang untuk pertahankan hak-hak Melayu/bumiputra sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Bagi aku, kalimah ‘Melayu’ perlu didahulukan dari kalimah ‘Bumiputra’.

Pemilihan Pemuda UMNO Malaysia sedikit masa yang lalu menampakkan dengan jelas, UMNO mula ketandusan pemimpin-pemimpin pelapis berwibawa. Budaya politik wang yang masih berleluasa di dalam UMNO dipercayai telah menyebabkan ramai dari kalangan cerdik pandai Melayu kurang minat ‘bergelumang’ bersama UMNO. Di saat umat Melayu tercari-cari wadah perjuangan alternatif, PERKASA telah muncul menghulurkan tangan. Namun begitu, PERKASA masih lagi sebuah pertubuhan kerdil berbanding dengan UMNO. Tetapi kita jangan lupa bahawa UMNO sendiri lahir dari ‘perhimpunan’ 43 NGO Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada tahun 1946.

Apa yang URGENT sekarang, sebelum PRU14, NGO-NGO dan Bloggers Melayu perlu diselaraskan menjadi suara alternatif umat Melayu yang KUAT dan DIGERUNI. UMNO akan kekal sebagai wadah politik umat Melayu, tetapi UMNO hanyalah salah satu dari NGO-NGO Melayu. PERKASA juga adalah sebuah NGO Melayu. Senario politik semasa memerlukan NGO-NGO Melayu, termasuk UMNO dan PERKASA, berganding bahu meneruskan perjuangan Umat Melayu yang belum selesai.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s