English EPL – TS Tony Fernandez dan TS Vincent Tan Melonjakkan Nama Malaysia

Di dalam kita mengikuti berbagai perkembangan di dalam negara menjelang penghujung 2013 dan kemunculan 2014, para peminat Liga EPL di Malaysia turut mengikuti dengan penuh debaran apakah kedudukan pasukan-pasukan pilihan mereka menjelang tahun baru.

Peminat-peminat Manchester United tentu merasa lega sedikit dengan ‘kebangkitan semula’ pasukan pujaan mereka, sejak Alex Ferguson melepaskan jawatan sebagai Manager. Peminat Liverpool tentu mendoakan agar rentak kemenangan pasukan mereka kekal. Begitu juga peminat-peminat Chelsea, Arsenal, Tottenham, Newcastle dan lain-lain, semua mengimpikan keputusan-keputusan memihak kepada pasukan mereka.

Kebanyakan kelab-kelab ‘elite’ EPL sekarang dikuasai oleh BILLIONAIRES dari luar England. Chelsea telah mula menjadi pasukan ‘top’ selepas dikuasai oleh taukeh minyak bangsa Rusia. Manchester City mula mengecapi status juara EPL selepas di kuasai oleh BILLIONAIRE dari negara Arab. Manchester United masih boleh bertahan setelah dikuasai BILLIONAIRE dari Amerika Syarikat. Kalau di Amerika Syarikat dahulu ada ‘gold rush’, sekarang telah ada fenomena baru, ‘EPL Rush’, di mana tokoh-tokoh BILLIONAIRES dari merata dunia seolah-olah berlumba untuk ‘membeli’ kelab-kelab ternama di England, sebagai suatu bentuk pelaburan, atau sebagai simbol ‘kuasa ekonomi’ mereka.

Buat masa ini, tokoh-tokoh BILLIONAIRES yang terlibat ‘membeli’ kelab-kelab ‘elite’ EPL adalah terhad kepada BILLIONAIRES dari Rusia, Amerika Syarikat, dan beberapa negara Arab, selain dari Malaysia. Tokoh-tokoh BILLIONAIRES dari Malaysia, TS Tony Fernandez menguasai QPR(dahulunya pasukan EPL) dan TS Vincent Tan yang menguasai kelab Cardiff City, sebuah kelab yang baru melayakkan diri menyertai EPL. Apa yang menarik perhatian aku ialah KETIADAAN tokoh-tokoh korporat dari negara-negara ekonomi besar seperti China, Jepun dan India di dalam ‘EPL Rush’ tersebut.

Cardiff adalah ibukota kepada Wales, salah satu negeri di dalam United kingdom. Kelab Cardiff City menarik perhatian berita seminggu dua lepas, dan yang mutakhir, keputusan TS Vincent Tan memecat Pengurus kelab tersebut, Malky Mackay. Kita tumpang berbangga di atas kejayaan BILLIONAIRES dari negara kita mencipta nama di England. Malah, walaupun aku bersimpati dengan nasib Malky Mackay, aku turut merasa bangga bila seorang BILLIONAIRE dari Malaysia begitu berkuasa sehingga menjadi penentu ‘masa depan’ seorang Pengurus hebat seperti Malky Mackay. Kalau dahulu British menjajah kita, sekarang BILLIONAIRES dari negara kita seolah-olah berjaya ‘menjajah’ semula aset-aset di England.

Bagi aku, kejayaan TS Tony Fernandez dan TS Vincent Tan adalah kejayaan Malaysia.
Di fikiran aku, aku yakin dan percaya, sekiranya Tony Fernandez membesar dan memulakan business di India, atau Vincent Tan membesar dan memulakan business di China, belum tentu mereka akan berjaya seperti mereka sekarang.

Bagi aku, Malaysia telah menyediakan suasana PEACE, STABLE and PROSPEROUS, di dalam membolehkan tokoh-tokoh korporat seperti TS Tony Fernandez dan TS Vincent, untuk mencapai setinggi-tinggi kejayaan.

Sekali lagi, kejayaan BILLIONAIRES dari Malaysia di EPL, adalah KEJAYAAN MALAYSIA.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s