Dataran Merdeka – Polis Berhemah, atau Polis MENYERAH KALAH?

Kita rakyat biasa tidak tahu apakah arahan sebenar KDN/PDRM kepada anggota-anggota polis, di dalam berhadapan dengan DEMONSTRASI JALANAN pada malam menyambut tahun baru di Dataran Merdeka. Apa yang berlaku amat mengejutkan rakyat, bagaimana pasukan keselamatan kita dilihat gagal menjaga ketenteraman puluhan ribu rakyat jelata yang berhimpun untuk menyambut ketibaan tahun baru, sehingga SAMSENG JALANAN berjaya menceroboh pentas utama, dan memaksa pembatalan acara sambutan 30 minit sebelum saat ketibaan tahun baru.

Sambutan tahun baru di Dataran Merdeka tetap dianggap sebagai acara sambutan utama di negara kita, walaupun sambutan-sambutan yang hampir sama turut di adakan di berbagai lokasi utama lain termasuk Putrajaya, KLCC, Bukit Bintang, I-City Shah Alam, dan ibu-ibu negeri di seluruh negara. Sejak berpuluh-puluh tahun lalu, 40,000-50,000 warga KL, dan Malaysia, akan bertumpu ke Dataran Merdeka untuk menikmati berbagai aturcara sambutan, termasuk konsert, pertunjukan bunga-api dan lain-lain. Mereka berkumpul dengan penuh bangga di atas suasana aman dan harmoni yang dinikmati rakyat Malaysia sejak negara kita mereka.

Tidak pernah tergambar atau terlintas di hati sanubari rakyat Malaysia bahawa buat pertama kali, acara sambutan tahun baru di Dataran Merdeka terpaksa dibatalkan separuh jalan disebabkan gelagat pendemonstrasi jalanan. Walaupun rakyat Malaysia sudah sedia maklum perancangan elemen-elemen pro-pembangkang untuk mengadakan demonstrasi di DATARAN MERDEKA di ambang ketibaan tahun baru 2014, mereka sentiasa yakin dan percaya bahawa pihak polis kita telah bersedia untuk menangani segala kemungkinan. Di atas kepercayaan rakyat kepada kewibawaan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan kita, rakyat terus berduyun-duyun ke Dataran Merdeka, bersama sanak saudara dan keluarga, termasuk kanak-kanak yang belum tahu apa itu demonstrasi jalanan.

Amat mengejutkan, apabila pendemonstrasi jalanan yang dianggarkan tidak melebihi 10,000 orang dengan mudah telah berjaya MENGUASAI Dataran Merdeka, termasuk melakukan berbagai provokasi semasa Datuk Bandar Kuala Lumpur sedang berucap mengalukan kehadiran ribuan pengunjung, termasuk pelancung asing, dan seterusnya menceroboh pentas utama, memaksa para VVIP dan para artis di’escort’ turun dari pentas dan di bawa beredar dari ‘zon perang’. Dipercayai, Menteri Pelancungan, adalah di antara VVIP yang turut berada di pentas, memandangkan sambutan di Dataran Putra adalah anjuran bersama DBKL dan Kementerian Pelancungan, sempena detik bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2014.

Terbayang di fikiran aku, apakah keadaan yang sama akan dibiarkan berlaku sekiranya senarai VVIP termasuk pemimpin-pemimpin utama negara seperti Timbalan Perdanan Menteri, atau Perdana Menteri sendiri. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana pasukan keselamatan terpaksa melindungai Timbalan Perdana Menteri dan isteri, atau Perdana Menteri dan isteri, sambil membawa mereka beredar dari pentas dan Dataran, ke tempat yang selamat.

Persoalannya, apakah KDN/PDRM telah TIDAK MENJANGKA apa yang telah berlalu di Dataran Merdeka, atau apakah KDN/PDRM telah ‘caught by surprise’?

Bagi aku, TIDAK MUNGKIN KDN/PDRM telah dikejutkan tanpa persiapan secukupnya oleh pendemonstrasi jalanan. PDRM kita adalah di antara pasukan polis terhebat di dunia, dengan sejarah gemilang menentang dan menewaskan pengganas komunis di zaman darurat, di dalam menangani krisis 13 Mei 1969, dan berbagai-bagai lagi suasana mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Paling terkini, rakyat amat kagum dengan keberanian dan kecekapan Komando Polis menewaskan pencerobohan ‘Tentera Sultan Sulu’ di Lahad Datu. Oleh itu, rakyat merasa amat TERKEJUT, apabila barisan pendemonstrasi jalanan dengan begitu senang boleh menembusi barisan pasukan keselamatan, dan seterusnya ‘menawan’ pentas utama.

Bagi pendemonstrasi jalanan, demonstrasi jalanan mereka telah MENCAPAI MATLAMAT mereka, apabila mereka berjaya memaksa pasukan keselamatan kita MELIHAT SAHAJA gelagat mereka menceroboh dan menawan pentas utama, dan memaksa pihak penganjur membatalkan segala acara pada kira-kira jam 11.30 malam. Dan bagi mereka, mereka juga telah berjaya memalukan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Pelancungan dan para VVIP yang hadir. Bagi mereka, mereka telah berjaya membuktikan bahawa TIDAK SIAPA yang boleh menghalang ‘kuasa rakyat’ mereka.

Pada pandangan aku, a nobody, KDN/PDRM telah memberikan isyarat yang salah kepada para pendemonstrasi jalanan. KDN/PDRM mungkin mengambil pendekatan BERHEMAH, tetapi di mata pendemonstrasi jalanan, dan parti-parti pembangkang yang berada di sebalik demonstrasi tersebut, KDN/PDRM telah MENYERAH KALAH kepada mereka.

Aku yakin dan percaya, DS Ahmad Zahid Hamidi, selaku Menteri Dalam Negeri, merangkap Naib Presiden 1 UMNO, tidak akan membenarkan perkara sebegini berulang…walaupun sekali lagi.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s