Penutupan Giat Mara – Kenapa Bermula Di Selangor?

Kata pepatah Melayu, ‘Terkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya’.

Semua orang Melayu tahu apa itu Majlis Amanah Rakyat(MARA) dan beratus-ratus bahagian dan agensi di bawahnya, termasuk pusat-pusat GIAT MARA, yang bertaburan di seluruh negara, dengan kira-kira 20 buah terdapat di Selangor.

Apabila Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat, gabungan longgar PKR-DAP-PAS, mula menutup Pusat GIAT MARA di Selangor satu persatu, kita umat Melayu AMAT CEPAT MEMBACA apakah ‘pakatan jahat’ di sebalik penutupan tersebut…walaupun apa sekali pun ALASAN yang diberikan oleh Menteri Besar ‘puppet’ Khalid Ibrahim.

Amat mudah untuk kita baca ‘pakatan jahat’ yang sedang mula dilaksanakan di Selangor oleh PARA PERANCANG ‘Pakatan Jahat’ tersebut, untuk merobohkan suatu institusi di bawah MARA, yang merupakan institusi kaum Melayu. Mari kita tanya, kenapa penutupan Giat MARA ini bermula di Selangor? Kenapa tidak di Pulau Pinang(yang telah diperintah oleh DAP sejak 2008), Kelantan(yang telah diperintah oleh PAS sejak 1990), Kedah(semasa di bawah pemerintahan PAS 2008-2013) atau Trengganu(semasa di bawah pemerintahan PAS 1999-2004)?

Ini hanya pandangan aku. Sekiranya langkah sedemikian dimulakan di Pulau Pinang, akan amat ketara kepada umat Melayu, SIAPA PERANCANG ‘Pakatan Jahat’ ini, memandangkan Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP, dan Ketua Menterinya ialah Lim Guan Eng.

Perkara yang sama tidak berlaku di Kelantan, yang telah begitu lama di bawah pemerintahan PAS, atau Kedah dan Trengganu semasa di bawah pemerintahan PAS. Apakah rahsianya? Tidak lain kerana di negeri-negeri tersebut, tidak ada pihak yang cuba ‘menyucuk’ Menteri Besar Kelantan, Kedah atau Trengganu untuk melakukan tindakan-tindakan yang akan dianggap oleh rakyat sebagai merugikan kaum Melayu.

Jadi, apa bezanya Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, dengan Menteri-Menteri Besar Kelantan, Kedah dan Trengganu, yang semuanya terdiri dari orang-orang Melayu. Jawapan telah sedia ada di para di atas.

Aku percaya telah berlaku KELALAIAN yang tidak sewajarnya berlaku di dalam MARA. Sebelum MARA membina sebuah institusi pengajian, seperti Giat Mara, yang boleh menelan belanja lebih RM20-30 juta, sewajarnya MARA perlu terlebih dahulu mendapatkan HAKMILIK TANAH yang sah bagi tapak institusi tersebut. Sekiranya MARA telah mengambil langkah sedemikian, Kerajaan ‘Pakatan Jahat’ seperti Selangor tidak akan dapat berbuat apa-apa lagi.

Aku percaya, jika MARA telah LALAI di Selangor, tidak mustahil MARA juga telah melakukan kesilapan yang sama di Kelantan, Kedah atau Trengganu. Tetapi, KENAPA hanya Kerajaan Selangor yang begitu beriya-iya untuk MENUTUP Pusat-Pusat Giat MARA?

Apa yang jelas sekarang, Kerajaan Selangor cuba mengambil kesempatan dari STATUS HAKMILIK TANAH tapak pusat-pusat Giat Mara di Selangor yang belum dipindah-milik kepada MARA, walaupun setengahnya telah beroperasi lebih dari 20 tahun!

Tidak mustahil, pengurusan tertinggi MARA di Jalan Raja Laut TIDAK PERNAH MENDUGA bahawa Selangor akan jatuh ke tangan Kerajaan ‘Pakatan Jahat’ Pakatan Rakyat. Mereka mungkin ‘berpandangan jauh’ bahawa selagi UMNO/BN memerintah Selangor, tidak ada siapa yang akan mengganggu-gugat Pusat Giat MARA….walaupun Pusat-Pusat Giat MARA dibina di atas tanah milik Kerajaan Selangor…yang pada masa Giat MARA tersebut dibina, adalah Kerajaan UMNO/BN….bukankah MARA satu agenda UMNO?

Sekiranya tidak ada ‘Pakatan Jahat’di belakang Menteri Besar Selangor, berbagai pendekatan boleh diambil bagi menyelesaikan ‘kesalahan’ ‘menduduki tanah tanpa izin’ oleh Pusat-Pusat Giat MARA di Selangor. Antaranya ialah dengan mengurniakan tanah tapak-tapak giat MARA secara sah kepada MARA, termasuk mengenakan bayaran PREMIUM TANAH mengikut kadar pasaran yang biasa dikenakan kepada institusi-institusi pendidikan. MARA sudah tentu ada fund untuk membayar apa-apa bayaran PREMIUM TANAH yang dikenakan, dan dengan itu menjadi PEMILIK YANG SAH ke atas tapak-tapak institusi tersebut.

Namun, sekiranya Kerajaan ‘Pakatan Jahat’ Selangor lansung tidak mempertimbangkan pendekatan di atas, dan sebaliknya lebih berminat untuk ‘menghalau’ Giat MARA keluar, sebagaimana Israel menghalau rakyat Palestin dari tanah air Palestin, sudah tentu sudah ada ROAD MAP ‘Pakatan Jahat’ Kerajaan Selangor untuk merobohkan institusi-institusi Melayu di Selangor.

Walaupun Menteri Besar Selangor seorang yang BODOH, aku tetap percaya beliau tidak akan begitu mudah untuk MENGKHIANATI institusi-institusi Melayu di Selangor. Apatah lagi, beliau pun salah seorang Melayu yang telah naik hasil Dasar Ekonomi Baru yang telah digubal dan dilaksanakan oleh UMNO. Tetapi apakan daya….Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar di Selangor, bukan Kelantan, Kedah atau Trengganu.

Amat benar bacaan kaum Melayu, bahawa DAP lebih berkuasa di Selangor…lebih berkuasa dari PAS dan PKR.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s