Isu GiatMara – Kerajaan Pusat Wajar Tentang Kerajaan Selangor Melalui Proses Undang-Undang

Walaupun pusat-pusat GiatMara yang telah dan bakal ditutup adalah yang beroperasi di Selangor, di atas tanah milik Kerajaan Selangor, tanggung-jawab untuk menentang TINDAKAN ZALIM Kerajaan Selangor tidak wajar digalas oleh UMNO Selangor sahaja.

GiatMara di seluruh negara terletak di bawah Majlis Amanah Rakyat(MARA). MARA pula adalah sebuah agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Luar Bandar. Ini bermakna, MARA adalah di bawah Kerajaan Pusat. Oleh itu, pihak utama yang perlu mengambil sebarang tindakan, termasuk melalui proses undang-undang, ialah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat.

ALASAN yang digunakan oleh Kerajaan Selangor di dalam mengeluarkan arahan melalui Pejabat Tanah Daerah Gombak ialah ‘menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran’.

PERSOALANNYA, apakah benar Kerajaan Selangor tidak pernah membenarkan GiatMara beroperasi di atas tapak milik Kerajaan Selangor???? Sedangkan umumnya kita semua tahu bahawa Kerajaan Selangor semasa di bawah BN, TELAH MEMBENARKAN GiatMara beroperasi di atas tanah-tanah milik Kerajaan Negeri.

Apakah selepas 20 tahun beroperasi di atas tanah milik Kerajaan Negeri Selangor, GiatMara Selayang tidak pernah berhubung dengan Kerajaan Negeri menggunakan alamat di atas tapak GiatMara berkenaan? Sedangkan sebuah pusat GiarMara semestinya ada bekalan air, bekalan letrik, dan lain-lain kemudahan. MUSTAHIL GiatMara boleh menerima kemudahan-kemudahan ini semua sekiranya STATUS operasinya di atas tapak tersebut adalah HARAM, atau taraf SETINGGAN!!!

Kerajaan Pusat wajar mengumpulkan segala dokumen yang ada bagi MEMBUKTIKAN bahawa Kerajaan Selangor semasa pemerintahan BN telah membenarkan GiatMara beroperasi di atas tanah-tanah milik Kerajaan Selangor. Sekiranya Kerajaan Selangor di era BN telah membenarkan, adalah menjadi tanggung-jawab Kerajaan Selangor era Pakatan Rakyat untuk TIDAK MEMUNGKIRI kebenaran yang telah diberikan oleh Kerajaan Selangor era BN sebelum ini.

Pada firasat aku, Pusat GiatMara Selayang lebih berhak ke atas tapak di mana ia telah beroperasi 20 tahun, berbanding dengan tuntutan Kerajaan Singapura ke atas Pulau Batu Putih.

Apakah fungsi Jabatan Peguam Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri….sekiranya perkara semudah ini pun dibiarkan berlarutan.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s