Archive for March 2014

MH370, MAS dan Malindo – Apakah Nyawa Penumpang di Hujung Tanduk?

March 27, 2014

Persepsi umum ialah bahawa perjalanan menggunakan kapal terbang adalah jauh lebih selamat dari menggunakan kenderaan darat. Kapal terbang dipercayai diselenggara mengikut piawaian-piawaian bertaraf antarabangsa, oleh itu jarang sekali berhadapan dengan masalah-masalah mekanikal dan teknikal semasa dalam penerbangan.

Namun begitu, persepsi sedemikian mula tergugat berikutan Tragedi MH370, dan dua insiden melibatkan pesawat MAS MH066 dan sebuah pesawat milik Malindo Air beberapa hari lalu. Pesawat MH370 diputuskan telah ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi. Pesawat MH066 dari KLIA ke Korea telah mendarat cemas di Hong Kong kerana generator tidak berfungsi. Sementara pesawat Malindo Air pula mengalami kebakaran kepada salah satu engine tidak sampai 5-7 minit setelah berlepas dari Subang dalam penerbangan ke Kuala Trengganu.

Walaupun pesawat MAS MH066 dan pesawat Malindo Air telah berjaya didaratkan dengan selamat, dan tanpa kehilangan nyawa atau kemalangan kepada penumpang, KEBERTURUTAN terjadinya Tragedi MH370 dan insiden-insiden tersebut di atas di dalam tempoh dua minggu menimbulkan persoalan…apakah terdapat sebarang KECUAIAN di dalam pemeriksaan-pemeriksaan teknikal yang dilakukan ke atas setiap pesawat sebelum ianya berlepas. Di dalam kes pesawat Malindo Air umpamanya, apakah checklist pemeriksaan teknikal sebelum berlepas yang telah dibuat….sehingga injin boleh terbakar tidak sampai 5-7 minit selepas kapal terbang berlepas ke udara?

Walaupun pesawat MAS MH066 berjaya didaratkan di Hong Kong dan pesawat Malindo Air selamat didaratkan semula di Lapangan Terbang Subang, cuba kita bayangkan betapa TRAUMAnya para penumpang yang terpaksa berhadapan dengan suasana ‘nyawa di hujung tanduk’.

Rakyat perlu diyakinkan semula tentang tahap KESELAMATAN pesawat-pesawat syarikat penerbangan milik Kerajaan kita atau syarikat-syarikat dari negara kita. Kita tidak mahu timbul suatu persepsi bahawa di dalam keghairahan syarikat-syarikat penerbangan mengejar keuntungan atau mengurangkan kerugian, aspek-aspek tertentu yang boleh menjamin KESELAMATAN penumpang diabaikan. Di antara beberapa tanda-tanya di fikiran rakyat termasuk:

1. Aspek PENYELENGGARAAN pesawat
Kita percaya badan-badan penerbangan antarabangsa ada menetapkan berbagai piawaian PENYELENGGARAAN pesawat…tetapi sejauh mana ianya dipatuhi oleh badan-badan penguatkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam(DCA).

2. Aspek KELAYAKAN JURU-TERBANG
Kebanyakan kita tahu bahawa kelayakan akademik untuk menjadi juruterbang tidaklah terlalu tinggi. Mendapat kelulusan baik di dalam matapelajaran tertentu di peringkat SPM sudah cukup untuk diterima memasuki FLYING SCHOOL yang kebanyakannya adalah milik swasta. Persoalannya, apakah ada unsur-unsur KOMPROMI di dalam melahirkan JURUTERBANG berwibawa dan kompeten, di dalam suasana pertandingan antara SEKOLAH-SEKOLAH PENERBANGAN swasta.

3. Aspek SUASANA KERJA JURU-TERBANG
Terdapat suatu persepsi bahawa para juruterbang amat sukar untuk ada masa lapang untuk bersama keluarga mereka. Apakah ini benar? Walaupun gaji seorang juruterbang biasanya amat baik, mungkin mencecah RM25K-RM40K sebulan, apakah ini justifikasi untuk MEMERAS mereka, sehingga mereka jarang ada kelapangan bersama isteri dan anak-anak. Apakah mereka diberikan, katakanmasa ‘free and easy’ katakan sehari dua antara penerbangan antarabangsa, supaya mereka boleh berehat, termasuk mendapat masa tidur yang cukup.

Itu di antara beberapa aspek yang aku fikir DCA perlu OVERHAUL dan NILAI SEMULA selepas terjadinya urutan tragedi, peristiwa dan kejadian-kejadian sejak dua minggu lepas. Kita tidak mahu nyawa penumpang, samada rakyat Malaysia atau negara asing, dan anak-anak kapal bagai ‘telur di hujung tanduk’.

Advertisements

MH370 – Apakah Ada Unsur ‘ANWAR-LINKED’?

March 19, 2014

Kita seolah-olah sudah dibiasakan dengan suatu kenyataan, bahawa setiap peristiwa berunsur KEKECOHAN yang berlaku di negara kita sejak 10-15 tahun lalu, tidak sunyi dari mempunyai kaitan lansung atau tidak lansung dengan PERSONALITI PALING KONTRAVERSI di negara kita, iaitu ketua pembangkang di Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim.

Di dalam isu KALIMAH ALLH, Anwar Ibrahim adalah di antara beberapa pemimpin politik Melayu/Islam yang beriya-iya memberi muka kepada bukan Islam, khususnya penganut Kristian dengan mendakwa bahawa KALIMAH ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam. Walaupun kepimpinan Dewan Ulama PAS sendiri tidak menyokong pendirian Anwar Ibrahim, beliau seakan telah berjaya ‘menguasai’ Nik Aziz dan Hj Hadi untuk menyokong pendirian songsang beliau. Isu ini belum selesai dan bakal menjadi FLASH-POINT yang dahsyat antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.

Kira-kira setahun lalu, kita rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan peristiwa pencerobohan ‘Tentera Kesultanan Sulu’ di Lahad Datu. Di dalam pasukan keselamatan kita bersabung nyawa untuk menggempur para penceroboh, timbul berbagai-bagai berita tentang beberapa orang kanan Anwar Ibrahim, termasuk Sivarasa dan Tian Chua, telah berkunjung ke Manila beberapa bulan sebelum peristiwa tersebut untuk berunding sesuatu dengan kerabat Kesultanan Sulu…malah Anwar Ibrahim sendiri dilapurkan telah bertemu dengan bekas Pengerusi Moro National Liberation Front(MNLF) di dalam usahanya untuk mendapat sokongan rakyat Malaysia di Sabah yang berketurunan Moro dan ethnik-ethnik Muslim lain dari Selatan Filipina. Malah banyak pihak berpandangan bahawa Anwar Ibrahim telah ‘bermain dengan api’ apabila mengapi-apikan rakyat Sabah dengan tawaran kuasa autonomi jika PR menang PRU13 Mei tahun lalu.

Sejak 12 hari lepas, rakyat Malaysia dan seluruh warga dunia dikejutkan pula dengan peristiwa MISTERI kehilangan pesawat MH370 yang sedang di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Setelah seminggu usaha-usaha ‘Searh and Rescue’ di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman, Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak telah mendedahkan rumusan pakar-pakar penerbangan dan satelit dari Amerika Syarikat dan Britain, bahawa pesawat MH370 telah diubah halatuju penerbangannya oleh ‘seseorang di dalam kapal terbang’. Beberapa jam selepas pendedahan tersebut, pihak polis dilapurkan telah memeriksa rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid, selain dari menjalankan siasatan terhadap anak-anak kapal dan penumpang yang lain. Di rumah Kapten Zaharie, pihak polis telah menemui peralatan simulator penerbangan yang memungkinkan Kapten Zaharie memahirkan dirinya dengan semua lapangan terbang di seluruh dunia.

Semalam, kedua-dua Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, telah memperakui bahawa mereka mengenal juruterbang tersebut. Sebelum itu, terdapat lapuran-lapuran dari beberapa akhbar luar negara bahawa Kapten Zaharie merupakan salah seorang penyokong ‘obsessive’ Anwar Ibrahim…sehingga beliau dilapurkan telah berada di Istana Kehakiman Putrajaya pada petang jumaat 7 Mac 2014, semasa Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim di atas kesalahan jenayah MELIWAT….dan keputusan hakim hanya dibuat hanya kira-kira 6 jam sebelum Kapten Zaharie dijadualkan mengendalikan penerbangan MAS MH370 dari KLIA ke Beijing.

Ingin aku ‘refresh’ ingatan kita semua bahawa KES LIWAT Anwar Ibrahim bermula pada tahun 2008. Bermakna, hukuman terhadap Anwar Ibrahim hanya berlaku lebih dari 5 tahun selepas mangsa Anwar Ibrahim membuat lapuran polis terhadap bosnya. Kita semua tahu tempoh masa begini lama adalah disebabkan siri penangguhan oleh barisan peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Kalau ditukar kepada hari, 5 tahun bersamaan dengan 1,825 hari. Ini bermakna Saiful terpaksa menunggu lebih dari 5 tahun atau 1825 hari sebelum mendapat keadilan.

Pada pagi Sabtu, 8 Mac 2014, keluar berita kehilangan pesawat MAS MH370. Tidak lama kemudian, beberapa blog pro-BN mula mendedahkan bahawa juruterbang Kapten Zaharie adalah seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim…termasuk memaparkan gambarnya berdiri bersama seorang peguam Anwar Ibrahim, Sivarasa di dalam suatu program dipercayai program PKR.

Lantas, TERDETIK di hati aku…..setelah kes LIWAT Anwar Ibrahim tertangguh begitu lama, lebih dari 5 tahun….kenapa pada HARI YANG SAMA Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, dan pada hari yang sama Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun….pesawat MAS MH370, yang dipandu oleh seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim, yang turut berada di Mahkamah Rayuan Putrajaya semasa hukuman ke atas Anwar Ibrahim dijatuhkan….tiba-tiba hilang dengan penuh misteri…

Apakah kedua peristiwa ini berlaku secara KEBETULAN? Atau apakah ianya hasil dari suatu perancangan yang rapi, yang telah memakan masa berbulan-bulan malah bertahun. Kita semua tahu Anwar Ibrahim adalah ‘Gift from God’, dan di antara kelebihannya ialah kebolehan merancang sesuatu jauh ‘ahead of’ pihak lain…malah berupaya merancang sesuatu yang TIDAK PERNAH TERFIKIR oleh pihak ‘musuh-musuh’ politiknya. Do not ever under-estimate Anwar Ibrahim…he is genius!!!

Sebagaimana dibincangkan oleh pakar-pakar penerbangan, sekiranya pesawat tersebut telah di ‘hijack’, terdapat banyak cara untuk juruterbang, pembantu juruterbang dan anak-anak kapal memaklumkan, atau sekiranya ‘under duress’ menghantar secara rahsia maklumat kepada Control Tower, malah kepada pesawat-pesawat lain.

Berdasarkan beberapa lapuran terkini, banyak pihak mula memikirkan apakah mungkin juruterbang sendiri yang ‘hijack’ pesawat tersebut…untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Sekiranya ini benar, persoalan berikutnya ialah KE MANA pesawat ingin di bawa dan UNTUK TUJUAN APA? Dan, memandangkan ianya berlaku hanya 6-7 jam selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim, persoalan di benak aku dan ramai rakyat Malaysia lain ialah, APAKAH KEDUA PERISTIWA ini berkaitan antara satu sama lain.

Di Mana Salahnya Nama PERKASA dan BARISAN PERPADUAN NASIONAL?

March 2, 2014

PERKASA, atau ‘Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia’ adalah di antara puluhan NGO Melayu yang telah lahir berikutan dari sikap OVERWHELMING MAJORITY pengundi Cina yang telah menikam UMNO/BN dari belakang sejak PRU12 2008. PERKASA dan lain-lain NGO Melayu telah bangkit untuk menyedarkan umat Melayu, supaya bersatu di dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan, yang telah digubal berasaskan perjanjian SOSIAL KONTRAK antara bangsa Melayu dan bangsa-bangsa pendatang di negara ini.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Perkara 153 hanya menyebut ‘…kedudukan istimewa ORANG MELAYU…’. Namun begitu, setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Perkara 153 telah dipinda menjadi ‘…kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak…’. Ini bermakna, sebelum penubuhan Malaysia, satu-satunya kaum bumiputra di Persekutuan Tanah Melayu adalah ORANG MELAYU, dan pada masa itu ORANG ASLI di Persekutuan Tanah Melayu juga dikira tergolong di dalam ORANG MELAYU.

Setelah pembentukan Malaysia, Perkara 153 Perlembagaan perlu mengambil kira kewujudan beratus-ratus kaum bumiputra Sabah dan Sarawak termasuk Iban, Kadazan, Bajau, Melanau dan sebagainya. Mereka dari pelbagai kaum bumiputra Sabah dan Sarawak inilah yang dimaksudkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dengan ‘….dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Kaum Melayu adalah sebahagian dari kaum-kaum bumiputra di negara ini. Mengikut banci tahun 2010, penduduk Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang. Dari jumlah tersebut, 67.4%(19 juta) terdiri dari kaum BUMIPUTRA, sementara dari kaum BUMIPUTRA pula terdiri dari kaum MELAYU(16 juta). Ini bermakna penduduk Melayu merupakan 57% dari seluruh penduduk Malaysia.

Berdasarkan statistik tersebut di atas, aku pernah mempersoalkan melalui beberapa penulisan aku sebelum ini, KENAPA Datuk Ibrahim Ali dan mereka yang menubuhkan PERKASA mengenepikan atau meninggalkan kalimah ‘MELAYU’ dari nama PERKASA. Sedangkan bangsa Melayu merupakan 84% dari kaum Bumiputra, selain dari membentuk 57% dari keseluruhan penduduk Malaysia. Kenapa tidak menamakan pertubuhan tersebut sebagai PERTUBUHAN MELAYU DAN BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA? KENAPA dibiarkan kalimah ‘MELAYU’ ditenggelamkan oleh perkataan ‘BUMIPUTRA”.

Dua tiga hari lepas, PERKASA bersama-sama lebih 50 NGO Melayu yang lain telah berkumpul di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, untuk mengasaskan penubuhan BARISAN PERPADUAN NASIONAL. Kita tahu latar belakang NGO-NGO Melayu yang menjadi pengasas-pengasas, termasuk JATI pimpinan Dr Hassan Ali, MUAFAKAT pimpinan Ustaz Ismail Mina, PEMBELA, ISMA, ABIM, PKPIM dan lain-lain. Kesemua pertubuhan-pertubuhan ini berjuang mempertahankan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU dan KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN.

Oleh itu, apakah kewajaran 55 pertubuhan NGO Melayu ini menggambarkan pertubuhan gabungan mereka sebagai BARISAN PERPADUAN NASIONAL? Aku percaya nama BARISAN PERPADUAN MELAYU jauh lebih sesuai untuk menggambarkan dasar dan matlamat perjuangan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Malah, PERPADUAN MELAYU adalah pra-syarat kepada kewujudan PERPADUAN NASIONAL.

Aku dengan ini menggesa Datuk Ibrahim Ali, serta saf-saf kepimpinan PERKASA dan BARISAN PERPADUAN NASIONAL, supaya mengkaji semula kesesuaian nama BARISAN PERPADUAN NASIONAL, malah nama PERKASA itu sendiri.


%d bloggers like this: