MH370, MAS dan Malindo – Apakah Nyawa Penumpang di Hujung Tanduk?

Persepsi umum ialah bahawa perjalanan menggunakan kapal terbang adalah jauh lebih selamat dari menggunakan kenderaan darat. Kapal terbang dipercayai diselenggara mengikut piawaian-piawaian bertaraf antarabangsa, oleh itu jarang sekali berhadapan dengan masalah-masalah mekanikal dan teknikal semasa dalam penerbangan.

Namun begitu, persepsi sedemikian mula tergugat berikutan Tragedi MH370, dan dua insiden melibatkan pesawat MAS MH066 dan sebuah pesawat milik Malindo Air beberapa hari lalu. Pesawat MH370 diputuskan telah ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi. Pesawat MH066 dari KLIA ke Korea telah mendarat cemas di Hong Kong kerana generator tidak berfungsi. Sementara pesawat Malindo Air pula mengalami kebakaran kepada salah satu engine tidak sampai 5-7 minit setelah berlepas dari Subang dalam penerbangan ke Kuala Trengganu.

Walaupun pesawat MAS MH066 dan pesawat Malindo Air telah berjaya didaratkan dengan selamat, dan tanpa kehilangan nyawa atau kemalangan kepada penumpang, KEBERTURUTAN terjadinya Tragedi MH370 dan insiden-insiden tersebut di atas di dalam tempoh dua minggu menimbulkan persoalan…apakah terdapat sebarang KECUAIAN di dalam pemeriksaan-pemeriksaan teknikal yang dilakukan ke atas setiap pesawat sebelum ianya berlepas. Di dalam kes pesawat Malindo Air umpamanya, apakah checklist pemeriksaan teknikal sebelum berlepas yang telah dibuat….sehingga injin boleh terbakar tidak sampai 5-7 minit selepas kapal terbang berlepas ke udara?

Walaupun pesawat MAS MH066 berjaya didaratkan di Hong Kong dan pesawat Malindo Air selamat didaratkan semula di Lapangan Terbang Subang, cuba kita bayangkan betapa TRAUMAnya para penumpang yang terpaksa berhadapan dengan suasana ‘nyawa di hujung tanduk’.

Rakyat perlu diyakinkan semula tentang tahap KESELAMATAN pesawat-pesawat syarikat penerbangan milik Kerajaan kita atau syarikat-syarikat dari negara kita. Kita tidak mahu timbul suatu persepsi bahawa di dalam keghairahan syarikat-syarikat penerbangan mengejar keuntungan atau mengurangkan kerugian, aspek-aspek tertentu yang boleh menjamin KESELAMATAN penumpang diabaikan. Di antara beberapa tanda-tanya di fikiran rakyat termasuk:

1. Aspek PENYELENGGARAAN pesawat
Kita percaya badan-badan penerbangan antarabangsa ada menetapkan berbagai piawaian PENYELENGGARAAN pesawat…tetapi sejauh mana ianya dipatuhi oleh badan-badan penguatkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam(DCA).

2. Aspek KELAYAKAN JURU-TERBANG
Kebanyakan kita tahu bahawa kelayakan akademik untuk menjadi juruterbang tidaklah terlalu tinggi. Mendapat kelulusan baik di dalam matapelajaran tertentu di peringkat SPM sudah cukup untuk diterima memasuki FLYING SCHOOL yang kebanyakannya adalah milik swasta. Persoalannya, apakah ada unsur-unsur KOMPROMI di dalam melahirkan JURUTERBANG berwibawa dan kompeten, di dalam suasana pertandingan antara SEKOLAH-SEKOLAH PENERBANGAN swasta.

3. Aspek SUASANA KERJA JURU-TERBANG
Terdapat suatu persepsi bahawa para juruterbang amat sukar untuk ada masa lapang untuk bersama keluarga mereka. Apakah ini benar? Walaupun gaji seorang juruterbang biasanya amat baik, mungkin mencecah RM25K-RM40K sebulan, apakah ini justifikasi untuk MEMERAS mereka, sehingga mereka jarang ada kelapangan bersama isteri dan anak-anak. Apakah mereka diberikan, katakanmasa ‘free and easy’ katakan sehari dua antara penerbangan antarabangsa, supaya mereka boleh berehat, termasuk mendapat masa tidur yang cukup.

Itu di antara beberapa aspek yang aku fikir DCA perlu OVERHAUL dan NILAI SEMULA selepas terjadinya urutan tragedi, peristiwa dan kejadian-kejadian sejak dua minggu lepas. Kita tidak mahu nyawa penumpang, samada rakyat Malaysia atau negara asing, dan anak-anak kapal bagai ‘telur di hujung tanduk’.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s