Archive for May 2014

Sultan Azlan Shah Mangkat – Umat Melayu Terhutang Budi Kepada Kesultanan Melayu Selama-lamanya

May 28, 2014

Saat-saat kelahiran seorang putra mahkota, pertabalan raja, dan kemangkatan raja adalah peristiwa-peristiwa penting di dalam kalendar umat Melayu. Selain dari mentaati Allah swt sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas seluruh alam semesta, dan mengikut dan mencontohi Muhammad Rasulullah sebagai Rasul Allah, kesetiaan kepada Raja-raja Melayu adalah antara asa-asas utama tamadun umat Melayu.

Raja-Raja Melayu sekarang adalah Raja Berlembagaan, di mana sebahagian besar dari kekuasaan Raja-Raja Melayu sebelum ini telah diperturunkan kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat, yang diketuai oleh Perdana Menteri. Namun, di dalam konteks Malaysia, Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu tetap mengekalkan kuasa-kuasa eksekutif tertentu, terutama di dalam hal-hal melibatkan hak-hak istimewa orang Melayu, dan agama Islam. Malah Raja-Raja Melayu kekal sebagai Ketua Agama Islam di sembilan negeri-negeri Tanah Melayu yang mempunyai sultan.

Sekarang ini, umat Melayu bernasib baik kerana selain dari memiliki Raja-Raja sebagai payung menaungi kewujudan mereka di dunia serba mencabar ini, mereka juga mempunyai parti-parti politik Melayu dan NGO-NGO Melayu untuk memperteguhkan kedudukan mereka di persada dunia, selain dari mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa mereka di negara ini.

Namun begitu, sebelum Perang Dunia Kedua, belum ada lagi parti-parti politik Melayu atau NGO-NGO Melayu yang berwibawa untuk memperjuangkan hak-hak Melayu. Jatuh bangun umat Melayu hanya terletak di tangan Raja-Raja Melayu. Empayar-empayar Melayu telah wujud di Kepulauan Melayu SEBELUM ketibaan pelayar-pelayar dari Greek, Arab dan China, malah SEBELUM buku-buku sejarah mula ditulis oleh sesiapa. Di dalam keadaan umat Melayu masih serba daif, Raja-Raja Melayu telah memainkan peranan melakarkan sempadan Kepulauan Melayu, untuk diwariskan kepada Raja-Raja Melayu dan umat Melayu yang mendatang, dan telah berjaya mempertahankan batas sempadan Tanah-Tanah Melayu dari ancaman-ancaman kuasa-kuasa lain.

Kesultanan Melayu Perak adalah di antara ratusan kesultanan-kesultanan Melayu yang telah terdapat di merata Kepulauan Melayu. Kesultanan Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah, salah seorang putra Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir, setelah Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatra pada tahun 1528 masehi.

Hari ini, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Ke 34, mangkat dan kembali ke rahmatullah. Di dalam kita berkabung dan bersedih meratapi kemangkatan baginda, amat wajar kita mengimbau kembali sejarah jatuh bangun umat Melayu sejak zaman berzaman, dan peranan besar kesultanan-kesultanan Melayu di dalam tamaddun dan identiti Melayu di suatu sudut dunia ini, yang terkenal dengan nama Kepulauan Melayu.

Advertisements

ISA – Apakah Presiden UMNO Tidak Peka Denyut Hati Ahli-Ahli dan Umat Melayu?

May 27, 2014

Umat Melayu dan ahli-ahli UMNO sendiri TERGAMAM apabila Internal Security Acts(ISA) dimansukhkan. Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya, apakah cadangan untuk memansukhkan ISA pernah dibahaskan di mana-mana Perhimpunan Agung UMNO? Malah, apakah ianya keputusan Majlis Tertinggi UMNO?

Dari apa yang kita semua tahu, hanya parti-parti pembangkang sahaja yang menuntut supaya ISA dimansukhkan…mungkin pemimpin-pemimpin mereka bimbang akan menjadi tahanan ISA…Namun begitu, kalau kita jenguk ke negara jiran kita di selatan, Singapura tetap mengekalkan ISA, yang diwarisi dari zaman penjajah Inggeris. Terbukti ISA berkesan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Singapura.

Sehari dua lepas, PERKASA sekali lagi mempelupuri Dialog Awam Perpaduan Nasional yang antara lain membincangkan isu ISA. Dari kenyataan Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA, majoriti NGO yang menyertai Dialog tersebut mahukan Kerajaan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, atau ISA.

Aku amat yakin dan percaya, rumusan dari dialog tersebut amat bertepatan dengan aspirasi dan hasrat ‘rank-and-file’ parti UMNO itu sendiri, selain dari menjadi menepati harapan dan hasrat umat Melayu/Islam di negara ini. Sejak ISA dimansukhkan, di mana sahaja aku berjumpa dan berbincang dengan orang-orang Melayu yang menyokong UMNO dan Kerajaan, 100% beranggapan bahawa kepimpinan UMNO telah membuat kesilapan besar untuk memansukhkan Akta tersebut.

Memandangkan tindakan Kerajaan memansukhkan ISA telah tidak memberikan sebarang ‘political milage’ kepada BN, berdasarkan PRU13 yang lalu, adalah amat wajar untuk Kerajaan lebih mendengan ‘denyut nadi’ penyokong-penyokong UMNO/BN sendiri….kerana undi merekalah yang telah mengekalkan memenangkan UMNO di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Adalah kurang bijak, kalau mengikut pepatah Melayu, ‘Yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat’…

Aku mencabar kepimpinan tertinggi UMNO, khususnya Presiden UMNO sendiri, untuk lebih peka dengan ‘denyut nadi’ pengundi-pengundi yang telah mengekalkan Kerajaan UMNO/BN. Kalau inginkan 100% kepastian, apa salahnya diadakan satu REFERANDUM di kalangan seluruh keahlian UMNO di seluruh negara, bagi menentukan samada ‘rank-and-file’ UMNO mahu ISA dikembalikan, demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Kepimpinan UMNO Pulau Pinang Perlu Rombakan Segera!

May 24, 2014

Berdasarkan statistik 2010, hampir 50% penduduk Pulau Pinang terdiri dari umat Melayu/Bumiputra. Namun begitu, di segi politik, Pulau Pinang seolah-olah sudah jadi ‘milik Cina’….seolah-olah sama seperti Singapura.

Sedangkan di Singapura, penduduk Melayu hanyalah 15%. Oleh itu, kita tidak boleh salahkan Melayu Singapura apabila mereka terpaksa hidup di bawah ‘ketuanan Cina’.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, Pulau Pinang TIDAK SAMA dengan Singapura? Malah mengikut beberapa statistik terkini, ada lapuran bahawa penduduk Melayu/Bumiputra telah melebihi 50% dari penduduk Pulau Pinang.

Persoalannya, bagaimana kaum bukan Melayu boleh ‘berkepak’ sedemikian rupa di Pulau Pinang…menjadikan bangsa Melayu/Bumiputra seolah-olah ‘bangsa pinggiran’.

Sejak berlaku kekecohan di DUN Pulau Pinang sejak beberapa hari lepas, aku belum terbaca sebarang statement dibuat oleh kepimpinan UMNO Pulau Pinang…..memang ada statement dari Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang….tetapi di mana suara UMNO PULAU PINANG itu sendiri????

Apa Tindakan Kepimpinan Tertinggi UMNO Untuk Meredakan Kemarahan Umat Melayu?

May 24, 2014

Hampir semua pemimpin tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan berhubung sikap biadap RAYER PARIA, ADUN DAP yang telah ‘mencelakakan’ UMNO.

Bermula dengan KJ, Ketua Pemuda yang telah mengambil pendirian meminta maaf kepada DAP. Ini diikuti dengan kenyataan-kenyataan oleh TS muhyiddin, kemudian DS Hishamuddin, dan oleh DS Najib sendiri.

Umumnya, semuanya menyalahkan RAYER, yang telah mengeluarkan kenyataan ‘biadap dan menjijikkan’ terhadap UMNO. Di masa yang sama, mereka tidak ENDORSE tindakan yang telah diambil oleh sebahagian anggota Pemuda UMNO sebagaimana telah tercetus di Pulau Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur.

TETAPI, apakah kenyataan kepimpinan tertinggi UMNO hanya terhenti di situ? Jika tidak mahu melihat golongan Pemuda UMNO bertindak di luar batas undang-undang, apakah mereka pro-aktif untuk mengambil apa-apa tindakan mengikut saluran undang-undang, bagi mempastikan bahawa di masa-masa akan datang, tidak ada lagi pihak yang akan berani ‘mencelakakan’ UMNO.

UMNO bukan milik Presiden UMNO, Ketua Pemuda UMNO atau Ahli-Ahli MKT UMNO sahaja. UMNO adalah milik umat Melayu. Apabila UMNO di’celakakan’ oleh musuh-musuh politik UMNO, seluruh umat Melayu berhak mempertahankan MARUAH UMNO.

Bagi mengelakkan sebahagian dari UMAT MELAYU mengambil tindakan mempertahankan maruah UMNO di luar proses undang-undang, adalah menjadi tanggung-jawab kepimpinan tertinggi UMNO memulakan dengan segera langkah-langkah melalui proses undang-undang. Contohnya, Menteri Dalam Negeri wajar menggerakkan PDRM untuk menentukan apakah ada unsur melanggar AKTA HASUTAN.

Bagi umat Melayu, UMNO adalah ibarat ibubapa atau datuk nenek mereka. Apa perasaan kita kalau ibubapa atau datuk nenek kita di’celakakan’ oleh orang lain?

Tidak cukup dengan kepimpinan tertinggi UMNO hanya menasihatkan agar umat Melayu bersabar dan tidak melanggar undang-undang. Mereka terlebih dahulu perlu memulakan TINDAKAN MELALUI PROSES UNDANG-UNDANG, bagi meredakan kemarahan umat Melayu.

Kenyataan UMNO Celaka – PARIA DAP Wajar Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

May 23, 2014

Seorang PARIA DAP telah membangkitkan kemarahan umat Melayu dengan mengeluarkan kenyataan ‘UMNO celaka’ di DUN Pulau Pinang, dan di dalam ceramah PRK Bukit Gelugur.

Majoriti umat Melayu adalah ahli-ahli dan penyokong UMNO. Oleh itu sebarang kenyataan ‘mencelakakan UMNO’ tidak dapat tidak akan mengguris hati umat Melayu dan menimbulkan kemarahan mereka.

Apa yang lebih mengguris hati umat Melayu ialah apabila perkataan ‘mencelakakan’ UMNO itu keluar dari mulut seorang PARIA yang nenek moyangnya adalah dari kaum pendatang ke Tanah Melayu ini. Apakah anak cucu kaum pendatang sudah begitu besar kepala sehingga berani ‘mencelakakan’ sebuah parti yang menjadi PAYUNG kepada umat Melayu. Presiden UMNO ialah DS Najib, Perdana Menteri Malaysia. Naib Presiden UMNO ialah TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Dan Naib Presiden terkanan UMNO ialah DS Dr Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Kemarahan umat Melayu mungkin di peringkat masih boleh dikawal. Umat Melayu faham bahawa negara kita ini ada undang-undang bagi membendung kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan ‘backlash’, termasuk kenyataan ‘mencelakakan’ UMNO. Tetapi, sekiranya undang-undang tidak dikuatkuasakan sewajarnya, tidak mustahil umat Melayu akan bertindak di luar undang-undang.

Amat tidak wajar jika anggota-anggota Pemuda UMNO sahaja ditangkap dan disiasat kerana memasuki DUN Pulau Pinang untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap kenyataan ‘mencelakakan’ UMNO…sedangkan PARIA dari DAP yang mencetuskan kemarahan tersebut sehingga kini dibiarkan sahaja, malah masih bebas mengulangi kenyataan ‘mencelakakan’ UMNO di majlis ceramah di luar DUN. Aku percaya, tindakan anggota-anggota Pemuda UMNO tersebut MEWAKILI perasaan jutaan umat Melayu di seluruh negara, yang sedang ‘menggenggam tangan dan mengurut dada menahan kemarahan’.

Umat Melayu menunggu suatu tindakan tegas dari Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, dan Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, untuk tidak membiarkan sahaja kenyataan ‘mencelakakan’ UMNO berlalu tanpa suatu tindakan PALING TEGAS, supaya tidak ada lagi pihak yang berani sewenang-wenangnya ‘mencelakakan’ parti keramat umat Melayu ini.

Bagi aku, pihak PDRM juga perlu pro-aktif. Tak perlu tunggu arahan dari Menteri Dalam Negeri. KPN juga seorang Melayu, dan aku percaya dia pun berkongsi perasaan dengan majoriti umat Melayu yang begitu terguris dengan kenyataan ‘mencelakakan’ parti PAYUNG umat Melayu ini.

Jangan hanya cepat menahan anggota-anggota Pemuda UMNO. Sebaliknya gunakanlah AKTA HASUTAN untuk menahan dan membawa pihak PENGHASUT ke mahkamah.

UMNO Perlu ADUN Yang ADA TELUR Untuk Jadi Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang

May 22, 2014

Berdasarkan perkembangan mutakhir di Pulau Pinang, dan di DUN Pulau Pinang, aku percaya UMNO perlu mengkaji semula keputusan melantik seorang ADUN wanita sebagai Ketua Pembangkang.

Aku pun tidak faham, siapakah ‘punahsihat-punahsihat’ yang telah meyakinkan DS Najib untuk memilih ketua pembangkang di kalangan seorang ADUN wanita dari UMNO. Apakah beliau sememangnya yang terbaik untuk berdebat dengan Lim Guan Eng, atau untuk ‘bergaduh’ dengan ADUN-ADUN dari ‘Tamil Nadu’ yang mewakili DAP.

Kita faham bahawa kaum wanita di Malaysia telah diangkat martabat mereka setinggi-tingginya oleh Kerajaan UMNO/BN. Lihat sahaja siapa Governor Bank Negara. Lihat saja siapa Naib Chancellor UM. Lihat saja siapa Ketua Pengarah LHDN…..itu hanya beberapa contoh…

Tetapi, perlantikan seorang pemimpin wanita hendaklan sesuai pada tempat dan fungsinya. Aku percaya tidak ramai akan bersetuju melantik seorang wanita sebagai Ketua polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera.

Aku percaya, bagi DUN Pulau Pinang yang penuh mencabar, lantik le seorang ADUN UMNO yang ADA TELUR..sebagai Ketua Pembangkang….kecuali kalau semua ADUN lelaki dah TAK ADA TELUR lagi.

Dyana Sofya – DAP So Short of Beautiful Activists?

May 21, 2014

For those who had opportunity to attend UMNO General Assemblies in PWTC, they would not miss coming across or walking pass hundreds, even thousands, of beautiful young and not so young ladies, clad in either red or purple ‘baju kurung’, with matching ‘tudung’ of varying designs. No mistake that they are Wanita UMNO and Puteri UMNO delegates respectively.

In contrast, we will not find such scenario in DAP gatherings or general assemblies. Not many would dispute that, generally, its quite a task to look for DAP female activists who can be classified under ‘beautiful’ catagory. I’m not being prejudiced or speculative, its just a simple fact.

Not surprising that when an INNOCENTLY CONFUSED UiTM law-graduate Malay girl by the name of DYANA SOFYA caught the eyes of DAP Advisor, Lim Kit Siang, she was picked up to be his ‘political secretary’…beg you pardon….political secretary? Political Secretary to perhaps THE OLDEST Member of Parliment in the country?

Lim Kit Siang in a way is guilty of UNDERMINING the respect normally attached to the post of a POLITICAL SECRETARY. Political Secretaries are normally appointed from among party members and activists with vast political experience. It definitely stands on much higher ground than a PA or Personal Assistant in business offices.

What are the ‘merits’ of Dyana Sofya that ATTRACTED THE IMAGINATION of Lim Kit Siang so profoundly, despite his well-known ‘preachings’ for MERITOCRACY, that within less than a year of being appointed as his ‘political secretary'(to be read Private Secretary), Lim Kit Siang has decided to make her the DAP candidate for Teluk Intan! Is it because Dyana Sofya’s mother is an UMNO member? Is it because Dyana Sofya is a Malay lawyer…and UiTM-trained too?
Or is it more to do with her relatively attractive look…compared to most other young DAP activists…

What surprises me more lately is the MORE YOUTHFUL-looking Lim Kit Siang, accompanying Dyana Sofya, making the rounds in Teluk Intan.


%d bloggers like this: