HUDUD – Tun Mahathir TERKELIRU Makna KEADILAN

Bagi aku, Tun Mahathir adalah antara tokoh Melayu terulung, sebaris dengan Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah di zaman Kesultanan Melayu Melaka, juga sebaris dengan tokoh-tokoh era perjuangan kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Ab Rahman dan Tun Ab Razak.

Namun begitu, Tun Mahathir adalah seorang manusia biasa, yang tidak sunyi dari kekhilafan dan kesilapan di dalam berfikir dan bertindak. Di dalam politik UMNO-PAS, aku percaya beberapa pendirian Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri, telah menimbulkan suatu persepsi di kalangan umat Melayu/Islam seolah-olah UMNO menentang atau menolak HUDUD.

Kita percaya, Tun Mahathir sebagai seorang Islam tidak sekali-kali menolak hudud, yang terkandung di dalam Al-Quran. Sebagaimana yang Tun Mahathir sendiri beulang kali menyatakan, beliau hanya tidak bersetuju dengan ‘Hudud PAS’.

Walaupun kita tahu pendirian Tun Mahathir terhadap ‘Hudud Islam’, namun kita khuatir, beberapa pernyataan Tun Mahathir berkenaan ‘Hudud PAS’ boleh disalah-ertikan seolah-olah Tun Mahathir menolak ‘Hudud Islam’, malah boleh menimbulkan suatu persepsi bahawa Tun Mahathir berpendirian seolah-olah beranggapan Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, kecuali jika ianya dikenakan ke atas semua rakyat, termasuk yang bukan Islam.

Sememangnya terdapat berbagai pandangan di kalangan ulama Islam berhubung samada Hudud dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja, atau juga ke atas bukan Islam. Oleh itu, apa salahnya, sebagai langkah permulaan, hudud dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja. Setelah ianya dilaksanakan dengan baik dan berkesan ke atas orang Islam, sudah tentu lebih mudah untuk kita meyakinkan orang-orang bukan Islam untuk menerimanya.

Semalam, Tun Mahathir sekali lagi dilapurkan telah menyatakan bahawa jika hudud dilaksanakan ke atas orang-orang Islam sahaja, akan berlaku ketidakadilan, contohnya jika seorang Islam yang mencuri dipotong tangan sementara seorang bukan Islam yang mencuri hanya dipenjara 2 bulan.

Sekira konsep ‘keadilan’ atau ‘ketidakadilan’ adalah mengikut kefahaman Tun Mahathir, mari kita tanya dia tentang contoh-contoh ‘ketidakadilan’ yang lain seperti berikut:
1. Tidak ada undang-undang negara ini yang menghalang seorang lelaki bukan Islam dan wanita bukan Islam untuk berkongsi suatu bilik hotel, dan mengadakan hubungan seks di luar perkahwinan. Sedangkan pasangan Islam yang belum berkahwin yang melakukan perkara yang sama boleh ditangkap oleh dan didakwa atas kesalahan berkhalwat.
2. Tidak ada undang-undang melarang bukan Islam minum arak dan berjudi di premis-premis perjudian yang dilesenkan. Sedangkan orang Islam bukan sahaja ditegah dari minum arak dan berjudi, malah tidak dibenarkan ke premis arak dan judi.
3. Di setengah negara, dibenarkan seks sejenis, suatu perkara yang amat tidak digemari oleh Tun Mahathir. Sedangkan di Malaysia, ianya adalah satu kesalahan jenayah, selain ianya juga bertentangan dengan perundangan Islam.

Kita ingin tanya Tun Mahathir, apakah satu ‘ketidakadilan’ jika pasangan Islam ditangkap berkhalwat, sedangkan pasangan bukan Islam dibenarkan untuk ‘fuck around’ tanpa apa-apa batasan?

Kita juga ingin tanya Tun Mahathir, apakah suatu ‘ketidakadilan’ jika orang Islam dirotan atau dipenjara kerana minum arak, sedangkan orang-orang bukan Islam boleh mabuk-mabuk sehingga terbaring di tepi jalan?

Kita juga ingin tanya Tun Mahathir, apakah suatu ‘ketidakadilan’ jika orang-orang bukan Islam boleh berkahwin sejenis, sedangkan ianya dilaknat oleh Islam sehingga ‘nabi tidak mengaku umat’?

Sekiranya Tun Mahathir berkesempatan membaca posting aku ini, aku harap Tun sudi mengkaji semula pendirian beliau selama ini.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s