DAP Perlu Terlebih Dahulu Didakwa Di bawah Akta Hasutan

Para pemimpin DAP di antara yang paling cepat melenting apabila beberapa aspek sejarah Tanah Melayu dirungkai dari sudut pandangan pihak tertentu.

Sedangkan, sejak penubuhannya, dan lebih ketara menjelang PRU 1969, DAPlah parti yang telah TIDAK HENTI-HENTI mencetuskan ketegangan kaum di negara ini, dengan memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’. Bukan suatu perkara kebetulan bila 3 hari selepas PRU 1969 tersebut, tercetus rusuhan kaum yang paling buruk di dalam sejarah Malaysia merdeka.

Apakah itu ‘Malaysian Malaysia’ model DAP. Ianya ialah sebuah negara di mana tidak ada lagi garis pemisah antara Melayu/Bumiputra dan bukan Melayu/bukan Bumiputra. Dengan kata lain, ‘Malaysian Malaysia’ samalah seperti ‘Malayan Union’ tajaan penjajah British pada tahun 1946, yang telah ditentang dengan begitu hebat oleh seluruh umat Melayu, sehingga memaksa penjajah British membatalkannya, dan digantikan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Apakah DAP ingin melupakan saja fakta sejarah bahawa pemberian taraf kerakyatan kepada kira-kira 1.5 juta nenek moyang mereka bukanlah secara OPEN ENDED. Sebaliknya, mereka dianugerahkan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat mereka mengiktiraf KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU sebagai pemerintah dan penduduk asal di negeri-negeri Tanah Melayu. Ada pihak yang menggambarkan ini sebagai SOCIAL CONTRACT, tetapi aku lebih gemar jika perjanjian tersebut diberi nama ‘PERJANJIAN KERAKYATAN TANAH MELAYU’.

Bukankah mempertikaikan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU atau PERCUBAAN MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU itu bertentangan dengan ‘PERJANJIAN KERAKYATAN TANAH MELAYU’, bertentangan dengan PERLEMBAGAAN MALAYSIA, dan suatu kesalahan di bawah AKTA HASUTAN?

Dah tu, kenapa pihak-pihak yang diamanahkan menegakkan undang-undang dan Perlembagaan Negara membiarkan sahaja DAP, terutama pemimpin-pemimpin utama mereka ‘siang malam’ melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan….

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s