DONG ZHONG – Kerajaan Wajar Hentikan Sumbangan ‘Per Kapita’ Kepada SJKC

Kumpulan racist DONG ZHONG buat hal lagi. Kali ini di SMJKC Pulau Sebang, Melaka.

Pada dasarnya, Kerajaan hanya bertanggung-jawab ke atas sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah menengah kebangsaan, iaitu sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu. Sekolah-sekolah ini terbuka kepada semua kaum di negara ini.

Oleh itu, wajar sekali jika tapak, infra dan bangunan sekolah disediakan menggunakan peruntukan Kerajaan sepenuhnya. Belanjawan Kerajaan juga digunakan untuk maintenance sekolah, dan membayar gaji Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru, kerani dan lain-lain kaki-tangan. Malah peruntukan Kerajaan juga untuk membiayai Kementerian Pelajaran Malaysia dan gaji seluruh kaki-tangannya.

Namun begitu, Kerajaan tetap membenarkan pengelola-pengelola sekolah-sekolah ‘vernacular’, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT), dan Sekolah Agama Rakyat(SAR) untuk membina sekolah-sekolah ‘vernacular’ tersebut dengan belanja mereka sendiri dan mengeluarkan belanja sendiri untuk membayar gaji guru-guru. Walaupun Kerajaan lansung tidak ada tanggung-jawab di segi Perlembagaan atau undang-undang, Kerajaan tetap bermurah hati untuk memberikan peruntukan-peruntukan tertentu berdasarkan konsep ‘per kapita’, atau suatu bayaran ‘lump sum’ setiap tahun berdasarkan berapa ramai pelajar di sekolah berkenaan. Sejak beberapa tahun lepas, peruntukan untuk setiap jenis sekolah vernacular telah mencecah rm100,000,000.00 setahun.

Kita faham apa matlamat Kerajaan kita. Kerajaan kita tidak mahu sekolah-sekolah ‘vernacular’ SJKC, SJKT dan SAR bergerak terlalu bebas dari kawalan Kerajaan. Kerajaan menaruh kebimbangan, jika SJKC, SJKT dan SAR tidak dikaitkan lansung dengan Dasar-Dasar Pendidikan Negara, ianya boleh menjejaskan perpaduan antara kaum di negara ini.

Kerajaan tidak ada masalah dengan SJKT dan SAR. Tetapi, pengelola-pengelola SJKC saban hari menimbulkan masalah kepada Kerajaan. Bak kata pepatah ‘beri betis hendak paha’.

Oleh itu, jika pengelola-pengelola SJKC terlalu banyak SONGE(istilah ‘pasar’ untuk mereka yang suka menimbulkan masalah atau mengada-ngada), sudah sampai masanya untuk Kerajaan menghentikan saja bantuan ‘per kapita’ kepada SJKC, BIARKAN saja mereka membiayai 100% keperluan mereka….biar mereka tahu samada langit tinggi atau rendah.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s