Apa Tindakan Kepimpinan Tertinggi UMNO Untuk Meredakan Kemarahan Umat Melayu?

Hampir semua pemimpin tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan berhubung sikap biadap RAYER PARIA, ADUN DAP yang telah ‘mencelakakan’ UMNO.

Bermula dengan KJ, Ketua Pemuda yang telah mengambil pendirian meminta maaf kepada DAP. Ini diikuti dengan kenyataan-kenyataan oleh TS muhyiddin, kemudian DS Hishamuddin, dan oleh DS Najib sendiri.

Umumnya, semuanya menyalahkan RAYER, yang telah mengeluarkan kenyataan ‘biadap dan menjijikkan’ terhadap UMNO. Di masa yang sama, mereka tidak ENDORSE tindakan yang telah diambil oleh sebahagian anggota Pemuda UMNO sebagaimana telah tercetus di Pulau Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur.

TETAPI, apakah kenyataan kepimpinan tertinggi UMNO hanya terhenti di situ? Jika tidak mahu melihat golongan Pemuda UMNO bertindak di luar batas undang-undang, apakah mereka pro-aktif untuk mengambil apa-apa tindakan mengikut saluran undang-undang, bagi mempastikan bahawa di masa-masa akan datang, tidak ada lagi pihak yang akan berani ‘mencelakakan’ UMNO.

UMNO bukan milik Presiden UMNO, Ketua Pemuda UMNO atau Ahli-Ahli MKT UMNO sahaja. UMNO adalah milik umat Melayu. Apabila UMNO di’celakakan’ oleh musuh-musuh politik UMNO, seluruh umat Melayu berhak mempertahankan MARUAH UMNO.

Bagi mengelakkan sebahagian dari UMAT MELAYU mengambil tindakan mempertahankan maruah UMNO di luar proses undang-undang, adalah menjadi tanggung-jawab kepimpinan tertinggi UMNO memulakan dengan segera langkah-langkah melalui proses undang-undang. Contohnya, Menteri Dalam Negeri wajar menggerakkan PDRM untuk menentukan apakah ada unsur melanggar AKTA HASUTAN.

Bagi umat Melayu, UMNO adalah ibarat ibubapa atau datuk nenek mereka. Apa perasaan kita kalau ibubapa atau datuk nenek kita di’celakakan’ oleh orang lain?

Tidak cukup dengan kepimpinan tertinggi UMNO hanya menasihatkan agar umat Melayu bersabar dan tidak melanggar undang-undang. Mereka terlebih dahulu perlu memulakan TINDAKAN MELALUI PROSES UNDANG-UNDANG, bagi meredakan kemarahan umat Melayu.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

One Comment on “Apa Tindakan Kepimpinan Tertinggi UMNO Untuk Meredakan Kemarahan Umat Melayu?”


  1. […] BLOG WARISAN TANAH MELAYU KITA – Hampir semua pemimpin tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan berhubung sikap biadap RAYER PARIA, ADUN DAP yang telah ‘mencelakakan’ UMNO. […]


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s