Sultan Azlan Shah Mangkat – Umat Melayu Terhutang Budi Kepada Kesultanan Melayu Selama-lamanya

Saat-saat kelahiran seorang putra mahkota, pertabalan raja, dan kemangkatan raja adalah peristiwa-peristiwa penting di dalam kalendar umat Melayu. Selain dari mentaati Allah swt sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas seluruh alam semesta, dan mengikut dan mencontohi Muhammad Rasulullah sebagai Rasul Allah, kesetiaan kepada Raja-raja Melayu adalah antara asa-asas utama tamadun umat Melayu.

Raja-Raja Melayu sekarang adalah Raja Berlembagaan, di mana sebahagian besar dari kekuasaan Raja-Raja Melayu sebelum ini telah diperturunkan kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat, yang diketuai oleh Perdana Menteri. Namun, di dalam konteks Malaysia, Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu tetap mengekalkan kuasa-kuasa eksekutif tertentu, terutama di dalam hal-hal melibatkan hak-hak istimewa orang Melayu, dan agama Islam. Malah Raja-Raja Melayu kekal sebagai Ketua Agama Islam di sembilan negeri-negeri Tanah Melayu yang mempunyai sultan.

Sekarang ini, umat Melayu bernasib baik kerana selain dari memiliki Raja-Raja sebagai payung menaungi kewujudan mereka di dunia serba mencabar ini, mereka juga mempunyai parti-parti politik Melayu dan NGO-NGO Melayu untuk memperteguhkan kedudukan mereka di persada dunia, selain dari mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa mereka di negara ini.

Namun begitu, sebelum Perang Dunia Kedua, belum ada lagi parti-parti politik Melayu atau NGO-NGO Melayu yang berwibawa untuk memperjuangkan hak-hak Melayu. Jatuh bangun umat Melayu hanya terletak di tangan Raja-Raja Melayu. Empayar-empayar Melayu telah wujud di Kepulauan Melayu SEBELUM ketibaan pelayar-pelayar dari Greek, Arab dan China, malah SEBELUM buku-buku sejarah mula ditulis oleh sesiapa. Di dalam keadaan umat Melayu masih serba daif, Raja-Raja Melayu telah memainkan peranan melakarkan sempadan Kepulauan Melayu, untuk diwariskan kepada Raja-Raja Melayu dan umat Melayu yang mendatang, dan telah berjaya mempertahankan batas sempadan Tanah-Tanah Melayu dari ancaman-ancaman kuasa-kuasa lain.

Kesultanan Melayu Perak adalah di antara ratusan kesultanan-kesultanan Melayu yang telah terdapat di merata Kepulauan Melayu. Kesultanan Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah, salah seorang putra Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir, setelah Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatra pada tahun 1528 masehi.

Hari ini, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Ke 34, mangkat dan kembali ke rahmatullah. Di dalam kita berkabung dan bersedih meratapi kemangkatan baginda, amat wajar kita mengimbau kembali sejarah jatuh bangun umat Melayu sejak zaman berzaman, dan peranan besar kesultanan-kesultanan Melayu di dalam tamaddun dan identiti Melayu di suatu sudut dunia ini, yang terkenal dengan nama Kepulauan Melayu.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s