PENGUNDI LUAR Senjata Rahsia DAP?

Di dalam usaha menutup KEMALUAN BESAR dikalahkan oleh GERAKAN/BN di PRK Teluk Intan, beberapa pemimpin tertinggi DAP telah menggambarkan kegagalan ‘pengundi luar’ pro-DAP untuk pulang ke Teluk Intan untuk mengundi antara punca utama kekalahan mereka.

Sebenarnya aku amat terpanggil untuk menyiasat perkara ini secara mendalam….malah kalau boleh aku ingin menarik perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) untuk menyiasat perkara ini…..apakah terdapat cara-cara ‘dubious’ atau mencurigakan di dalam gerak-kerja DAP mendaftar pengundi bagi menjamin kemenangan mereka di kawasan-kawasan tertentu.

Aku amat berminat untuk memahami, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh DAP dengan ‘pengundi luar’, dan apakah kaitan ‘pengundi luar’ dengan peratusan keluar mengundi. Dan, apakah maksud Lim Kit Siang, yang dilapurkan amat mengharapkan peratusan keluar mengundi melebihi 70% bagi memenangkan calun DAP.

Bermakna, mengikut ‘pendedahan’ tersebut, faktor calun, samada Melayu atau Cina, bukan faktor utama! Sebaliknya, faktor kemenangan DAP ialah peratusan keluar mengundi melebihi 70%, dan ianya berhubung kait pula dengan faktor ‘pengundi luar’.

Siapakah di dalam senarai 7,000-8,000 ‘pengundi luar’ yang dimaksudkan oleh DAP. Apakah mereka anak-anak muda Cina yang dilahirkan di Teluk Intan, tetapi sekarang belajar atau bekerja di luar Teluk Intan, atau di luar negara…jadi dari aspek logistik, mereka hanya pulang untuk mengundi 5 tahun sekali semasa diadakan Pilihan Raya Umum(PRU), tetapi mereka memilih untuk tidak pulang semasa PRK sebagimana diadakan semalam.

Sekiranya ini yang dimaksudkan oleh DAP dengan ‘pengundi luar’, aku percaya masalah yang sama juga dihadapi oleh pengundi-pengundi yang menyokong parti-parti lain. Terdapat ribuan anak-anak Melayu yang lahir di Teluk Intan, dan berdaftar sebagai pengundi di Teluk Intan, tetapi tinggal di luar Teluk Intan, terutama di Lembah Kelang, malah di luar negara.

Apa yang sedikit MENCURIGAKAN aku tentang ‘pendedahan’ DAP ialah, apakah ‘pengundi luar’ yang dimaksudkan oleh DAP itu ialah ‘pengundi-pengundi IMPOT’, atau pengundi-pengundi yang bukan sahaja tinggal di luar Teluk Intah, malah mereka juga tidak dilahirkan di Teluk Intan, malah tidak ada kaitan lansung dengan Teluk Intan. Aku pernah terdengar ada usaha DAP untuk ‘mengimpot’ pengundi-pengundi dari kawasan-kawasan majoriti Melayu di mana DAP sukar untuk menang, ke kawasan-kawasan tertentu bagi menjamin calun-calun DAP. Contohnya, katakan terdapat beberapa ribu penyokong DAP di Shah Alam, suatu kawasan majoriti Melayu. Jadi, adalah lebih utama bagi DAP mendaftarkan penyokong-penyokong tersebut di kawasan-kawasan di mana DAP akan bertanding, seperti Puchong, Seputeh dan sebagainya.

Bagaimana ‘operasi’ ini boleh dilaksanakan. AMAT MUDAH. Penyokong DAP di Shah Alam akan digalakkan untuk tukar IC supaya alamatnya bertukar ke suatu alamat baru di Puchong, Seputeh atau lain-lain. Pendaftaran pengundi adalah berdasarkan alamat di dalam IC. Dengan cara ini, ribuan pengundi baru ‘dipindahkan’ dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Apakah ini maksud ‘pengundi luar’ yang telah gagal membantu DAP di dalam PRK Teluk Intan semalam?

Adalah amat malang bagi proses demokrasi di Malaysia sekiranya ada parti-parti politik yang menggunakan taktik-taktik ‘dubious’ atau mencurigakan sebagaimana digambarkan di atas.

Apakah cara untuk membenteras amalan tidak bertanggung-jawab dan bertentangan dengan semangat demokrasi ini. SENANG SAHAJA. Kerajaan perlu mewajibkan setiap penduduk yang tinggal atau menyewa di tempat baru menukar IC mereka ke alamat baru tersebut di dalam tempoh maksima tertentu, katakan dalam tempoh 2 minggu. Memandangkan pendaftaran pengundi adalah mengikut alamat tempat tinggal sebagaimana tercatit di dalam IC, peraturan ini akan merumitkan proses ‘memindah’ pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan lain, kecuali jika pengundi tersebut benar-benar telah berpindah tempat kediaman dan menukarkan IC dengan alamat barunya.

Pengecualian boleh diberikan kepada mereka yang memilih untuk mendaftar sebagai pengundi di tempat kelahiran mereka. Umpamanya, DS Najib dilahirkan di Pekan, Pahang…tetapi sebagai Perdana Menteri, beliau terpaksa tinggal di Putrajaya. Demikian juga pengundi-pengundi dari seluruh lapisa masyarakat. Mereka wajar dibiarkan membuat pilihan samada mendaftar sebagai pengundi di tempat asal kelahiran, ATAU di tempat tinggal mereka yang terkini.

Aku amat ingin mendengar penjelasan DAP apakah yang mereka maksudkan dengan ‘pengundi luar’?

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

One Comment on “PENGUNDI LUAR Senjata Rahsia DAP?”

  1. balok guy Says:

    Mmg terdapat bnyk keraguan tentang pengundi luar ni …masa PRU13 dulu ..pengundi cina yg tah dr mana tiba2 muncul..yg mana masuk sebagai pelacur ..tukang urut etc..kluar mengundi…mereka ini sukar dibezakan dgn cian tempatan …lps tu nk cover ,,,dia tuduh BN bwk bangla..licik puak ni…org melayu yg bangang ni pn percaya…tk sedar negara sendiri cuba dihijack


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s