Raja-Raja Melayu dan UMNO – Bagai Aur Dengan Tebing

Bagi aku, sedikit ‘ribut’ yang melanda negeri selatan Semenanjung Tanah Melayu kita, ianya tidak lebih dari apa yang pernah didendangkan oleh Seniman Agung P. Ramlee dengan ungkapan ‘sedangkan lidah lagi tergigit’. Lidah dan gigi memerlukan satu sama lain untuk mengunyah dan menelan makanan…tetapi ‘jarang-jarang’, berlaku juga apa yang tidak diingini atau tidak disengajakan.

Kita percaya, hakikatnya ialah Raja-Raja Melayu dan UMNO saling memerlukan, dan saling memberikan kekuatan dan kehormatan. Kewujudan kesultanan Melayu zaman berzaman memberikan pengesahan tentang sejarah ‘ketuanan’ bangsa Melayu kita di sudut dunia yang pernah dikenali sebagai Kepulauan Melayu ini. Sementara di saat-saat institusi kesultanan Melayu tercabar, sebagaimana di dalam episod ‘Malayan Union’, umat Melayu di bawah pimpinan UMNO pula bangkit mempertahankan Raja-Raja mereka.

Tidak semua kesultanan Melayu di negara-negara Kepulauan Melayu mampu bertahan dan kekal berdaulat. Kesultanan Melayu di selatan Thailand berakhir dengan dominasi Kerajaan Siam. Kesultanan Melayu di Filipina juga terhapus dengan penjajahan Sepanyol. Puluhan kesultanan Melayu di Indonesia juga berkubur akibat penaklukan oleh Belanda.

Sebaliknya, sembilan kesultanan Melayu di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu kekal berdaulat dan bermaruah. Semuanya kerana umat Melayu di bawah kepimpinan UMNO menyanjung dan mendukung Raja-Raja Melayu mereka. Raja-Raja Melayu pula menyayangi dan menaungi rakyat jelata, khususnya umat Melayu.

Tebing tanpa aur akan mudah terhakis bila banjir melanda. Aur pula tidak ada tempat untuk berdiri tanpa tebing. Demikianlah hubungan antara Raja-Raja Melayu dan umat Melayu di bawah pimpinan UMNO. Berdasarkan hakikat ini, semua masalah boleh diselesai, semua kekusutan boleh dirungkai. Semuanya ditangani dengan penuh adat dan beradap, ‘bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak bertebaran’.

Hidup Melayu!!! Hidup UMNO!!! Daulat Tuanku!!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s