Akta Hasutan – Jurang Makin Lebar Antara Kerajaan dan UMNO/Melayu

Pemimpin-pemimpin UMNO di dalam Kerajaan wajar mempelajari dari kekalahan DAP di PRK Teluk Intan baru-baru ini. DAP telah meletakkan calun Melayu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pengundi Melayu mengundi DAP. Bagi DAP, pengundi Cina adalah FIXED DEPOSIT mereka. Kita semua telah tahu apa akibatnya…kepada DAP.

Aku khuatir, para pemimpin UMNO pun sedang terjerumus ke lubang yang sama. Bagi yang telah mula mengambil pengundi Melayu FOR GRANTED, aku peringatkan mereka, ingat-ingatlah ungkapan-ungkapan hikmah orang tua-tua kita, antaranya berbunyi, ‘Yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat’, atau ‘berdentum guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan’.

Sebaik saja tersedar dari kejutan keputusan PRU13, terkeluar dari mulut DS Najib, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, ungkapan ‘Chinese Tsunami’, walaupun kit semua tahu bahawa DS Najib biasanya amat berhati-hati di dalam membuat sebarang ungkapan atau kenyataan, supaya tidak tersinggung mana-mana pihak…Apa tidaknya, beliau adalah PERDANA MENTERI MALAYSIA, bukan Perdana Menteri UMNO. Rakyat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dan agama…jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA semestinya pandai menjaga hati semua kaum. Tidak hairanlah pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pun ikut ‘tow the line’. Semasa DS Hishamuddin masih Ketua Pemuda, beliau telah memohon maaf kepada kaum Cina di atas ‘kesalahan’ menghunus keris. Ketua Pemuda sekarang juga amat ‘dermawan’ di dalam memohon maaf kepada bangsa Cina.

Berdasarkan PRU13 yang lalu, lebih dari 90% dari pengundi Cina telah MENOLAK BN. Dengan kata lain, lebuh dari 90% pengundi Cina menolak kepimpinan Pengerusi BN, DS Najib, yang juga merupakan Presiden UMNO. Ini juga bermakna lebih 90% pengundi Cina MENOLAK BN, menolak DS Najib dan menolak UMNO. Tanpa sokongan lebih 70% pengundi Melayu/Bumiputra Sabah dan Sarawak, dan lebih 50% pengundi kaum India, DS Najib mungkin telah turun pangkat dari Perdana Menteri kepada sekadar jadi Ahli Parlimen Pekan sahaja di Parlimen….itu pun kalau nasib baik…kalau nasib kurang baik…tidak mustahil direhatkan di Kemunting sebagai tahanan ISA, oleh Menteri Dalam Negeri Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang.

Apakah kita percaya bahawa Pakatan Rakyat akan mansukhkan ISA jika mereka berkuasa…contoh dari Singapura sudah cukup untuk mengajar kita. DAP adalah ‘adik kembar’ PAP Singapura. Dah tu, kenapa DAP mahu ISA dimansukhkan, sedangkan PAP Singapura masih bergantung kepada ISA untuk mengekalkan kuasanya? Tidak terfikirkah kita bahawa DAP hanya menolak ISA sebelum parti itu mendapat kuasa, sedangkan apabila mereka memegang kuasa, tidak mustahil mereka akan MENGHIDUPKAN SEMULA ISA…untuk memberikan mereka justifikasi membalas dendam terhadap pemimpin-pemimpin UMNO. Sudah lupakah kita peristiwa BALAS DENDAM oleh Cina Bintang Tiga terhadap kaum Melayu selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945?

Apakah lebih 70% pengundi Melayu/Bumiputra yang mengekalkan BN berkuasa pernah meminta supaya dimansukhkan ISA? Apakah mereka ada minta dimansukhkan Ordinan-Ordinan Darurat? Apakah mereka yang minta dimansukhkan AKTA HASUTAN? Jawabnya TIDAK. Sebaliknya, hanya pengundi-pengundi DAP dan parti-parti pembangkang yang lain yang mahu DIHAPUSKAN akata-akta tersebut.

Malangnya, apabila BN berjaya kekal berkuasa, dengan majoriti lebih kecil, Kerajaan BN mula MEMBUKA IKATAN satu persatu akta-akta yang telah berjaya mengekalkan kestabilan dan keamanan negara kita…TANPA bertanyakan pendapat dan pandangan lebih dari 70% pengundi UMNO/BN yang telah mengekalkan Pengerusi BN/Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri. ISA telah dihapuskan, demikian juga Ordinan-Ordinan Darurat….dan sekarang AKTA HASUTAN pula akan dikuburkan!!!

Aku kerap bertanya kepada diri aku dan kawan-kawan rapat, KEPADA SIAPAKAH Kerajaan BN ingin membalas jasa…70% dari Melayu/Bumiputra yang mengundi untuk mengekalkan pemerintahan BN…atau lebih 90% pengundi Cina yang telah menolak BN, menolak DS Najib dan menolak UMNO????

Aku amat bimbang, lebih nyata sekarang, bahawa terdapat jurang makin melebar antara pemimpin-pemimpin Kerajaan dari UMNO, dengan ‘rank-and-file’ UMNO dan umat Melayu itu sendiri.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s