Apakah DS Najib Mengulangi Jejak Langkah Onn Jaafar?

Di dalam sejarah kehidupan manusia, ada masanya sesuatu peristiwa sejarah seolah-olah berulang kembali. Mat Salleh guna ungkapan ‘history repeats itself’.

Almarhum Dato’ Onn Jaafar adalah pengasas penubuhan United Malays National Organisation(UMNO), dan beliau telah dipilih menjadi Presiden pertama UMNO. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sebagai wadah perjuangan umat Melayu di dalam menentang gagasan Malayan Union. Dato’ Onn berjaya mengetuai umat Melayu, sehingga penjajah British terpaksa menarik balik Malayan Union untuk digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, dengan persetujuan UMNO pimpinan Dato’ Onn dan Raja-Raja Melayu. Pada era itu, Dato’ Onn dijulang tinggi sebagai pemimpin agung umat Melayu.

Namun begitu, setelah memimpin UMNO selama 5 tahun, Dato’ Onn Jaafar telah terpengaruh dengan desakan rakan-rakan ‘Mat Salleh’ beliau ketika itu untuk menjadikan UMNO sebuah parti berbagai bangsa. Dengan kata lain, UMNO akan dibuka kepada semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Kita semua telah tahu kesudahannya….ahli-ahli UMNO terpaksa ‘bye bye’ kepada Dato’ Onn…walaupun beliau adalah Presiden pertama UMNO.

Di era hari ini, DS Najib adalah pemimpin sanjungan umat Melayu. Apatah lagi beliau adalah anak kepada bekas Perdana Menteri kedua, Almarhum Tun Razak. Di dalam keadaan UMNO/BN digasak dengan begitu hebat oleh parti-parti pembangkang pimpinan PETUALANG BANGSA Anwar Ibrahim, DS Najib dilihat sebagai satu-satunya tokoh yang mampu mengepalai UMNO mengekang arus penentangan parti-parti pembangkang. Di dalam PRU13 Mei tahun lepas, terbukti DS Najib berjaya menambah sokongan umat Melayu terhadap UMNO….walaupun majoriti umat Melayu amat tidak bersetuju dengan tindakan DS Najib memansukhkan ISA sebelum PRU tersebut.

Tidak mustahil DS Najib telah mula mengambil umat Melayu ‘for granted’ bermula selepas PRU13. Tidak lama selepas PRU13, umat Melayu telah dikejutkan dengan langkah-langkah ‘liberalisasi politik’ Kerajaan, termasuk keputusan memansukhkan Ordinan-Ordinan Darurat. Dan sekarang, umat Melayu mula terasa TERCABAR dengan langkah-langkah awal Kerajaan ke arah memansukhkan Akta Hasutan.

Trend politik negara kita sekarang sudah masuk episod TAK MASUK AKAL!!!

Lebih 70% umat Melayu/Bumiputra mengundi BN di dalam PRU13 yang lalu, berbanding dengan lebih 90% pengundi Cina yang menyokong pembangkang. Undi umat Melayu/Bumiputra adalah faktor yang telah mengekalkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan TS Muhyiddin Yassin sebagai TPM.

YANG ANEHNYA, senario politik sekarang memberi gambaran seolah-olah UMAT MELAYU DIHUKUM oleh DS Najib, UMNO/BN di atas kesetiaan mereka menyokong UMNO/BN…..sementara golongan penentang Kerajaan seolah-olah diberikan GANJARAN.

Aku amat bimbang. Umat Melayu pernah menolak Dato’ Onn Jaafar, Presiden pertama UMNO, kerana mahu membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira 65 tahun yang lalu.

Apakah DS Najib juga sedang ‘meniti’ suatu laluan politik yang amat merbahaya, yang boleh menyebabkan beliau ditolak oleh umat Melayu, dengan idea-idea KESAMARATAAN ANTARA KAUM yang sedang cuba diketengahkan…

Bagi umat Melayu, kehilangan Dato’ Onn adalah suatu tragedi. Umat Melayu tidak mampu berhadapan dengan satu lagi tragedi. Aku berdoa agar janganlah ‘history repeats itself’.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s