Isu MB Selangor – Pendirian PAS Akan Mendedahkan Apakah Sebenarnya MATLAMAT Perjuangan PAS

PAS dilihat mempunyai kata PEMUTUS, samada TS Khalid Ibrahim akan kekal sebagai MB Selangor atau tidak…sebagaimana juga UMNO/BN.

Dari episod ini, jelas sekali PAS sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, juga terhadap ‘proxy’ politik dan isteri beliau, Wan Azizah.

Pendirian PAS bukan sahaja berbeza dengan PKR/DAP di dalam isu MB Selangor, malah di dalam berbagai isu-isu besar, termasuk isu penggunaan Kalimah Allah, perlaksanaan hudud dan sebagainya.

Semakin jauh perjalanan politik PAS pasca PRU 2008, semakin ketara jurang perbezaan di antara PAS dan PKR/DAP. Apa yang sepatutnya disedari oleh PAS, semakin jauh perjalanan politik PAS, semakin ketara PERSAMAAN di antara PAS dan UMNO.

Dari apa yang berlaku di Selangor seminggu dua lepas, umat Islam disedarkan bahawa jika PAS dan UMNO bekerjasama, kedua-dua parti besar Melayu tersebut dengan MUDAH boleh menentukan hala-tuju politik di negara ini.

Suatu persoalan besar di dalam benak kepala umat Islam, KENAPA PAS memilih jalan sukar bekerjasama dengan DAP sebagai ‘wasilah’ atau ‘jalan’ untuk mencapai matlamat-matlamat perjuangannya…sedangkan ‘wasilah’ paling ringkas dan mudah menuju matlamat dan sasaran ialah dengan bekerjasama dengan UMNO.

Malah, jika matlamat perjuangan PAS telah TERPESONG dari menegakkan Negara Islam, kepada matlamat mengejar kerusi dan kuasa politik sahaja pun…jalan yang paling ringkas dan mudah adalah dengan bekerjasama dengan UMNO juga..

Aku percaya overwhelming majority umat Islam bersetuju dengan ‘bacaan’ aku. Aku juga percaya overwhelming majority umat Islam juga TERPINGA-PINGA dengan pendekatan dan ‘wasilah’ yang diambil oleh PAS…di dalam mencapai matlamat perjuangannya.

Sehari dua lagi, akan lebih jelas kepada kita, apakah sebenarnya matlamat TERKINI perjuangan PAS…itu pun kalau PAS ada matlamat. Aku sebenarnya sudah lama khuatir bahawa PAS sudah tidak ada matlamat lain di dalam perjuangan politiknya, KECUALI untuk mengalahkan UMNO di dalam pilihanraya.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s