Isu MB Selangor – Sampai Masanya Azmin Meninggalkan Anwar

Pada mulanya, krisis kepimpinan PKR di Selangor dilihat sebagai krisis antara Azmin Ali, Pengerusi PKR Selangor, dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali dilihat lebih berpengaruh di kalangan pemimpin-pemimpin cabang PKR di Selangor. Tidak hairan, bila krisis antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim berpanjangan, terdapat usaha untuk ‘merosakkan’ imej Khalid Ibrahim. Pemerhati-pemerhati politik membuat bacaan bahawa sekutu-sekutu dan penyokong-penyokong Azmin Ali secara senyap-senyap cuba menonjolkan Azmin Ali sebagai pemimpin PKR yang wajar diberikan mandat untuk menjadi MB Selangor.

Antara ‘gerakan’ Azmin Ali ialah dengan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Khalid Ibrahim dapat membaca ‘gerakan’ Azmin Ali, lantas Khalid telah mengambil tindakan untuk bertanding jawatan yang sama. Namun, ‘credibility’ Khalid Ibrahim sebagai pemimpin PKR di Selangor dilihat tercalar teruk apabila beliau gagal mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

Berdasarkan lapuran mutakhir sebelum bermulanya usaha serius untuk memaksa Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB Selangor, Azmin Ali dilihat sebagai ‘front runner’ di dalam pertandingan 3-penjuru merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Oleh itu, ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa, jika berlaku sebarang perubahan kepada kerusi MB Selangor, tokoh PKR yang akan menggantikan Khalid Ibrahim ialah Azmin Ali.

‘Kajang Move’ telah menukar segalanya. Jelas terdapat tangan-tangan di dalam PKR, termasuk Anwar Ibrahim sendiri, yang belum bersedia untuk ‘memahkotakan’ Azmin Ali sebagai MB Selangor, walaupun beliau dilihat sebagai ‘de facto’ ‘second man’ di dalam PKR.

Persoalan banyak pihak ialah, APA CACATNYA Azmin Ali, sehingga Anwar Ibrahim sewenang-wenangnya ‘membunuh’ hasrat Azmin Ali untuk menjadi MB Selangor. Apakah pengorbananan Azmin Ali selama ini terhadap Anwar Ibrahim dan Wan Azizah belum cukup besar untuk mewajarkan beliau diberi muka di dalam ‘pergeseran’ beliau dengan Khalid Ibrahim?

Di peringkat awal perjuangan ‘reformasi’, dua orang yang dianggap sebagai ‘sayap kanan’ dan ‘sayap kiri’ Anwar Ibrahim ialah Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor. Ezam Mohd Nor telah mengambil keputusan meninggalkan ‘perjuangan Anwar’ dan kembali ke pangkuan UMNO sebelum PRU 2008.

Berdasarkan perkembangan ‘Kajang Move’ dan krisis MB Selangor, aku percaya ini adalah saat dan ketika paling sesuai untuk Azmin Ali untuk mengkaji semuala secara serius sokongan ‘tidak terbatas’nya terhadap Anwar sebelum ini.

Apakah sudah tiba masanya Azmin Ali mengambil tindakan meninggalkan Anwar Ibrahim, mengikut jejak langkah Ezam Mohd Nor, Chandra Muzaffar, Ruslan Kassim, Zulkifli Nordin, Zahid Mat Arif dan berpuluh-puluh, malah ratusan, lagi bekas ‘orang-orang kanan’ Anwar Ibrahim yang telah KEMBALI KE PANGKAL JALAN…ke pangkuan UMNO dan perjuangan memertabatkan Agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s