Majlis Syura Ulama PAS Wajar Dibubar

Kesian kita melihat golongan ulama di dalam PAS asyik dipermain dan diperdaya oleh PKR, khususnya oleh ‘de fakto’ Ketua Umum PKR.

Di dalam mesyuarat khas AJK Pusat PAS berhubung isu MB Selangor pagi semalam, aku percaya golongan ulama di dalam PAS telah cuba menyelesaikan kebuntuan dengan mengekalkan Wan Azizah sebagai calun MB Selangor yang baru, tetapi menambah satu nama yang lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Kumpulan ulama PAS tentu yakin dan percaya bahawa setelah melihat nama-nama Wan Azizah dan Azmin Ali, Sultan Selangor akan memilih nama Azmin Ali. Kumpulan ulama PAS tentu sekali tidak menduga bahawa Anwar Ibrahim telah menyediakan suatu tipu helah, di mana Azmin Ali akan diarahkan oleh PKR untuk menarik diri dari menerima percalunan sebagai MB Selangor.

Walhasil, Anwar Ibrahim sekali lagi mengumumkan kepada media bahawa nama isterinya Wan Azizah sahaja akan dicalunkan kepada Sultan Selangor untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

PKR dan DAP jelas sekali tidak ‘ambil pot’ keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Malah, di percayai separuh dari AJK Pusat PAS ‘tidak ambil pot’ keputusan Majlis Syura PAS itu sendiri.

Senario ini menimbulkan satu persoalan, apakah Majlis Syura PAS masih lagi relevan. PAS kerap mewar-warkan bahawa Majlis Syura Ulamanya adalah BADAN TERTINGGI membuat keputusan-keputusan dasar parti. Sedangkan, berdasarkan apa yang telah berlaku, Majlis Syura Ulama PAS sudah tidak di ‘ambil pot’ oleh sesiapa lagi, termasuk AJK Pusat PAS sendiri.

Sudah sampai masanya Majlis Syura Ulama PAS dibubarkan sahaja, kerana ianya sudah tidak ada peranan lagi di dalam PAS, jauh sekali di dalam PR. Dengan cara dibubarkan, sekurangnya para golongan ulama di dalam PAS terelak dari menjadi bahan ketawa masyarakat.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s