Sampai Masanya Khalid Samad Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Khalid Samad telah berjaya mencipta nama, sebagai seorang politik kontraversi, berani menentang arus UMNO/BN, berani menentang arus partinya sendiri PAS…tetapi ‘tidak ada telur’ untuk menentang Anwar Ibrahim dan DAP.

Kurang pasti samada Khalid Samad boleh mencapai kedudukannya sekarang sebagai seorang Ahli Parlimen PAS tanpa Dasar Ekonomi Baru yang telah diilhamkan oleh UMNO. Beliau merupakan salah seorang pemuda Melayu yang telah menikmati ‘hak istimewa Melayu’ dengan diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada pertengahan 1970an.

Semasa belajar di United Kingdom, Khalid Samad dipercayai telah terlibat secara aktif dengan gerakan pelajar Islam. Malangnya, setelah pulang ke tanahair dan mula ‘bergelumang’ di dalam politik, beliau dilihat telah bertukar corak…. menjadi antara bekas aktivis Islam yang dilihat AMAT LIBERAL…sehingga ada bloggers yang ‘menggelar’ beliau sebagai KHALID GEREJA.

Akhir-akhir ini beliau telah mula berani melangkahi ‘red line’ apabila mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan kedaulatan dan kuasa Raja Melayu, khususnya Sultan Selangor.

Khalid Samad telah berpeluang berada di United Kingdom beberapa tahun sebagai seorang pelajar. Di sana beliau sudah tentu terdedah dengan sistem politik ‘Raja Berperlembagaan ala-England’ yang telah menjadi model kepada sistem ‘Raja Berperlembagaan’ di Malaysia.

Malangnya, Khalid Samad GAGAL membezakan sistem ‘Raja Berperlembagaan ala-England’ dengan sistem ‘Raja Berperlembagaan’ di negeri-negeri Tanah Melayu di Malaysia. Khalid Samad gagal memahami bahawa para penggubal Perlembagaan Malaysia telah TIDAK MENIRU sepenuhnya sistem perundangan British. Malah, para penggubal-penggubal Perlembagaan Malaysia telah mengambil kira berbagai feedbacks dan pandangan dari rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, termasuk Raja-Raja Melayu dan UMNO, di dalam memuktamadkan Perlembagaan Malaysia.

Khalid Samad perlu faham bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia, dan Undang-Undang Tubuh negeri-negeri Tanah Melayu, istilah ‘Raja Berperlembagaan’ tidak sekali-kali bermakna Raja-Raja Melayu telah hilang kuasa sama sekali. Sebaliknya, Raja-Raja Melayu mengekalkan kuasa-kuasa tertentu yang amat SIGNIFIKAN di dalam sistem pemerintahan negara kita dan negeri-negeri Tanah Melayu di dalamnya. Ringkasnya, Raja-Raja Melayu adalah Raja-Raja ‘berdaulat’ atau BERKUASA.

Tidak dapat dinafikan Khalid Samad adalah seorang Melayu yang pintar ‘kepala hotak’nya. Kalau tidak masa kan dia di antara pemuda Melayu terawal mendapat faedah dari Dasar Ekonomi Baru(DEB)…dengan diberi peluang belajar di England dengan biasiswa Kerajaan Malaysia. Namun begitu, Khalid jangan fikir dia seorang sahaja yang cerdik dan pintar. Khalid perlu sedar, sebelum rakyat biasa Melayu seperti beliau mula mendapat peluang sedemikian, rata-rata umat Melayu ‘berpayung’ di bawah payung Raja-Raja Melayu.

Raja-Raja Melayu, dengan dokongan rakyat Melayu, sejak beribu-ribu tahun telah berjaya memperpertahankan sempadan wilayah KEPULAUAN MELAYU dari ancaman-ancaman musuh-musuh luar, sehingga kewujudan KEPULAUAN MELAYU diiktiraf oleh kuasa-kuasa dunia yang lain. Daulat tuanku!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s