PAS Wajar Calunkan ADUNnya Ganti Azmin Sebagai Alternatif Kepada Wan Azizah

Pengaruh PKR mungkin paling kuat di Selangor. Tetapi apakah ini bermakna PKR parti paling kuat di Selangor berbanding DAP dan PAS? Tentu tidak. Tanya umat Melayu di Selangor, manakan parti yang paling kuat didokong oleh orang Melayu…..jawapannya sudah tentu UMNO dan PAS. Tanya pula pengundi Cina…jawapannya ialah DAP.

Timbul tanda-tanya, apakah rasional jawatan MB Selangor di’hadiah’kan kepada PKR, walaupun PKR adalah parti paling lemah di dalam Pakatan, termasuk di Selangor? Bukan susah mencari jawapan. PAS dominan di Kelantan, jadi wajarlah ADUN dari PAS menjadi MB. DAP pula dominan di Pulau Pinang, jadi wajarlah ADUN dari DAP menjadi Ketua Menteri.

Di Selangor keadaan amat berbeza. Di kalangan 3 parti Pakatan Rakyat, tidak ada mana-mana parti yang dominan sehingga boleh mendapat hak mutlak menjadi MB. Dari segi kerusi DUN yang diperolehi, bilangan kerusi antara 3 parti tersebut pun hampir sama. Sedangkan jika dibandingkan kekuatan sebenar parti di peringkat akar umbi, parti yang paling berpengaruh ialah PAS, diikuti oleh DAP, dan diikuti oleh PKR.

Namun begitu, memandangkan PAS sudah pegang Kelantan, dan DAP sudah pegang Pulau Pinang, besar kemungkinan, atas dasar ‘setiakawan’, DAP dan PAS telah bersetuju untuk wakil dari PKR menjadi MB di Selangor…tetapi ini tidak bermakna parti-parti lain tidak ada hak untuk menentukan siapa calun MB.

Bila timbul krisis jawatan MB Selangor, PKR mengambil pendirian seolah-olah jawatan MB Selangor adalah hak mutlak PKR, oleh itu, hanya kepimpinan PKR yang berhak menentukan siapa calun untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Memandangkan tindakan mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan untuk digantikan oleh Wan Azizah tidak begitu disokong oleh PAS, PAS terpanggil untuk membuat pendirian.

Kita percaya, pendirian PAS untuk mencalunkan nama Azmin Ali, selain dari Wan Azizah, bertujuan untuk memberikan Sultan Selangor pilihan. Namun begitu, Anwar Ibrahim amat pintar di dalam ‘helah politik’. Atas dasar Azmin tidak menerima percalunan beliau oleh PAS, Anwar Ibrahim tetap membuat keputusan untuk mengemukan satu saja nama kepada Sultan Selangor….Anwar Ibrahim tentu lebih tahu bahawa jika nama Azmin disertakan, besar kemungkinan Azmin Ali akan menjadi pilihan Sultan Selangor…

‘Goodwill’ pihak PAS untuk menerima nama Wan Azizah, selain dari memasukkan juga nama Azmin Ali, telah diambil kesempatan oleh Anwar Ibrahim, yang kita sedia maklum amat tinggi ‘helah’ politiknya. Namun begitu, tindakan Anwar Ibrahim dilihat oleh penyokong akar umbi PAS seolah-oleh mempermainkan keputusan AJK Pusat PAS, malah dilihat bertentangan lansung dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Apakah yang wajar dilakukan oleh PAS sekarang?

PAS wajar memberikan kata dua kepada PKR….masukkan balik nama Azmin Ali, atau PAS akan menamakan seorang ADUNnya dari kalangan EXCO Selangor sebagai calun alternatif kepada Wan Azizah. PAS amat berhak memberi kata dua ini kerana PAS pada hakikatnya adalah PARTI TERKUAT di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat di Selangor.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s