Archive for September 2014

PPS Pulau Pinang – Satu Lagi Manifestasi Sindrom ‘Chinese Superiority’

September 1, 2014

Di dalam kaum Cina menentang apa sahaja simbol ‘Ketuanan Melayu’ di negara ini, mereka ada satu penyakit merbahaya yang kita boleh panggil ‘Sindrom Chinese Superiority’, iaitu suatu perasaan yang tertanam di dalam hati mereka, bahawa , kaum Cina adalah LEBIH HEBAT dari kaum Melayu…di dalam segala-galanya.

Di antara manifestasi sindrom ini ialah kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Perlembagaan negara kita pada dasarnya hanya membenarkan kaum Cina mengajarkan bahasa Cina kepada anak cucu mereka, sebagai suatu cara untuk mengekalkan adat dan budaya mereka. Malangnya mereka telah menjadikan peruntukan dalam Perlembagaan ini untuk membina sekolah-sekolah ‘Jenis Kebangsaan Cina’ sebagai alternative kepada Sekolah Kebangsaan. Di sebalik usaha untuk mengekalkan ‘bahasa ibunda Cina’ di dalam kalangan kanak-kanak bangsa Cina, terdapat suatu pandangan di kalangan kaum Cina bahawa guru-guru bangsa Cina adalah LEBIH HEBAT dari guru-guru Melayu di dalam memberikan pendidikan kepada para pelajar. Di sekolah kebangsaan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan, sudah tentu majoriti dari guru-guru adalah dari bangsa Melayu. Sedangkan, di sekolah ‘jenis kebangsaan Cina’, para pentadbir sekolah tersebut yang akan menentukan pengambilan guru-guru ke sekolah …sudah pasti majoritinya dari kaum Cina.

Aku yakin dan percaya, inilah juga ‘sindrom’ yang membawa kepada tertubuhnya Pasukan Peronda Sukarela(PPS) di Pulau Pinang. Bagi kaum Cina yang majoritinya menyokong DAP, apa saja yang diuruskan oleh Melayu adalah lemah, tidak baik, rasuah, dan sebagainya. Mereka tahu bahawa semua agensi-agensi keselamatan seperti PDRM dan ATM majorotinya dianggotai dan diketuai oleh orang Melayu. Agensi-agensi berkaitan keselamatan yang lain termasuk RELA, Polis Bantuan dan lain-lain juga didominasi oleh orang Melayu. Kaum Cina penyokong DAP sentiasa melihat agensi-agensi keselamatan yang didominasi oleh orang Melayu sebagai lemah dan tidak berkesan. Oleh itu, mereka akan mencari apa sahaja alasan dan daleh untuk mewujudkan suatu ‘pasukan keselamatan’ yang didominasi dan dipimpin oleh kaum Cina sendiri…kerana hanya kaum Cina boleh buat sesuatu tugas dengan baik…orang Melayu semuanya ‘useless’.

Malah, sindrom ‘Chinese Superiority’ ini begitu terserlah apabila ada kaum Cina yang cuba menafikan ‘kemelayuan’ Laksamana Hang Tuah. Bagi kaum Cina, mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat seorang Melayu yang mempunyai kehebatan seperti Hang Tuah…jadi cara terbaik ialah dengan percubaan memutar-belitkan fakta sejarah…dengan cuba menggambarkan bahawa Hang Tuah dan empat sahabatnya adalah para pendekar berbangsa Cina..

 

Advertisements

%d bloggers like this: