UMNO dan PAS Punya Matlamat Yang Sama

Dari awal penubuhan United Malays National Organisation(UMNO) pada 1946, dan Parti Islam SeMalaysia(PAS) pada tahun 1951, kedua-dua parti berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu, serta memartabatkan Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Malah, PAS adalah parti serpihan dari UMNO. Ini berlaku apabila Presiden UMNO pertama, Datuk Onn Jaafar, meninggalkan UMNO untuk menubuhkan sebuah parti multi-racial, Independance of Malaya Party(IMP). Langkah Datuk Onn Jaafar ini telah diikuti oleh Pengerusi Biro Agama UMNO iaitu Hj Mohd Fuad. Hj Mohd Fuad menjadi Presiden pertama PAS.

Di dalam percubaan untuk menarik sokongan pengundi Melayu dari UMNO, PAS telah mengambil beberapa pendekatan ‘populis’. Sebelum 1978, PAS telah menfatwakan bahawa adalah HARAM bagi UMNO untuk bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA dan MIC. Mulai 1978 pula, PAS mula memperjuangkan perlaksanaan hukum HUDUD, dan menuduh UMNO menentang HUDUD.

Perkembangan politik pasca 1987 menunjukkan bahawa PAS telah mula mengadakan kerjasama dengan parti politik bukan Islam, sesuatu yg PAS telah haramkan sebelumnya. Dan sejak 2008, PAS telah mengenepikan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hukuman HUDUD, dan digantikan dengan ‘Negara Kebajikan’.

Berdasarkan perkembangan politik mutakhir, PAS telah mengambil keputusan untuk memutuskan kerjasama politik ‘tahalluf siyasi’ dengan PKR, 2 tahun selepas PAS memutuskan kerjasama dengan satu lagi bekas rakan dalam Pakatan Rakyat(PR), DAP.

Setelah melalui liku-liku perjuangan, sekarang amat ketara bahawa tidak ada lagi sebarang perbezaan di antara PAS dan UMNO. Kedua-duanya bermatlamatkan mempertahankan kuasa politik Melayu-Islam demi memartabatkan Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Sekiranya kedua-dua parti dokongan umat Melayu-Islam ini sudah mulai fokus kepada matlamat-matlamat perjuangan yang sama, adalah tidak mustahil untuk kedua-dua parti ini menjalin kerjasama politik, suatu senario yang telah lama ditunggu-tunggu oleh majoriti umat Melayu.

Advertisements
Explore posts in the same categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s