Posted tagged ‘Bahasa Kebangsaan’

Nik Aziz Otak BERSERABUT Mendakwa Solat Orang UMNO Tidak Diterima

April 5, 2013

Mursyidul Am PAS Nik Aziz sekali lagi menonjolkan betapa BERSERABUT kepala otaknya apabila mendakwa sembahyang(solat) orang UMNO tidak diterima oleh Allah swt, kononnya kerana perjuangan UMNO berlandaskan ‘kebangsaan’.

Nik Aziz bukan sahaja mempunyai otak BERSERABUT, malah jelas sekali beliau BODOH dan BEBAL. Beliau mendakwa UMNO berjuang atas dasar ‘kebangsaan’ hanya kerana nama UMNO di dalam bahasa Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(PEKEMBAR), mempunyai kalimah ‘kebangsaan’ di dalamnya. Jika diInggeriskan, PEKEMBAR akan menjadi United Malays National Organisation(UMNO).

Sememangnya nama UMNO di dalam bahasa Melayu mengandungi perkataan ‘kebangsaan’, tetapi kalimah ‘kebangsaan’ di sini bukan merujuk kepada sesuatu ideology perjuangan, tetapi ‘kebangsaan’ di sini merujuk kepada SEMPADAN GEOGRAPHY, sebagaimana digunakan apabila merujuk kepada ‘peringkat daerah’, ‘peringkat negeri’, atau ‘peringkat kebangsaan’. ‘Peringkat kebangsaan’ boleh juga disebut ‘peringkat nasional’, ‘peringkat negara’ atau ‘peringkat persekutuan’. Penggunaan kalimah ‘kebangsaan’ yang merujuk kepada SEMPADAN GEOGRAPHY termasuklah LAGU KEBANGSAAN, BAHASA KEBANGSAAN, PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN, dan sebagainya.

Malah kalimah ‘Se-Malaysia’ di dalam nama Parti Islam Se-Malaysia(PAS) juga merujuk kepada SEMPADAN GEOGRAPHY ‘peringkat kebangsaan’, ‘peringkat negara’, ‘peringkat nasional’ atau ‘peringkat persekutuan’.

Di dalam kekeliruan Nik Aziz membezakan antara ‘kebangsaan’ yang merujuk kepada ‘sempadan geography’, dengan ‘kebangsaan’ sebagai suatu ideology, Nik Aziz berani pula mendakwa solat orang UMNO tidak diterima oleh Allah swt. Bukankah MENGERJAKAN SOLAT LIMA WAKTU itu Rukun Islam Kedua, selepas DUA KALIMAH SYAHADAH? Dan, bukankah SOLAT LIMA WAKTU itu TIANG AGAMA? Oleh itu, apakah justifikasinya untuk mendakwa kefahaman tertentu tentang  ‘kebangsaan’ boleh membawa kepada penolakan perlaksanaan TIANG AGAMA itu sendiri?

Solat itu adalah TIANG AGAMA. Terdapat terlalu banyak hadith-hadith yang memberi gambaran bahawa PERBEZAAN UTAMA antara orang Islam dan bukan Islam, ialah bahawa orang Islam mengerjakan SOLAT, sedangkan orang bukan Islam tidak mengerjakan solat. Persoalannya, apakah PAS telah menukar TIANG AGAMA dari MENGERJAKAN SOLAT kepada KESETIAAN POLITIK kepada parti PAS?

Malah, kalau Nik Aziz nak kaitkan ‘kebangsaan’ di dalam nama UMNO dengan suatu ‘ideology’ perjuangan sekalipun, perjuangan berasaskan ‘bangsa’, ‘kebangsaan’, dan ‘nationalisma’ itu pun tidak ada salahnya mengikut pandangan agama. Tidak dapat dinafikan ada pihak yang salah faham dengan menyamakan perjuangan ‘bangsa’, ‘kebangsaan’ dan ‘nationalisma’ dengan perjuangan ‘asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam. Tetapi ‘asobiyyah’ tidak sama dengan perjuangan ‘bangsa’, ‘kebangsaan’, atau ‘nationalisma’. Malah bekas Presiden Kedua PAS, Al-Marhum Dr. Burhanuddin El-Hilmy di dalam beberapa penulisannya pernah MENEMPELAK pihak yang menyamakan perjuangan ‘bangsa’, ‘kebangsaan’ dan ‘nasionalisma’ dengan perjuangan ASOBIYYAH.

ASOBIYYAH yang dilarang oleh Islam ialah SIKAP TAKSUB kepada kumpulan tertentu sehingga menolak kebenaran dan melakukan kezaliman terhadap kumpulan lain.

Nik Aziz dan PAS tidak sedar, bahawa beliau dan parti itu sendiri telah lama terjebak di dalam ASOBIYYAH. Sikap taksubnya kepada Pakatan Rakyat telah menjerumuskan PAS ke dalam kesesatan yang nyata, seperti menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam, dan mengenepikan perjuangan melaksanakan hudud. Malah sikap ASOBIYYAH PAS telah mendorong PAS menggadaikan kalimah ALLAH untuk diSYIRIKKAN olah rakan-rakan kongsinya di dalam Pakatan Rakyat.

Wahai Nik Aziz!!! Bertaubatlah sebelum terlambat!!!!

Advertisements

Sempena Perhimpunan Agung UMNO – Akta-Akta PREVENTIVE Wajib Dilaksanakan Secara Tegas

November 27, 2012

SUARAM sebuah pertubuhan NGO haram, tetapi dibiarkan bergerak bebas. DAP sebuah pertubuhan politik yang matlamatnya bertentangan dengan semangat Perlembagaan, tetapi dibiarkan bergerak bebas, malah dibenarkan bertanding di dalam Pilihanraya. Kurang pasti apa status sebenar Dong Zong yang semakin banyak membuat onar akhit-akhir ini, tindak-tanduknya jelas tidak selari dengan Perlembagaan, juga dibiarkan bergerak bebas.

Kebebasan berlebihan yang diberikan kepada berbagai pertubuhan, termasuk parti politik, telah menimbulkan perasaan keluh-kesah di kalangan rakyat. Tindak-tanduk mereka MENGGADAI masa depan negara kita. Setelah lebih 50 tahun negara kita menikmati keamanan dan kestabilan, yang telah membawa kepada kemakmuran dan kemajuan, rakyat mula dihidangkan dengan berbagai tindak-tanduk pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab, sehingga terbayang suatu bentuk kekacauan, huruhara dan kehancuran yang bakal melanda negara kita….its just a matter of time.

Setahu kita, negara kita mempunyai mempunyai berbagai undang-undang, yang telah digubal oleh pengasas-pengasas Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia moden, bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara. Malah, dari pengalaman-pengalaman kita berhadapan dengan berbagai cabaran sebelum dan selepas negara kita merdeka, termasuk pemberontakan bersenjata oleh  Parti Komunis Malaya di zaman Darurat(1948-1960), kita telah mempunyai cukup pengalaman untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru di hari ini.

Malangnya, undang-undang yang ada di tangan kita, dan pengalaman-pengalaman kita, seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Hari demi hari, negara kita seolah-olah semakin hampir dengan saat-saat kehancuran. Di manakah para pemimpin yang telah diamanahkan oleh jutaan ahli-ahli UMNO dan puluhan juta rakyat Malaysia, untuk menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara. Apakah mereka semua sudah menjadi DAYUS di dalam melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka. Sekiranya mereka TIDAK BERANI dan DAYUS untuk melaksanakan tugas dan tanggung-jawab yang telah diberikan oleh UMNO dan rakyat, apa lagi yang mereka tunggu….NYAH sahaja dari jawatan mereka….berilah laluan kepada pemimpin-pemimpin lain yang mampu melaksanakan amanah ahli-ahli UMNO dan rakyat.

SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO tahun ini yang bermula hari ini, aku  ingin menarik perhatian semua kepada hanya satu seksyen sahaja dari Akta Pertubuhan 1966, untuk renungan para pemimpin UMNO yang telah diberikan amanah oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat. Seksyen 2A ini bertajuk ‘PERTUBUHAN BERDAFTAR HENDAKLAH MENJALANKAN URUSAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN’. Kandungan penuh Seksyen 2A ini adalah sebagai berikut:

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pertubuhan berdaftar di dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya dan dalam menjalankan hal-ehwalnya, memastikan bahawa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal itu adalah mengikut, selaras mengikut dan mematuhi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan-Perlembagaan Negeri, dan jika ada daripada aktiviti-aktiviti atau hal-ehwal mana-mana pertubuhan yang adalah dalam apa cara berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambil kira mengenai:

a)   Sistem kerajaan demokratik yang diperintah oleh seorang Raja Berperlembagaan Malaysia, dan, dalam Negeri-Negeri masing-masing oleh Raja-Raja Berperlembagaannya atau Yang Di-Pertuan Negeri, atau

b)   kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama-agama lain diamalkan secara aman dan harmoni, atau

c)   penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi maksud-maksud resmi, atau

d)   kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak, atau

e)   kepentingan sahtaraf kaum-kaum lain,

seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan itu, selepas memberi pertubuhan itu suatu peluang untuk memberi representasi kepadanya.

Ini hanya satu seksyen dari salah satu dari ratusan Akta-Akta yang telah digubal oleh Parlimen kita. Kalaupun banyak dari Akta-Akta seolah-olah tersimpan rapi di Muzium Negara, dan jarang digunakan,  aku yakin dan percaya, sekiranya Seksyen 2A Akta Pertubuhan 1966 ini sahaja dikuat-kuasakan, sudah memadai untuk kita menjamin masa depan Agama, Bangsa dan Negara kita. Pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai matlamat-matlamat yang bertentangan dengan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak sewajarnya dibenarkan bergerak bebas di negara kita, sebagaimana kita telah MENGHARAMKAN Parti Komunis Malaya satu ketika dahulu.

Pesanan aku kepada para pemimpin dan perwakilan UMNO, jangan sekali-kali takut atau gentar di dalam melaksanakan tugas dan tanggung-jawab yang telah diamanahkan, di dalam memartabat dan mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

Kepada pemimpin dan perwakilan UMNO, selamat berhimpun, semoga Allah swt memberkati anda semua.

 

 


%d bloggers like this: