Posted tagged ‘Chin Peng’

CULPRITS Behind Bersih 4.0 Are Undermining the Country’s Independence Day Celebration

August 28, 2015

Whilst overwhelming majority of Malaysians are looking forward to celebrate the 58th anniversary of the country’s independence, a group of ‘outcasts’ are busy undermining the celebration by plotting to hold street demonstrations in the vicinity of Dataran Merdeka, where the Independence Day’s processions will be held.

Who are the ‘outcasts’ and who were their forefathers?

Its not too difficut to ‘track down’ on their forefathers…by playing back the events leading to the independence of Persekutuan Tanah Melayu in 1957…including establishing whether they were elements within the residents(local or foreigners) who were    against the establishment of Persekutuan Tanah Melayu…and its eventual independence from the British.

One of the most ‘memorable’ period of our history was the period of EMERGENCY from 1948-1960. It was no co-incidence that the Government of Persekutuan Tanah Melayu declared a ‘state of emergency’ SHORTLY after the establishment of Persekutuan Tanah Melayu… due to the armed insurgency by the Chinese-centred Parti Komunis Malaya(PKM), which was in fact a branch of the Communist Party of China.

Since then, PKM was banned. But they continued their armed insurgency through ‘jungle warfare’ in the jungles of Persekutuan Tanah Melayu until their defeat in 1960. For those who read one of my earlier article/analysis, co-incidently, generally, former strongholds of PKM are currently strongholds of DAP.

Is it possible that leaders/activists of DAP are descendents of the PKM…hence their support for BERSIH 4.0 who are obviously undermining the celebration of the country’s independence day…by plotting their THOUGHTLESS demonstration.

Advertisements

Kenapa Tidak Timbul Isu Diskriminasi di China, Hong Kong dan Taiwan?

May 1, 2014

Jarang sekali kita dengar isu-isu diskriminasi kaum di negara-negara ‘Greater China’ termasuk Republik Rakyat China, Hong Kong,Taiwan dan Macao. Sebaliknya, kenapa isu diskriminasi kaum hanya dibangkitkan di negara-negara multi-racial seperti Malaysia, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah…juga di Singapura.

Di Amerika Syarikat sendiri, pernah digubal suatu undang-undang yang dipanggil Chinese Exclusion Act, khusus bagi menghalang kebanjiran penghijrahan rakyat China ke Amerika Syarikat….juga menghalang pertambahan kaum China menjadi warganegara Amerika Syarikat. Walaupun undang-undang tersebut telah dimansuhkan, ianya kekal di dalam sejarah…bagaimana kaum kulit putih ‘Anglo-Saxon’ pun merasa terancam dengan kehadiran tidak terkawal penghijrahan rakyat China ke negara tersebut antara 1850-1950an.

Jawapannya senang sahaja. Di China, Hong Kong dan Taiwan, 95% dari rakyat negara-negara ‘Greater China’ tersebut terdiri dari kaum China. Dan negara-negara tersebut mempunyai dasar-dasar yang amat ketat sehingga berjaya menghalang kemasukan warga asing ke negara mereka, apatah lagi untuk menjadi warganegara negara-negara tersebut.

Suatu contoh bagaimana ketatnya dasar kewarganegaraan negera-negara seprti China, yang kita semua tahu adalah Negara Komunis. Semasa pemberontakan bersenjata oleh kaum Cina di Persekutuan Tanah Melayu, dengan berpayung di bawah Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan Chin Peng, segelintir umat Melayu telah terdorong untuk menyertai perjuangan bersenjata PKM. Antara mereka ialah Ketua Wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) Shamsiah Fakeh. Keterlibatan beliau di dalam perjuangan PKM telah membawa dia serta suaminya tinggal di negara China, untuk menjalankan kerja-kerja ‘propaganda’ menentang Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, selama kira-kira 30 tahun. Berdasarkan ‘Memoir Shamsiah Fakeh’, setelah tinggal di China lebih 30 tahun dan beberapa orang anak mereka membesar di sana, beliau telah memohon untuk menjadi warganegara China. Malangnya, walaupun beliau menganuti ‘ideology komunis’ yang sama dengan kaum Cina di sana, darah Shamsiah Fakeh bukan darah China…oleh itu permohonannya telah diTOLAK.

Oleh itu, tidak terperanjat, tidak banyak timbul isu diskriminasi kaum di China, Hong Kong dan Taiwan, kerana negara-negara tersebut sememangnya TIDAK MENERIMA pendatang asing menjadi warganegara mereka. Sehingga sekarang, komposisi kaum di China, Hong Kong dan Taiwan kekal dengan peratusan kaum China melebihi 95%.

Tetapi, jika kita jengok sekejap ke negara jiran kita Singapura, yang dianggap oleh setengah pihak sebagai sebahagian dari ‘Greater China’, di mana kaum Cina membentuk lebih 80% dari penduduknya, berbagai-bagai isu DISKRIMINASI KAUM telah timbul, termasuk memberikan keutamaan kepada kaum Cina, samada dari China, Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Indonesia, untuk berhijrah ke Singapura, samada menjadi penduduk tetap atau warganegara Singapura.

Perjuangan PERKASA Menepati Aspirasi Perjuangan Melayu/Bumiputra Pasca PRU12 2008

October 28, 2013

Kenyataan bekas Pemangku Presiden Parti Gerakan, Chan Ko Yuan, semasa Perhimpunan Agung Tahunan parti itu semalam, bahawa kewujudan PERKASA menjadi penyebab merosotnya undi kaum Cina terhadap BN jauh sekali dari kebenaran, malah TIDAK BERASAS sama sekali.

PERKASA telah ditubuhkan pada tahun 2009, iaitu kira-kira 1 tahun selepas ‘Chinese Tsunami First Wave’ atau ‘Tsunami Kaum Cina Gelombang Pertama’ PRU12 pada bulam Mac 2008. Sokongan kaum Cina terhadap BN mula merudum pada PRU12 apabila BN kalah di 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan, selain dari hanya memenangi 3 dari 12 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

Kekalahan BN di negeri-negeri tersebut telah menyebabkan ada di kalangan kaum Cina mula ‘naik tocang’, sehingga ada yang beranggapan bahawa tarikh 8 Mac 2008, sebagai TARIKH KEMERDEKAAN sebenar bagi mereka dari ‘cengkaman’ UMNO/BN. Dari tarikh itu, mereka mula ‘naik minyak’ sehingga ada yang mula secara terbuka MEMPERTIKAIKAN ‘kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra’ di dalam Perlembagaan. Bagi mereka, selepas 50 tahun merdeka, peruntukan ‘kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra’ perlu dihapuskan sama sekali, dan jika ada pihak yang cuba merujuk kepada ‘Kontrak Sosial’ antara kaum-kaum sebelum merdeka, mereka akan dilabel sebagai ‘extremists’ dan ‘racists’.

Malah, ada di kalangan mereka yang melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, sebagai ‘racist’. Sedangkan sepanjang tempoh Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, setiap kali PRU, UMNO/BN telah menang dengan melebihi 2/3, dan sokongan dari kaum Cina terhadap UMNO/BN boleh diletak pada tahap 50-60%. Malah, setahun setelah Tun Dr Mahathir menyerahkan kepimpinan UMNO/BN kepada Pak Lah, pada PRU12, UMNO/BN telah menang PRU12 dengan kemenangan ‘landslide’, iaitu melebihi 90% dari kerusi Parlimen. Malah, pada PRU12, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dua tokoh utama DAP telah tewas di kawasan mereka bertanding.

Di permulaan era Pak lah, Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari penjara Sungai Buluh. Lantas Anwar Ibrahim telah menjadi ‘champion’ kepada kaum Cina, dengan menjanjikan akan memansuhkan dasar-dasar pro-Melayu/Bumiputra seperti DEB sekiranya beliau menjadi PM Malaysia. Beliau juga dipercayai sebagai dalang disebalik PAS meninggalkan perjuangan asal mereka untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud, demi untuk bersama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. SEBENARNYA, sikap PETUALANG BANGSA Anwar Ibrahim lah faktor sebenar yang telah menarik sokongan ‘overwhelming majoriti’ kaum Cina untuk menyokong DAP/Pakatan pada PRU12.

Sejak Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, dasar perjuangan UMNO tidak pernah berubah sehingga sekarang. Malah, pegangan politik Tun Dr Mahathir hari ini, tidak ada bezanya dengan pegangan politik beliau semasa beliau masih lagi seorang penuntut jurusan perubatan di University of Malaya Singapura, semasa beliau hanya seorang ahli parlimen, malah semasa beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Apa yang menarik, pemikiran politik Tun Dr Mahathir TIDAK ADA BEZANYA dengan pemikiran politik Ibrahim Ali dan PERKASA yang dipimpinnya.

Oleh itu, APA SEBENARNYA YANG TELAH BERUBAH kira-kita 6-12 bulan sebelum PRU12 pada bulan Mac 2008? Tidak ada perubahan kepada UMNO. Tidak ada perubahan kepada Tun Dr Mahathir. Belum ada PERKASA pada tahun 2008, kerana semasa PRU12, PERKASA masih belum ditubuhkan. Jadi apakah yang telah menyebabkan ‘Chinese Tsunami Gelombang Pertama’ pada PRU12 2008?

Jelas sekali, apa yang telah berubah 6-12 bulan sebelum PRU12 2008 ialah SIKAP PENGUNDI CINA, yang telah diberikan ‘false hope’ atau ‘harapan palsu’ oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, bahawa dengan kerjasama PKR dan PAS, dan HINDRAF, DAP akhirnya akan berjaya mengalahkan UMNO. Dengan lain perkataan, parti Cina DAP…dengan sokongan Melayu PKR dan Melayu PAS….akan berjaya menumbangkan UMNO/BN, parti yang didominasi oleh kaum Melayu/Bumiputra, dari kuasa politik Malaysia. Sejak zaman 1940an lagi, kaum Cina melalui Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan Comrade Chin Peng, telah ‘mengidam’ untuk merebut kuasa di Tanah Melayu/Persekutuan Tanah Melayu dari genggaman kaum Melayu. Bagi mereka, bila ada PETUALANG BANGSA Melayu seperti Anwar Ibrahim, inilah masa paling sesuai untuk MENIKAM UMNO DARI BELAKANG.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, kemerosotan undi Cina terhadap BN mulai kira-kira 6-12 bulan sebelum PRU12 2008 tidak ada kaitan lansung dengan PERKASA pimpinan Ibrahim Ali. Malah, penubuhan PERKASA pada 2009, selepas PRU12 2008, adalah menepati ASPIRASI UMAT MELAYU pasca-PRU12 2008….bahawa, di dalam senario kaum Cina semakin berani dan vokal di menuntut supaya dihapuskan hak-hak Melayu dan apa saja rujukan kepada ‘kontrak sosial’, umat Melayu tidak ada pilihan lain selain dari perlu bangkit mempertahankan hak-hak mereka sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan, dan selaras dengan Perjanjian ‘Kontrak Sosial’.

Kematian Chin Peng – Lapuran Segmen Luar Negara Utusan Malaysia MENGECEWAKAN

September 17, 2013

Hanya beberapa hari lepas, bangunan baru Utusan Malaysia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Utusan Malaysia adalah KEBANGGGAAN umat Melayu. Utusan Malaysia amat besar jasanya terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, dan Utusan Malaysia sehingga sekarang merupakan antara BENTENG UTAMA mempertahankan hak-hak Melayu di negara ini.

Berbeza sekali dengan Parti Komunis Malaya(PKM) yang telah diharamkan pada tahun 1948, dan bekas Setiausaha Agungnya Chin Peng, yang telah meninggal dunia di Bangkok, Thailand, semalam. Berselindung di sebalik ideologi KOMUNISMA, PKM telah cuba mengambil kesempatan dari kerjasama ‘logistics’nya dengan British di dalam masa penjajahan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu(1942-1945) untuk merampas kuasa di Tanah Melayu setelah tentera Jepun menyerah kalah. PKM juga memulakan pemberontakan bersenjata ke atas Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, sebaik sahaja British menarik balik Malayan Union, dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Aku sudah menjangka bahawa Utusan Malaysia tidak akan memasukkan GAMBAR Chin Peng di muka depan akhbar KEBANGGAN umat Melayu. Aku amat gembira bila membeli akhbar Utusan Malaysia pagi ini, kerana jangkaan aku itu tepat sekali. Bagi aku, wajah Chin Peng sememangnya tidak layak mengisi muka depan sebarang akhbar di negara ini, apatah lagi akhbar Utusan Malaysia. Tidak mengapalah jika akhbar Utusan Malaysia hari ini ada memuatkan gambar Chin Peng di muka 16, di dalam segmen berita Luar Negara.

Namun begitu, apa yang mendukacitakan aku, dan mungkin ramai umat Melayu yang lain, ialah KENAPA Utusan Malaysia perlu mencedok bahan berita kematian Chin Peng dari ‘DPA/AFP’, yang antara lain menyebut:’Namun, selepas Jepun menyerah kalah, Chin Peng melancarkan perang menuntut kemerdekaan dari Britain sehingga Tanah Melayu diisytiharkan darurat.’

Walaupun segmen ini adalah segmen berita luar negara, apakah Utusan Malaysia tidak ada sensitiviti untuk melapurkan berita tersebut setelah diedit supaya bersesuaian dengan fakta sebenar sejarah negara kita. Pemimpin-pemimpin besar negara kita, dan kita semua, seorang pun tidak mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, tetapi kenapa Utusan Malaysia menyiarkan satu lapuran berita yang mengiktiraf Chin Peng sebagai ‘pejuang kemerdekaan’?

Sedangkan, di muka 16 yang sama, Utusan Malaysia melapurkan berita kembali ke rahmatullah seorang ulama tersohor di Indonesia, Habib Munzir, tanpa perlu merujuk atau mencedok dari agensi-agensi berita asing.

Aku percaya, mungkin berlaku ‘overlooking’ di kalangan pengarang-pengarang Utusan Malaysia….maklumlah bertugas di bangunan baru yang serba canggih dan moden. Namun begitu, aku ingin mengingatkan Utusan Malaysia, agar jangan dibiasakan kecuaian sebegini berlaku lagi, terutama di dalam melapurkan berita-berita MAHA BESAR seperti kematian BAPA PENGGANAS negara ini.

Namun begitu, sekiranya pengarang-pengarang Utusan Malaysia mempunyai sebarang justifikasi mencedok berita yang begitu MELOYAKAN dari agensi-agensi berita luar negara, sila berikan penjelasan kepada umat Melayu melalui keluaran akhbar Utusan Malaysia besok….dan sekiranya munasabah, memohon maaf kepada umat Melayu di negara ini.

Chin Peng dan PKM Menentang Penjajah British???

September 16, 2013

Hari ini, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya(PKM) dilapurkan telah meninggal dunia di Bangkok, Thailand. Beberapa sumber berita menggambarkan mendiang Chin Peng sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ bagi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah British. Malah beberapa pemimpin parti pembangkang menggambarkan mendiang Chin Peng sebagai ‘pejuang kemerdekaan’.

APAKAH BENAR mendiang Chin Peng seorang ‘pejuang kemerdekaan’ dan ‘musuh’nya ialah penjajah British? Mari kita menilai beberapa fakta sejarah berikut sebelum kita yakinkan mereka bahawa mereka sebenarnya telah TERKELIRU….

1. Walaupun mendiang Chin Peng dilapurkan telah dilahirkan di Setiawan, Perak, tidak ada bukti-bukti bertulis bahawa beliau ialah seorang warganegara mana-mana negeri Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, atau Malaysia.

2. Semasa di bangku sekolah, beliau aktif di dalam kegiatan pengumpulan dana untuk membiayai usaha perang negara asal ayah dan datuk neneknya, Tanah Besar China, di dalam peperangan China-Jepun. Menjelang tahun 1940, Jepun telah berjaya menakluki sebahagian besar dari Tanah Besar China. Perang tersebut berterusan sehingga Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara, termasuk Tanah Melayu, pada tahun 1942.

3. Di usia muda mendiang Chin Peng, menjelang umur 20an, mendiang telah mendokong ideologi Komunis, dan telah menyertai Parti Komunis Malaya(PKM), sebuah CAWANGAN Parti Komunis China. Sebelum mencapai usia 30, mendiang telah menjadi Setiausaha Agung PKM. Tentera PKM sebahagian besarnya terdiri dari kaum Cin, yang masih memegang kerakyatan Negara China, yang telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari peluang bekerja dan mencari rezeki. PKM dilapurkan mempunyai lebih 12 regimen, dengan kira-kira 5,000 anggota bersenjata. Satu rejimen dikhaskan untuk ‘komunis Melayu’, suatu stretegi untuk mencari pengaruh di kalangan bangsa Melayu. Pada awal 1960an, PKM termasuk mendiang Chin Peng telah berundur ke selatan Thailand. Selepas pengunduran itu, mendiang Chin Peng telah mengarahkan pemberontakan bersenjata di Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia dari Beijing, China, sehingga Perjanjian Damai Haadyai ditanda-tangani pada tahun 1989.

4. Parti Komunis Malaya bekerjasama dengan British di dalam peperangan menentang Jepun dari 1942-1945. Namun kerjasama ini lebih dari aspek ‘logistics’. Memoir setebal 4 inci tentang sejarah ‘perjuangan’ mendiang Chin Peng tidak ada merekodkan penglibatan unit-unit PKM di dalam sebarang pertempuran dengan tentera Jepun, berbeza dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Regimen Askar Melayu di bawah Lefternan Adnan. Dengan kerjasama ‘logistics’ ini, PKM berpeluang mendapat bantuan senjata dan kewangan dari British.

5. Sebaik sahaja tentera Jepun menyerah diri pada bulan Ogos 1945, dalam tempoh 2 minggu sebelum ketibaan tentera British, unit-unit PKM telah mengambil-alih sebilangan besar bandar-bandar besar dan kecil di seluruh Tanah Melayu, dan telah mula bertindak sebagai ‘Kerajaan baru’, termasuk mengadakan ‘kangaroo court’ bagi ‘menghalalkan’ tindakan mereka membalas dendam terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang disyaki bekerjasama dengan tentera Jepun.

6. Majoriti kaum pendatang Cina dipercayai menyokong PKM, dan rata-rata mereka menyokong penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, yang telah ditentang oleh umat Melayu, yang telah bersatu di bawah United Malays National Organisation(UMNO). Disebabkan tentangan hebat umat Melayu, British telah MENARIK-BALIK Malayan Union, dan digantikan dengan penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU pada tahun 1948, berdasarkan asas-asas yang dipersetujuai antara British, UMNO dan Raja-Raja Melayu. Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Persekutuan Tanah Melayu ialah sebuah KERAJAAN PERALIHAN, atau TRANSITION GOVERNMENT, sebelum Persekutuan Tanah Melayu diberikan kemerdekaan sepenuhnya oleh British di dalam tempoh tertentu.

7. PKM hanya memulakan ARMED INSURRECTION atau PEMBERONTAKAN BERSENJATA ke atas ‘Penjajah British’, setelah British mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Dari fakta-fakta tersenarai di atas, amat jelas bahawa PKM hanya cuba MENGAMBIL KESEMPATAN dari kerjasama ‘logistics’ mereka dengan British semasa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu, untuk merampas kuasa ke atas negeri-negeri Tanah Melayu. PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun bukan kerana mempertahankan Tanah Melayu, TETAPI kerana kesetiaan mereka kepada NEGARA ASAL mereka, Tanah Besar Cina, yang telah lebih satu dekad di dalam kancah peperangan dengan negara Jepun….sebelum tentera Jepun menyerang Tanah Melayu. Malah hampir keseluruhan anggota PKM bangsa Cina masih lagi bertaraf PENDATANG di Tanah Melayu sebelum penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.

Fakta sejarah paling penting yang kita perlu ambil kira ialah TIMING, atau MASA dan KETIKA PKM melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas ‘Kerajaan British’….kenapa sebaik sahaja British mengisytiharkan penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU pada tahun 1948, sebuah Kerajaan ‘Transition’ yang telah dijanjikan kemerdekaan penuh di dalam tempoh tertentu. Sedangkan hampir separuh dari menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari wakil UMNO dan Raja-Raja Melayu. Malah, selepas Pilihanraya Umum pertama pada 1954, iaitu 4 tahun sebelum tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Almarhum Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Terang lagi bersuluh, pemberontakan bersenjata PKM SEBENARNYA bukan untuk menentang British, tetapi adalah untuk menentang Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tajaan UMNO dan Raja-Raja Melayu. Bukti paling jelas, setelah British memberikan kemerdekaan penuh kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1958, PKM tetap meneruskan PEMBERONTAKAN BERSENJATA terhadap Persekutuan Tanah Melayu.

Pihak yang cuba menggambarkan mendiang Chin Peng dan PKM sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ jelas amat terkeliru dengan ‘Wayang Cina’ yang telah dimainkan oleh mendiang Chin Peng dan PKM. Sedangkan, sebenarnya, PKM telah ternampak peluang untuk merampas kekuasaan di Tanah Melayu dari Raja-Raja dan Umat Melayu, dan dengan GELOJOH telah ‘menjudikan’ anak cucu mereka di tanah perantauan mereka. Mereka tidak sedar bahawa umat Melayu pada saat dan ketika itu, telah mencapai tahap kesedaran yang tinggi untuk mempertahankan warisan dan hak peninggalan datuk nenek mereka.

Hidup Melayu!! Hidup UMNO!! Hidup Raja-Raja Melayu!! Merdeka!! Takkan Melayu Hilang Di Dunia!!!

Apakah DAP Sedia Terima Khalid Samad?

September 11, 2013

Timbul satu tanda-tanya yang BESAR apabila YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, yang menang atas tiket PAS, melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, yang telah disandangnya lebih 16 tahun. Apatah lagi apabila PAS di ambang Muktamar Agung Tahunan di mana akan berlaku sekali lagi Pemilihan Jawatankuasa Pusat PAS. Sedangkan, inilah masa terbaik untuk Khalid Samad mencuba nasib untuk bertanding jawatan-jawatan lebih tinggi dari AJK Pusat biasa. Tanpa memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan, ‘saham’ Khalid bagi jawatan-jawatan lebih tinggi sudah tentu akan jatuh menjunam.

Apakah sebenarnya rasional di sebalik Khalid Samad tidak mempertahankan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam? Walaupun beliau menggambarkan bahawa beliau bercadang untuk bertukar angin ke Johor, negeri kelahirannya, dan ingin memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin pelapis dari PAS Kawasan Shah Alam mengambil alih tempatnya, amat sukar untuk kita menerima kenyataan tersebut, memandangkan tindakan ini sudah tentu menjejaskan peluangnya untuk mencuba nasib merebut jawatan lebih tinggi seperti Naib Presiden….malah Timbalan Presiden. Apatah lagi apabila beliau dilihat sebagai seorang yang yang AMAT GILA KUASA…..sehingga sering membuat kenyataan-kenyataan mendahului Presiden PAS sendiri di dalam isu-isu nasional….seolah-olah beliau sudah tidak sabar menunggu masa untuk menjadi Presiden PAS.

Ramai pemerhati politik mempunyai persepsi bahawa Khalid Samad ini mempunyai suatu sifat KESYAITANAN, iaitu sombong dan angkuh. Dia dilihat ‘syok sendiri’ merasa dirinya lebih hebat, lebih intelek, malah lebih ‘ulama’ dari pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Semasa Dr Hassan Ali menjadi Ketua Perhubungan PAS Selangor, Khalid Samad dilihat suka menonjol-nonjolkan dirinya seolah-olah dia lebih berkuasa dari Dr Hassan Ali, malah sering memberikan gambaran seolah-olah dia lebih rapat dengan Mursyidul Am PAS Nik Aziz. Malah ramai berpendapat, faktor ‘personal rivalry’ atau ‘permusuhan peribada’ antara beliau dengan Dr Hassan Ali adalah punca utama beberapa krisis di dalam PAS Selangor, yang telah membawa kepada Dr Hassan Ali dipecat dari PAS.

Berbeza dengan apa yang telah diungkap oleh Khalid Samad, aku percaya, keputusan beliau tidak mempertahankan jawatannya ada kaitan dengan PEREBUTAN KUASA di dalam PAS Selangor, menjelang pemilihan Jawatankuasa Pusat PAS hujung tahun ini. Aku percaya ramai dari pemimpin-pemimpin pelapis PAS di Selangor, malah di peringkat nasional, tidak gemar dengan gelagat dan CITA-CITA TINGGI Khalid. Bagi mereka, tidak mustahil Khalid akan mencuba nasib bertanding jawatan Naib Presiden, malah Timbalan Presiden PAS….bukankan Khalid Samad ni ‘syok sendiri’…apatah lagi apabila Khalid Samad berjaya mempertahankan Parlimen Shah Alam, apabila Timbalan Presiden Mat Sabu sendiri tewas di Kedah, dan Naib Presiden Husam Musa tewas di Putrajaya, dan seorang lagi Naib Presiden Salahuddin Ayub tewas di Pulai, Johor. Oleh itu, suatu cara untuk MEMADAMKAN cita-cita tinggi Khalid Samad ialah dengan mempastikan dia TEWAS di kawasannya sendiri bagi jawatan Yang Dipertua Kawasan….jadi dia dengan sendirinya akan HILANG KREDIBILITI untuk bertanding jawatan-jawatan lebih tinggi. Jelas, Khalid Samad masih mentah di dalam POLITIK DALAMAN parti.

Persoalannya, sekiranya PAS tidak sudi menerima Khalid Samad di barisan tertinggi parti ‘Islam’ ini, di manakah masa depan Khalid? Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim amat meminati Khalid Samad, sebagaimana beliau pernah meminati Zaid Ibrahim, tetapi siapa di dalam PKR yang sedia mengosongkan jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden untuk memberi ruang kepada Khalid Samad? Apatah lagi, Anwar Ibrahim pun ‘seriau’ juga dengan seorang Timbalan atau Naib yang terlalu vocal. Sekiranya Khalid Samad ditawarkan tempat kepimpinan di dalam PKR, apa jaminan beliau tidak akan menjadi ‘Zaid Ibrahim 2’?

Aku percaya, di masa DAP ketandusan pemimpin Melayu, Khalid Samad mungkin boleh mencuba nasib di dalam DAP…mungkin untuk ganti tempat Tengku Aziz sebagai salah seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik. Ini mungkin sesuai bagi dia….kerana aku nampak semakin hari, termasuk di dalam isu kalimah Allah, dia telah menjadi LEBIH DAP dari pemimpin-pemimpin DAP sendiri. Malah, ramai bolggers memanggil Khalid Samad KHALID GEREJA. Soalnya, apakah DAP sedia terima Khalid Samad?

KDN Perlu Haramkan Terus Filem NEW VILLAGE

August 30, 2013

Aku amat tidak bersetuju dengan sesiapa sahaja yang mencadangkan agar filem NEW VILLAGE turut dibenarkan untuk ditayang, sebagaimana filem TANDA PUTRA, walaupun cadangan begitu ‘liberal’ itu datangnya dari Tun Dr Mahathir, TOKOH BESAR bangsa Melayu, yang tetap selamanya akan menjadi sanjungan kita.

Sebagaimana kita tetap selamanya menyanjung seorang lagi TOKOH BESAR bangsa Melayu, Almarhum Dato’ Onn Jaafar, penggerak utama perhimpunan umat Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, yang telah membawa kepada penubuhan UMNO. Almarhum Dato’ Onn Jaafar tetap dekat di lubuk hati kita….namun begitu tidak semua keputusan Almarhum Dato’ Onn Jaafar diterima oleh umat Melayu.

Begitu jugalah hubungan ‘intim’ kita dengan Tun Dr Mahathir. Apa saja yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir, kita sudah pasti akan menghormatinya, kerana Tun lebih banyak membuat keputusan-keputusan yang menguntungkan umat Melayu….walaupun tidak di dalam semua perkara. Aku memohon maaf kepada Tun, kerana TIDAK BOLEH BERSETUJU untuk membenarkan tayangan filem NEW VILLAGE, dengan alasan memberi ‘keadilan’ kepada kedua-dua pihak….dan beliau dilapurkan telah membuat statement bermaksud ‘biar rakyat yang menilai’ kedua-dua filem tersebut.

Sekiranya Tun Dr Mahathir masih lagi seorang Perdana Menteri Malaysia, beliau sewajarnya membenarkan Parti Komunis Malaya bergerak secara sah di negara ini, dan bawa balik pemimpin AGUNGnya Chin Peng untuk meneruskan kepimpinan PKM…..dan biar rakyat buat pilihan…ini baru CONSISTANT dengan ‘statement’ Tun Mahathir mempersetujui tayangan filem NEW VILLAGE.

Sebagaimana aku telah katakan sebelum ini, Almarhum Dato’ Onn Jaafar dan Tun Dr Mahathir adalah TOKOH-TOKOH BESAR bangsa Melayu. Namun begitu, mereka bukan malaikat atau nabi….mereka juga boleh berbuat kesilapan di dalam menilai perkara-perkara tertentu.

Oleh itu, di dalam isu filem NEW VILLAGE, KDN perlu haramkan sahaja filem tersebut sekiranya benar terdapat aspek tertentu yang menonjolkan ‘kehebatan’ Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan comrade Chin Peng. Tidak payahlah kita nak dedahkan ‘sejarah songsang’ mengikut versi ciptaan Chin Peng dan anak cucu penyokong-penyokongnya. Kita yang lebih tahu sejarah sebenar KEPULAUAN MELAYU dan TANAH MELAYU, dan inilah satu-satunya versi yang kita perlu pegang, dan simpan dalam lipatan sejarah untuk tatapan anak cucu kita.

Sebagaimana juga umat Melayu, yang yakin dan percaya kepada hanya agama ISLAM sebagai satu-satunya agama yang diterima oleh Allah swt, oleh itu, tak perlulah kita nak buang masa nak dedahkan tentang agama-agama lain yang tidak diterima oleh Allah swt atas alasan ‘memberi keadilan’ kepada pihak-pihak yang hanya berminat untuk menyesatkan anak cucu kita.

Balik kepada filem NEW VILLAGE, jangan kita lupa, PKM telah melancarkan INSURGENCY BERSENJATA sebaik sahaja Malayan Union digantikan dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. PKM begitu kecewa bila penjajah British masih mengiktiraf RAJA-RAJA MELAYU dan BANGSA MELAYU sebagai pemilik asal negeri-negeri Tanah Melayu.

Kaum Cina, dengan bersembunyi di sebalik fahaman komunisma PKM, telah lama MENGIDAM untuk mengambil-alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu. Apabila PKM diharamkan, dan ditewaskan oleh Pasukan Keselamatan Persekutuan Tanah Melayu, khususnya REGIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA, para penyokong PKM, dan anak cucu mereka, telah bergerak semula melalui parti-parti politik yang sah. Kita tak perlulah sebut parti mana…semua kita dah maklum…

DAP secara terbuka pernah mendesak Kerajaan supaya membenarkan comrade Chin Peng untuk kembali ke Malaysia, dan aku percaya DAP amat menyokong penayangan filem NEW VILLAGE. Dari sini sudah cukup untuk kita membuat andaian bahawa terdapat ramai penyokong dan anak-cucu penyokong PKM dalam DAP.

Sekalilagi, TAHNIAH kepada KDN yang telah membuat keputusan tegas di dalam isu filem NEW VILLAGE.


%d bloggers like this: