Posted tagged ‘DS Najib Tun Razak’

MARA Should Be Transformed Into Ministry of Malays Entrepreneurial Development

August 13, 2015

To start with, I would like to congratulate TS Anuar Musa, the Member of Parliment for Ketereh, Kelantan, for being re-appointed as the Chairman of Majlis Amanah Rakyat(MARA).

MARA is perhaps the Government agency which is closest to the heart and mind of the Malays. Most Malay households are expected to have certain ‘dealings’ with MARA in a way or another. MARA has benefited hundreds of thousands, if not millions, of Malays.

MARA is a new name for Rural Industrial Development Authority(RIDA). RIDA was set up by the Government of Persekutuan Tanah Melayu, then under the British rule in early 1950s to provide entrepreneurial development training and financial assistance, specifically to the Malays who were mainly rural-based.

After the independence of Persekutuan Tanah Melayu in 1957 and the formation of Malaysia in 1963, the name of RIDA was changed to Majlis Amanah Rakyat(MARA). ‘Rakyat’ is the Bahasa Malaysia term for ‘citizens’. So, the phrase ‘Majlis Amanah Rakyat’ can be translated into English as ‘Citizens Trust Council’. For a multi-racial country like Malaysia,’citizens’ can mean citizens of all races and ethnic groupings in Malaysia.

Old RIDA was set up at a time when the British were persuading the Malay leaders, in particular UMNO, to agree to offer citizenship to over a million immigrants(then) from China and India who immigrated to the ‘Lands of the Malays’ Tanah Melayu during the British ‘protectorate’ rule, in search of peaceful existence and jobs opportunities. There was general fear among the Malays that they would be overwhelmed economically by the would be new citizens…worse still, politically. To alley such fears, the British set up RIDA, to assist the Malays to become entrepreneurs too.

Since then, and the time of name change to MARA after the country’s independence, MARA had progressed leaps and bounds…until it has become one of THE MOST IMPORTANT INSTITUTIONS acting as ‘umbrella’ for the Malays.

For what MARA has achieved and become, MARA can easily be transformed into a ministry, the MINISTRY OF MALAYS ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT.

Isu Tataetika – MKT Wajar Mendengar DENYUT NADI Ahli-Ahli UMNO

September 27, 2013

Kita para penyokong UMNO/BN bersyukur kerana dikurniakan Allah swt seorang Presiden UMNO/Pengerusi BN dan Perdana Menteri yang amat dekat dengan DENYUT NADI rakyat, termasuk ahli-ahli ‘rank-and-file’ UMNO di peringkat CAWANGAN dan BAHAGIAN.

Menjelang Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian pada pertengahan bulan depan, di antara perkara-perkara yang menyentuh DENYUT NADI ahli-ahli UMNO ‘rank-and-file’ ialah sebahagian dari perkara-perkara yang terkandung di dalam TATAETIKA AHLI UMNO yang dilihat terlalu MENGEKANG ahli-ahli yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.

TATAETIKA AHLI UMNO telah di’gubal’ oleh Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2008 berdasarkan Fasal 20.12 Perlembagaan UMNO yang antara lain menyebut: ‘Majlis Tertinggi berkuasa penuh untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang antara lain melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi….’

Kita semua wajar ‘angkat topi’, sebagai tanda penghargaan tidak terhingga kepada kepimpinan tertinggi UMNO kerana memeras pemikiran mereka untuk menggubal peraturan-peraturan demi menyelamatkan parti keramat milik umat Melayu ini dari unsur-unsur yang boleh membawanya kepada kehancuran. UMNO adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang telah menggubal ‘Tataetika Ahli’ yang begitu terperinci dan komprehensif.

Namun, menjelang pemilihan UMNO di peringkat Bahagian-bahagian dan MKT tidak lama lagi, aku terbaca banyak keluhan-keluhan dan rintihan dari ahli-ahli yang telah menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti di semua peringkat. Sekiranya ahli-ahli yang ingin berkhidmat dan bertanding mengikuti SEPENUHNYA apa yang terkandung di dalam Tataetika Ahli UMNO tersebut, bagi mengelakkan mereka dari MELANGGAR peraturan-peraturan tersebut, mereka sebaiknya BERKURUNG SAHAJA DI RUMAH, jangan pergi ke mana-mana, jangan berbual dengan sesiapa, jangan hadir majlis kenduri/tahlil dan berbagai-bagai JANGAN JANGAN JANGAN lagi.

Apa yang lebih menghairankan aku ialah apabila di antara mereka yang ‘merintih’ tentang KETATNYA peraturan-peraturan tersebut adalah terdiri dari pemimpin-pemimpin tertinggi parti sendiri. Berita Harian hari ini melapurkan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin, sendiri meminta parti mempertimbangkan larangan tidak membenarkan calun berkempen secara peribadi, termasuk menggunakan media sosial. Aku angkat topi kepada YB Khairy di atas KEBERANIAN beliau berterus terang tentang perkara ini. Sebelum ini, beberapa orang calun Pemuda UMNO termasuk Lokman Nor Adam juga ada menyuarakan kebimbangan yang sama.

Apa yang menimbulkan PERSOALAN BESAR di fikiran aku ialah, apakah Lembaga Disiplin UMNO mempunyai jentera pemantau secukupnya bagi menentukan bahawa tidak terdapat DOUBLE-STANDARD di dalam menguatkuasakan Tataetika Ahli UMNO ini. Di muka 6 akhbar Berita Harian hari ini terpampang gambar Ketua Wanita Shahrizat Jalil, bersama-sama sekumpulan ahli-ahli Wanita UMNO, dan di dalam gambar itu juga terdapat Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, DS Hishamuddin Tun Hussein. HEADLINE berita tersebut berbunyi : Pilih Naib Presiden martabatkan wanita’. Persoalan aku di sini ialah apakah kaitan majlis anjuran Wanita Johor itu dengan Kementerian Pertahanan. Dari ungkapan-ungkapan dan kenyataan Ketua Wanita di dalam majlis tersebut, termasuk kepada para pemberita, beliau jelas sekali BERKEMPEN untuk DS Hishamuddin.

Aku tidak ada sebarang masalah dengan Shahrizat atau Hishamuddin. Bagi aku, kedua mereka adalah antara pemimpin-pemimpin terhebat di dalam UMNO. Aku kagum dengan kehebatan mereka membuat kenyataan-kenyataan media, baik berhubung hal-ehwal negara atau hal-hal pemilihan UMNO. Aku akan menangis kesedihan jika pemimpin-pemimpin sehebat mereka dikenakan tindakan disiplin, atau di’disqualified’ dalam proses pemilihan parti. Malah, aku MENYOKONG aktiviti-aktiviti KEMPEN tanpa menggunakan wang, yang telah aku ketengahkan di dalam penulisan aku sebelum ini.

Persoalannya, apakah calun-calun lain dibenarkan mengadakan majlis-majlis di mana berlaku aktiviti KEMPEN seperti yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Johor di atas, tanpa dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO, berdasarkan perincian di dalam buku Tataetika Ahli UMNO. Siapakah yang akan memberikan ruang dan peluang kepada tokoh-tokoh baru seperti calun Ketua Pemuda, Akhramsyah Sanusi, untuk berkongsi buah fikirannya tentang masa depan umat Melayu. Bagaimana kita akan dapat menyelami VISI DAN MISSI beliau jika beliau tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan akhbar, malah dilarang menggunakan media soaial?

Mungkin sudah agak terlambat untuk meminda Tataetika Ahli UMNO di peringkat akhir sebelum Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian pertengahan bulan depan menentukan kepimpinan Bahagian-Bahagian dan UMNO Malaysia bagi empat peringkat. Tetapi dari rintihan-rintihan calun-calun yang bertanding, aku percaya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, yang telah menang tanpa bertanding, dan ahli-ahli MKT yang bakal terpilih, akan mengkaji semula sebahagian dari peraturan-peraturan yang sedang diguna-pakai sekarang. SASARAN ASAL kita ialah membenteras amalan politik wang, tetapi kenapa aktiviti KEMPEN menjadi mangsa? Kalau kita tidak gemar melihat anak kita menonton beberapa rancangan di kaca TV, apakah wajar kita mencampakkan peti TV kita ke sungai? Kenapa kita perlu amalkan ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’?

Aku percaya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO amat rapat dengan DENYUT NADI rakyat, termasuk ahli-ahli ‘rank-and-file’ UMNO. Kita sokong penuh usaha-usaha membenterasan politik wang, tetapi aku percaya kita wajar melonggarkan syarat-syarat BERKEMPEN demi memperkasakan kepimpinan dan parti UMNO.

BERKEMPEN adalah amalan sihat di dalam sebarang proses pemeilihan dan demokrasi. Sama-samalah kita mencari idea dan jalan bagaimana menguruskan pemilihan dalaman parti keramat UMAT MELAYU ini, termasuk MEMBENARKAN KEMPEN TANPA POLITIK WANG.

Tata-Etika Ahli UMNO(Tatacara Pemilihan UMNO) – Benteras Politik Wang, ATAU Benteras Kempen?

September 26, 2013

Aku percaya, semasa aku menulis posting ini, DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, masih berada di Amerika Syarikat sempena Perhimpunan Agung PBB. Sebagaimana kita semua maklum, DS Najib telah mengambil kesempatan untuk melawat HQ beberapa syarikat gergasi berasaskan internet, termasuk Google. Dari reaksi ‘body language’ beliau, beliau amat terpesona dengan budaya kerja di syarikat-syarikat yang beliau lawati…..budaya kerja ala-Amerika.

Tidak dapat dinafikan bahawa Amerika telah memberikan sumbangan besar terhadap kemajuan teknology dan TAMADDUN MODEN dunia. Negara kita banyak terhutang budi dengan Amerika, termasuk peranan Amerika di dalam Perang Vietnam yang menjangkau beberapa dekad di saat fahaman Komunisma sedang disemarakkan oleh Rusia dan China di era ‘perang dingin’. Tanpa peranan Amerika menahan perluasan wilayah kuasa regim-regim komunis di Vietnam, banyak pihak percaya, seluruh Asia Tenggara akan jatuh kepada kuasa-kuasa Komunis berdasarkan apa yang dipanggil ‘domino theory’.

Walaupun sistem ‘democracy’, atau ‘rule by the people’ dikatakan bermula di Athens, Greece, sistem demokrasi subur di bumi Amerika. Tersergamnya bangunan-bangunan seperti Capitol Hill di Washington menjadi lambang di mana SUARA RAKYAT menentukan hala-tuju perjalanan negara. Sistem demokrasi juga subur di United Kingdom dan kebanyakan negara-negara Eropah. Apa yang menarik, walaupun Amerika dan negara-negara Eropah adalah pelupur sistem demokrasi, dan pilihanraya umum diadakan setiap 4-5 tahun sekali sebagaimana di negara kita, rakyat mereka hanya ‘berpolitik’ 4-5 tahun sekali juga, itu pun paling lama dalam tempoh beberapa bulan sebelum PRU negara mereka. Lain dengan kita di Malaysia, apabila parti-parti politik, TERUTAMA PEMBANGKANG, yang ‘berpolitik’ 24 jam sehari, 365 hari setahun, pendeknya sepanjang masa….habis sahaja satu PRU, parti-parti politik mula sibuk bersedia untuk PRU berikutnya pula.

Dari pengalaman kita mengikuti Pilihanraya Presiden Amerika, jelas terdapat elemen-elemen PENGGUNAAN WANG dan KEMPEN-KEMPEN di dalam proses pemilihan dalaman parti-parti, dan pilihanraya Presiden dan Senate mereka. Sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi Presiden Amerika semestinya seorang JUTAWAN, kalau tidak jangan mimpi nak jadi Presiden Amerika. Kempen-kempen memilih calun-calun Presiden dari kedua-dua parti Democrats dan Republican, berjalan dengan ‘agressive’, termasuk perdebatan-perdebatan terbuka di berbagai-bagai channel TV. Bezanya dengan kita ialah, mereka telah berjaya menyerapkan budaya ‘civilised’ di dalam berkempen, sementara terdapat peraturan-peraturan yang kemas bagaimana seseorang calun mendapatkan DANA KEMPEN, bagi menggerakkan jentera kempen. Semua pihak memperakui bahawa di antara punca Barrack Obama terpilih sebagai calun parti Democrats di dalam PR Presiden ialah kerana beliau berjaya menguasai DANA KEMPEN yang jauh lebih besar berbanding pencabar terdekat beliau Hillary Clinton.

Memang berlaku apa yang kita panggil ‘politik wang’ di dalam sistem pilihanraya Presiden dan Senate Amerika, tetapi ianya lebih kepada untuk membiayai ‘Jentera Professional’ kempen yang memerlukan ratusan juta dollar….tetapi tidak sekali-kali untuk membeli undi dari para perwakilan parti, atau rakyat. Malah calun-calun diwajibkan mengisytiharkan jumlah dan punca dana DANA KEMPEN mereka. Memandangkan penggunaan dana sedemikian rupa diBENARKAN, dengan peraturan tertentu, penggunaan wang dan dana tidak dipanggil politik wang di Amerika.

Aku percaya, DS Najib dan UMNO, boleh mengkaji perlaksanaan sistem pemilihan calun-calun dalaman parti, dan pilihanraya Presiden dan Senate di Amerika. Kita tentu sekali tidak bersetuju menggunakan wang untuk ‘membeli’ undi dari pengundi. Tetapi, kita wajar menerima kenyataan bahawa wang dan dana diperlukan di dalam aktiviti KEMPEN, dan KEMPEN AMAT PENTING di dalam penyampaian VISSI DAN MISSI calun-calun tertentu. Ini sebenarnya TELAH berlaku di dalam PRU di Malaysia. Tetapi KENAPA, di dalam konteks PEMILIHAN DALAMAN PARTI, aku secara ikhlas berpendapat terlalu banyak KEKANGAN dan HALANGAN dikenakan.

Bagi aku, calun-calun di dalam PEMILIHAN UMNO semua peringkat, wajar dibenarkan berkempen, mengeluarkan kenyataan-kenyataan di akhbar, mengambil bahagian di dalam debat dan dialog dan sebagainya. Hanya dengan cara ini kita dapat menilai TOTAL STRENGTH bakal-bakal peneraju parti dan negara kita.

Di dalam konteks semasa kita, Lembaga Pemilihan UMNO, perlu melonggarkan beberapa peraturan yang terkandung di dalam buku ‘Tataetika Ahli UMNO’. Kita wajar membenteras budaya ‘membeli undi’, tetapi kita wajar melonggarkan pewujudan ‘jentera kempen’ dan AKTIVITI KEMPEN, termasuk menggunakan media sosial. Tindakan hanya boleh dikenakan ke atas mereka yang membuat dakwaan-dakwaan palsu, memfitnah pihak lain dan sebagainya.

Hanya dengan melonggarkan ‘kekangan’ seperti berkempen dan membuat kenyataan-kenyataan media, PARA PERWAKILAN CAWANGAN yang seramai lebih 140,000 orang akan dapat menyelami hati-budi, kelebihan-kelebihan dan keistimewaan yang ada pada calun-calun yang telah tampil ke hadapan untuk menawarkan khidmat dan jasa mereka kepada parti UMNO, agama, bangsa dan negara.

Hak ‘Istimewa’ Melayu Singapura – Menjadi Warga Kelas 3

August 19, 2013

Bagi yang membaca akhbar NST hari ini, tentu tidak akan miss menatap wajah ceria dua TOKOH BESAR Melayu yang masih hidup, iaitu Tun Dr Mahathir dan DS Najib Tun Razak, dimuka depan akhbar. Dengan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung ke Rumah Terbuka Aidil-Fitri Tun semalam, jelas sekali, beliau amat disanjungi dan disayangi oleh rakyat Malaysia dari berbagai kaum, walaupun telah lebih 10 tahun meletakkan jawatan.

Tun Dr Mahathir telah meletakkan TANDA ARAS begitu tinggi sebagai pemimpin umat Melayu/Islam, juga sebagai pemimpin negara. Di antara TANDA ARAS begitu tinggi yang tercapai di era kepimpinan Tun, yang diiktiraf dunia ialah terbinanya MENARA TERTINGGI DI DUNIA di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur(KLCC). MENARA BERKEMBAR PETRONAS menjadi menara tertinggi di dunia sepanjang tempoh hampir 10 tahun, sebelum ketinggiannya dipintas oleh menara-menara lain di negara lain. Namun begitu, MENARA KEMBAR PETRONAS sehingga sekarang masih lagi merupakan MENARA KEMBAR TERTINGGI di dunia.

Alhamdulillah, umat Melayu di Malaysia sentiasa dianugerahkan oleh Allah swt tokoh-tokoh pemimpin BERJIWA BESAR, menjadi nakhoda kepada umat Melayu di dalam melayari sejarah tamaddun bangsa, dan mengekalkan KEDUDUKAN MULIA bangsa Melayu di negara ini. Walaupun kepimpinan UMNO, umat Melayu dan negara datang dan pergi, kita amat bersyukur kerana terus dikurniakan PEMIMPIN BESAR Melayu, yang pada masa dan saat ini ditatang BAGAI MINYAK PENUH oleh DS Najib Tun Razak.

Agak malang bagi umat Melayu di Singapura. Mereka bukan sahaja golongan minoriti di negara pulau tersebut, malah berdasarkan suatu kajian yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa bebas, Suara Mesyuarah, sebagaimana dilapurkan oleh akhbar NST hari ini, walaupun Article 152 Perlembagaan Singapura memperuntukkan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di Singapura, sebagaimana Article 153 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA di Malaysia, kedudukan umat Melayu di Singapura jauh ketinggalan di berbagai aspek kehidupan berbanding dengan BANGSA PEMERINTAH, bangsa Cina, di Singapura.

Selain dari ketinggalan di segenap bidang, umat Melayu Singapura juga TIDAK DIPERCAYAI untuk mengisi jawatan-jawatan penting di sektor-sektor strategik negara, seperti sektor pertahanan, di mana terdapat sekatan terhadap penglibatan kaum Melayu di dalam Angkatan Bersenjata Singapura, lebih-lebih lagi di pasukan-pasukan ‘sensitif’ seperti komando, pertahanan udara serta pertahanan laut.

Apakah gunanya Article 152 – KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di Singapura, jika umat Melayu hanya berada di tahap Division 3 atau Kelas 3 di Singapura. Jelas sekali, adanya Article 152 di dalam Perlembagaan Singapura tidak sekali-kali menjamin pembelaan terhadap nasib dan masa depan umat Melayu di Singapura, apabila pemerintahnya bukan dari kalangan Melayu. Sebaliknya, ia hanya ‘menjamin’ Melayu Singapura menjadi bangsa Kelas 3 di sebuah negara pulau, yang dahulunya adalah sebahagian dari Empayar Kesultanan Melayu Johor/Riau.

Kepada umat Melayu Singapura, aku secara ikhlas ingin mengingatkan kepada mereka suatu firman Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasib mereka’. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah…

Cadangan Jawatankuasa Parlimen Memantau SPR – Tidak Perlu Terlalu BERI MUKA Kepada Anwar/Pembangkang!!!

June 3, 2013

Telah 13 kali negara kita mengadakan PRU. Dan telah 13 kali Parti Perikatan(gabungan UMNO, MCA dan MIC), dan BN(UMNO, MCA, MIC dan 10 lagi parti gabungan) menang PRU di peringkat Persekutuan. Namun begitu, Perikatan dan BN telah tewas di beberapa negeri di dalam tempoh tersebut, termasuk yang akhir di dalam PRU13, BN tewas kepada DAP di Pulau Pinang, BN tewas kepada PAS di Kelantan, dan BN tewas kepada PKR/DAP/PAS di Selangor.

Apa yang kita perlu beri perhatian ialah, usaha-usaha AGRESSIVE pembangkang mempersoalkan credibility SPR hanya timbul menjelang PRU12 pada 2008, dan seterusnya bertambah AGRESSIVE selepas keputusan PRU13 tetap memihak kepada BN.  Kita semua tahu, ini semua GARA-GARA Anwar Ibrahim gagal lagi di dalam cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan telah melayan hampir semua perkara yang telah dibangkitkan oleh ‘Bersih’ ciptaan Pembangkang. Sehinggakan ibu jari kita telah dicatkan dengan ‘indelible ink’ sebelum menerima kertas undi pada PRU baru-baru ini. Bagi aku, penggunaan ‘indelible ink’ ini hanya sesuai untuk negara-negara mundur yang belum ada sistem pendaftaran Kad Pengenalan canggih seperti MYKAD di Malaysia. Tak apalah, demi memuaskan hati Pembangkang, kita layan juga mereka.

Apabila Pembangkang mendapati UNDI POPULAR BN kurang sedikit dari 50%, ditimbulkan pula isu persempadanan kawasan Parlimen. Pembangkang MENONJOLKAN contoh di mana kawasan parlimen Putrajaya hanya mempunyai 15,000 orang pengundi, berbanding dengan kawasan Parlimen Serdang yang mempunyai hampir 100,000 pengundi. Sedangkan kita semua tahu bagaimana salah seorang Naib Presiden PAS, Husam Musa, telah dipertaruhkan untuk merebut kerusi parlimen BERPRESTIGE TINGGI tersebut dari DS Tengku Adnan. Apakah PR akan mempersoalkan bilangan pengundi di Putrajaya jika Datuk HusaM Musa berjaya mengalahkan Tengku Adnan?

PAKATAN tidak ada asas yang kuat untuk menimbulkan isu PERSEMPADANAN. Adalah mustahil bagi Kerajaan untuk menentukan garis sempadan kawasan Parlimen berdasarkan kecenderungan pengundi di kawasan-kawasan tertentu. DAP dan MCA telah menang silih berganti di kawasan-kawasan majoriti Cina, sebagai contoh kawasan parlimen Seremban. Malah di kawasan majoriti Melayu di negeri-negeri Trengganu dan Kedah, SELERA PENGUNDI Melayu pun boleh berubah-rubah. Janganlah disebabkan oleh keputusan PRU13 tidak memihak kepada PAKATAN, soal-soal teknikal seperti persempadaan pula dipersalahkan. Tindakan PAKATAN, khususnya Anwar Ibrahim, menepati suatu perumpamaan Melayu, ‘tidak pandai menari, lantai dikatakan jongkang-jongket’.

Sistem pengurusan PRU di negara kita telah diceduk dari sistem bekas penjajah British, dan itulah sistem yang telah digunakan sejak PRU pertama pada tahun 1954.

DS Najib sekarang ini mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia di atas amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli UMNO kepada beliau sebagai Presiden UMNO, parti yang telah memenangi bilangan kerusi Parlimen tertinggi(88), dari jumlah 133 kerusi yang telah dimenangi BN. Malah PAKATAN DAP/PKR/PAS hanya telah menang 89 kerusi.

Oleh itu, di dalam sebarang perkara yang boleh MELEMAHKAN kuasa umat Melayu/Islam, kepimpinan UMNO perlu terlebih dahulu mengembalikan hak membuat keputusan kepada umat Melayu/Islam. Kita semua tahu, umat Melayu/Islam amat TIDAK BERSETUJU dengan keputusan Kerajaan menghapuskan ISA. Jangan sampai umat Melayu/Islam mengungkit semula amanah yang telah diberikan kepada mereka-mereka yang telah dipilih menganggotai saf kepimpinan UMNO.

Protes-protes jalanan atas DORONGAN Anwar Ibrahim, yang akhir-akhir ini jelas didominasi oleh kaum Cina BUKAN bertujuan untuk memperbaiki sistem PRU di negara ini. Ianya lebih kepada suatu PENDEKATAN untuk memaksa Kerajaan melayani kehendak-kehendak mereka satu persatu…..sehingga umat Melayu/Islam akhirnya menjadi bangsa yang terjajah di negara asal nenek moyang mereka sendiri.

Kepada DS Najib dan Kerajaan, mahu aku bertegas, TIDAK PERLU TERLALU BERI MUKA, terutama kepada anak-cucu KAUM PENDATANG yang telah terbukti TIDAK MENGENANG BUDI. Jangan sekali-kali melepaskan KERIS TAMING SARI dari genggaman kita.

Menyatukan MELAYU/BUMIPUTRA Lebih Utama Bagi UMNO Dari Menyatukan Parti-Parti BN

May 27, 2013

Tanpa sokongan padu dari MELAYU/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK, DS Najib Tun Razak tidak ada peluang lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13. Demikian juga, TS Muhyiddin Yassin juga tidak berpeluang lagi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Demikianlah juga nasib ahli-ahli Parlimen UMNO, mereka tidak berpeluang lagi untuk menjadi menteri-menteri kabinet.

Tanpa sokongan padu dari UMNO/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK, DS Najib Tun Razak, TS Muhyiddin Yassin dan lain-lain ahli parlimen UMNO/BN akan mengisi tempat-tempat duduk di Parlimen yang dikhaskan untuk ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Sejak mengambil-alih dari Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia kira-kira 4 tahun lau, DS Najib Tun Razak, dan Timbalannya TS Muhyiddin Yassin, tanpa mengira penat lelah telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair untuk memperomosikan konsep 1MALAYSIA, dengan harapan kaum-kaum CINA/BUKAN BUMIPUTRA boleh hidup bersama dengan kaum-kaum MELAYU/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK, di dalam ruang lingkup peruntukan-peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Lebih 4 tahun DS Najib Tun Razak dan Timbalannya TS Muhyiddin Yassin telah menggunakan berbagai pendekatan dan cara untuk menarik kembali KAUM CINA supaya menyokong Barisan Nasional. Walaupun terdapat tekanan dari umat Melayu supaya Kerajaan menyatukan sistem persekolahan di negara ini menjadi SATU SISTEM SEKOLAH NASIONAL SAHAJA, BN masih bersedia menerima kewujudan sekolah-sekolah ‘vernacular’ Cina….demi mendapat sokongan kaum Cina.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG, kaum Cina di Malaysia nampaknya tidak cukup dengan mendapat peluang seluas-luasnya di segi perniagaan dan pendidikan. Kaum Cina belum berpuas hati dengan hakikat bahawa orang TERKAYA di Malaysia ialah dari kaum mereka, dan lebih 80% dari 100 orang terkaya di Malaysia adalah dari kaum Cina. Kaum Cina juga belum berpuas hati bahawa lebih dari 90% dari pemilikan hartanah perniagaan di Kuala Lumpur adalah milik kaum mereka.

JELAS SEKALI, kaum Cina bercita-cita besar untuk MEMEGANG KUASA  TERTINGGI di negara ini. Bagi mereka, hanya DAP yang berupaya memperjuangkan aspirasi mereka melalui Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai oleh PKR dan PAS. Bagi kaum Cina, mereka seolah-olah yakin bahawa DAP boleh menjadi KUASA PENENTU hala-tuju Pakatan Rakyat. Dengan KUASA PENENTU tersebut, kaum Cina berhasrat untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAY/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK.

Bagi aku, 4 tahun sudah cukup panjang bagi DS Najib Tun Razak dan TS Muhyiddin Yassin untuk MEMUJUK dan MENGAMBIL HATI kaum Cina. CUKUPLAH TU DS dan TS….

Bagi tempoh 4 tahun akan datang, sebelum PRU14, aku percaya UMNO lebih bijaksana menggunakan tempoh masa tersebut untuk MEMUJUK kepimpinan dan ahli-ahli  PAS pula supaya bekerjasama dengan UMNO/BN. Tidak ada yang mustahil di dunia ini. Malah tidak ada sesiapa boleh menduga yang PAS sedia bekerjasama dengan parti KAFIR DAP sepuluh tahun lalu. Apatah lagi,  PAS mempunyai lebih banyak persamaan atau ‘common ground’ dengan UMNO, disegi matlamat-matlamat perjuangan, berbanding dengan DAP dan PKR.

Inilah CABARAN TERBESAR kepimpinan UMNO di dalam tempoh 4 tahun akan datang, BAGAIMANA meyakinkan PAS untuk meninggalkan Pakatan Rakyat….dan menyertai UMNO/BN.

Bagi aku, menyatukan MELAYU/BUMIPUTRA adalah jauh lebih utama dari cuba menggabungkan parti-parti komponen BN.

PRU 13 – ‘Chinese Tsunami Phase 2’…dan Akhir…

May 7, 2013

Terlebih dahulu, aku dan kita semua ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada BN, khususnya UMNO, kerana berjaya mempertahankan pemerintahan ke atas MALAYSIA, negara kita yang namanya bermakna LAND OF THE MALAYS. Aku amat bersetuju dengan cadangan rakan bogger kita GAP yang mencadangkan agar nama MALAYSIA ditukar semula kepada nama asalnya iaitu PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, sekiranya nama MALAYSIA telah menyebabkan segolongan kaum pendatang dari ‘Yellow River’ lupa bahawa MALAYSIA adalah LAND OF THE MALAYS, atau TANAH BANGSA MELAYU.

Kalungan TAHNIAH ISTIMEWA kita sudah semestinya kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, DS Najib  Tun Razak, di atas peranannya yang begitu effective sebagai PANGLIMA AGUNG jentera pilihanraya UMNO/BN di atas kejayaan BN di bawah kepimpinannya merampas semula Perak dan Kedah. Aku menggunakan perkataan RAMPAS SEMULA bagi negeri Perak, kerana sebagaimana kita semua tahu, pada PRU12 dahulu, Negeri Perak pada mulanya telah jatuh ke tangan Pakatan….sebelum kembali semula ke tangan BN berikutan tindakan 3 orang ADUN DAP dan PKR melompat keluar dari parti-parti mereka. Sedangkan dalam PRU kali ini, BN telah berjaya mendapat SIMPLE MAJORITY apabila memenangi 31 dari 59 kerusi DUN Perak.

Namun begitu, kita terpaksa MENELAN hakikat bahawa harapan besar BN untuk mencapai LANDSLIDE VICTORY di dalam PRU kali ini telah direncatkan sedikit oleh apa yang digambarkan sendiri oleh DS Najib, dan beberapa pemimpin UMNO dan BN yang lain,  sebagai ‘Chinese Tsunami’ yang amat ketara telah mempengaruhi keputusan-keputusan PRU di selatan SEMENANJUNG TANAH MELAYU, terutama di Negeri Johor. Aku amat bersetuju dengan penggunaan istilah ‘Chinese Tsunami’. Cuma, aku kurang bersetuju jika kita beranggapan bahawa pada PRU13 ini sahaja telah berlaku ‘Chinese Tsunami’.

Aku percaya ramai rakan-rakan bloggers akan bersetuju dengan aku bahawa ‘Chinese Tsunami Phase 1’ telah bermula pada PRU12 pada tahun 2008. Pada PRU12 2008, ‘Chinese Tsunami Phase 1’ telah meledak dengan EPICENTRE di Lembah Kelang, yang telah melanda negeri-negeri Lembah Kelang, dan sekitar Lembah Kelang. Selangor telah jatuh ke tangan Pakatan, begitu juga kawasan-kawasan Parlimen di Kuala Lumpur. Pakatan juga telah menumbangkan Kerajaan BN di Perak walaupun dengan majoriti tipis. Malah kesan ‘Chinese Tsunami Phase 1’ hampir menjatuhkan Kerajaan BN di Negeri Sembilan. Namun begitu, keputusan-keputusan PRU12 di Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak yang jelas memihak kepada BN menunjukkan bahawa kesan ‘Chinese Tsunami Phase 1’ belum lagi sampai ke negeri-negeri selatan SEMENANJUNG TANAH MELAYU, juga belum sampai ke Sabah dan Sarawak.

Apa yang berlaku di Johor pada PRU kali ini, di mana bekas Menteri Besar Johor, Ab Ghani Othman,  ditewaskan di Gelang Patah, dan di Parlimen Bukit Katil, Melaka, di mana bekas Ketua Menteri Melaka, DS Mohd Ali Rustam telah ditewaskan di kawasan Parlimen tersebut , membuktikan bahawa ‘Chinese Tsunami Phase 2’ telah sampai ke selatan SEMENANJUNG TANAH MELAYU. Gelombang ‘Chinese Tsunami Phase 2’ juga nampaknya telah melanda sebahagian pantai-pantai Sabah dan Sarawak, walaupun kekuatannya telah berkurangan di dalam menyeberangi Laut China Selatan.

Bagi umat Melayu dan umat Islam, kita bersyukur kepada Allah swt, kerana KESAN MAKSIMA ‘Chinese Tsunami Phase 1 & 2’ yang mana gelombangnya telah pun sampai ke seluruh negara, TELAH GAGAL menggugat kekuasaan BN di dalam menguasai pemerintahan negara Malaysia. Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang telah MEMPERKASA pertahanan UMNO/BN, termasuk rakan-rakan bloggers pro-BN yang telah memberikan bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, kebanyakannya secara sukarela, tanpa apa-apa bayaran. Semuanya kita lakukan demi MEMPERTAHAN dan MEMPERKASA kekuasaan Melayu dan Islam di Malaysia, yang merupakan kesinambungan kepada EMPIRE KEKUASAAN MELAYU di bahagian dunia yang dipanggil KEPULAUAN MELAYU atau MALAY ARCHIPELAGO ini.

Aku percaya, ‘Chinese Tsunami Phase 2’ adalah Final Phase atau Fasa Terakhir, kerana kesan kedua-dua Fasa ‘Chinese Tsunami’ telah pun sampai ke seluruh pelusuk tanahair. Tidak akan berlaku lagi ‘Chinese Tsunami’ selepas ini……apa yang akan berlaku hanyalah ‘Malay Tsunami’….yang kesannya….hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.


%d bloggers like this: