Posted tagged ‘DUMC’

Syabas JAIS. Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri Lain Pula Bagaimana?

January 4, 2014

Syabas Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) di atas ketegasan dan keberanian menguatkuasakan enakmen-enakmen syariah di negeri Selangor. Suatu masa dahulu, semada Dr Hassan Ali masih menjadi EXCO Agama Selangor, JAIS telah menyerbu Damansara Utama Mathodist Church(DUMC) bagi membenteras percubaan gereja Kristian untuk mengkristiankan sebahagian umat Islam, terutama yang sedang menghadapi masalah-masalah tertentu di dalam kehidupan.

Walaupun Dr Hassan Ali telah dipecat oleh PAS di atas pendiriannya mempertahankan serbuan JAIS ke atas DUMC tersebut, dan tidak lagi mempunyai sebarang kuasa di dalam Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) atau JAIS, JAIS tetap tidak hilang taring dan kuku. Kira-kira seminggu selepas penganut Kristian menyambut Krismas, JAIS telah membuat serbuan ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya dan telah merampas 351 naskah Bible versi Bahasa Melayu, di mana di dalamnya menggunakan kalimah ALLAH bagi menggantikan Tuhan atau God.

Negara kita telah dibina di atas asas-asas tertentu, termasuk menetapkan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA dan KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN. Ini adalah sebahagian dari persetujuan-persetujuan di antara datuk nenek kaum Melayu/Bumiputra sebagai penduduk asal negeri-negeri Tanah Melayu, dan datuk nenek kaum pendatang yang telah diberikan KERAKYATAN Persekutuan Tanah Melayu. Bermakna, kaum pendatang yang diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu, dari awal telah sedar status Melayu/Bumiputra dan Agama Islam di Persekutuan Tanah Melayu, semasa mereka mengikrarkan taat setia sebagai rakyat negara ini.

Hari ini, aku ‘hold’ dulu aspek perundangan berhubung penggunaan KALIMAH ALLAH. Aku cuma ingin menimbulkan persoalan, apakah gerakan CHRISTIAN MISSION ini hanya berlaku di Selangor. Apakah tidak ada kegiatan mengkristiankan umat Islam di negeri-negeri lain, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Negri Sembilan, Pahang, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan lain-lain. Apakah bible versi Bahasa Melayu tidak diedarkan di negeri-negeri lain selain dari Selangor.

Dipercayai, kegiatan-kegiatan CHRISTIAN MISSION berlaku di seluruh negara. Jika bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH boleh tersebar di gereja-gereja di Selangor, sudah barang tentu, ianya juga tersebar di gereja-gereja di negeri-negeri lain di Malaysia.

Persoalannya, kenapa hanya JAIS yang mengambil inisiatif untuk menyerbu premis-premis yang menyimpan bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah di Selangor…Jabatan Agama Islam negeri-negeri lain bagaimana….tak ada ke bible versi Bahasa Melayu di gereja-gereja di negeri anda..

Advertisements

Apa Dr Harun Din Nak Pening Kepala, Kerjasama Dengan UMNO Jalan Pintas Laksana Hudud

April 24, 2013

Pemimpin-pemimpin utama PAS, baik Nik Aziz, Hj Hadi, Harun Din dan lain-lain, semua berfikiran BERSERABUT.

Sekali-sekali, tertanya di fikiran aku, kenapalah mereka dilahirkan BODOH DAN BEBAL sangat-sangat.

Apa tidaknya…..mengikut percaturan BODOH DAN BEBAL mereka….untuk laksana hudud…mesti kerjasama dengan DAP dan PKR dulu untuk jatuhkan UMNO…lepas tu ‘give and take’ dengan DAP dan PKR untuk laksana hudud…bukankah ini pemikiran BODOH, BANGANG dan BAHALUL???

Sedangkan DAP dan PKR jelas sekali menolak hudud!!!! Sudah berapa kali Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng buat kenyataan bahawa DAP tidak akan menerima hudud!!! Nik Aziz, Hj Hadi dan Harun Din TAK FAHAM-FAHAM juga ke???? Kalau aku kata depa ni BEBAL DAN BODOH….tentu ada yang akan cakap aku ni tak menghormati pemimpin tertinggi PAS….TETAPI ITULAH HAKIKATNYA.

Semalam, Dr Harun Din menggunakan istilah GIVE AND TAKE di dalam hubungan PAS dengan DAP. KEPALA HOTAK DIA ‘give and take’. Kalau tak faham apa makna ‘give and take’ sebagaimana yang difahami oleh orang Inggeris, tak payah le nak tunjuk yang dia pun pandai cakap orang putih…sejak bila pula Dr Harun Din menganut mazhab yang kata boleh ada ‘give and take’ dalam soal agama???

Apakah apabila Dr Hassan Ali, bekas EXCO Selangor, dipecat dari PAS, kerana MENGHEBOHKAN tentang kegiatan memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Church(DUMC),  ini sebahagian dari ‘give and take’ yang dimaksudkan oleh Dr harun Din… untuk mengambil hati pemimpin-pemimpin DAP Selangor?

Dan, apabila PAS pada awalnya membenarkan penganut Kristian Roman Catholics di Malaysia menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu, apakah ini sebahagian dari ‘give and take’ yang dimaksudkan oleh Dr Harun Din???

Umat Islam dan Melayu telah menyaksikan berbagai-bagai perkara yang PAS telah ‘give’ kepada DAP dan PKR, sejak PAS ‘bergelumang’ di dalam politik Pakatan rakyat,  termasuk ‘meletak ke tepi’ matlamat-matlamat menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud. Tidak cukup dengan itu, pemimpin-pemimpin utama PAS, terutama JUAK-JUAK ANWAR IBRAHIM, bersedia untuk ‘give’ kalimah Allah kepada golongan Kristian. Dan yang terbaru, PAS bersedia untuk ‘give’ kebenaran kepada DAP menggunakan lambang BULAN PURNAMA PAS.

PERSOALANNYA, apa yang PAS ‘take’ dari DAP??? Soalan aku kepada Dr Harun Din, sehingga ini, apa yang PAS telah ‘take’ dari DAP???

Kalau setakat DAP beri UNDI CINA kepada calun PAS, tak payah le nak guna istilah ‘give and take’, kerana UNDI ORANG PAS pun diberi kepada CINA KAFIR DAP!!!!

Kepada Dr Harun Din…dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain….berpada-padalah dalam berpolitik. Jangan terikut-terikut sangat dengan DENDAM KESUMAT tidak berasas Nik Aziz terhadap UMNO. Beristighfarlah!! Tolong fikir-fikirkan, bukankah lagi senang untuk melaksanakan NEGARA ISLAM dan HUDUD jika PAS bekerjasama dengan UMNO????

Malah bagi UMNO, NEGARA ISLAM telah pun terlaksana di Malaysia ini. Malah undang-undang Islam seperti TAKZIR dan QISAS telah pun dilaksanakan….masalahnya, disebabkan POLITIK KEPARTIAN, PAS sentiasa ingin menuduh, melabel, dan mencipta persepsi bahawa UMNO TOLAK ISLAM….ini masalah sebenarnya.

Tolong PIKIAK baik-baik Dr Harun Din. Sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama, sekurang-sekurangnya 70% kerusi Parlimen(lebih dari dua pertiga) boleh jamin berada di dalam tangan UMAT ISLAM. Bila PAS dan UMNO sudah pegang dua pertiga…..bila-bila masa pun sudah boleh laksana HUDUD….tak payah nak ‘give and take’ dengan KAFIR DAP….tak payah ‘give and take’ dengan BAPA SEKULARISMA….tak payah ‘give and take’ dengan KRISTIAN.

Percayalah Dr Harun Din, hanya dengan bekerjasama dengan UMNO, PAS akan bertemu JALAN PINTAS dan HIGHWAY untuk melaksanakan Islam selengkap dan semaksimanya, termasuk Hudud, di NEGARA ISLAM Malaysia ini.

Isu Kalimah Allah – Kisah Penglipur Lara Nik Aziz PAK KADOK Moden

January 10, 2013

Aku pernah menggambarkan Nik Aziz sebagai PAK KADOK  MODEN kerana kerap terdorong kepada membuat keputusan-keputusan dari sudut ‘keuntungan’ tanpa membuat kajian mendalam faktor-faktor ‘risiko kerugian besar’. Di dalam kisah penglipur lara Melayu, Pak Kadok dikisahkan mempunyai ayam sabung TERHANDAL, sehingga seorang Raja pada zaman itu berkenan untuk bertukar ayam sabungnya dengan ayam sabung Pak Kadok. Terlalu seronok dengan pujian-pujian yang dicurahkan terhadap ayam sabungnya, PAK KADOK lupa diri, lantas bersetuju untuk bertukar ayam dengan Raja. Rakan-rakan bloggers semua sudah tahu ENDING cerita penglipur lara tersebut.

Nasib yang telah dialami PAK KADOK seakan-akan semakin hampir menimpa PAS di dalam percaturan politiknya akhir-akhir ini, khususnya setelah mula bekerjasama denga DAP menjelang PRU 2008. Demi mendapat sokongan dari pengundi Cina DAP, PAS telah mengenepikan matlamat-matlamat perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. PAS hanya membuat andaian kasar bahawa dengan bersetuju dengan persefahaman-persefahaman terkandung di dalam Buku Jingga, undi PAS akan bertambah dengan mendadak, dan dengan itu mempunyai peluang besar untuk memberikan ‘tumbukan KO’ terhadap UMNO. Ditinjau dari sudut politik pun, PAS seolah-olah tidak membuat kajian terperinci sejauh mana parti itu akan kehilangan undi Melayu/Islam disebabkan keputusan-keputusan bermotifkan pilhanraya tersebut.

Apatah lagi kalau kita lihat dari sudut KERUGIAN KE ATAS ISLAM DAN UMAT ISLAM apabila umat Islam berpecah belah, yang mengakibatkan parti BUKAN ISLAM seperti DAP seolah-olah jauh lebih ‘power’ dari PKR atau PAS. Di dalam isu KALIMAH ALLAH, kepimpinan PAS sendiri pun dilihat tidak sekata dan berpecah belah, akibat dari sikap sebahagian pimpinan PAS yang terlalu menjaga keharmonian dengan DAP…..dan mengenepikan kepentingan mempertahankan kesucian AQIDAH ISLAM. Kerana nak jaga hati DAP, Hj Hadi sanggup ‘menjatuhkan’ martabat DEWAN ULAMA partinya sendiri, juga martabat tokoh-tokoh pimpinan yang lain termasuk Setiausaha Agung Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim, dan Ketua DEWAN ULAMA Ustaz Harun Taib. Amat jelas bagaimana pengaruh tokoh-tokoh beragama Kristian di dalam kepimpinan DAP telah berjaya memporak-porandakan saf  kepimpinan PAS.

Di dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH, Nik Aziz ada membuat satu kenyataan MENGANDAIKAN bahawa dengan membiasakan bukan Islam dengan KALIMAH ALLAH, mereka akan lebih dekat dengan DAKWAH ISLAM…dan sudah tentu akan berbondong-bondonglah kalangan penganut Kristian yang akan memeluk Islam. Inilah yang aku maksudkan dengan pemikiran ‘Pak Kadok’ Nik Aziz. Beliau mungkin tidak terfikir lansung sejauh mana penggunaan KALIMAH ALLAH oleh bukan Islam, termasuk di dalam Injil versi Bahasa Melayu, akan mendedahkan ANAK-ANAK MUDA ISLAM kepada CHRISTIAN MISSIONARY. Apakah beliau ada terfikir bahawa suatu hari nanti, ANAK-ANAK MUDA ISLAM akan mula menerima pemikiran bahawa kedua-dua agama, Islam dan Kristian, diterima oleh Allah swt….apa tidaknya,  kedua-dua agama bertuhankan ALLAH!!! Nauzubillah!!!!

Kita semua tentu bersetuju bahawa gerakan CHRISTIAN MISSIONARY di seluruh dunia adalah jauh lebih tersusun dari GERAKAN DAKWAH orang Islam. CHRISTAN MISSIONARY mempunyai dana yang amat besar, berdasarkan faktor-faktor sejarah ROMAN CATHOLICS di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. CHRISTIAN MISSIONARY menggunakan pendekatan membantu golongan miskin dan terdesak di segi ekonomi, melalui berbagai-bagai badan bertaraf antara-bangsa seperti RED CROSS, SALVATION ARMY, CHRISTIAN AID dan badan-badan dipelopori gereja-gereja berbagai mazhab Kristian. CHRISTIAN MISSIONS mempunyai dana yang teguh sehingga boleh membiayai MISSIONARIES sepenuh masa yang dihantar ke seluruh dunia, terutama negara-negara di mana terdapat ramai golongan miskin dan memerlukan bantuan, termasuk negara-negara Islam.

Sekarang tanya diri kita, apakah ada badan-badan DAKWAH ISLAM bertaraf antara-bangsa yang mempunyai kedudukan kewangan begitu teguh untuk menandingi CHRISTIAN MISSIONS? Apakah PAS ada kumpulan dakwah yang dihantar ke merata dunia untuk menyampaikan dakwah kepada bukan Islam? Apakah UMNO ada kumpulan dakwah yang dihantar ke seluruh dunia untuk berdakwah kepada bukan Islam? Apakah Kerajaan Malaysia ada pendakwah-pendakwah khas yang dihantar ke seluruh pelusuk dunia? Apakah negara-negara Islam di Timur tengah menghantar pendakwah-pendakwah ke negara-negara miskin Afrika, ke negara-negara miskin Asia, ke negara-negara miskin Amerika Selatan?

Jawapannya jelas TIDAK. Umat Islam di Timur Tengan sibuk berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Umat Islam di Iraq, Afghanistan dan Palestine masih terjajah. Banyak lagi negara-negara Islam masih mundur, malah tidak mampu menjaga warganya sendiri. Di Indonesia, umat Islam berpecah-belah mengikut puluhan parti-parti politik. Di Malaysia, umat Islam sepanjang tahun berpolitik untuk menjatuhkan satu sama lain. Akibatnya, umat Islam mundur  di sudut ekonomi, dan dengan itu menjadi SASARAN UTAMA Christian missions. Gerakan Christian Missionaries sebagaimana telah didedahkan di DUMC sedikit masa yang lalu hanyalah ‘tips of the icebergs’. Sekiranya kita berikan kebebasan kepada Christian Missions, termasuk menggunakan KALIMAH ALLAH, tidak mustahil ribuan anak muda Islam akan diberi ‘package holidays’ percuma ke serata dunia untuk didedahkan kepada suatu agama lain yang juga bertuhankan ‘Allah’.

Sekiranya inilah realiti umat Islam, termasuk di Malaysia….sedangkan CHRISTIAN MISSIONS tidak terlibat dengan politik kepartian seperti orang Islam….adalah lebih realistik jika kita mengandaikan bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH oleh orang-orang Kristian di Malaysia akan lebih menguntungkan CHRISTIAN MISSIONS….dan akan lebih mendekatkan ANAK MUDA ISLAM kepada pengaruh agama Kristian, BUKAN SEBALIKNYA.

PAS Tidak Layak Menggunakan Nama ISLAM

November 12, 2012

Terlebih dahulu, kita wajar mengangkat topi kepada bekas aktivis dan ahli-ahli PAS yang telah berhimpun di Hotel Vistana beberapa hari lepas untuk meluahkan keperihatinan mereka terhadap hala-tuju PAS yang semakin hari tampak semakin jauh lari dari matlamat-matlamat perjuangan asalnya.

Namun begitu, aku ada sedikit kurang bersetuju dengan pandangan seorang ahli panel forum yang membuat kenyataan bahawa UMNO telah pun melaksanakan ‘Negara Kebajikan’, TANPA menegaskan juga bahawa UMNO juga telah pun menegakkan NEGARA ISLAM di bumi Malaysia ini. Berdasarkan perbahasan-perbahasan ulama berhubung syarat-syarat sesebuah negara diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam, jelas sekali, Malaysia ialah sebuah negara Islam. Sila rujuk penulisan-penulisan Dato’ Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam perkara ini.

Di dalam umat Islam, di bawah pimpinan UMNO, berjuang berhabis-habisan di dalam mempertahankan kekuasaan umat Islam di bumi Malaysia ini, kedudukan istimewa agama Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, dan kedudukan istimewa umat Melayu yang mendukung Islam di negara ini,  umat Islam sejak beberapa tahun lepas, terutama akhir-akhir ini menyaksikan berbagai tindak tanduk PAS yang tidak selaras dengan ‘perjuangan Islam’ yang cuba ditonjolkan oleh parti politik ini. Contoh yang amat ketara ialah apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas EXCO Agama Selangor, Dr Hassan Ali, telah dipecat oleh PAS berikutan ketegasannya mempertahankan serbuan JAIS ke atas Damansara Utama Methodist Church(DUMC) yang telah terlibat di dalam aktibiti ‘missionary’ ke atas orang Islam.

Di dalam isu percubaan menggunakan nama ALLAH bagi ‘God the Father’ di dalam Bible versi-Bahasa Melayu oleh Roman Catholic Church  Malaysia pula, PAS telah dilihat DAYUS, kerana mengikut rentak penganut Kristian, dipercayai lebih berasaskan pertimbangan politik dari pertimbangan agama. Roman Catholic bukan berasal dari negara Arab, oleh itu percubaan menggunakan justifikasi bahawa perkataan ‘Allah’ digunakan oleh Bible versi-Bahasa Arab tidak boleh diterima, memandangkan The Vatican, Rome, sebagai tempat asal agama Roman Catholics, dan sebagai kuasa tertinggi Roman Catholics seluruh dunia pun tidak pernah menggunakan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘God the Father’. Alhamdulillah, di atas ketegasan UMNO dan NGO-NGO Melayu mempertahankan kesucian agama Islam, percubaan tersebut telah digagalkan.

Apabila PAS terbukti bersedia untuk berkompromi dengan penganut Kristian di dalam menggunakan nama ALLAH, adalah tidak memeranjatkan jika PAS mengambil pendirian bahawa kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyokong kebebasan beragama untuk umat Melayu, hanyalah suatu perkara remeh dan tidak perlu diberi perhatian serius. Malah Presiden PAS, DS Hj Hadi, sendiri di dalam meremehkan isu tersebut memberikan gambaran bahawa PAS lebih mengutamakan persiapan menghadapi PRU13 dari berhadapan dengan ‘letupan’ di kalangan umat Islam berikutan kenyataan Nurul Izzah tersebut.

Tidak hairanlah jika ahli-ahli akar umbi dan bekas-bekas aktivis PAS mula berani menyuarakan pandangan ikhlas mereka. Kita harapkan gelombang penentangan di kalangan ahli-ahli akar umbi PAS terhadap KEDAYUSAN pemimpin-pemimpin mereka akan mendapat sokongan lebih meluas dari masa ke semasa, yang boleh berakhir dengan penubuhan suatu parti alternatif oleh ahli-ahli akar umbi PAS, atau penolakan terhadap pemimpin-pemimpin yang mendokong fahaman ‘Pluralisma’ dan ‘liberalisma’ agama.

Perkataan ‘PAS’ adalah singkatan kepada ‘Parti Islam Se-Malaysia’ mengikut ejaan jawi. PAS mempunyai justifikasi menggunakan perkataan ‘Islam’ pada namanya berdasarkan matlamat-matlamat asal perjuangannya termasuk menegakkan negara Islam, melaksanakan perundangan Hudud, menentang gejala Murtad, menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan sebagainya. Tetapi, apabila PAS telah bertukar menjadi sebuah parti politik yang hanya mementingkan undi dan kuasa, dan bersedia menggadai prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat perjuangan asal mereka, apakah PAS masih layak mengaitkan nama parti itu dengan ISLAM.

Aku percaya, tindak-tanduk PAS akhir-akhir ini telah MENGHILANGKAN kelayakan PAS untuk menggunakan nama ISLAM pada nama parti tersebut. Aku amat berharap JAKIM dapat mengkaji perkara ini dengan serius…..PAS tidah boleh dibiarkan lagi menyalah-gunakan perkataan ISLAM untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia.

 


%d bloggers like this: