Posted tagged ‘Hak istimewa Melayu/Bumiputra’

Perbezaan IDEOLOGY Akan Mengakibatkan PAS ‘Terbelah Dua’

November 24, 2013

Muktamar PAS 2013 yang akan berakhir hari ini, dan keputusan Pemilihan AJK Pusat bagi 2013-2015, membayangkan bahawa PAS sekarang berada di satu tahap yang runcing, RETAK MENANTI BELAH.

Walaupun TG Hj Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan menang tanpa bertanding, keputusan pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden memberikan petanda-petanda yang jelas tentang nasib PAS yang sedang menuju ke arah PERPECAHAN BESAR KEDUA, selepas PERPECAHAN BESAR PERTAMA pada tahun 1978.

PERPECAHAN BESAR PERTAMA berlaku pada tahun 1978, kira-kira 4 tahun selepas PAS di bawah pimpinan Almarhum Datuk Hj Mohd Asri, membentuk kerajaan campuran di peringkat Kerajaan Pusat dan beberapa negeri termasuk Kelantan, dengan Parti Perikatan/UMNO di bawah pimpinan almarhum Tun Abdul Razak pada tahun 1974. Kerjasama di antara dua parti politik terbesar Melayu ini adalah ekoran dari peristiwa RUSUHAN KAUM pada 13 Mei 1969, atau Tragedi 13 Mei. Penubuhan kerajaan campuran tersebut telah disusuli dengan kerjasama antara UMNO dan PAS di dalam pembentukan gabungan Barisan Nasional pada tahun 1975.

Namun, sebagaimana pepatah Melayu, ‘Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Menjelang 1978, berlaku suatu krisis kepimpinan yang besar di dalam PAS, yang telah mencetuskan rusuhan di kalangan penyokong kedua-dua puak yang bertelagah di dalam PAS, sehingga memaksa Kerajaan Pusat mengisytiharkan DARURAT di Kelantan. Salah satu dari dua kumpulan PAS, yang diketuai oleh Menteri Besar Kelantan pada masa itu, iaitu almarhum Datuk Hj Mohamad Nasir telah menubuhkan parti BERJASA.

PERPECAHAN BESAR PERTAMA tersebut hanyalah berpunca dari KRISIS KEPIMPINAN PAS, sedangkan kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang perbezaan dari sudut IDEOLOGY dan HALATUJU perjuangan.

PAS diperhatikan mula berkompromi di dalam aspek IDEOLOGY dan HALATUJU perjuangan apabila menganggotai Barisan Alternative(sekarang dipanggil Pakatan Rakyat), berikutan penubuhan Parti Keadilan Nasional(sekarang Parti Keadilan Rakyat) di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP, bagi menghadapi PRU 1999.

Menjelang Pemilihan AJK PAS 2013-2015, para bloggers dan pemerhati politik telah mengesan dua ‘trend’ ketara di kalangan yang merebut jawatan di dalam kepimpinan AJK PAS Pusat, satu trend dilabel sebagai LIBERAL/PROFESSIONAL dan satu lagi trend KONSERVATIF/ULAMA. Di antara tokoh-tokoh yang dilabelkan sebagai LIBERAL/PROFESSIONAL ialah Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Dzulkifli Ahmad. Sementara yang dilabel KONSERVATIF/ULAMA adalah mereka yang bergelar Ustaz dan mempunyai latar belakang formal pendidikan Islam, kecuali Salahuddin Ayub, yang dilabel sebagai KONSERVATIF, walaupun bukan berlatar belakang pendidikan agama.

Di antara pegangan-pegangan utama golongan LIBERAL/PROFESSIONAL ialah:
1. Mempertahankan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.
2. Telah mengenepikan asas-asas perjuangan PAS dahulu, iaitu penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud.
3. Telah mengenepikan peranan PAS sebagai sebuah gerakan dakwah dan gerakan Islam.
4. Merelakan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.
5. Tidak memandang berat perjuangan ‘hak istimewa Melayu’.

Sementara golongan KONSERVATIF/ULAMA pula berpendirian seperti berikut:
1. Bersedia untuk menkaji semuala ‘tahalluf siasiyy’ dengan DAP dan PKR jika ianya tidak memberikan kebaikan kepada perjuangan Islam.
2. Sentiasa mempertahankan asas-asas perjuangan PAS terdahulu, iaitu penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud.
3. Tetap menganggap penglibatan PAS di dalam politik sebagai sebahagian dari kegiatan ‘gerakan Islam’, dan ‘dakwah Islam’.
4. Menolak penggunaan kalimah ALLAH oleh Kristian.
5. Tetap menyokong peruntukan Perlembagaan berkaitan hak-hak Melayu/Bumiputra.

Pemilihan AJK PAS 2013-2015 yang berlansung semalam, menyaksikan Mat Sabu berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dengan undi 588, dari 1,086 perwakilan yang membuang undi. Sebagai calun utama dari kumpulan yang dilabel sebagai LIBERAL/PROFESSIONAL di dalam PAS, Mat Sabu telah mendapat sokongan hanya 54% dari keseluruhan perwakilan. Sekiranya kita ambil kira calun Timbalan Presiden dari kumpulan KONSERVATIF/ULAMA yang agak kurang menonjol di peringkat nasional, kita boleh andaikan bahawa hanya SEPARUH dari perwakilan yang menyokong Mat Sabu.

Di dalam pemilihan Naib-Naib Presiden, seorang penyandang jawatan Naib Presiden, dari kumpulan LIBERAL/KONSERVATIVE, iaitu Mahfuz Omar telah gagal mempertahankan jawatan, sementara seorang lagi pemegang jawatan dari kumpulan LIBERAL/PROFESSIONAL iaitu Husam Musa, berjaya mempertahankan jawatan hanya dengan 520 undi, atau kurang dari SEPARUH dari bilangan perwakilan. Cakun-calun dari kumpulan KONSERVATIF/ULAMA menang agak selesa, iaitu Salahuddin Ayub(917 undi) dan Tuan Ibrahim(849 undi).

PERPECAHAN BESAR PERTAMA PAS pada tahun 1978 hanyalah disebabkan KRISIS KEPIMPINAN, yang tidak ada kaitan dengan IDEOLOGY/HALATUJU perjuangan parti. Tetapi, berdasarkan paparan di atas, perbezaaan di kalangan pemimpin-pemimpin utama PAS adalah atas faktor IDEOLOGY/HALATUJU parti, malah melibatkan aspek AQIDAH ISLAM di dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH.

PERBEZAAN IDEOLOGY bukan sesuatu yang boleh diuruskan dan diselesaikan dengan senang. Lihatlah sahaja bagaimana perbezaan IDEOLOGY antara PAS dan DAP, yang sehingga sekarang gagal diselesaikan. Sebagaimana hubungan PAS dan DAP yang boleh dikatagorikan sebagai RETAK MENANTI BELAH, demikianlah juga hubungan antara dua ‘mazhab politik’ besar di dalam PAS, RETAK MENANTI BELAH.

Advertisements

Penyelesaian Krisis BAM – Tahniah KJ

October 1, 2013

Kata orang putih, ‘better late than never’, bermaksud lebih kurang, ‘tak apa lambat sikit, tetapi jangan tidak buat lansung’.

Kita semua masih ingat sedikit pergolakan di dalam Persatuan Badminton Malaysia, atau BAM, sehingga menyebabkan Ketua Jurulatih Perseorangan, Rashid Sidek, meletakkan jawatan. Aku di antara bloggers yang meminta campur-tangan segera dari Menteri Belia dan Sukan, YB KJ, supaya tidak membiarkan BAM dikuasai oleh ‘penyokong DAP’.

Aku amat teruja apabila tidak sampai dua hari selepas penulisan aku itu, KEBETULANNYA, tokoh ‘pengacau’ Tan Aik Mong telah meletak jawatan, dan semua di dalam BAM telah dikembalikan ke asalnya. Hasil dari itu, Rashid Sidek telah menarik balik keputusannya untuk meletak jawatan.

Dari rentetan apa yang telah berlaku, aku yakin dan percaya bahawa TINDAKAN PRO-AKTIF YB KJ di dalam menangani insiden ini telah berjaya menyelamatkan anggota-anggota kejurulatihan Melayu di dalam BAM dari dipinggirkan oleh ‘pengacau’ Tan Aik Mong, yang kita kurang pasti apa motif di sebalik tindak-tanduknya di dalam tempoh singkat 2 minggu beliau diberikan sedikit kuasa di dalam BAM.

Aku angkat topi penghormatan kepada YB KJ, inilah ‘pro-activeness’ yang kita harapkan di dalam pemimpin-pemimpin pelapis muda seperti YB KJ. Tahniah KJ!!

Sebagaimana tangkasnya YB KJ menyelesaikan pergolakan di dalam BAM, aku harap setangkas ini jugalah YB KJ di dalam memperjuangkan HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan. Terdapat ‘persepsi’ di dalam kalangan sebahagian pemerhati-pemerhati politik Melayu bahawa YB KJ ‘kurang berselera’ di dalam mempertahankan HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA.

Aku percaya, YB KJ mempunyai SEGALANYA untuk menjadi pewaris kepada kepimpinan negara di masa akan datang, suatu QUALITY yang pernah dimiliki oleh Anwar Ibrahim. Tetapi Anwar Ibrahim telah MEMBAKAR JAMBATAN sokongan umat Melayu terhadapnya dengan menjadi PETUALANG BANGSA demi mendapat sokongan Cina DAP.

YB KJ mempunyai segalanya untuk menjadi ONE OF THE GREATS di kalangan pemimpin-pemimpin negara ini, selagi beliau TIDAK LARI dari mempertahankan dasar-dasar berasaskan Perjanjian ‘Contract Social’ di antara pengasas-pengasas UMNO dengan pemimpin-pemimpin BANGSA PENDATANG(aku merujuk kepada era semasa mereka belum mendapat taraf kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu). Perjanjian tetap Perjanjian….tiada maaf bagi mu…

Sekali lagi, tahniah kepada YB KJ, di atas kejayaan menyelesaikan pergolakan di dalam BAM.


%d bloggers like this: