Posted tagged ‘Hudud’

Pimpinan Tertinggi PAS Perlu BACA SEMULA Rukun Iman

June 3, 2014

Sejak kecil, dan sejak di bangku sekolah, kita telah diajar asas-asas utama ajaran Islam, termasuk Rukun Islam dan Rukun Iman. Malah hal-hal berkaitan dua perkara ini merupakan ajaran Islam yang diulang-ulang melalui ceramah-ceramah agama di masjid dan surau.

Bagi tokoh-tokoh agama, termasuk para ulama dan pimpinan PAS, hal-hal berkaitan Rukun Islam dan Rukun Iman sudah tentu ‘kacang saja’ bagi mereka, atau ‘at their fingertips’. Bagi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, tajuk-tajuk seperti ini adalah ilmu-ilmu ‘basics’, sesuai untuk murid-murid sekolah atau para ‘mualaf’ saja. Tidak memeranjatkan, di dalam ceramah-ceramah kepimpinan tertinggi PAS, jarang sekali mereka berceramah tentang perkara-perkara ‘basics’ ini. Siapa pernah dengar Mat Sabu, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Dzulkifli Ahmad, Husam Musa dan para pemimpin ‘Erdogan’ PAS mentazkirahkan para pendengar ceramah mereka dengan perkara-perkara ‘basics’ seperti KEPERCAYAAN KEPADA MALAIKAT, KEPERCAYAAN KEPADA HARI AKHIRAT dan lain-lain ilmu asas seperti ini.

Tidak ramai yang akan pertikai bahawa ceramah-ceramah mereka hanya sekitar MENGHENTAM UMNO, MEMFITNAH UMNO, dan sejak beberapa tahun yang lalu, MEMBERI ALASAN-ALASAN UNTUK PERTAHAN KERJASAMA DENGAN DAP, sehingga sanggup dengan sewenangnya membenarkan bukan Islam menggunakan KALIMAH ALLAH.

Oleh kerana ilmu agama pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sudah terlalu ‘advanced’, tidak mustahil mereka pun boleh lalai dengan perkara-perkara asas yang semestinya diyakini oleh setiap orang Islam, sebagaimana tersebut di atas.
Satu demi satu dari asas-asas perjuangan PAS sendiri mula diketepikan, termasuk Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam.
Dr Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, telah disingkirkan, setelah mengambil pendirian tegas berhubung isu penjualan arak dan penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam.

Secara ringkas aku ingin tarik perhatian umat Islam, dari gelagat para pemimpin PAS meneruskan ‘tahalluf siasiyy’ mereka dengan DAP, terlintas di hati aku samada mereka masih yakin dengan kepercayaan-kepercayaan di dalam Rukun Iman. Semasa mereka berceramah di Teluk Intah, apakah mereka sudah lupa bahawa malaikat-malaikat Rakib dan Atid, berada di kiri kanan mereka, dan menulis mencatitkan apa-apa kata mereka. Sekiranya Mat Sabu masih percaya kepada adanya malaikat, beranikah dia bergelak ketawa dengan pemimpin-pemimpin kafir DAP sambil mempermainkan orang-orang Islam yang lain.

Kebetulannya, akhir-akhir ini banyak perkara-perkara tertentu dialami oleh kepimpinan tertinggi PAS, terutama yang melibatkan kesihatan. Aku minta maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah. Apabila berlaku perkara mengejutkan terhadap beliau sehari dua sahaja selepas PRU13, hati kecil aku ada bertanya, ‘Apakah ini suatu peringatan dari Allah swt?’. Tidak dapat dinafikan, soal sakit demam dialami oleh semua orang termasuk kita semua. Tetapi apabila pemimpin-pemimpin tertinggi PAS silih berganti ke hospital sejak akhir-akhir ini, aku tidak dapat mengelak dari beranggapan bahawa apa yang terjadi ini BUKAN KEBETULAN, tetapi mungkin SUATU PERINGATAN dari Allah swt.

Tidak mustahil bahawa Allah swt ingin MEMBERI PERINGATAN kepada pemimpin-pemimpin PAS, tentang KEBESARAN ALLAH swt dan ALLAH MAHA BERKUASA. Secara tidak lansung, ini juga satu cabaran kepada mereka, APAKAH DAP ITU LEBIH BERKUASA DARI ALLAH?

Is PAS Really Serious About Implementing HUDUD?

April 22, 2014

When PAS was a ‘lone-ranger’ party, their STATED OBJECTIVES were to establish their vision of ISLAMIC STATE, the core to it seemed to be the implementation of HUDUD LAWS, understood as a set of Islamic criminal laws relating to a number of offences including THELF/ROBBERY, ADULTERY/SEX OUTSIDE MARRIAGE, DRINKING ALCOHOLIC DRINKS, TREASON AGAINST RULERS etc.

By establishing themselves as the ‘mujahid’ or fighters for the establishment of Islamic State and implementation of Hudud, PAS managed to convince significant number of Muslims that PAS were the true fighters for Islam…and that UMNO were against Islam.

However, doubts were cast about the real intentions of PAS when the party decided to work alongside DAP, a party known to be AGAINST the establishment of Islamic State. In fact DAP has long been the forebearers of SECULARISM, ie seperation between religion and the state matters.

This bring into light the question whether ISLAMIC STATES and HUDUD were only INSTRUMENTS for PAS to garner support from the Malay/Muslim voters.

Had the ISLAMIC STATE and HUDUD been the actual vision and objectives of PAS, the party WOULD NOT and SHOULD NOT work with DAP at the first place…come what may.

Kenapa ‘Undi Popular’ Hanyalah KHAYALAN NAKAL Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang?

May 13, 2013

Aku sampai dah naik ‘kesian’ dengan parti-parti pembangkang di Malaysia. Selesai sahaja satu PRU, mereka tidak ‘membuang masa’ untuk terus memulakan kerja-kerja persiapan bagi PRU berikutnya. Setiap kali PRU menjelang tiba, jentera ‘psy-war’ pembangkang akan mula menggembar-gempurkan bahawa Kerajaan BN akan jatuh….Tetapi, setiap kali keputusan PRU diumumkan, BN terus menjadi pemenang. PRU13 sekali lagi menyaksikan angan-angan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang hancur berkecai. Bagi ‘mencacatkan’ kejayaan besar BN, mereka buat pertama kali telah buka cerita tentang ‘undi popular’.

Sebenarnya perhitungan ‘undi popular’ lansung TIDAK RELEVAN di dalam sistem demokrasi di Malaysia, yang telah dimodelkan dari sistem demokrasi Westminster di United Kingdom. Apa yang menjadi kriteria kemenangan/kekalahan di dalam sistem pilihanraya  ‘Westminster’ ini ialah berdasarkan berapa jumlah kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang dimenangi oleh parti-parti yang bertanding. Di dalam PRU13 baru-baru ini, BN telah memenangi 133 kerusi parlimen, berbanding dengan 89 sahaja untuk parti-parti pembangkang….dengan itu BN telah diisytihar pemenang.

Tidak dapat dinafikan, perhitungan ‘undi popular’ boleh mencacatkan sedikit kemenangan BN. Namun begitu, ia tidak boleh sekali-kali dijadikan alasan untuk mempertikaikan kesahihan keputusan pilihanraya atau menuntut diadakan pilihanraya semula oleh mana-mana pihak. Apatah lagi di dalam konteks Malaysia di mana parti-parti pembangkang gagal untuk menubuhkan suatu gabungan yang rasmi dan sah berdaftar di bawak Akta Pertubuhan 1966. Malah nama ‘PAKATAN RAKYAT’ itu sendiri belum didaftarkan secara rasmi di ROS. Walhasil, parti-parti PKR, DAP dan PAS bertanding di bawah lambang-lambang  parti-parti mereka yang berasingan….malah di beberapa kawasan, parti-parti ini bertanding sesama mereka.

Rakyat Malaysia umumnya telah pintar ilmu mathematics. Kalau ditanya apa jumlah 1+1+1, semua akan jawab 3. Namun begitu, di bidang politik, ada masanya 1+1+1 jawapannya BUKAN 3. Sebagai contoh, di dalam PRU13 baru lalu, DAP menang 38 kerusi, PKR 30 dan PAS 21. Secara mathematik, 38+30+21 jumlahnya ialah 89. Tetapi, sekiranya DAP, PKR dan PAS bergabung secara rasmi di bawah satu PARTI GABUNGAN yang sah, dan bertanding menggunakan lambang yang satu, BELUM TENTU lagi gabungan sedemikian akan berjaya mendapat 89 kerusi.

Sebagaimana kita semua tahu, DAP berkempen di kawasan-kawasan majoriti Cina dengan membawa mesej MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA, selain dari menegakkan faham SEKULARISMA. PAS pula berkempen di kawasan majoriti Melayu dengan mesej MENEGAKKAN NEGARA ISLAM, termasuk HUDUD. PKR pula berkempen di kawasan-kawasan ‘mixed voters’ dengan mesej yang berlainan pula. Tetapi, sekiranya DAP, PAS dan PKR menggunakan mesej yang sama semasa berkempen, samada di kawasan majoriti Cina atau kawasan majoriti Melayu, belum tentu penerimaan pengundi terhadap mereka akan sama sepertimana yang mereka telah capai di PRU13.

Sebagai perbandingan, katakan DAP mengadakan majlis makan malam di mana SUP BABI dihidangkan, dan berjaya menarik minat 1,000 orang pengunjung Cina, sementara  PAS pula mengadakan majlis makan berasingan di mana AYAM PERCIK dihidangkan, dan menarik 1,000 orang hadirin Melayu. Tetapi, kalau DAP dan PAS bersama-sama menganjurkan makan malam di mana SUP BABI dan AYAM PERCIK dihidangkan di atas meja yang sama, aku yakin bahawa hanya beberapa kerat Melayu yang TAK SEDAR DIRI sahaja akan hadir. Di dalam kes seperti ini, 1,000+1,000 tidak akan memberi jawapan 2,000.

Di atas pertimbangan-pertimbangan sebagai di atas, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tidak wajar menggembar-gemburkan KHAYALAN NAKAL ‘undi popular’ selagi DAP, PKR dan PAS masih gagal untuk bergabung di bawah suatu parti gabungan yang berdaftar, dan bertanding menentang BN menggunakan lambang parti gabungan yang satu.

Hidup UMNO!!! Hidup BN!!! Hidup Najib!!!

Apa Dr Harun Din Nak Pening Kepala, Kerjasama Dengan UMNO Jalan Pintas Laksana Hudud

April 24, 2013

Pemimpin-pemimpin utama PAS, baik Nik Aziz, Hj Hadi, Harun Din dan lain-lain, semua berfikiran BERSERABUT.

Sekali-sekali, tertanya di fikiran aku, kenapalah mereka dilahirkan BODOH DAN BEBAL sangat-sangat.

Apa tidaknya…..mengikut percaturan BODOH DAN BEBAL mereka….untuk laksana hudud…mesti kerjasama dengan DAP dan PKR dulu untuk jatuhkan UMNO…lepas tu ‘give and take’ dengan DAP dan PKR untuk laksana hudud…bukankah ini pemikiran BODOH, BANGANG dan BAHALUL???

Sedangkan DAP dan PKR jelas sekali menolak hudud!!!! Sudah berapa kali Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng buat kenyataan bahawa DAP tidak akan menerima hudud!!! Nik Aziz, Hj Hadi dan Harun Din TAK FAHAM-FAHAM juga ke???? Kalau aku kata depa ni BEBAL DAN BODOH….tentu ada yang akan cakap aku ni tak menghormati pemimpin tertinggi PAS….TETAPI ITULAH HAKIKATNYA.

Semalam, Dr Harun Din menggunakan istilah GIVE AND TAKE di dalam hubungan PAS dengan DAP. KEPALA HOTAK DIA ‘give and take’. Kalau tak faham apa makna ‘give and take’ sebagaimana yang difahami oleh orang Inggeris, tak payah le nak tunjuk yang dia pun pandai cakap orang putih…sejak bila pula Dr Harun Din menganut mazhab yang kata boleh ada ‘give and take’ dalam soal agama???

Apakah apabila Dr Hassan Ali, bekas EXCO Selangor, dipecat dari PAS, kerana MENGHEBOHKAN tentang kegiatan memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Church(DUMC),  ini sebahagian dari ‘give and take’ yang dimaksudkan oleh Dr harun Din… untuk mengambil hati pemimpin-pemimpin DAP Selangor?

Dan, apabila PAS pada awalnya membenarkan penganut Kristian Roman Catholics di Malaysia menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu, apakah ini sebahagian dari ‘give and take’ yang dimaksudkan oleh Dr Harun Din???

Umat Islam dan Melayu telah menyaksikan berbagai-bagai perkara yang PAS telah ‘give’ kepada DAP dan PKR, sejak PAS ‘bergelumang’ di dalam politik Pakatan rakyat,  termasuk ‘meletak ke tepi’ matlamat-matlamat menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud. Tidak cukup dengan itu, pemimpin-pemimpin utama PAS, terutama JUAK-JUAK ANWAR IBRAHIM, bersedia untuk ‘give’ kalimah Allah kepada golongan Kristian. Dan yang terbaru, PAS bersedia untuk ‘give’ kebenaran kepada DAP menggunakan lambang BULAN PURNAMA PAS.

PERSOALANNYA, apa yang PAS ‘take’ dari DAP??? Soalan aku kepada Dr Harun Din, sehingga ini, apa yang PAS telah ‘take’ dari DAP???

Kalau setakat DAP beri UNDI CINA kepada calun PAS, tak payah le nak guna istilah ‘give and take’, kerana UNDI ORANG PAS pun diberi kepada CINA KAFIR DAP!!!!

Kepada Dr Harun Din…dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain….berpada-padalah dalam berpolitik. Jangan terikut-terikut sangat dengan DENDAM KESUMAT tidak berasas Nik Aziz terhadap UMNO. Beristighfarlah!! Tolong fikir-fikirkan, bukankah lagi senang untuk melaksanakan NEGARA ISLAM dan HUDUD jika PAS bekerjasama dengan UMNO????

Malah bagi UMNO, NEGARA ISLAM telah pun terlaksana di Malaysia ini. Malah undang-undang Islam seperti TAKZIR dan QISAS telah pun dilaksanakan….masalahnya, disebabkan POLITIK KEPARTIAN, PAS sentiasa ingin menuduh, melabel, dan mencipta persepsi bahawa UMNO TOLAK ISLAM….ini masalah sebenarnya.

Tolong PIKIAK baik-baik Dr Harun Din. Sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama, sekurang-sekurangnya 70% kerusi Parlimen(lebih dari dua pertiga) boleh jamin berada di dalam tangan UMAT ISLAM. Bila PAS dan UMNO sudah pegang dua pertiga…..bila-bila masa pun sudah boleh laksana HUDUD….tak payah nak ‘give and take’ dengan KAFIR DAP….tak payah ‘give and take’ dengan BAPA SEKULARISMA….tak payah ‘give and take’ dengan KRISTIAN.

Percayalah Dr Harun Din, hanya dengan bekerjasama dengan UMNO, PAS akan bertemu JALAN PINTAS dan HIGHWAY untuk melaksanakan Islam selengkap dan semaksimanya, termasuk Hudud, di NEGARA ISLAM Malaysia ini.

Apa Ada Pada Nama PAS, Nama ALLAH Pun Hj Hadi Rela Korbankan

April 9, 2013

Sejak ber’tahalluf siasiyy’ dengan PKR dan DAP, PAS nampaknya rela berkorban apa sahaja. Kalau 30 tahun dahulu pemimpin-pemimpin PAS berkorban KERANA ALLAH, sekarang pemimpin-pemimpin PAS sedia berkorban apa sahaja KERANA UNDI.

Semalam, beberapa blog melapurkan kenyataan Presiden PAS Hj Hadi merelakan calun-calun DAP bertanding di bawah nama PAS, sekiranya pendaftaran DAP dibatalkan sebelum PRU13. Amat jelas dan terang, PAS terlalu KEMARUK untuk mendapat bilangan kerusi yang banyak, walaupun pada hakikatnya kerusi-kerusi di atas nama PAS itu dimiliki oleh mereka dari parti yang terang-terang menentang konsep Negara Islam ‘Ala PAS’, juga menentang perlaksanaan hudud.

Pendirian PAS sedemikian tidak sedikit pun menghairankan kita semua. Sedangkan kalimah ALLAH pun Hj Hadi dan Nik Aziz RELA digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu…..inikan pula nama PAS.

Apatah lagi, singkatan kepada nama ‘Parti Islam Se-Malaysia’ sepatutnya bukanlah PAS…… tetapi PIS.

Kita semua memahami istilah-istilah ‘kasar’ bahasa Inggeris seperti PISSED OFF. Inilah sebenarnya nasib PAS…..menjunam dari sebuah parti yang dihormati kawan dan lawan….kepada sebuah parti yang membuatkan kita umat Islam terasa amat MUAL dan PISSED OFF.

FORMULA Kerjasama UMNO-PAS

February 18, 2013

Cadangan ini adalah atas dasar PRASANGKA BAIK terhadap PAS, khususnya golongan ulama yang membarisi Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama PAS. Memang terdapat ramai PARASIT di dalam kepimpinan PAS, khususnya JUAK-JUAK Anwar Ibrahim….kita dah kenal sangat siapa mereka. Namun, kekuatan PAS bukan terletak kepada hubungan antara parasit-parasit pro-Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. Kekuatan PAS terletak di tangan pemimpin-pemimpin akar umbi yang berjuang kerana Allah swt, dengan dorongan dan bimbingan para ulama mereka, bukan kerana jawatan atau pangkat.

Keterlibatan PAS di dalam politik pilihanraya, mengikut perspektif para pemimpin dan penyokong yang ikhlas berjuang kerana Allah swt adalah untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi di peringkat DUN dan PARLIMEN, supaya suara mereka di DUN negeri-negeri  dan di PARLIMEN dapat menentukan, atau sekurang-kurangnya mempengaruhi, halatuju negeri-negeri dan negara kita, supaya dasar-dasar negeri-negeri dan negara selaras dengan dasar-dasar Islam.

Sekiranya pemimpin-pemimpin tertinggi PAS lebih objektif di dalam menganalisa politik negara, SEBENARNYA jalan pemimpin-pemimpin PAS untuk ke DUN, PARLIMEN, malah ke PUTRAJAYA adalah jauh lebih ringkas dan mudah sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, kerana PAS dan UMNO memperjuangkan DASAR-DASAR YANG SAMA, walaupun berbeza dari segi pendekatan. Ini terbukti apabila PAS-UMNO berjaya menguasai hampir 100% DUN dan PARLIMEN di kawasan majoriti Melayu semasa PAS berada di dalam Barisan Nasional.

Dengan itu, matlamat-matlamat asal PAS untuk menegakkan SISTEM ISLAM di dalam segenap aspek kehidupan di negara ini, termasuk perundangan jenayah, akan dapat dilaksanakan tanpa LIKU-LIKU BAHAYA sebagaimana dihadapi oleh PAS sekarang bila dia cuba ber’tahalluf siasiyy’ dengan PKR dan DAP. DAP bukan sahaja berjuang untuk MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU, malah DAP adalah BAPA PERJUANGAN SEKULARISMA di negara ini. Dan demi mendapat undi Cina DAP, PKR telah dilenturkan oleh Anwar Ibrahim supaya selaras dengan acuan DAP. Sedangkan, SEKULARISMA dan ISLAM akan terus bertentangan antara satu sama lain sehingga Hari Kiamat.

Di dalam mencari titik kerjasama antara PAS dan UMNO menjelang PRU akan datang, persoalan PEMBAHAGIAN KERUSI sudah tentu akan menjadi isu utama. Penyandang-penyandang jawatan ADUN dan MP PAS di Kelantan sudah tentu keberatan untuk melepaskan kerusi mereka di Kelantan, walaupun sebahagian darinya, kepada calun-calun UMNO. Begitu juga keadaannya di Kedah. Malah, ADUN dan MP UMNO di negeri-negeri di mana BN menang selesa seperti Trengganu, Perlis, Pahang dan Johor, sudah tentu keberatan untuk melepaskan kerusi mereka kepada calun-calun PAS.

Di dalam menangani perkara ini, KEBIJAKSANAAN dan LAPANG DADA kedua-dua pihak amat penting. Kedua-dua pihak perlu mengutamakan AGENDA ISLAM DAN MELAYU, dan meletakkan kepentingan peribadi masing-masing di bawah agenda Agama, Bangsa dan Negara. Di peringkat kepimpinan kedua-dua parti, perlu mencari formula ‘win-win’ sebagaimana digunakan di dalam kerjasama atau joint-venture di bidang perniagaan. Mana-mana ADUN atau MP yang terpaksa ‘give way’ kepada calun dari parti lain perlu ditawarkan jawatan-jawatan lain, seperti jawatan sebagai PENGARAH SYARIKAT-SYARIKAT GLC di peringkat Negeri atau Persekutuan, supaya ‘periuk nasi’ dan ‘taraf hidup’ mereka tidak merudum lantaran berkorban untuk kepentingan parti.

Bagi mereka yang kekal mempertahankan kerusi ADUN dan MP, atau muka-muka baru yang menjadi ADUN dan MP, perlu juga ada formula ‘win-win’ di dalam pembahagian jawatan-jawatan EXCO di peringkat negeri, dan KABINET di peringkat Persekutuan.

Allah swt telah menguji rakan-rakan kongsi PAS di dalam Pakatan Rakyat dengan berbagai-bagai isu, sehingga terkeluar Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari kepimpinan PAS. Paling akhir, PAS telah diuji dengan UJIAN PALING BESAR, apabila PKR dan DAP bersungguh-bersungguh ingin mendorong, malah menekan, PAS supaya MENSYIRIKKAN ALLAH swt, bermula dengan penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu. Walaupun PAS telah hampir terjerumus ke lembah MENSYIRIKKAN ALLAH, golongan ulama di dalam PAS terbukti masih teguh sebagai BENTENG AQIDAH TERAKHIR PAS.

Alhamdulillah, Allah swt telah memberi kekuatan kepada golongan ulama di dalam PAS untuk tidak mengendurkan AQIDAH mereka. Timbalan Mursyidul Am PAS Dr Harun Din telah mengisytiharkan akan mempertahankan kalimah ALLAH sehingga akhir hayatnya…dan kenyataannya ini dikeluarkan selepas Anwar Ibrahim berkunjung ke rumahnya. Presiden PAS Hj Hadi pula pertama kali mengeluarkan kenyataan mengandaikan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya ‘tahalluf siasiyy’ PAS dengan PKR dan DAP tidak menguntungkan Islam.

Presiden PAS Hj Hadi tidak perlu menunggu lama untuk menentukan samada ‘tahalluf siasiyy’ PAS dengan PKR dan DAP akan menguntungkan Islam atau tidak. Umat Islam di Malaysia telah dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana PAS telah terdorong untuk menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud, demi menjaga hati DAP. Malah, PAS hampir-hampir MENGGADAIKAN kalimah ALLAH untuk disyirikkan oleh penganut Kristian di negara ini.

Di dalam membentangkan FORMULA ini kepada kedua-dua pihak, PAS dan UMNO, perlu ada peranan aktif para cendikiawan Islam berwibawa, NGO-NGO Muslim/Melayu berwibawa, malah bloggers Muslim/Melayu berwibawa, untuk  memainkan peranan sebagai ORANG TENGAN dan PENDAMAI. Kedua-dua pihak PAS dan UMNO berhak memegang amanah tampuk kuasa, bagi pihak umat Islam dan bangsa Melayu, demi mempertahankan KEDUDUKAN ISLAM dan KUASA MELAYU di negara ini.

Sebagai sebahagian dari umat islam, marilah kita berdoa dan bersolat hajat, dan berusaha, supaya Allah swt mendorong hati para pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO melupakan sengketa mereka selama ini, dan bersedia untuk memeluk erat antara satu sama lain, dan mempersetujui suatu FORMULA KERJASAMA demi Agama, Bangsa dan Negara….SEBELUM NASI MENJADI BUBUR….Amin…

Siapa Lagi BOSS, Nik Aziz atau Karpal Singh?

January 28, 2013

Sehari sebelum umat Islam meraikan sambutan Maulidur-Rasul, PM DS Najib telah membuat kejutan kepada rakyat Malaysia dengan membuat lawatan mengejut ke Gaza, dan menerima sambutan  ‘red-carpet’ luar biasa dari Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Selepas lawatan ringkas ke bumi Palestin dan Mesir, dan menghadiri Forum ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, kepulangan DS Najib semalam telah disambut sebagai WIRA NEGARA di Kompleks Bunga Raya KLIA oleh kira-kira 10,000 rakyat Malaysia  yang rata-rata amat  berbangga dengan ‘Palestine Surprise’ beliau.

Lain pula ceritanya dengan PAK KADOK Nik Aziz. Beliau nampaknya kurang senang melihat rakyat Malaysia mengkagumi keberanian DS Najib menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Utusan Malaysia hari ini melapurkan melalui berita bergambar, bagaimana Nik Aziz tidak mahu ketinggalan di dalam memberikan SURPRISE juga kepada rakyat Malaysia, terutama penyokong PAS, apabila melakukan satu lawatan ringkas ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh, di Pulau Pinang, pada hari yang sama DS Najib pulang ke tanahair. Semasa lawatan ringkas ke rumah Karpal Singh tersebut, Nik Aziz sempat memotong kek harijadinya ke 82. Ini menimbulkan sedikit tanda-tanya kepada umat Islam, kerana apabila umat Islam mengadakan perayaan menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w. atau Maulidur-Rasul, Nik Aziz kata sambutan ini meniru orang Kristian…jadi tidak ada perarakan Maulidur-Rasul di Kelantan. Tetapi bila Nik Aziz potong kek sambutan harijadi…..itu tidak pula dikira mengikut budaya orang Kristian….

Isu potong kek hanyalah isu sampingan. Isu lebih utama bagi aku ialah mencari jawapan, apakah hebatnya Karpal Singh, sehingga Mursyidul Am PAS, sanggup berkunjung ke rumahnya di Pulau Pinang.  Sedangkan Karpal Singh suatu masa dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayat aku dahulu’ sebelum PAS melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Selain dari itu, Karpal Singh jugalah orangnya yang banyak mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia adalah ‘Negara Sekular’. Dan di dalam episod terbaru penggunaan kalimah ALLAH, Karpal Singh jugalah orang yang telah secara terbuka meminta Majlis Syura Ulama PAS menarik balik keputusan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu.

Bagi aku, sewajarnya Nik Aziz mengikuti contoh NEGARAWAN Tun Mahathir yang telah sama-sama menyambut ketibaan DS Najib di KLIA semalam, sekurangnya bagi memberi sokongan moral kepada DS Najib yang telah membawa mesej SETIAKAWAN umat Islam dan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin. Sewajarnya Nik Aziz memeluk DS Najib, dan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana telah menyatakan secara terbuka sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Tetapi, Nik Aziz seolah-olah telah BUTA SEBELAH matanya. Dia tidak nampak kebaikan DS Najib dan UMNO/BN. Dia cuma nampak ‘kebaikan’ Karpal Singh, BAPA PENENTANG Negara Islam, BAPA fahaman sekularisma, dan BAPA PENYOKONG penggunaan kalimah Allah di dalam bible versi bahasa Melayu.

Dari segi hierarchy parti, Nik Aziz adalah PEMIMPIN TERTINGGI PAS, sebagaimana Anwar Ibrahim adalah pemimpin tertinggi ‘de-facto’ PKR dan Lim Kit Siang sebagai pemimpin tertinggi ‘de-fakto’ DAP. Beliau adalah Mursyidul Am PAS, yang mengatasi kedudukan Presiden PAS, dan beliaulah yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS, yang baru-baru ini telah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu. Berbeza pula dengan Karpal Singh. Beliau BUKAN pemimpin tertinggi DAP. Beliau hanyalah Pengerusi Kebangsaan DAP, suatu jawatan lantikan,  ehsan lantikan dari Jawatankuasa Kerja Pusat DAP yang berada di bawah telunjuk Lim Kit Siang-Lim Guan Eng. Maksudnya, pada hakikatnya beliau telah dilantik atas ehsan Lim Kit Siang….dengan itu Lim Kit Siang boleh memecat beliau bila-bila masa jika Lim Kit Siang tidak senang hati terhadapnya.

Jadi, kalau ikut protokol, tidak sewajarnya Nik Aziz pergi BERLUTUT di depan Karpal Singh, terutama selepas Karpal Singh mengeluarkan begitu banyak kenyataan yang melukakan hati umat Islam. Sepatutnya Karpal Singh yang berkunjung ke rumah Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan, sekiranya beliau inginkan penjelasan dari Nik Aziz tentang keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Jadi, apabila Nik Aziz yang pergi MENYEMBAH Karpal Singh, jelas sekali, Nik Aziz lebih memerlukan Karpal Singh daripada Karpal Singah memerlukan Nik Aziz.

‘Drama’ melibatkan Nik Aziz dan Karpal Singh ini tidak memeranjatkan. DAP pernah menarik diri dari Pakatan Rakyat(dahulu dipanggil Barisan Alternative) beberapa bulan sebelum PRU 2004 kerana memprotes tindakan Kerajaan PAS Trengganu meluluskan Enakmaen Jenayah Syariah(Hudud) di Dewan Undangan Negeri Trengganu. Sebelumnya, di dalam PRU 1999, DAP kalah teruk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh gagal mempertahankan kerusi parlimen mereka. Kebetulannya, setelah DAP menarik diri dari Pakatan Rakyat menjelang PRU 2004,  PAS pula yang kalah teruk di Trengganu, sementara kedua-dua tokoh DAP tersebut memenangi semula kerusi parlimen masing-masing. Ini mendorong PAS untuk MEMUJUK RAYU DAP supaya menyertai semula Pakatan Rakyat menjelang PRU 2008, sehingga PAS sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam dan Hukum Hudud.

Dari beberapa peristiwa di atas, amat ketara dan jelas, DAP sedia meneruskan perjuangan politiknya bersendirian jika PAS tidak mengikuti kehendak mereka, termasuk menggugurkan Negara Islam dan Hudud. Sedangkan PAS tidak bersedia untuk bersendirian, walaupun DAP dan PKR tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS di dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Walaupun Nik Aziz amat dikagumi oleh ahli-ahli dan penyokong PAS, terutama di Kelantan, sehingga ada yang sanggup meminum air basuhan tangannya, dan lebihan makanannya,  kononnya untuk dapat berkat, ini semua tidak sedikit pun menggerunkan DAP, khususnya Karpal Singh. Karpal Singh seorang yang amat pintar, dan amat faham betapa mendalamnya dendam kesumat pemimpin PAS terhadap UMNO. Karpal Singh amat faham, PAS rela mengorbankan apa saja, termasuk Negara Islam, Hudud, malah kalimah Allah, di dalam usaha mendapatkan sokongan DAP untuk menewaskan UMNO. Tidak menghairankan, walaupun berbagai-bagai kenyataan ANTI-ISLAM telah dibuat oleh  Karpal Singh, Nik Aziz masih lagi TERHEGEH-HEGEH ke rumah Karpal Singh, kononnya untuk menzahirkan ‘perpaduan’ di dalam Pakatan Rakyat…..bukan lagi kerana Allah swt….tetapi kerana undi kafir laknatullah DAP.

Sudah terang lagi bersuluh, antara Nik Aziz dan Karpal Singh, rakyat Malaysia sudah boleh buat penilaian, SIAPA BOSS KEPADA SIAPA.


%d bloggers like this: