Posted tagged ‘Malaysia’

Isu Mayat Chin Peng – Kewajaran Dikebumikan di Fujian, Republik Rakyat China

September 19, 2013

Bapa mendiang Chin Peng berasal dari Wilayah Fujian, Republik Rakyat China. Beliau berhijrah ke Singapura pada usia remaja, dan berkahwin dengan ibu mendiang Chin Peng di Singapura. Tidak diketahui asal usul ibu mendiang Chin Peng.

Selepas perkahwinan itu, pasangan ibu-bapa mendiang Chin Peng telah berpindah ke Sitiawan, Perak, di mana mendiang Chin Peng telah dilahirkan 90 tahun yang lalu. Berdasarkan rentetan sejarah tersebut, sudah tentu masih ramai lagi kaum kerabat keturunan datuk nenek mendiang Chin Peng yang masih menetap di Wilayah Fujian, China.

Walaupun dilahirkan di sebuah negeri Tanah Melayu, Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, atau Malaysia. Berdasarkan ‘memoirs’ mendiang Chin Peng sendiri, di zaman awal remajanya, zaman masih di bangku sekolah, mendiang telah terlibat aktif di dalam mengutip ‘dana peperangan’ untuk di hantar pulang ke negara asal ayah dan datuk-neneknya, Republik Rakyat China, bagi membantu usaha negara ‘motherland’nya meneruskan peperangan dengan Jepun. Sehingga saat itu, peperangan China-Jepun telah berpanjangan lebih 10 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa KESETIAAN mendiang Chin Peng pada usia remajanya adalah terhadap ‘motherland’nya, Republik Rakyat China, sebagaimana pendatang-pendatang dari wilayah-wilayah Republik Rakyat China yang lain, yang berhijrah ke negeri-negeri Tanah Melayu pada zaman dan masa itu.

Mendiang Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun. Jika kita tolak zaman kanak-kanak dan remaja beliau sehingga umur 18 tahun, bermakna zaman dewasa post-18 tahun Chin Peng, zaman dia mampu berfikir sendiri, dan perlu bertanggung-jawab di atas segala tindak tanduknya adalah selama 72 tahun. Amat menarik untuk kita membuat sedikit pengamatan, di manakah beliau pernah tinggal, dan berapa lama, selepas umur beliau melewati 18 tahun. Kalau kita bandingkan dengan zaman ini, usia 18 tahun ialah usia tamat persekolahan peringkat SPM, juga umur seseorang itu dibenarkan menganggotai parti-parti politik, dan badan-badan NGO yang lain. Sementara di usia 21 tahun, baru seseorang itu boleh mendaftar sebagai pengundi.

Pada tahun 1960, ‘tentera’ Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng terpaksa berundur ke selatan Thailand, dan meneruskan keganasan bersenjata mereka ke atas ‘target-target’ di Persekutuan Tanah Melayu dari kem-kem mereka di selatan Thailand. Namun Chin Peng tidak bersama ‘tentera’nya mengharungi segala kesusahan mengharungi kehidupan serba sukar di kem-kem dalam hutan. Sebaliknya Chin Peng diterima hidup sebagai VVIP di Republik Rakyat China, diberikan MANSION atau banglo mewah untuk didiami. Malah Kerajaan Parti Komunis China telah menyediakan kemudahan kepada beliau untuk menjalankan sebuah station radio, untuk membolehkan Parti Komunis Malaya(PKM), sebuah cawangan Parti Komunis China(PKC) untuk memancarkan siaran/propaganda komunisnya ke Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaysia. Beliau dilapurkan telah tinggal di China selama lebih 30 tahun. Dari sana beliau memberikan arahan-arahan ‘ketenteraan’ kepada ‘tentera’nya di selatan Thailand.

Beliau hanya menyertai semula ‘tentera’nya di selatan Thailand selepas Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989. Sejak itu, beliau dilapurkan mula tinggal di pinggir Kota Bangkok.

Berdasarkan rekod-rekod di atas, bagi tempoh post-18 tahun mendiang Chin Peng, mendiang hanya sempat berada di Persekutuan Tanah Melayu selama 18 TAHUN, sebelum kembali ke negara asal datuk-nenek beliau, Republik Rakyat China dan tinggal di sana selama 30 tahun. Hanya selepas Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989, Chin Peng dilapurkan telah berpindah ke Thailand. Sehingga beliau meninggal dunia di Bangkok beberapa hari lepas, beliau dipercayai telah tinggal di Thailand, dan sebahagiannya dipercayai di China, bagi tempoh selama 23 tahun.

Sebagai ringkasan, selepas mencecah umur dewasa 18 tahun, Chin Peng hanya berada di Persekutuan Tanah Melayu selama 18 tahun, berbanding dengan masa beliau tinggal di Republik Rakyat China selama 30 tahun, dan di Thailand selama 23 tahun.
Bermakna, beliau lebih lama tinggal di Republik Rakyat China di zaman dewasanya, berbanding dengan di Thailand atau di Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia hanya dibentuk pada tahun 1963, dan semasa itu, mendiang Chin Peng telah kembali ke China. Ini juga bermakna, mendiang Chin Peng tidak pernah menjejak kakinya di MALAYSIA.

Tidak perlulah aku nak ulang-tayang segala ATROCITIES yang telah dijalankan oleh anggota pengganas komunis PKM pimpinan Chin Peng menjangkau satu tempoh lebih dari 40 tahun. Terlalu besar kemusnahan yang telah dilakukan oleh PKM terhadap Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, termasuk membunuh atau mencederakan puluhan ribu anggota polis, tentera dan rakyat biasa, yang kebanyakannya terdiri dari kalangan umat Melayu.

Cukuplah mendiang Chin Peng dan pengganas-pengganas PKM pimpinannya mengsengsarakan rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia di zaman hidup mendiang. Janganlah KEMATIANNYA pula menimbulkan kesusahan sekali lagi kepada rakyat Malaysia, dan tidak perlulah KEMATIANNYA mencetuskan sekali lagi KETEGANGAN ANTARA KAUM Melayu dan Cina di negara ini.

Memandangkan mendiang bukan seorang warganegara Malaysia, sudah tentu beliau sehingga saat kematiannya masih lagi warga negara Republik Rakyat China. Kerajaan Thailand hanya memberikan passport antarabangsa kepada beliau. Oleh itu, jika kaum keluarga mendiang tidak berminat untuk mengkebumikan mayat atau abu mayat mendiang di Thailand, aku secara ikhlas ingin mencadangkan agar mayat atau abu mayat mendiang dikebumikan saja di wilayah Fujian di China, di wilayah asal ayah dan datuk neneknya, wilayah yang terletak di negara ibu pertiwinya, Republik Rakyat China.

Advertisements

31 0gos – Ulangtahun Kemerdekaan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

August 31, 2013

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Melayu. Hari ini, 31 Ogos 2013, ialah hari ulangtahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu ialah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, yang bagi sesetengah orang yang TIDAK FAHAM SEJARAH, telah memanggilnya dengan nama ‘Malaysia Barat’. Sebenarnya tidak ada nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ di dalam Perlembagaan Negara kita. Apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU dan SABAH DAN SARAWAK.

Negeri-negeri Tanah Melayu adalah komponen asas kepada Negara Malaysia yang hanya terbentuk pada tahun 1963, iaitu 5 tahun selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan kita pada tahun ini, sama-samalah kita menggunakan SEKERAP-KERAP YANG MUNGKIN nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, kerana itulah nama negara kita semasa kita merdeka. Apabila negeri-negeri PERSEKUTUAN TANAH MELAYU bergabung dengan SABAH dan SARAWAK, barulah lahir MALAYSIA.

Bermakna, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU adalah sebahagian dari MALAYSIA, sebagaimana juga SABAH dan SARAWAK.

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Hidup Persekutuan Tanah Melayu!! Hidup Malaysia!!

Post PRU13 Reflections 1 – SOSIAL CONTRACT Were Written Documents

May 25, 2013

SOCIAL CONTRACT Were Written Documents

I wrote this article a few years back, and re-posting it as part of  ‘Post PRU13 Reflections’. Here it goes:

Certain bloggers in MT People’s Portal, challenged me, and INSPIRED me,  to prove that the widely-discussed SOCIAL CONTRACT among major races were WRITTEN DOCUMENTS at all. How do I begin…

SOCIAL CONTRACT is the term used to describe a few WRITTEN DOCUMENTS generated during the independence-negotiation years. The negotiations include the FORMULATION of the new nation’s Federal Constitution. The documents include:
1. Joint memorandum of the ruling Alliance Party(consisting of UMNO, MCA and MIC) to independent Commission entrusted with the formulation of the Constitution of Persekutuan Tanah Melayu, the Reids Commission.
2. Proposals by Reids Commission which became DRAFT to the Constitution.
3. The first and original Constitution of Persekutuan Tanah Melayu, in English, Malaya.

Its interesting to note that, the joint memorandum by the ruling Alliance Party include the following:
“Sekalipun kami mengakui bahawasanya di dalam Malaya yang merdeka itu maka kesemua warganegara patutlah diberi hak-hak, kemudahan-kemudahan dan peluang-peluang yang sama…..tetapi kami mengakui bahawasanya ORANG-ORANG MELAYU ITU IALAH ANAK WATAN YANG ASLI DAN BAHAWA MEREKA ITU MEMPUNYAI KEDUDUKAN YANG KHAS TERBIT DARI KEADAAN YANG TERSEBUT, DAN JUGA DENGAN KUAT-KUASA TREATY YANG TELAH DIBUAT ANTARA KERAJAAN BRITISH DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG BERDAULAT. OLEH YANG DEMIKIAN PERLEMBAGAAN ITU PATUTLAH MENGADAKAN SYARAT BAHAWA YANG DI-PERTUAN AGUNG ITU PATUTLAH MEMPUNYAI TANGGUNGAN YANG KHAS BAGI MENGAWALKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU ITU……MENYIMPANKAN DENGAN BERPATUTAN BANYAKNYA UNTUK ORANG-ORANG MELAYU AKAN TANAH-TANAH, JAWATAN-JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM, PERMIT-PERMIT….BIASISWA-BIASISWA KERAJAAN…..” (Dipetik dari: KONTRAK SOSIAL. Penulis: Dato’ Abdul Manaf Haji Ahmad. Penerbit: UTUSAN PUBLICATIONS 2009).

Those documents are WRITTEN DOCUMENTS, well kept in our National Archives, and have become part and parcel of our history.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

PRU 13 – ‘Chinese Tsunami Phase 2’…dan Akhir…

May 7, 2013

Terlebih dahulu, aku dan kita semua ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada BN, khususnya UMNO, kerana berjaya mempertahankan pemerintahan ke atas MALAYSIA, negara kita yang namanya bermakna LAND OF THE MALAYS. Aku amat bersetuju dengan cadangan rakan bogger kita GAP yang mencadangkan agar nama MALAYSIA ditukar semula kepada nama asalnya iaitu PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, sekiranya nama MALAYSIA telah menyebabkan segolongan kaum pendatang dari ‘Yellow River’ lupa bahawa MALAYSIA adalah LAND OF THE MALAYS, atau TANAH BANGSA MELAYU.

Kalungan TAHNIAH ISTIMEWA kita sudah semestinya kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, DS Najib  Tun Razak, di atas peranannya yang begitu effective sebagai PANGLIMA AGUNG jentera pilihanraya UMNO/BN di atas kejayaan BN di bawah kepimpinannya merampas semula Perak dan Kedah. Aku menggunakan perkataan RAMPAS SEMULA bagi negeri Perak, kerana sebagaimana kita semua tahu, pada PRU12 dahulu, Negeri Perak pada mulanya telah jatuh ke tangan Pakatan….sebelum kembali semula ke tangan BN berikutan tindakan 3 orang ADUN DAP dan PKR melompat keluar dari parti-parti mereka. Sedangkan dalam PRU kali ini, BN telah berjaya mendapat SIMPLE MAJORITY apabila memenangi 31 dari 59 kerusi DUN Perak.

Namun begitu, kita terpaksa MENELAN hakikat bahawa harapan besar BN untuk mencapai LANDSLIDE VICTORY di dalam PRU kali ini telah direncatkan sedikit oleh apa yang digambarkan sendiri oleh DS Najib, dan beberapa pemimpin UMNO dan BN yang lain,  sebagai ‘Chinese Tsunami’ yang amat ketara telah mempengaruhi keputusan-keputusan PRU di selatan SEMENANJUNG TANAH MELAYU, terutama di Negeri Johor. Aku amat bersetuju dengan penggunaan istilah ‘Chinese Tsunami’. Cuma, aku kurang bersetuju jika kita beranggapan bahawa pada PRU13 ini sahaja telah berlaku ‘Chinese Tsunami’.

Aku percaya ramai rakan-rakan bloggers akan bersetuju dengan aku bahawa ‘Chinese Tsunami Phase 1’ telah bermula pada PRU12 pada tahun 2008. Pada PRU12 2008, ‘Chinese Tsunami Phase 1’ telah meledak dengan EPICENTRE di Lembah Kelang, yang telah melanda negeri-negeri Lembah Kelang, dan sekitar Lembah Kelang. Selangor telah jatuh ke tangan Pakatan, begitu juga kawasan-kawasan Parlimen di Kuala Lumpur. Pakatan juga telah menumbangkan Kerajaan BN di Perak walaupun dengan majoriti tipis. Malah kesan ‘Chinese Tsunami Phase 1’ hampir menjatuhkan Kerajaan BN di Negeri Sembilan. Namun begitu, keputusan-keputusan PRU12 di Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak yang jelas memihak kepada BN menunjukkan bahawa kesan ‘Chinese Tsunami Phase 1’ belum lagi sampai ke negeri-negeri selatan SEMENANJUNG TANAH MELAYU, juga belum sampai ke Sabah dan Sarawak.

Apa yang berlaku di Johor pada PRU kali ini, di mana bekas Menteri Besar Johor, Ab Ghani Othman,  ditewaskan di Gelang Patah, dan di Parlimen Bukit Katil, Melaka, di mana bekas Ketua Menteri Melaka, DS Mohd Ali Rustam telah ditewaskan di kawasan Parlimen tersebut , membuktikan bahawa ‘Chinese Tsunami Phase 2’ telah sampai ke selatan SEMENANJUNG TANAH MELAYU. Gelombang ‘Chinese Tsunami Phase 2’ juga nampaknya telah melanda sebahagian pantai-pantai Sabah dan Sarawak, walaupun kekuatannya telah berkurangan di dalam menyeberangi Laut China Selatan.

Bagi umat Melayu dan umat Islam, kita bersyukur kepada Allah swt, kerana KESAN MAKSIMA ‘Chinese Tsunami Phase 1 & 2’ yang mana gelombangnya telah pun sampai ke seluruh negara, TELAH GAGAL menggugat kekuasaan BN di dalam menguasai pemerintahan negara Malaysia. Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang telah MEMPERKASA pertahanan UMNO/BN, termasuk rakan-rakan bloggers pro-BN yang telah memberikan bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, kebanyakannya secara sukarela, tanpa apa-apa bayaran. Semuanya kita lakukan demi MEMPERTAHAN dan MEMPERKASA kekuasaan Melayu dan Islam di Malaysia, yang merupakan kesinambungan kepada EMPIRE KEKUASAAN MELAYU di bahagian dunia yang dipanggil KEPULAUAN MELAYU atau MALAY ARCHIPELAGO ini.

Aku percaya, ‘Chinese Tsunami Phase 2’ adalah Final Phase atau Fasa Terakhir, kerana kesan kedua-dua Fasa ‘Chinese Tsunami’ telah pun sampai ke seluruh pelusuk tanahair. Tidak akan berlaku lagi ‘Chinese Tsunami’ selepas ini……apa yang akan berlaku hanyalah ‘Malay Tsunami’….yang kesannya….hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

INDIA MUSLIM Hanya Boleh Jadi BUMIPUTRA Dengan Menjadi MELAYU

February 14, 2013

Di kala rakyat Malaysia digegarkan oleh Kumpulan Rock GANGNAM STYLE dari KOREA, ramai juga yang telah tertarik untuk memberi perhatian kepada suatu perbincangan berhubung permohonan suatu NGO mewakili kelompok India Muslim, untuk diiktiraf sebagai BUMIPUTRA di negara ini.

Aku fikir permohonan mereka ini amat sukar untuk dipertimbangkan, apatah lagi untuk diperkenankan. Ini adalah kerana ‘bumiputra’ mempunyai maksud dan kriteria-kriteria tertentu mengikut kefahaman umum rakyat negara kita, selain dari peruntukan-peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan negara kita.

Terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Di dalam kedua-dua Perjanjian dan Perlembagaan tersebut, kalimah ‘Melayu’ mencakupi suku-suku kaum Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963, belum ada ungkapan ‘ BUMIPUTRA’ dimasukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan. Malah, pada masa itu, tidak ada keperluan untuk menambahkan ungkapan ‘dan bumiputra’, kerana telah menjadi pengetahuan umum sebelum 1963 bahawa Bangsa Melayu adalah ‘natives’ atau ‘penduduk asal’ Persekutuan Tanah Melayu, sebagaimana juga suku-suku kaum Orang Asli. Sebelum 1963, hanya MELAYU, termasuk suku-suku kaum Orang Asli, adalah bangsa BUMIPUTRA di Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan penubuhan Malaysia, Perkara 153 telah ditambah ungkapan ‘dan Bumiputra negeri-negeri Sabah dan Sarawak’. Sejak itu, dua kelompok yang diiktiraf oleh Perlembagaan mempunyai KEDUDUKAN ISTIMEWA ialah BANGSA MELAYU dan KAUM-KAUM BUMIPUTRA. Oleh itu, bagi melayakkan seseorang warganegara Malaysia menikmati KEDUDUKAN ISTIMEWA, mereka hendaklah terdiri dari kalangan BANGSA MELAYU, atau KAUM-KAUM BUMIPUTRA.

Ini membawa kita kepada persoalan apakah kelompok India Muslim wajar diberi status BUMIPUTRA? Bagi aku ini mustahil boleh berlaku kerana, untuk menjadi BUMIPUTRA, seseorang itu mestilah dari kalangan BANGSA MELAYU, ORANG ASLI SEMENANJUNG, BUMIPUTRA SABAH dan BUMIPUTRA SARAWAK.

TETAPI, kelompok India Muslim BOLEH menjadi Melayu berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan di mana Melayu ditakrifkan sebagai mereka yang kebiasaannya BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU, MENGAMALKAN ADAT-ADAT MELAYU dan BERAGAMA ISLAM. Malah ratusan ribu MELAYU di negeri-negeri utara termasuk Kedah dan Pulau Pinang adalah terdiri dari mereka yang asalnya adalah kaum India Muslim….melalui proses kahwin campur dengan orang Melayu, atau melalui TRANSFORMASI BUDAYA….iaitu dengan beransur-ansur meng’adoptasi’ budaya Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu.

Sekiranya kelompok India Muslim benar-benar berminat untuk menjadi BUMIPUTRA, satu-satunya cara ialah dengan menjadi ORANG MELAYU, kerana sesiapa sahaja yang diiktiraf sebagai orang Melayu, dengan sendirinya dia akan dikira bertaraf BUMIPUTRA.

Kerajaan Wajar LONGGARKAN Syarat Kerakyatan Bagi Kaum Melayu, Tetapi KETATKAN Syarat Bagi Kaum Bukan Melayu

January 30, 2013

Perkataan MALAYsia bermakna ‘Tanah Bangsa Melayu’ atau ‘Land of the Malays’. Selain dari MALAYSIA, tidak ada lagi negara di dunia ini yang namanya dikaitkan dengan BANGSA MELAYU.

Umat Melayu bertebaran di seluruh dunia. Rumpun Melayu merupakan  90% dari penduduk Indonesia dan 66% penduduk Brunei, namun begitu nama-nama Indonesia dan Brunei tidak dikaitkan dengan identiti bangsa-bangsa Rumpun Melayu yang terdapat di Indonesia atau Brunei. Rumpun Melayu pula merupakan minoriti di negara jiran Malaysia iaitu   15% penduduk Singapura,  5-10% penduduk  Filipina dan 5% penduduk Thailand. Terdapat juga kumpulan besar umat Melayu di Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa SEJARAH telah mengiktiraf RUMPUN MELAYU sebagai pemerintah dan penduduk asal kepada suatu bahagian dunia yang dinamakan KEPULAUAN MELAYU, yang disebut oleh bangsa-bangsa penjajah Eropah sebagai MALAY ARCHIPELAGO, yang mencakupi sebahagian besar wilayah ‘semenanjung dan pulau-pulau’ ASIA TENGGARA. Malah, bahasa Melayu dipertuturkan oleh kira-kira 300 juta Rumpun Melayu di bahagian dunia ini, menjadikannya sebagai bahasa ke-lima paling meluas penggunaannya di dunia.

Memandangkan Bangsa Melayu dan Rumpun Melayu adalah penduduk asal KEPULAUAN MELAYU, adalah amat wajar sekiranya umat Melayu dari mana-mana negara yang merupakan sebahagian dari KEPULAUAN MELAYU diberi KELONGGARAN untuk berhijrah ke negara-negara KEPULAUAN MELAYU yang lain. Umpamanya, umat Melayu di selatan Thailand, selatan Filipina, Singapura dan Indonesia, wajar diberi kelonggaran untuk berhijrah ke Malaysia, malah untuk memohon menjadi warganegara negara ini. Sebagai sebahagian dari Rumpun Melayu, mereka bertutur Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam yang sama dengan kita di Malaysia.

Namun begitu, kelonggaran yang sama tidak wajar diberikan kepada mereka dari luar KEPULAUAN MELAYU, kerana mereka tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, tidak menganut agama Islam, dan jauh sekali mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu. Sekiranya jumlah kaum minoriti yang tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, tidak menganut agama Islam, dan tidak mengamalkan budaya Melayu, diberi kelonggaran yang sama sehingga menjadi minoriti yang terlalu besar, atau sehingga jumlah mereka mengatasi jumlah penduduk asal Rumpun Melayu, tidak mustahil keadaan seperti ini boleh membuka ruang kepada persengketaan kaum suatu hari nanti. Malah sejarah telah membuktikan bagaimana kaum pendatang warganegara China, yang berhijrah ke Tanah Melayu asalnya untuk mencari peluang pekerjaan, yang menganggotai Parti Komunis Malaya, telah cuba merampas kuasa dari tangan orang Melayu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Sebagai perbandingan, kita lihat sahaja bagaimana negara Israel menggunakan ‘The Laws of Return’ untuk menerima semua bangsa Yahudi dari mana-mana sahaja pelusuk dunia berhijrah atau kembali ke Israel, dan menjadi warganegara Israel. Begitu juga negara jiran kita Singapura yang memberikan banyak KELONGGARAN kepada kaum Cina untuk berhijrah ke negara pulau itu sebagai ‘permanent residents’, malah sebagai warganegara Singapura. Malah, kalau kita perhatikan komposisi kaum negara-negara ‘Greater China’ termasuk Republik Rakyat China, Hong Kong, Taiwan dan Macao, penduduk bangsa Cina merupakan lebih 95% dari penduduk negara-negara tersebut, membuktikan negara-negara tersebut seolah-olah SECARA TERANCANG menyekat penghijrahan kaum bukan Cina ke negara-negara tersebut, apatah lagi menerima bukan Cina sebagai warganegara mereka.

Memandangkan negara-negara ‘Greater China’ dan Singapura begitu tegas di dalam mempertahankan komposisi kaum Cina di negara masing-masing, aku fikir, apa salahnya Kerajaan kita MELONGGARKAN syarat-syarat kerakyatan untuk Rumpun Melayu menjadi warganegara MALAYsia….dan MENGETATKAN syarat-syarat kerakyatan untuk mereka dari luar Rumpun Melayu.

Asal-Usul Nama MALAYSIA, dan Apa Maknanya?

January 20, 2013

Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun  1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.

Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan  ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.


%d bloggers like this: