Posted tagged ‘melayu’

Di Mana Salahnya Nama PERKASA dan BARISAN PERPADUAN NASIONAL?

March 2, 2014

PERKASA, atau ‘Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia’ adalah di antara puluhan NGO Melayu yang telah lahir berikutan dari sikap OVERWHELMING MAJORITY pengundi Cina yang telah menikam UMNO/BN dari belakang sejak PRU12 2008. PERKASA dan lain-lain NGO Melayu telah bangkit untuk menyedarkan umat Melayu, supaya bersatu di dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan, yang telah digubal berasaskan perjanjian SOSIAL KONTRAK antara bangsa Melayu dan bangsa-bangsa pendatang di negara ini.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Perkara 153 hanya menyebut ‘…kedudukan istimewa ORANG MELAYU…’. Namun begitu, setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Perkara 153 telah dipinda menjadi ‘…kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak…’. Ini bermakna, sebelum penubuhan Malaysia, satu-satunya kaum bumiputra di Persekutuan Tanah Melayu adalah ORANG MELAYU, dan pada masa itu ORANG ASLI di Persekutuan Tanah Melayu juga dikira tergolong di dalam ORANG MELAYU.

Setelah pembentukan Malaysia, Perkara 153 Perlembagaan perlu mengambil kira kewujudan beratus-ratus kaum bumiputra Sabah dan Sarawak termasuk Iban, Kadazan, Bajau, Melanau dan sebagainya. Mereka dari pelbagai kaum bumiputra Sabah dan Sarawak inilah yang dimaksudkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dengan ‘….dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Kaum Melayu adalah sebahagian dari kaum-kaum bumiputra di negara ini. Mengikut banci tahun 2010, penduduk Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang. Dari jumlah tersebut, 67.4%(19 juta) terdiri dari kaum BUMIPUTRA, sementara dari kaum BUMIPUTRA pula terdiri dari kaum MELAYU(16 juta). Ini bermakna penduduk Melayu merupakan 57% dari seluruh penduduk Malaysia.

Berdasarkan statistik tersebut di atas, aku pernah mempersoalkan melalui beberapa penulisan aku sebelum ini, KENAPA Datuk Ibrahim Ali dan mereka yang menubuhkan PERKASA mengenepikan atau meninggalkan kalimah ‘MELAYU’ dari nama PERKASA. Sedangkan bangsa Melayu merupakan 84% dari kaum Bumiputra, selain dari membentuk 57% dari keseluruhan penduduk Malaysia. Kenapa tidak menamakan pertubuhan tersebut sebagai PERTUBUHAN MELAYU DAN BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA? KENAPA dibiarkan kalimah ‘MELAYU’ ditenggelamkan oleh perkataan ‘BUMIPUTRA”.

Dua tiga hari lepas, PERKASA bersama-sama lebih 50 NGO Melayu yang lain telah berkumpul di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, untuk mengasaskan penubuhan BARISAN PERPADUAN NASIONAL. Kita tahu latar belakang NGO-NGO Melayu yang menjadi pengasas-pengasas, termasuk JATI pimpinan Dr Hassan Ali, MUAFAKAT pimpinan Ustaz Ismail Mina, PEMBELA, ISMA, ABIM, PKPIM dan lain-lain. Kesemua pertubuhan-pertubuhan ini berjuang mempertahankan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU dan KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN.

Oleh itu, apakah kewajaran 55 pertubuhan NGO Melayu ini menggambarkan pertubuhan gabungan mereka sebagai BARISAN PERPADUAN NASIONAL? Aku percaya nama BARISAN PERPADUAN MELAYU jauh lebih sesuai untuk menggambarkan dasar dan matlamat perjuangan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Malah, PERPADUAN MELAYU adalah pra-syarat kepada kewujudan PERPADUAN NASIONAL.

Aku dengan ini menggesa Datuk Ibrahim Ali, serta saf-saf kepimpinan PERKASA dan BARISAN PERPADUAN NASIONAL, supaya mengkaji semula kesesuaian nama BARISAN PERPADUAN NASIONAL, malah nama PERKASA itu sendiri.

Kabinet Malaysia 2013-2018 – Melayu Tidak Perlu Cina Untuk Memerintah Malaysia

May 15, 2013

Tahniah kepada DS Najib, Perdana Menteri Malaysia, kerana telah mengumumkan senarai anggota-anggota Kabinet Kerajaan Malaysia pasca PRU13.

Apa yang jelas dan nyata, barisan Kabinet kali ini terdiri dari pemimpin-pemimpin Melayu/Bumiputra/India. Hanya terdapat satu dua nama Cina, itu pun dari parti gabungan BN di Sabah/Sarawak.

Aku percaya, kaum Melayu/Bumiputra/India amat menghargai keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara Malaysia. Mereka kekal setia kepada Barisan Nasional yang telah mentransformasikan rakyat dan negara kita dari sebuah negara yang mundur 50 tahun yang lalu, kepada sebuah ekonomi antara ke 20 terbesar dunia. Malah, di bawah pentadbiran BN, ibu negara kita Kuala Lumpur menjadi tapak kepada MENARA BERKEMBAR tertinggi di dunia hingga sekarang.

Kita tidak menafikan sumbangan kaum Cina di dalam membangunkan negara kita. Malangnya, kaum Cina hanya ‘buat kerja mereka’ untuk kepentingan diri mereka semata-mata. Mereka tidak berminat untuk berkongsi dengan bangsa-bangsa lain. Mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri. Dengan ringkas, mereka adalah SELFISH dan UNGRATEFUL. Malah, aku tidak hairan jika mereka menyimpan cita-cita untuk ‘menjajah’ negara ini…..sebagaimana nenek moyang mereka menyokong Parti Komunis Malaya(PKM) cuba merampas kuasa negara ini dari orang Melayu pada tahun 1945, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah kepada British.

Dengan barisan Kabinet Melayu/Bumiputra/India ini, mari kita buktikan sekali lagi bahawa UMAT MELAYU tidak ada masalah untuk memerintah negara yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini TANPA WAKIL KAUM CINA.

Perlu kita ingat, TAMADUN ALAM MELAYU telah bermula sejak TIME IMMEMORABLE, sejak sebelum buku-buku sejarah mula ditulis, dan sebelum pelayar-pelayar Arab dan Cina mula sampai ke bahagian dunia yang dikenali sebagai KEPULAUAN MELAYU ini. Kerajaan-kerajaan awal Melayu telah wujud sejak sebelum tercatatnya sejarah Kerajaan Melayu Langkasuka(2M-5M), Kerajaan Melayu Srivijaya(5M-12M), Kerajaan Rumpun Melayu Majapahit(12M-14M) dan Kesultanan Melayu Melaka(14M-15M). Malah antara 14M-19M, terdapat RATUSAN Kesultanan Melayu di merata ceruk Kepulauan Melayu, termasuk Kesultanan Aceh, Kesultanan Deli, Kesultanan Patani, Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Kesultanan Mindanao, dan berbagai-bagai kesultanan di Tanah Melayu, Sumatra, Borneo, Bugis, Tanah Jawa, Riau dan lain-lain.

Jelas sekali, sejak beribu-ribu tahun yang lalu, Kerajaan-Kerajaan berteraskan Melayu telah berjaya mentadbir KEPULAUAN MELAYU, dan mempertahankan KEDAULATAN  wilayah-wilayah di bawah pemerintahan mereka tanpa sebarang sokongan dari kaum Cina. Kita boleh berkongsi sedikit sebanyak dengan bangsa-bangsa lain, tetapi sekiranya mereka ada AGENDA TERSEMBUNYI untuk melemahkan atau menjatuhkan kuasa Melayu….LUPAKAN SAHAJA MEREKA.

Oleh itu, barisan Kabinet sebagaimana diumumkan oleh DS Najib bukanlah perkara baru di dalam RIBUAN TAHUN sejarah ALAM MELAYU. DS Najib hanya meneruskan tradisi Kerajaan berteraskan Melayu yang telah menguasai ALAM MELAYU sejak zaman pra-sejarah beribu-ribu tahun yang lalu.

Hidup UMNO!!! Hidup BN!!! Hidup DS Najib!!!

Jalan Penyelesaian Isu Kalimah Allah, Kristian Guna Sahaja Kalimah TUHAN

January 12, 2013

Seseorang itu diterima sebagai seorang Islam apabila dia mengucap ‘syahadatain’, atau dua kalimah syahadah berbunyi, “Aku bersaksi bahawa tiada TUHAN melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah”.

Kalau lafaz itu di dalam bahasa Inggeris, ianya berbunyi, “I bear witness that there is no GOD but ALLAH, and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah”.

Sebutan di dalam bahasa Arab pula ialah, “Asyhadu an la ILAH illa ALLAH, asyhadu anna Muhammad rasulullah”.

Kalau kita bandingkan ketiga-tiga cara mengucapkan ‘syahadatain’ atau dua kalimah syahadah  di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Arab, perkataan TUHAN dalam Bahasa Melayu, bersamaan dengan perkataan GOD dalam Bahasa Inggeris, dan ILAH dalam Bahasa Arab. Sedangkan di dalam ketiga-tiga bahasa tersebut, kalimah ALLAH sebagai NAMA KHAS kepada Tuhan, digunakan di dalam ketiga-tiga bahasa.

Di dalam bible bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan sebagaimana TUHAN dalam bahasa Melayu ialah GOD. Namun begitu, mengikut kepercayaan TRINITY di dalam agama Kristian, GOD mempunyai tiga ‘entity’ ketuhanan mereka yang terdiri dari ‘God the Father’ atau ‘Tuhan Bapa’, ‘Son of God’ atau ‘Tuhan Anak’, dan ‘Holy Spirit’ atau ‘Roh Suci’. GOD dalam bahasa Inggeris pula bersamaan dengan ‘TETRA-GRAMMATON’ di dalam Bible bahasa Greek/Latin, dan Yehowah di dalam Bahasa Hebrew(Bahasa Yahudi kuno).

Bible-bible terawal di tulis di dalm bahawa Hebrew, bahasa Greek/Latin, dan kemudiannya diterjemah ke bahasa Arab.

Kekeliruan tentang isu kalimah ALLAH ini berlaku di Malaysia apabila terdapat beberapa ‘kerat’ pemimpin tertinggi PAS menggunakan bible  bahasa Arab dan bahasa Indonesia SAHAJA sebagai perbandingan, sedangkan bible bahasa Arab dan bahasa Indonesia BUKAN bahasa asal penulisan bible. Bahasa-bahasa asal bible ialah bahasa Hebrew, bahasa Greek/Latin dan bahasa-bahasa Eropah termasuk bahasa Inggeris.

Masalah timbul kerana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, iaitu  Nik Aziz dan Haji Hadi JAHIL tentang sejarah penulisan bible Kristian. KEJAHILAN mereka tentang nama-nama Tuhan seperti TETRA-GRAMMATON, YEHOVAH dan GOD yang digunakan di dalam bible-bible bahasa Hebrew, bahasa Greek/Latin dan bahasa Inggeris, menyebabkan kuasa perbandingan mereka terhad kepada bible bahasa Arab sahaja….selain dari bible bahasa Indonesia, sedangkan kita semua sudah jelas dan nyata bahawa penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible bahasa Indonesia adalah sebahagian dari strateji halus CHRIATIAN MISSION mengembangkan agama Kristian di kalangan umat Islam di Indonesia, Sabah dan Sarawak.

Majlis Syura PAS dilapurkan akan bermesyuarat malam besok bagi mencapai keputusan ‘konsensus’ tentang isu ini. Bagi aku, jalan penyelesaian agak mudah, jika PAS ikhlas di dalam mencari jalan penyelesaian, dan tidak bertindak SEPERTI LEMBU DI CUCUK HIDUNG oleh PKR dan DAP. PAS hanya perlu mengambil pendirian bahawa, sekiranya dirujuk kepada bible-bible di dalam bahasa-bahasa asal orang Kristian iaitu Hebrew, Greek/Latin dan Inggeria, tidak terdapat kalimah ALLAH di dalam mana-mana bible asal tersebut. Yang ada ialah nama-nama  seperti  TETRA-GRAMMATON, YEHOWAH dan GOD. Sedangkan perkataan GOD di dalam bahasa Inggeris itu pula bersamaan dengan perkataan TUHAN dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, jalan penyelesaian isu ini ialah dengan penganut Kristian mennggunakan sahaja kalimah TUHAN di dalam bible mereka, dan jangan lagi nak ‘kacau-kacau’ kalimah ALLAH.

 

 

Isu Kalimah Allah, Hujjah UFB Kurang Mantap

January 2, 2013

Kita semua boleh bersetuju, bahawa Ustaz Fathul Bari(UFB) dan rakan-rakannya di dalam ILMU, telah banyak memberikan sumbangan kepada ‘pemikiran politik Islam’ yang lebih hampir kepada kebenaran. Aku salah seorang pengkagum beliau dan amat bersetuju dengan kenyataan-kenyataan beliau, terutamanya di dalam ilmu ‘siasah syariyyah’ atau ‘politik berlandaskan syariah’. Namun begitu, itu tidak bermakna aku bersetuju dengan setiap pendiriannya di dalam setiap isu.

Aku baru menonton suatu video clip di  Abu Aqif Studio blogspot, di mana Ustaz Fathul Bari(UFB) ada menjawab suatu soalan berhubung isu penggunaan KALIMAH ALLAH oleh penganut Kristian. UFB memberikan hujjah-hujjah mengapa kita perlu menolak penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam injil versi Bahasa Melayu, sebagaimana yang telah diungkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, pada penghujung tahun 2012 yang lalu. Malangnya, di dalam mengemukakan hujjah-hujjah tersebut, beliau ada menggambarkan bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH telah menjadi kebiasaan di kalangan penganut Kristian di negara-negara Arab, selain dari Indonesia, Sabah dan Sarawak. Dengan memberikan gambaran tersebut TANPA perbandingan-perbandingan dengan injil-injil di dalam bahasa-bahasa asal penganut Kristian, ianya akan memberikan ruang dan peluang kepada pihak-pihak tertentu meneruskan agenda mereka.

Aku percaya UFB berpendidikan tinggi agama di negara Arab, oleh itu beliau lebih banyak membuat perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara Arab. UFB mungkin kurang terdedah dengan amalan penganut-penganut Kristian di negara-negara Eropah, yang merupakan ‘heartlands’ kepada agama Kristian, dan mungkin juga terlepas pandang bahawa agama Kristian mazhab Roman Catholics, mazhab terbesar Kristian, dilahirkan di istana Emperor Constantine di Rome, di mana terletaknya Kota Vatican, yang sekarang dianggap sebagai ibukota agama Roman Catholics seluruh dunia. Tidak hairanlah jika agama Kristian berkembang pesat di negara-negara Eropah, termasuk England, kerana negara-negara tersebut adalah bekas tanah-tanah jajahan Rome. Dari Eropah, jutaan penganut Kristian telah berhijrah ke tanah-tanah baru  di Amerika Utara, dan negara-negara Amerika Selatan, dan membawa pegangan agama Roman Catholics bersama mereka.

Di dalam mengupas isu penggunaan KALIMAH ALLAH, UFB sewajarnya lebih menggunakan injil-injil di dalam bahasa-bahasa asal penganut Kristian, antaranya Bahasa Hebrew, Bahasa Greek, Bahasa Latin, dan Bahasa Inggeris sebagai perbandingan utama. Sekiranya UFB pernah bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh Kristian di negara-negara di mana penganut Kristian adalah penduduk majoriti tersebut di atas, UFB tidak perlu banyak masa untuk meyakinkan diri beliau bahawa KALIMAH ALLAH tidak pernah digunakan di dalam mana-mana injil di dalam bahasa-bahasa awal penganut Kristian iaitu bahawa Hebrew, Bahasa Greek, Bahasa Latin dan Bahasa Inggeris. Injil Bahasa Greek umpamanya menggunakan kalimah ‘tetra-grammaton'(bermaksud ‘four-letter word) untuk menggambarkan ‘God the Father’, sementara ada injil-injil yang menggantikan kalimah ‘tetra-grammaton’ itu dengan perkataan ‘Jehovah’ bagi nama ‘God the Father’. Malah tidak ada mana-mana injil di dalam bahasa-bahasa asal penganut Kristian tersebut  menggunakan ISTILAH ALLAH bagi menggambarkan tuhan ‘God the Father’.

Injil-injil asal penganut Kristian bukan di dalam Bahasa Arab atau Bahasa Indonesia. Oleh itu, kenapa kita perlu buat perbandingan dengan injil-injil bahasa Arab dan Bahasa Indonesia di dalam berhujjah isu penggunaan KALIMAH ALLAH. Malah, kita perlu faham bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam injil bahasa Arab dan bahasa Indonesia adalah sebahagian dari strategi Christian Mission untuk mengelirukan umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dunia Arab dan Indonesia. Christian Mission gagal menembusi umat Islam di negara-negara Arab dan Indonesia secara besar-besaran, sebagaimana mereka telah berjaya mengembangkan Kristian di sebahagian Benua Afrika, di negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan. Oleh itu, mereka menggunakan strategi MENGELIRUKAN umat Islam, dengan menggunakan KALIMAH ALLAH di dalam injil bahasa Arab dan Bahasa Indonesia.

Negara-negara Arab, Indonesia, Sabah dan Sarawak telah menjadi MANGSA kepada strategi ‘mengelirukan umat Islam’ sebagai satu cara untuk menembusi ketahanan aqidah umat Islam. Christian Mission sedang cuba menggunakan strategi yang sama untuk ‘mencairkan’ aqidah umat Islam di Malaysia, khususnya dari kalangan Bangsa Melayu, yang sememangnya berpegang kuat dengan ajaran Islam, sehingga menganut agama Islam dijadikan salah satu syarat untuk diiktiraf sebagai Melayu di Malaysia.

Oleh itu, aku ingin mencadangkan agar, apa yang berlaku di negara-negara Arab, Indonesia, Sabah dan Sarawak, tidak wajar dijadikan rujukan utama di dalam membahaskan isu penggunaan KALIMAH ALLAH. Hujjah utama kita ialah, KALIMAH ALLAH tidak lansung digunakan di dalam injil-injil dalam bahasa-bahasa asal penganut Roman Catholics, dan penganut-penganut Roman Catholics di negara-negara majoriti penganut Kristian pun tidak menggunakan KALIMAH ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Jadi apa sebenarnya agenda Christian Missions di Malaysia?

Kebebasan Beragama BUKAN BERMAKNA Kebebasan Melakukan Maksiat.

December 11, 2012

Isu kebebasan beragama hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Nurul Izzah meletakkan PKR dan PAS di dalam keadaan amat tertekan apabila membuat kenyataan mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak bebas memilih agama. DAP pula mempersoalkan tindakan Kerajaan Kelantan menyaman pengusaha saloon yang membenarkan pekerja perempuan memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya. DAP bertambah bising bila dua pasangan bukan Islam ditangkap di Kelantan atas tuduhan berkhalwat.

Sebelum ini, aku banyak mempersoalkan tindakan-tindakan Kerajaan PAS Kelantan, malah perubahan mendadak matlamat-matlamat perjuangan PAS setelah bersekongkol dengan DAP. Tetapi di dalam kedua-dua kes tersebut di atas, aku lebih cenderung menyokong pendirian Kerajaan PAS Kelantan mengadakan peraturan-peraturan  bagi menyekat BUDAYA KUNING dari menular ke dalam masyarakat kita.

Di dalam mentafsirkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan berhubung kebebasan beragama, kita kena bezakan antara KEBEBASAN BERAGAMA dengan KEBEBASAN SOSIAL. Mari kita tanya orang Cina, apakah agama mereka? Jawapannya ialah orang Cina menganut berbagai agama termasuk Budhha, Taoism, Confucianism, Kristian dan Islam. Persoalannya, apakah ada di antara agama-agama ini menggalakkan amalan-amalan ‘biasa’ di kalangan orang Cina seperti berjudi, melanggani pelacur, menyimpan mistress di luar perkahwinan, hubungan sex di luar nikah dan sebagainya? Dan apakah ada agama yang membenarkan kebebasan tanpa batasan seperti  bertelanjang buat di pantai-pantai tertentu di sesetengan negara barat, kebebasan hubungan sex sejenis atau di luar nikah, kebebasan berkahwin sejenis, kebebasan tinggal sebumbung antara pasangan lelaki dan perempuan tanpa nikah, kebebasan melanggani pelacur, kebebasan ‘bekerja’ sebagai pelacur dan sebagainya?

Jawapannya amat mudah. Tidak ada agama yang mengajar penganutnya melakukkan perkara-perkara maksiat dan merosakkan akal-budi manusia. Walaupun agama-agama selain dari Islam tidak diterima oleh Allah swt, Tuhan Pencipta Alam, agama-agama tersebut pada umumnya mengajarkan amalan-amalan kehidupan yang baik. Kesalahan utama mereka adalah kerana gagal mentauhidkan Allah swt, Tuhan Yang Satu. Sebagai contoh,  Agama Kristian mengajar banyak nilai-nilai yang baik, seperti ‘love your neighbour’ dan sebagainya, tetapi agama ini ditolak kerana mempercayai bahawa Allah swt, Tuhan Yang Maha Esa, mempunyai anak bernama Isa(Jesus) yang merupakan sebahagian dari ‘Trinity’ Ketuhanan. Agama Buddha pula mempercayai Gautama Budhha sebagai Tuhan, walaupun penganutnya tahu bahawa alam maya ini telah wujud sebelum kelahiran Budhha sebagai seorang putra raja di India.

Walaupun orang Cina menganuti berbagai agama, dipercayai lebih dari 50% dari kaum Cina diseluruh dunia tidak mempercayai apa-apa agama. Mereka boleh dianggap sebagai golongan ‘Atheists’ iaitu tidak mempercayai Tuhan, sebagaimana difahami oleh agama-agama ‘ahlul-kitab’ seperti Kristian dan Yahudi. Mereka inilah yang menganuti amalan ‘liberalisma’ sosial, sebagaimana diamalkan oleh orang-orang barat, termasuk budaya-budaya sex bebas.  Persoalannya, apakah budaya ‘liberalisma’ ini terdapat di dalam mana-mana ajaran agama?

Di dalam semua parti politik sedang ‘kemaruk’ mencari undi menjelang PRU 13 akan datang, kita sebagai umat Islam perlu berwaspada terhadap penyebaran BUDAYA KUNING yang cuba disebarkan melalui konsep ‘kebebasan beragama’. Perlembagaan kita menjamin kebebasan beragama,  tetapi BUKAN kebebasan mengamalkan budaya kebebasan tanpa had seperti yang sedang diamalkan di barat dan telah menular ke dalam negara kita.

 

 

PAS Bersubahat Dengan Pakatan DAP-Gereja

October 7, 2012

Menjelang PRU 13 yang hampir mendatang, saban hari kita disajikan dengan ‘breaking news’ yang hangat-hangat, khususnya di ‘political hotspots’ seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Kita ucapkan tahniah kepada YBK kerana telah memenangi hak ke atas tanah milikan mereka di Serendah. Pembinaan UiTM di Serendah sudah tentu akan menjadi ‘catalyst’ kepada pembangunan pesat di Hulu Selangor. Keputusan mahkamah berhubung tanah milik YBK ini memberikan satu TAMPARAN hebat kepada Kerajaan Selangor. Selain dari ini, kita percaya, keengganan Kerajaan Pakatan Selangor tidak membenarkan pembinaan Loji Air Langat 2 akan memberikan kelebihan kepada BN menjelang PRU 13, demikian juga dengan gerakan menuntut tunggakan subsidi air yang semakin hebat hari demi hari.

Berita-berita dari utara, khususnya Pulau Pinang tidak kurang hebatnya. Tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana berjaya mendedahkan perlakuan-perlakuan ‘double standard’ Kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam beberapa urusan jual-beli  hartanah, khususnya terma-terma ‘istimewa’ bila berurusan dengan kroni-kroni mereka, tetapi sebaliknya pula dengan syarikat-syarikat Pemaju yang dikaitkan dengan Kerajaan Persekutuan. Nampaknya Kerajaan Pulau Pinang banyak belajar dari Singapura di dalam SOSIAL ENGINEERING, bagi menambahkan penduduk Cina di PULAU Pulau Pinang, dan ‘menghalau’ Melayu/Bumiputra ke Seberang Perai…inilah gambaran yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

Sehari dua lepas, umat Islam dikejutkan pula dengan berita ‘breaking news’ bahawa Lim Guan Eng telah cuba MENCUCUK golongan gereja di Pulau Pinang, di dalam suatu perjuampaan dengan kira-kira 300 pemimpin Gereja.  Semasa di Melaka dulu, Lim Guan Eng  ‘mencucuk’ orang Melayu untuk membenci UMNO/BN. Tetapi, di Pulau Pinang, LGE rata-rata gagal di dalam usahanya memperdaya kaum Melayu, sekalipun pernah menyertai perarakan Maulidu Rasul beberapa tahun lepas. Jadi menjelang PRU 13, Lim Guan Eng terpaksa mendapatkan sokongan padu kaum Cina, termasuk yang beragama Kristian. LGE tahu bahawa amat mudah ‘mencucuk’ penganut Kristian supaya membenci kepimpinan Melayu/Islam di negara ini.

Walaupun ada seorang dua pemimpin Kristian menyatakan kurang senang dengan apa yang telah diserukan oleh LGE kepada 300 pemimpin gereja sehari dua lepas, aku sebenarnya tidak sedikit pun terkejut  mendengar berita 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang bersedia menerima kehadiran LGE, dan turut bersedia memberikan ruang dan peluang kepada LGE untuk ‘mencucuk’ mereka dengan pemikiran-pemikiran membenci UMNO/BN….pertembungan antara Kristian dan Islam telah berlaku sejak lebih seribu tahun yang lalu, dan ‘cold war’ tersebut berterusan sehingga sekarang…samada secara terang atau secara senyap. LGE pula memang hebat di dalam ‘menangguk di air yang keruh’…..dan ‘mencucuk’  memang KEPAKARAN LGE. Kalau di negara-negara kuku besi seperti China, ‘pencucuk’ seperti LGE mungkin telah di’nyahkan’ ke Gurun Gobi untuk bercakap-cakap dengan bukit-bukit pasir seorang diri.

Persoalan selanjutnya, apakah PAS hanya berdiam diri melihat Pakatan DAP-Gereja. Semua sudah tahu jawapannya….sudah tentu PAS akan berdiam diri dan memerhatikan sahaja. Bagi PAS, undi Cina DAP amat berharga sekali, malah lebih berharga dari agama dan bangsa mereka. Bukankah apabila orang Kristian menggunakan nama ALLAH di dalam Injil mereka  sekali pun, PAS boleh diam juga….malah memberikan pula justifikasi kepada kaum Kristian. Bagi aku, orang Melayu/Islam sudah tidak boleh menaruh sebarang pengharapan kepada PAS lagi.

Tidak susah untuk kita membayangkan bahawa LGE akan mempertahankan Pulau Pinang dengan apa cara sekalipun, supaya tidak tergendala  impiannya menjadikan Pulau Pinang sebagai satu lagi CHINESE STATE…..dengan bantuan Gereja dan PAS… selepas Lee Kuan Yew berjaya menjadikan Singapura CHINESE STATE pertama di luar Greater China.

Dr. Mohd Asri And Perjuangan Bangsa

October 18, 2010

It was barely two weeks since I posted an aticle here REFUTING Tuan Guru Nik Aziz’s understanding of the term ‘asobiyyah’ which to my mind is a MAJOR OBSTACLE to the Malays/Muslims unity. Tuan Guru Nik Aziz in many occassions had labelled UMNO as ‘asobiyyah’ for being a political party for Malays, with its main struggle to uplift the Malays and to protect the Malay RIGHTS. In the article, among other things, I stated: ……”Bagi saya, pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menyamakan ‘asobiyyah’ itu dengan ‘bangsa’ adalah suatu FAHAMAN SESAT DAN KARUT, yang bukan sahaja tidak selari dengan apa yang difahami oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin dan Allahyarhan Datuk Hj. Mohd Asri, malah TERPESONG dari ajaran Islam sebenarnya……”

It maybe a co-incidence that yesterday, Dr.Mohd Asri, the former Mufti of Perlis posted an article in his blog, explaining the position of PERJUANGAN BANGSA in the eye of Islam. Although his original article is quite lengthy, the conclusion was as follows: …….”Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah………….Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa……… Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.”

Obviously Dr.Mohd Asri is standing on OPPOSITE POLE of Tuan Guru Nik Aziz in understanding the term ‘asobiyyah’. To Nik Aziz, any struggle for the sake of BANGSA or KEBANGSAAN, whether its in according to Islamic principles or not, is inevitably ‘asobiyyah’ and therefore AGAINST Islam.

On the other hand, to Dr.Mohd Asri,….”Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.”

I sincerely hope that there are more and more ULAMAS out there who would come forward to CLEAN UP the MISLEADING understanding of Islam, as being portrayed by DEVIATIONIST ULAMAS like Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru Nik Aziz may be very knowledgable on many aspects of the religion of Islam…. but whenever he labelled UMNO as ‘asobiyyah’, he actually knew little about what he was talking about.

Tuan Guru Nik Aziz needs to seek URGENT ADVICE from fellow ulamas like Dr.Mohd Asri to get the true meaning of ‘asobiyyah’ and REPENT for being an obstacle to Malays/Muslims unity in this country. To cause DISUNITY among the Muslims is a HUGE SIN which Tuan Guru Nik Aziz will not be immuned from HARSH PUNISHMENTS  from Allah swt. the God Almighty.


%d bloggers like this: