Posted tagged ‘Misbun Sidek’

Khairy Jamaluddin Jangan Biarkan DAP Kuasai Persatuan Badminton Malaysia(BAM)

September 22, 2013

Aku banyak perkara-perkara lain yang jauh lebih penting untuk ditulis hari ini, hari Ahad 22 September. Semalam adalah tarikh tutup penyerahan borang-borang percalunan bagi Pemilihan UMNO Peringkat Pusat dan Bahagian, bagi semua 4 peringkat. Semua akhbar menjadikan peristiwa bersejarah ini bahan berita utama hari ini, dan inilah fokus aku hari ini.

Namun begitu, aku terpanggil untuk menulis sesuatu tentang apa yang sedang BERGOLAK di dalam Persatuan Badminton Malaysia(BAM), kerana ada menampakkan seolah-olah ada usaha untuk memperkasakan ‘meritokrasi'(dibaca ‘Chinese superiority’) di dalam Persatuan sukan tersebut.

Berdasarkan lapuran Mingguan Malaysia pagi ini, aku dapat simpulkan bahawa antara ‘taiko-taiko’ BAM terkini adalah seperti berikut:
Presiden : TS Tengku Mahaleel Tengku Ariff
Setiausaha Agung : Ng Chin Chai
Pengurus Besar : Kenny Goh
Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat : Tan Aik Mong

Kenapa aku kaitkan BAM dengan DAP? Senang sahaja jawapannya. Berdasarkan PRU13, lebih dari 90% dari kaum Cina menyokong DAP dan menolak BN. Jadi, secara mudahnya dapat disimpulkan bahawa setiap 10 orang dari kaum Cina yang kita ternampak, berselisih, bertemu atau berbual di mana-mana di Malaysia, kebarangkalian atau ‘probability’ mereka adalah penyokong DAP adalah 9:1.

Siapa tidak kenal dengan Tan Aik Mong, kerana beliau adalah salah seorang JAGUH BADMINTON BEREGU negara kita, yang telah mengharumkan nama negara kita di peringkat antarabangsa. Namun kita tidak tahu Tan Aik Mong mengundi parti mana di dalam PRU13 yang lalu. Namun begitu, berdasarkan ‘general prifiling’ kaum Cina yang lebih 90% menyokong DAP, ‘probability’ Tan Aik Mong adalah penyokong DAP juga adalah 9:1. Begitu juga dengan SU Agung BAM, Ng Chin Chai, dan juga GM BAM, Kenny Goh.

Kita kurang pasti sebenarnya apa yang sedang BERGOLAK dalam BAM. Tetapi kita sentiasa memerhati apa ‘end game’ di dalam setiap PERGOLAKAN yang telah berlaku di dalam BAM. Sedikit masa dulu, bekas JAGUH BADMINTON PERSEORANGAN kita, Misbun Sidek, telah meletak jawatan sebagai Jurulatih Perseorangan kepada Lee Chong Wei. Selepas berlaku beberapa ‘re-structuring’, akhirnya adik beliau, Rashid Sidek, telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih Perseorangan. Malangnya beliau juga menghadapi berkrisis dengan BAM, khususnya Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat, Tan Aik Mong, sehingga Rashid Sidek telah membuat keputusan muktamad untuk meletakkan jawatan.

Aku kurang pasti apa jawatan rasmi Tan Aik Mong sebelum ini, tetapi aku percaya beliau baru sahaja menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Bakat BAM. Berdasarkan nama jawatan Tan Aik Mong sebagai Pengarah Pengurusan Bakat, ia memberi gambaran bahawa Tan Aik Mong bertanggung-jawab untuk memberikan idea-idea kepada BAM bagaimana untuk mengenal-pasti bakat-bakat baru dari seluruh negara, bakat-bakat barisan pelapis, bagi menggantikan pemain-pemain Kebangsaan kita yang kebanyakannya telah mula menjadi PEMAIN VETERAN, atau sudah LANJUT USIA. Aku percaya Tan Aik Mong bukan dilantik untuk menjadi jurulatih sebagaimana peranan Rashid Sidek.

Apa yang membimbangkan kita sedikit ialah dakwaan Rashid Sidek, sebagaimana dilapurkan media, bahawa sejak Tan Aik Mong dilantik ke jawatan Pengarah Pengurusan Bakat, Tan Aik Mong telah melakukan beberapa tindakan yang aku boleh panggil sebagai ‘menouvres’ yang telah MENYENTUH kedudukan Rashid Sidek, yang telah menyebabkan Rashid Sidek tidak selesa lagi berada di tempatnya. Aku percaya, jawatan Ketua Jurulatih yang dipegang oleh Rashid Sidek sekarang ialah jawatan bergaji/berelaun, dan mungkin juga lumayan. Oleh itu, jika Rashid Sidek mula merasakan kedudukannya sudah mula diancam oleh individu-individu tertentu, tidak mustahil dia terpaksa mencari-cari padang rumput alternatif, samada di Malaysia atau di luar negara.

Persoalannya sekarang ialah apakah ada usaha pihak-pihak tertentu untuk MENYUSAHKAN atau MEMENCILKAN beberapa kerat Melayu yang masih berada di dalam struktur kejurulatihan BAM?

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang telah diberikan mandat oleh Perdana Menteri DS Najib untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin tidak boleh membiarkan perkara ini berpanjangan tanpa campur-tangan. Umat Melayu amat sensitif terhadap perangai SUKA BODEK dan SUKA CUCUK bangsa penyokong DAP ini. Kalau tidak, mana boleh Presiden BAM, TS Tengku Mahaleel boleh memperlekehkan seorang Ketua Jurulatih yang sebangsa dengannya dengan kata-kata yang bermaksud ‘Rashid Sidek tu siapa, aku tak kenal dia pun…’.

Advertisements

Tidak Mustahil JAGUH MELAYU Akan Mengungguli Liga Badminton PROFESSIONAL Malaysia

January 16, 2013

Sudah banyak minggu kita MENGGASAK PAS di dalam berbagai isu, termasuk isu kalimah ALLAH dan ‘Amanat Haji Hadi’. Dalam isu ‘Amanat haji Hadi’, PAS TKO terduduk, sementara dalam isu kalimah ALLAH, PAS KO terlentang. Walaupun 40,000(berhati-hati sedikit kerana orang PAS dan Pakatan bukannya pandai mengira) mendoakan supaya UMNO KO di Stadium Sultan Muhammad Ke 4 sempena Muktamar PAS baru-baru ini, nampaknya PAS yang lebih dahulu menerima pukulan KO di dalam isu kalimah ALLAH. Kesian pula melihat  pemimpin-pemimpin tertinggi PAS termasuk Nik Aziz dan Hj Hadi, dan ‘juak-juak’ Anwar Ibrahim terpaksa ‘menelan ludah’ mereka sendiri.

Hari ini aku memilih untuk cerita topic SANTAI-SANTAI, sambil menarik nafas lega seketika, setelah umat Islam telah terlepas dari MUSIBAH dan KERUGIAN BESAR sekiranya PAS kekal dengan pendirian 2010 mereka. Di dalam membelek-belek beberapa akhbar perdana, aku tertarik dengan suatu berita melibatkan seorang JAGUH MELAYU, juara baru GP Final Badminton Kebangsaan 2012 , Misbun Ramdan Misbun, anak kepada Misbun Sidek, legenda badminton perseorangan Malaysia.  Malang sedikit, di dalam berita yang aku baca itu, Misbun Ramdan telah tewas mengejut pada pusingan kelayakan kejuaraan Maybank Malaysia Open yang sedang berlansung.

Terdapat cerita-cerita bahawa setelah membuat keputusan untuk meninggalkan BAM dan menyertai Kelab Nusa Mahsuri yang diasaskan oleh bapanya Misbun, Misbun Ramdan telah kurang mendapat ‘sparring partner’ yang mencabar di dalam sesi-sesi latihan. Mempunyai ‘sparring partner’ yang berwibawa amat penting di dalam sukan badminton, sebagaimana juga di dalam sukan tinju. Ketiadaan ‘sparring partner’ yang mempunyai keupayaan mencabar boleh menggugat kesediaan seorang pemain menghadapi kejohanan besar.

Aku terdorong untuk menulis tentang sukan badminton kerana badminton adalah di antara sukan yang amat diminati oleh rakyat Malaysia, juga sukan yang telah melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia, termasuk dari kalangan pemain-pemain Melayu. Kita amat berbangga bila nama-nama Melayu ANAK-ANAK SIDEK, iaitu Misbun Sidek, Jailani Sidek, Razif Sidek, Rashid Sidek dan Rahman Sidek yang telah mendominasi pentas badminton negara dan dunia di era 1980-2000. Tahniah kepada ayahanda mereka,  Allahyarham Datuk Haji Sidek. Ini pula diikuti pula oleh ANAK-ANAK HASHIM, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim yang telah cemerlang di awal 1990an. Dan sekarang, putaran alam telah menentukan bahawa Misbun Ramdan Misbun pula akan meneruskan kecemerlangan bangsa Melayu di dalam sukan ini.

Walaupun badminton mempunyai JUTAAN  peminat di negara ini, aku tertanya-tanya kenapa tidak ada pertandingan badminton antara negeri-negeri atau kelab-kelab mengikut format LIGA SUPER dan LIGA PERDANA di dalam sukan bolasepak. Aku percaya, sekiranya format perlawanan badminton diubah-suai mengikut format  LIGA-LIGA BOLASEPAK PROFESSIONAL, aku percaya badminton boleh menawarkan peluang-peluang mewujudkan kelab-kelab dan pemain-pemain bertaraf professional seperti di dalam sukan bolasepak.

Malah, pemain badminton No.1 dunia, Lee Chong Wei, pernah mencadangkan agar Malaysia mencontohi Indonesia dan China di dalam menganjurkan Liga Super Badminton di negara mereka. Malaysia mempunyai infra-struktur dan ‘fan base’ yang cukup besar untuk menjayakan Liga Badmintonnya sendiri, yang mungkin jauh lebih hebat dan berjaya dari apa yang telah dimulakan di China dan Indonesia. Dengan ini, kita  tidak akan bermasalah lagi untuk mendapatkan pemain-pemain pelapis bertaraf antarabangsa bagi memenanagi kejohanan-kejohanan besar dunia termasuk di dalam merebut dan mempertahankan Piala Thomas dan Piala Uber, kejohanan All-England, Piala Dunia dan sukan Olimpik.

Sudah sampai masanya, penyertaan dan pengurusan di dalam acara-acara sukan boleh menjadi pilihan kepada golongan muda Malaysia menjadikan sukan suatu kerjaya dan business, bukan lagi sebagai hanya aktiviti mengisi waktu. Ribuan pemuda-pemuda Melayu telah menjadikan sukan sebagai kerjaya di bidang bolasepak. Sudah sampai masanya peluang yang sama diperluaskan ke sukan BADMINTON, dengan memulakan langkah-langkah awal ke arah penubuhan LIGA BADMINTON PROFESSIONAL Malaysia.  Sebagaimana di dalam sukan bolasepak, tidak mustahil JAGUH-JAGUH BADMINTON MELAYU akan mengungguli pentas badminton negara apabila Liga Badminton Professional Malaysia menjadi kenyataan.


%d bloggers like this: