Posted tagged ‘Nik Aziz’

Jalan Penyelesaian Isu Kalimah Allah, Kristian Guna Sahaja Kalimah TUHAN

January 12, 2013

Seseorang itu diterima sebagai seorang Islam apabila dia mengucap ‘syahadatain’, atau dua kalimah syahadah berbunyi, “Aku bersaksi bahawa tiada TUHAN melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah”.

Kalau lafaz itu di dalam bahasa Inggeris, ianya berbunyi, “I bear witness that there is no GOD but ALLAH, and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah”.

Sebutan di dalam bahasa Arab pula ialah, “Asyhadu an la ILAH illa ALLAH, asyhadu anna Muhammad rasulullah”.

Kalau kita bandingkan ketiga-tiga cara mengucapkan ‘syahadatain’ atau dua kalimah syahadah  di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Arab, perkataan TUHAN dalam Bahasa Melayu, bersamaan dengan perkataan GOD dalam Bahasa Inggeris, dan ILAH dalam Bahasa Arab. Sedangkan di dalam ketiga-tiga bahasa tersebut, kalimah ALLAH sebagai NAMA KHAS kepada Tuhan, digunakan di dalam ketiga-tiga bahasa.

Di dalam bible bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan sebagaimana TUHAN dalam bahasa Melayu ialah GOD. Namun begitu, mengikut kepercayaan TRINITY di dalam agama Kristian, GOD mempunyai tiga ‘entity’ ketuhanan mereka yang terdiri dari ‘God the Father’ atau ‘Tuhan Bapa’, ‘Son of God’ atau ‘Tuhan Anak’, dan ‘Holy Spirit’ atau ‘Roh Suci’. GOD dalam bahasa Inggeris pula bersamaan dengan ‘TETRA-GRAMMATON’ di dalam Bible bahasa Greek/Latin, dan Yehowah di dalam Bahasa Hebrew(Bahasa Yahudi kuno).

Bible-bible terawal di tulis di dalm bahawa Hebrew, bahasa Greek/Latin, dan kemudiannya diterjemah ke bahasa Arab.

Kekeliruan tentang isu kalimah ALLAH ini berlaku di Malaysia apabila terdapat beberapa ‘kerat’ pemimpin tertinggi PAS menggunakan bible  bahasa Arab dan bahasa Indonesia SAHAJA sebagai perbandingan, sedangkan bible bahasa Arab dan bahasa Indonesia BUKAN bahasa asal penulisan bible. Bahasa-bahasa asal bible ialah bahasa Hebrew, bahasa Greek/Latin dan bahasa-bahasa Eropah termasuk bahasa Inggeris.

Masalah timbul kerana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, iaitu  Nik Aziz dan Haji Hadi JAHIL tentang sejarah penulisan bible Kristian. KEJAHILAN mereka tentang nama-nama Tuhan seperti TETRA-GRAMMATON, YEHOVAH dan GOD yang digunakan di dalam bible-bible bahasa Hebrew, bahasa Greek/Latin dan bahasa Inggeris, menyebabkan kuasa perbandingan mereka terhad kepada bible bahasa Arab sahaja….selain dari bible bahasa Indonesia, sedangkan kita semua sudah jelas dan nyata bahawa penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible bahasa Indonesia adalah sebahagian dari strateji halus CHRIATIAN MISSION mengembangkan agama Kristian di kalangan umat Islam di Indonesia, Sabah dan Sarawak.

Majlis Syura PAS dilapurkan akan bermesyuarat malam besok bagi mencapai keputusan ‘konsensus’ tentang isu ini. Bagi aku, jalan penyelesaian agak mudah, jika PAS ikhlas di dalam mencari jalan penyelesaian, dan tidak bertindak SEPERTI LEMBU DI CUCUK HIDUNG oleh PKR dan DAP. PAS hanya perlu mengambil pendirian bahawa, sekiranya dirujuk kepada bible-bible di dalam bahasa-bahasa asal orang Kristian iaitu Hebrew, Greek/Latin dan Inggeria, tidak terdapat kalimah ALLAH di dalam mana-mana bible asal tersebut. Yang ada ialah nama-nama  seperti  TETRA-GRAMMATON, YEHOWAH dan GOD. Sedangkan perkataan GOD di dalam bahasa Inggeris itu pula bersamaan dengan perkataan TUHAN dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, jalan penyelesaian isu ini ialah dengan penganut Kristian mennggunakan sahaja kalimah TUHAN di dalam bible mereka, dan jangan lagi nak ‘kacau-kacau’ kalimah ALLAH.

 

 

Advertisements

Isu Kalimah Allah – Kisah Penglipur Lara Nik Aziz PAK KADOK Moden

January 10, 2013

Aku pernah menggambarkan Nik Aziz sebagai PAK KADOK  MODEN kerana kerap terdorong kepada membuat keputusan-keputusan dari sudut ‘keuntungan’ tanpa membuat kajian mendalam faktor-faktor ‘risiko kerugian besar’. Di dalam kisah penglipur lara Melayu, Pak Kadok dikisahkan mempunyai ayam sabung TERHANDAL, sehingga seorang Raja pada zaman itu berkenan untuk bertukar ayam sabungnya dengan ayam sabung Pak Kadok. Terlalu seronok dengan pujian-pujian yang dicurahkan terhadap ayam sabungnya, PAK KADOK lupa diri, lantas bersetuju untuk bertukar ayam dengan Raja. Rakan-rakan bloggers semua sudah tahu ENDING cerita penglipur lara tersebut.

Nasib yang telah dialami PAK KADOK seakan-akan semakin hampir menimpa PAS di dalam percaturan politiknya akhir-akhir ini, khususnya setelah mula bekerjasama denga DAP menjelang PRU 2008. Demi mendapat sokongan dari pengundi Cina DAP, PAS telah mengenepikan matlamat-matlamat perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. PAS hanya membuat andaian kasar bahawa dengan bersetuju dengan persefahaman-persefahaman terkandung di dalam Buku Jingga, undi PAS akan bertambah dengan mendadak, dan dengan itu mempunyai peluang besar untuk memberikan ‘tumbukan KO’ terhadap UMNO. Ditinjau dari sudut politik pun, PAS seolah-olah tidak membuat kajian terperinci sejauh mana parti itu akan kehilangan undi Melayu/Islam disebabkan keputusan-keputusan bermotifkan pilhanraya tersebut.

Apatah lagi kalau kita lihat dari sudut KERUGIAN KE ATAS ISLAM DAN UMAT ISLAM apabila umat Islam berpecah belah, yang mengakibatkan parti BUKAN ISLAM seperti DAP seolah-olah jauh lebih ‘power’ dari PKR atau PAS. Di dalam isu KALIMAH ALLAH, kepimpinan PAS sendiri pun dilihat tidak sekata dan berpecah belah, akibat dari sikap sebahagian pimpinan PAS yang terlalu menjaga keharmonian dengan DAP…..dan mengenepikan kepentingan mempertahankan kesucian AQIDAH ISLAM. Kerana nak jaga hati DAP, Hj Hadi sanggup ‘menjatuhkan’ martabat DEWAN ULAMA partinya sendiri, juga martabat tokoh-tokoh pimpinan yang lain termasuk Setiausaha Agung Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim, dan Ketua DEWAN ULAMA Ustaz Harun Taib. Amat jelas bagaimana pengaruh tokoh-tokoh beragama Kristian di dalam kepimpinan DAP telah berjaya memporak-porandakan saf  kepimpinan PAS.

Di dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH, Nik Aziz ada membuat satu kenyataan MENGANDAIKAN bahawa dengan membiasakan bukan Islam dengan KALIMAH ALLAH, mereka akan lebih dekat dengan DAKWAH ISLAM…dan sudah tentu akan berbondong-bondonglah kalangan penganut Kristian yang akan memeluk Islam. Inilah yang aku maksudkan dengan pemikiran ‘Pak Kadok’ Nik Aziz. Beliau mungkin tidak terfikir lansung sejauh mana penggunaan KALIMAH ALLAH oleh bukan Islam, termasuk di dalam Injil versi Bahasa Melayu, akan mendedahkan ANAK-ANAK MUDA ISLAM kepada CHRISTIAN MISSIONARY. Apakah beliau ada terfikir bahawa suatu hari nanti, ANAK-ANAK MUDA ISLAM akan mula menerima pemikiran bahawa kedua-dua agama, Islam dan Kristian, diterima oleh Allah swt….apa tidaknya,  kedua-dua agama bertuhankan ALLAH!!! Nauzubillah!!!!

Kita semua tentu bersetuju bahawa gerakan CHRISTIAN MISSIONARY di seluruh dunia adalah jauh lebih tersusun dari GERAKAN DAKWAH orang Islam. CHRISTAN MISSIONARY mempunyai dana yang amat besar, berdasarkan faktor-faktor sejarah ROMAN CATHOLICS di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. CHRISTIAN MISSIONARY menggunakan pendekatan membantu golongan miskin dan terdesak di segi ekonomi, melalui berbagai-bagai badan bertaraf antara-bangsa seperti RED CROSS, SALVATION ARMY, CHRISTIAN AID dan badan-badan dipelopori gereja-gereja berbagai mazhab Kristian. CHRISTIAN MISSIONS mempunyai dana yang teguh sehingga boleh membiayai MISSIONARIES sepenuh masa yang dihantar ke seluruh dunia, terutama negara-negara di mana terdapat ramai golongan miskin dan memerlukan bantuan, termasuk negara-negara Islam.

Sekarang tanya diri kita, apakah ada badan-badan DAKWAH ISLAM bertaraf antara-bangsa yang mempunyai kedudukan kewangan begitu teguh untuk menandingi CHRISTIAN MISSIONS? Apakah PAS ada kumpulan dakwah yang dihantar ke merata dunia untuk menyampaikan dakwah kepada bukan Islam? Apakah UMNO ada kumpulan dakwah yang dihantar ke seluruh dunia untuk berdakwah kepada bukan Islam? Apakah Kerajaan Malaysia ada pendakwah-pendakwah khas yang dihantar ke seluruh pelusuk dunia? Apakah negara-negara Islam di Timur tengah menghantar pendakwah-pendakwah ke negara-negara miskin Afrika, ke negara-negara miskin Asia, ke negara-negara miskin Amerika Selatan?

Jawapannya jelas TIDAK. Umat Islam di Timur Tengan sibuk berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Umat Islam di Iraq, Afghanistan dan Palestine masih terjajah. Banyak lagi negara-negara Islam masih mundur, malah tidak mampu menjaga warganya sendiri. Di Indonesia, umat Islam berpecah-belah mengikut puluhan parti-parti politik. Di Malaysia, umat Islam sepanjang tahun berpolitik untuk menjatuhkan satu sama lain. Akibatnya, umat Islam mundur  di sudut ekonomi, dan dengan itu menjadi SASARAN UTAMA Christian missions. Gerakan Christian Missionaries sebagaimana telah didedahkan di DUMC sedikit masa yang lalu hanyalah ‘tips of the icebergs’. Sekiranya kita berikan kebebasan kepada Christian Missions, termasuk menggunakan KALIMAH ALLAH, tidak mustahil ribuan anak muda Islam akan diberi ‘package holidays’ percuma ke serata dunia untuk didedahkan kepada suatu agama lain yang juga bertuhankan ‘Allah’.

Sekiranya inilah realiti umat Islam, termasuk di Malaysia….sedangkan CHRISTIAN MISSIONS tidak terlibat dengan politik kepartian seperti orang Islam….adalah lebih realistik jika kita mengandaikan bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH oleh orang-orang Kristian di Malaysia akan lebih menguntungkan CHRISTIAN MISSIONS….dan akan lebih mendekatkan ANAK MUDA ISLAM kepada pengaruh agama Kristian, BUKAN SEBALIKNYA.

Lim Guan Eng Mengapi-apikan Penganut Kristian Pada Hari Sebelum Krismas.

December 25, 2012

“DAP sekali lagi telah mencungkil semula isu yang amat sensitif, isu penggunaan nama ALLAH di dalam Injil bersi Bahasa Malaysia. Melalui perutusan Hari Krismasnya semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH di dalam Injil versi Bahasa Malaysia, yang mengikutnya menepati semangat Krismas…”, begitulah yang dilapurkan oleh beberapa sumber berita.

Amat ‘bijak’ Lim Guan Eng memilih masa….untuk mengapi-apikan perasaan penganut Kristian di negara ini….pada hari ‘christmas eve’, satu hari sebelum hari Krismas 2012. Dari satu sudut, Lim Guan Eng tidak jauh bezanya dengan rakannya di dalam Pakatan Rakyat, Nik Aziz, yang baru-baru ini mendakwa setiap ayat di dalam al-Quran itu adalah ‘ayat politik’. Lim Guan Eng juga seolah-olah mahu berpolitik sepanjang masa, malah makan minumnya pun politik….dan setiap jam dan hari di dalam kehidupannya adalah untuk berpolitik, khususnya politik untuk menimbulkan kebencian kaum Cina terhadap UMNO. Dan semalam, sehari sebelum hari Krismas, beliau terdorong untuk menimbulkan kembali isu penggunaan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘tuhan’ ….suatu isu yang hampir-hampir mencetuskan rusuhan kaum/agama sedikit masa dulu.

Di dalam perutusan Krismasnya juga, Lim Guan Eng dilapurkan telah turut mendakwa bahawa penggunaan perkataan ALLAH menggantikan ‘tuhan’ telah berlaku di Sabah dan Sarawak sejak tidak kurang dari 50 tahun, sementara penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab injil versi Bahasa Arab telah berjalan di negara-negara Timur Tengah sejak lebih seribu tahun lalu.

Apa yang aku ingin persoalkan Lim Guan Eng di sini ialah, kenapa beliau hanya berani membandingkan Malaysia dengan negeri-negeri Sabah dan Sarawak, dan negara-negara Arab di Timur Tengah sahaja. Sedangkan kita semua tahu bahawa agama Kristian bukannya lahir di Sabah, atau Sarawak, atau di negara-negara Arab Timur Tengah. Malah kita semua tahu bahawa penganut Kristian adalah golongan minoriti samada di Sabah, Sarawak, dan negara-negara Timur Tengah.

Kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil di Malaysia dengan Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di kota Vatican dan Rome, di mana agama Kristian mazhab Roman Katholik telah dilahirkan. Kenapa beliau tidak berani untuk membandingkan  Injil-Injil di Malaysia dengan yang digunakan di negara-negara Eropah, di mana agama Kristian telah tersebar dengan begitu pesat lebih 1,500 tahun yang lalu, yang telah menjadikan negara-negara Eropah sebagai ‘tanah air’ utama agama Kristian. Dan kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil-Injil yang digunakan di Malaysia dengan yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Jawapannya amat mudah sekali. Di kota-kota Vatican dan Rome, tempat lahirnya agama Kristian mazhab Roman Katholik, Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di sana TIDAK ADA SEPATAH PUN perkataan ALLAH. Di negara-negara Eropah juga, Injil-Injil di sama tidak mengandungi sebarang perkataan ALLAH. Begitu juga di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Selatan, Injil-Injil yang mereka gunakan juga tidak ada sepatah pun perkataan ALLAH. Malah, ratusan juta penganut Kristian di negara-negara tersebut, semua tidak pernah mendengar perkataan ALLAH disebut sebagai ‘tuhan’.

Kepada penganut Kristian di Malaysia, terutamanya Roman Katholik, berhentilah dari menempah sengketa di negara ini. Pergilah sendiri ke negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian seperti di kota-kota Vatican dan Rome, negara-negara Eropah, dan negara-negara Amerika Utara dan Selatan….penganut-penganut Kristian akan menasihati anda semua bahawa nama ALLAH tidak pernah disebut di gereja-gereja di sana, malah tidak lansung terdapat sebarang perkataan yang bembawa sebutan ALLAH di dalam Injil-Injil yang tersimpan di gereja-gereja mereka, atau yang tersimpan dilaci-laci hotel dan rumah mereka….dan mereka tentu akan menasihati anda agar tidak terpengaruh dengan ahli politik seperti Lim Guan Eng…

Kepada semua penganut Kristian di seluruh dunia, aku secara ikhlas mengucapkan SELAMAT HARI KRISMAS.

Lim Guan Eng Instigated Christians On Christmas Eve

December 25, 2012

DAP has once again raised the thorny issue of the use of word ‘Allah’ in the Bahasa Malaysia version of the Bible. DAP secretary-general Lim Guan Eng, in his Christmas message today, urged the government to allow Christians to use the word in the BM version of the bibles, in the spirit of the holiday”,so went the news reports today.

What a timing….for Lim Guan Eng to  stir up the emotions of Christians in the country….on Christmas eve….the day before Christmas day of 2012.  Like Nik Aziz, his counterpart in PAS, DAP’s partner in Pakatan Rakyat coalision, who claimed that every verse of the Quran is ‘political’, Lim Guan Eng seems to eat and drink politics….every single day and hour of his life is ‘politics’, namely anti-UMNO politics. And today, on the eve of Christmas day, he thought it was a ‘timely’  to raise the issue of the use of the word Allah again…the issue which had nearly sparked off a religious/racial riot in the country in quite recent past.

In his Christmas message, LGE was reported to have added that the use of the word Allah in the Bahasa Malaysia version of the Bible has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years.

My point of contention here is, why compare with Sabah and Sarawak, and the Middle East countries. Are Sabah, Sarawak and the Middle east countries the birthplace of Christianity, and the heartlands of Christianity?

Why he dare not compare our situation with the Vatican and Rome, the actual BIRTHPLACE of Roman Catholicism? Why he dare not compare our situation with European countries, the countries where Roman Catholicism used to spread like wild fire, and eventually became the HEARTLANDS of this main branch of Christianity? Why he dare not compare our situation with North and  South American countries where the churches dominate their skylines.

The answer is DEAD SIMPLE. In the Vatican and Rome, the BIRTHPLACE of Roman Catholicism, and European countries, the HEARTLANDS of Christianity, and in North and South Americas, the Christians in all those countries NEVER HEARD of Allah as the name of their Christian God.

To Malaysian Roman Catholics, please travel to the Vatican and Rome, please visit churches and cathedrals in Europe, please meet Christians in North and South American countries, they all will tell you that the name ALLAH never appeared in their Holy Bibles….and they will advice you to forget ALLAH….and not to listen to politicians like Lim Guan Eng…

To all Christians all over the world, I wish you all a VERY HAPPY CHRISTMAS.

Persamaan-Persamaan Antara DAP dan Parti Komunis Malaya(PKM)

December 18, 2012

Terdapat banyak persamaan antara DAP dan PKM, di antaranya:

1.    Kedua-dua pertubuhani ini bermatlamat untuk mengambi-alih kuasa dari tangan orang Melayu di Malaysia, menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai mengikut masa dan keadaan. PKM menggunakan cara pemberontakan bersenjata, sementara DAP menggunakan cara pilihanraya.

2.   Kedua-dua pertubuhan ini diasaskan oleh kaum Cina, didominasi oleh kaum Cina, untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Tetapi kedua-duanya menggunakan beberapa kerat kaum Melayu dan kaum India sebagai ‘window dressing’ bagi menyembunyikan matlamat sebenar mereka.

3.  Pemimpin tertinggi kedua-dua pertubuhani ini ialah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung DAP sekarang ialah Lim Guan Eng, sementara Setiausaha Agung PKM ialah Chin Peng.

4.   Penubuhan kedua-dua pertubuhan ini diilhamkan oleh pertubuhan-pertubuhan di luar Malaysia, di dua negara berasingan di mana kuasa politiknya berada di tangan kaum Cina. DAP lahir dari tulang rusuk PAP Singapura, sementara PKM adalah suatu cawangan tidak rasmi Parti Komunis Cina di Tanah Melayu.

5. Kedua-dua petubuhan ini menggunakan PENGKHIANAT BANGSA di kalangan orang Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu. DAP menggunakan PENGKHIANAT BANGSA bernama Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, sementara PKM menggunakan beberapa orang pemimpin Melayu seperti Rashid Maidin dan Abdullah CD.

6. Kaum Cina yang menganggotai kedua-dua pertubuhan ini AMAT SEDAR bahawa nenek moyang mereka adalah pendatang dari Tanah Besar Cina, dan hanya diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, kemudian Malaysia, pada awal 1950an, berdasarkan suatu persefahaman antara kaum yang dipanggil ‘Contract Social’, di mana kaum pendatang yang menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu perlu mengiktiraf HAK ISTIMEWA MELAYU sebagai penduduk dan pemerintah asal Tanah Melayu.

7.  Malangnya, kaum Cina yang menganggotai kedua-dua pertubuhan ini pada umumnya adalah golongan TIDAK MENGENANG BUDI(ungrateful) dan TAMAK(greedy). Walaupun bangsa merekalah bangsa yang paling kaya di negara ini, mereka terus ‘memekakl’ bahawa bangsa mereka menjadi mangsa diskriminasi kaum di negara ini.

8. Kaum Cina yang menganggotai pertubuhan ini amat ‘allergic’ dengan istilah KETUANAN MELAYU, tetapi mereka umumnya menyembunyikan hasrat hati mereka untuk menegakkan KETUANAN CINA di Malaysia. Mereka hanya akan berpuas hati jika Malaysia menjadi seperti Singapura, di mana bangsa Melayu dijadikan bangsa KELAS TIGA. Mereka tidak gelojoh….mereka sedia menunggu 10 tahun, 50 tahun, 100 tahun atau lebih…..yang pentingnya mereka bercita-cita untuk berjaya akhirnya…..gerakan mereka telah bermula di Pulau Pinang….

Diharap rakan-rakan blogger yang lain bolehlah tambah apa lagi persamaan-persamaan antara kedua-dua pertubuhan, untuk menjadi peringatan kepada generasi muda Melayu.

Masa Terbaik Untuk Buka Kasino Di Kota Bharu Bandaraya Islam

December 13, 2012

Dari beberapa insiden yang berlaku di Kelantan seminggu dua lepas, kita boleh membuat rumusan mudah, bahawa,  Kerajaan PAS Kelantan akan berbuat apa sahaja untuk menjaga hati kaum Cina. Kesian YB Takiyuddin, terpaksa menelan ludahnya sendiri….tetapi bagi PAS, maruah dan harga diri pemimpin dan EXCO mereka tidak ada nilai tinggi, tidak setinggi nilai pengundi Cina. Inilah pemikiran mereka yang mata mereka telah dibutakan, lidah mereka dikelukan dan telinga mereka dipekakkan oleh Allah swt di atas kemungkaran yang mereka telah sebarkan di kalangan umat Islam di negara ini.

Apakah nanti pendirian Kerajaan PAS Kelantan jika pengusaha rumah urut Cina memohon lesen untuk business ‘massage parlour’ di Kelantan, di mana tukang urut perempuan Cina akan mengurut lelaki Cina? Apakah pendirian Kerajaan PAS Kelantan jika ada permohonan dari pengusaha ‘night-club’ untuk kaum Cina sahaja? Apakah pendirian Kerajaan PAS Kelantan jika ada permohonan untuk membuka ‘brothel’ atau ‘rumah pelacur’ yang menawarkan china-dolls untuk dilanggani oleh pelanggan-pelanggan Cina?

Sekiranya Kerajaan PAS Kelantan tidak ada masalah dengan saloon menawarkan khidmat potong rambut oleh tukang gunting perempuan ke atas pelanggan lelaki dan tukang gunting lelaki ke atas perempuan, dan Kerajaan PAS Kelantan juga tidak ada masalah pasangan Cina berasmara di dalam kereta di tempat letak kereta awam, apakah hujjah Kerajaan PAS Kelantan untuk menolak berbagai-bagai lagi bidang ‘business’ yang digemari oleh kaum Cina.

Malah tidak keterlalauan jika aku buat andaian bahawa inilah masa terbaik untuk pengusaha KASINO untuk memohon lesen KASINO di Kota Bharu Bandaraya Islam. Di negara barat, terdapat kasino yang menggunakan nama-nama Islam seperti MECCA dan ELHAMRA. Apa salahnya kalau di masa akan datang ada nama-nama kasino seperti NIK AZIZ CASINO, BANDARAYA ISLAM CASINO, DARUL NAIM CASINO dan sebagainya. Malah, Kelantan mungkin akan dikenali dengan nama ‘Serambi Las Vegas’.

Sebelum Tuan Guru Nik Aziz meninggalkan dunia yang fana ini, inilah masa terbaik untuk membuka KASINO di Kelantan, dengan syarat ianya hanya untuk orang Cina dan bukan Islam….kerana, Nik Aziz akan kabulkan apa saja permohonan kaum Cina….demi undi untuk mengalahkan UMNO.

Kebebasan Beragama BUKAN BERMAKNA Kebebasan Melakukan Maksiat.

December 11, 2012

Isu kebebasan beragama hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Nurul Izzah meletakkan PKR dan PAS di dalam keadaan amat tertekan apabila membuat kenyataan mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak bebas memilih agama. DAP pula mempersoalkan tindakan Kerajaan Kelantan menyaman pengusaha saloon yang membenarkan pekerja perempuan memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya. DAP bertambah bising bila dua pasangan bukan Islam ditangkap di Kelantan atas tuduhan berkhalwat.

Sebelum ini, aku banyak mempersoalkan tindakan-tindakan Kerajaan PAS Kelantan, malah perubahan mendadak matlamat-matlamat perjuangan PAS setelah bersekongkol dengan DAP. Tetapi di dalam kedua-dua kes tersebut di atas, aku lebih cenderung menyokong pendirian Kerajaan PAS Kelantan mengadakan peraturan-peraturan  bagi menyekat BUDAYA KUNING dari menular ke dalam masyarakat kita.

Di dalam mentafsirkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan berhubung kebebasan beragama, kita kena bezakan antara KEBEBASAN BERAGAMA dengan KEBEBASAN SOSIAL. Mari kita tanya orang Cina, apakah agama mereka? Jawapannya ialah orang Cina menganut berbagai agama termasuk Budhha, Taoism, Confucianism, Kristian dan Islam. Persoalannya, apakah ada di antara agama-agama ini menggalakkan amalan-amalan ‘biasa’ di kalangan orang Cina seperti berjudi, melanggani pelacur, menyimpan mistress di luar perkahwinan, hubungan sex di luar nikah dan sebagainya? Dan apakah ada agama yang membenarkan kebebasan tanpa batasan seperti  bertelanjang buat di pantai-pantai tertentu di sesetengan negara barat, kebebasan hubungan sex sejenis atau di luar nikah, kebebasan berkahwin sejenis, kebebasan tinggal sebumbung antara pasangan lelaki dan perempuan tanpa nikah, kebebasan melanggani pelacur, kebebasan ‘bekerja’ sebagai pelacur dan sebagainya?

Jawapannya amat mudah. Tidak ada agama yang mengajar penganutnya melakukkan perkara-perkara maksiat dan merosakkan akal-budi manusia. Walaupun agama-agama selain dari Islam tidak diterima oleh Allah swt, Tuhan Pencipta Alam, agama-agama tersebut pada umumnya mengajarkan amalan-amalan kehidupan yang baik. Kesalahan utama mereka adalah kerana gagal mentauhidkan Allah swt, Tuhan Yang Satu. Sebagai contoh,  Agama Kristian mengajar banyak nilai-nilai yang baik, seperti ‘love your neighbour’ dan sebagainya, tetapi agama ini ditolak kerana mempercayai bahawa Allah swt, Tuhan Yang Maha Esa, mempunyai anak bernama Isa(Jesus) yang merupakan sebahagian dari ‘Trinity’ Ketuhanan. Agama Buddha pula mempercayai Gautama Budhha sebagai Tuhan, walaupun penganutnya tahu bahawa alam maya ini telah wujud sebelum kelahiran Budhha sebagai seorang putra raja di India.

Walaupun orang Cina menganuti berbagai agama, dipercayai lebih dari 50% dari kaum Cina diseluruh dunia tidak mempercayai apa-apa agama. Mereka boleh dianggap sebagai golongan ‘Atheists’ iaitu tidak mempercayai Tuhan, sebagaimana difahami oleh agama-agama ‘ahlul-kitab’ seperti Kristian dan Yahudi. Mereka inilah yang menganuti amalan ‘liberalisma’ sosial, sebagaimana diamalkan oleh orang-orang barat, termasuk budaya-budaya sex bebas.  Persoalannya, apakah budaya ‘liberalisma’ ini terdapat di dalam mana-mana ajaran agama?

Di dalam semua parti politik sedang ‘kemaruk’ mencari undi menjelang PRU 13 akan datang, kita sebagai umat Islam perlu berwaspada terhadap penyebaran BUDAYA KUNING yang cuba disebarkan melalui konsep ‘kebebasan beragama’. Perlembagaan kita menjamin kebebasan beragama,  tetapi BUKAN kebebasan mengamalkan budaya kebebasan tanpa had seperti yang sedang diamalkan di barat dan telah menular ke dalam negara kita.

 

 


%d bloggers like this: