Posted tagged ‘Pakatan’

Will Snap-Election Allow UMNO/BN To Re-capture Selangor?

August 19, 2014

Before I go straight to the point, let me comment a bit on the ‘prize money’ of rm10,000.00 offered by UMNO Deputy President, TS Muhyiddin Yassin, for the would-be winner of ‘WOW FACTOR IN UMNO’.

Frankly, personally, I was a bit ‘ticklish’ with such a ‘generous’ offer of rm10,000.00….during an age when the winner of MAHARAJA LAWAK are accorded rm500,000.00 prize money…with the runner-up and third winners accorded rm300,000.00 and rm150,000.00 respectively.

I’m an ardent UMNO/BN supporter, but not an INSIDER. As such, I do not know whether the rm10,000.00 prize money to look for UMNO ‘WOW FACTOR’ was a personal offer by TS Muhyiddin, or his offer represented the UMNO MKT.

Despite the ‘generous’ prize money for the ‘Wow Factor’, let me try my luck….who knows this idea of mine can be considered as potential winner…..here how it goes:

Its surprising that it looks like BUSINESS AS USUAL for UMNO, despite all the ‘upheavals’ taking place in Selangor. Had such ‘upheavals’ taken place while Selangor is under the BN, and Pakatan in opposition, I’m very certain that Anwar Ibrahim and his strategists would have snapped such opportunity to ‘fire’ the rakyat to CHANGE GOVERMENT.

We can still remember very well, how Anwar Ibrahim snatched a last minute ‘gift’ in the form of HINDRAF ‘uprising’ in the run up to the 2008 General Election. Before the HINDRAF ‘uprising’, the Pakatan seemed to have no issue at all to shake the UMNO/BN. But its part of history how Pakatan took advantage of the ‘HINDRAF FACTOR’ to give the UMNO/BN a ‘bloody nose’.

What exactly is my point now?

Let me bring all back to the current crisis in Selangor. For the first time since 2008, the voters in Selangor are being made aware of the ‘skeletons under the carpet’ of Pakatan, notably the PKR. The grossly ‘inhumane’ way Khalid Ibrahim, the PKR MB of Selangor, is being hussled out of office is taking place against a background of PKR party election which were run by ‘law of the jungle’.

As a result, the fence sitter voters, estimated to be up to 30% of the voters, are proned to go against the Pakatan should a snap election being called in Selangor today. But is the UMNO/BN in Selangor taking full advantage of the present political turmoil in Selangor for BN political gains?

If TS Muhyiddin Yassin is looking for a ‘Wow factor’ in UMNO, I’m sure, this can be considered as THE ONE!!

ISA – Apakah Presiden UMNO Tidak Peka Denyut Hati Ahli-Ahli dan Umat Melayu?

May 27, 2014

Umat Melayu dan ahli-ahli UMNO sendiri TERGAMAM apabila Internal Security Acts(ISA) dimansukhkan. Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya, apakah cadangan untuk memansukhkan ISA pernah dibahaskan di mana-mana Perhimpunan Agung UMNO? Malah, apakah ianya keputusan Majlis Tertinggi UMNO?

Dari apa yang kita semua tahu, hanya parti-parti pembangkang sahaja yang menuntut supaya ISA dimansukhkan…mungkin pemimpin-pemimpin mereka bimbang akan menjadi tahanan ISA…Namun begitu, kalau kita jenguk ke negara jiran kita di selatan, Singapura tetap mengekalkan ISA, yang diwarisi dari zaman penjajah Inggeris. Terbukti ISA berkesan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Singapura.

Sehari dua lepas, PERKASA sekali lagi mempelupuri Dialog Awam Perpaduan Nasional yang antara lain membincangkan isu ISA. Dari kenyataan Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA, majoriti NGO yang menyertai Dialog tersebut mahukan Kerajaan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, atau ISA.

Aku amat yakin dan percaya, rumusan dari dialog tersebut amat bertepatan dengan aspirasi dan hasrat ‘rank-and-file’ parti UMNO itu sendiri, selain dari menjadi menepati harapan dan hasrat umat Melayu/Islam di negara ini. Sejak ISA dimansukhkan, di mana sahaja aku berjumpa dan berbincang dengan orang-orang Melayu yang menyokong UMNO dan Kerajaan, 100% beranggapan bahawa kepimpinan UMNO telah membuat kesilapan besar untuk memansukhkan Akta tersebut.

Memandangkan tindakan Kerajaan memansukhkan ISA telah tidak memberikan sebarang ‘political milage’ kepada BN, berdasarkan PRU13 yang lalu, adalah amat wajar untuk Kerajaan lebih mendengan ‘denyut nadi’ penyokong-penyokong UMNO/BN sendiri….kerana undi merekalah yang telah mengekalkan memenangkan UMNO di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Adalah kurang bijak, kalau mengikut pepatah Melayu, ‘Yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat’…

Aku mencabar kepimpinan tertinggi UMNO, khususnya Presiden UMNO sendiri, untuk lebih peka dengan ‘denyut nadi’ pengundi-pengundi yang telah mengekalkan Kerajaan UMNO/BN. Kalau inginkan 100% kepastian, apa salahnya diadakan satu REFERANDUM di kalangan seluruh keahlian UMNO di seluruh negara, bagi menentukan samada ‘rank-and-file’ UMNO mahu ISA dikembalikan, demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Tahniah Majlis Syura Ulama PAS

January 14, 2013

Sebagaimana telah dilapurkan oleh beberapa agensi berita, Majlis Syura Ulama PAS akhirnya telah mengambil keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu di dalam mesyuarat mereka malam semalam. Keputusan ini amat melegakan dan menggembirakan umat Islam.

Keputusan ini sudah tentu memberikan TAMPARAN HEBAT kepada beberapa kerat pemimpin-pemimpin kanan PAS, termasuk Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Hj Abdul Hadi, dan ‘juak-juak’ Anwar Ibrahim di dalam PAS termasuk Timbalan Presiden Mohd Sabu, Naib-Naib Presiden Solahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, serta ahli-ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad.

Tahniah kepada barisan para ulama PAS yang tegas mempertahankan kesucian agama Islam, khususnya Timbalan Mursyidul Am Dr Harun Din dan Ketua Dewan Ulama Ustaz Harun Taib.

Kemenangan golongan ulama PAS ke atas ‘juak-juak’ Anwar di dalam barisan kepimpinan tertinggi PAS di dalam isu penggunaan kalimah ALLAH wajar dijadikan LANDASAN untuk membawa semula PAS kembali ke pangkal jalan, termasuk mengkaji semula keputusan untuk mengadakan ‘tahalluf siasiyy’ atau kerjasama politik dengan DAP .

Sekali lagi, tahniah Majlis Syura Ulama PAS.

 

Kebebasan Beragama BUKAN BERMAKNA Kebebasan Melakukan Maksiat.

December 11, 2012

Isu kebebasan beragama hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Nurul Izzah meletakkan PKR dan PAS di dalam keadaan amat tertekan apabila membuat kenyataan mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak bebas memilih agama. DAP pula mempersoalkan tindakan Kerajaan Kelantan menyaman pengusaha saloon yang membenarkan pekerja perempuan memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya. DAP bertambah bising bila dua pasangan bukan Islam ditangkap di Kelantan atas tuduhan berkhalwat.

Sebelum ini, aku banyak mempersoalkan tindakan-tindakan Kerajaan PAS Kelantan, malah perubahan mendadak matlamat-matlamat perjuangan PAS setelah bersekongkol dengan DAP. Tetapi di dalam kedua-dua kes tersebut di atas, aku lebih cenderung menyokong pendirian Kerajaan PAS Kelantan mengadakan peraturan-peraturan  bagi menyekat BUDAYA KUNING dari menular ke dalam masyarakat kita.

Di dalam mentafsirkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan berhubung kebebasan beragama, kita kena bezakan antara KEBEBASAN BERAGAMA dengan KEBEBASAN SOSIAL. Mari kita tanya orang Cina, apakah agama mereka? Jawapannya ialah orang Cina menganut berbagai agama termasuk Budhha, Taoism, Confucianism, Kristian dan Islam. Persoalannya, apakah ada di antara agama-agama ini menggalakkan amalan-amalan ‘biasa’ di kalangan orang Cina seperti berjudi, melanggani pelacur, menyimpan mistress di luar perkahwinan, hubungan sex di luar nikah dan sebagainya? Dan apakah ada agama yang membenarkan kebebasan tanpa batasan seperti  bertelanjang buat di pantai-pantai tertentu di sesetengan negara barat, kebebasan hubungan sex sejenis atau di luar nikah, kebebasan berkahwin sejenis, kebebasan tinggal sebumbung antara pasangan lelaki dan perempuan tanpa nikah, kebebasan melanggani pelacur, kebebasan ‘bekerja’ sebagai pelacur dan sebagainya?

Jawapannya amat mudah. Tidak ada agama yang mengajar penganutnya melakukkan perkara-perkara maksiat dan merosakkan akal-budi manusia. Walaupun agama-agama selain dari Islam tidak diterima oleh Allah swt, Tuhan Pencipta Alam, agama-agama tersebut pada umumnya mengajarkan amalan-amalan kehidupan yang baik. Kesalahan utama mereka adalah kerana gagal mentauhidkan Allah swt, Tuhan Yang Satu. Sebagai contoh,  Agama Kristian mengajar banyak nilai-nilai yang baik, seperti ‘love your neighbour’ dan sebagainya, tetapi agama ini ditolak kerana mempercayai bahawa Allah swt, Tuhan Yang Maha Esa, mempunyai anak bernama Isa(Jesus) yang merupakan sebahagian dari ‘Trinity’ Ketuhanan. Agama Buddha pula mempercayai Gautama Budhha sebagai Tuhan, walaupun penganutnya tahu bahawa alam maya ini telah wujud sebelum kelahiran Budhha sebagai seorang putra raja di India.

Walaupun orang Cina menganuti berbagai agama, dipercayai lebih dari 50% dari kaum Cina diseluruh dunia tidak mempercayai apa-apa agama. Mereka boleh dianggap sebagai golongan ‘Atheists’ iaitu tidak mempercayai Tuhan, sebagaimana difahami oleh agama-agama ‘ahlul-kitab’ seperti Kristian dan Yahudi. Mereka inilah yang menganuti amalan ‘liberalisma’ sosial, sebagaimana diamalkan oleh orang-orang barat, termasuk budaya-budaya sex bebas.  Persoalannya, apakah budaya ‘liberalisma’ ini terdapat di dalam mana-mana ajaran agama?

Di dalam semua parti politik sedang ‘kemaruk’ mencari undi menjelang PRU 13 akan datang, kita sebagai umat Islam perlu berwaspada terhadap penyebaran BUDAYA KUNING yang cuba disebarkan melalui konsep ‘kebebasan beragama’. Perlembagaan kita menjamin kebebasan beragama,  tetapi BUKAN kebebasan mengamalkan budaya kebebasan tanpa had seperti yang sedang diamalkan di barat dan telah menular ke dalam negara kita.

 

 

Perwakilan UMNO Perlu Jawapan, Apakah Ada Sebarang ‘COVER UP’ Di Dalam Skandal Dana RM3billion Anwar Ibrahim.

November 24, 2012

Sudah letih NGO-NGO Melayu menjerit melolong berhubung DANA RM3BILLION Anwar Ibrahim yang telah didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor BNM, Dato’ Abdul Murad Khalid, melalui suatu Akuan Bersumpah yang telah dibuat oleh beliau pada tahun 1999. Hari ini, sahabat kita THE FLYING KICK telah sekali lagi menarik perhatian kita kepada skandal yang sama, termasuk memuat-turun sekali lagi kandungan penuh Akuan Bersumpah tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada THE FLYING KICK.

Kalau nak difikirkan, apakah kepentingan Dato’ Abdul Murad di dalam membuat Akuan Bersumpah tersebut. Beliau bukan seorang tokoh politik, dan beliau tidak dapat apa-apa faedah pun dari mendedahkan skandal tersebut. Pada pandangan aku, beliau sekadar ingin membersihkan namanya, setelah digunakan oleh Anwar Ibrahim sebagai ‘intermediary’ di dalam berbagai transaction, sebagaimana beliau dedahkan melalui Akuan Bersumpah tersebut.

Apa yang amat menghairankan dan menimbulkan banyak persoalan ialah, KENAPA, setelah lebih dari 10 tahun skandal tersebut didedahkan kepada umum, pihak berkuasa, khususnya SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA(SPRM) masih belum membuat sebarang keputusan, samada MENDAKWA Anwar Ibrahim di atas kesalahan RASUAH/PENYALAHGUNAAN KUASA, atau isytiharkan kepada rakyat bahawa TIDAK ADA KES untuk mendakwa beliau.

Telah lebih 10 tahun rakyat Malaysia menanti dengan sabar pihak SPRM menjalankan siasatan. Bermakna, telah lebih 10 kali UMNO Malaysia mengadakan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC sejak skandal tersebut sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia. Sebagaimana NGO-NGO Melayu yang pro-UMNO dan bloggers pro-UMNO, perwakilan UMNO dari seluruh negara terus setia kepada UMNO, parti keramat Bangsa Melayu ini. Mereka sentiasa berada di barisan hadapan bila pemimpin-pemimpin UMNO diserang dan difitnah oleh pihak lawan. Kita amat terkilan bila Ketua Wanita UMNO, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Menteri, untuk menjaga nama baik UMNO, apabila keluarganya dituduh menyalahgunakan wang National Feedlot, walaupun tuduhan tersebut belum pun dibuktikan di Mahkamah.

Dari beberapa lagi perkembangan terbaru, Pakatan, terutamanya PKR, akan menggunakan apa sahaja yang boleh diskandalkan bagi menjatuhkan imej pemimpin UMNO/BN dan memaksa mereka meletakkan jawatan dari parti dan Kerajaan. Apakah kita terlalu ‘naive’ di dalam berpolitik, apabila, contohnya,  membiarkan sahaja pihak lawan memaksa Ketua Wanita UMNO meletak jawatan di dalam satu tuduhan yang belum dibuktikan di mahkamah, SEDANGKAN kita hanya membiarkan sahaja pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim RASUAH/MENYALAHGUNAKAN KUASA semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, sehingga dapat menyalurkan dana RM3billion kedalam akaun-akaun dibawah kawalannya.

Sekiranya mereka yang telah diamanahkan untuk mengepalai SPRM gagal membongkar skandal kewangan yang sebegini besar, malah boleh menjadi sumber kewangan yang boleh digunakan bagi menghancurkan kuasa umat Melayu dan Islam di negara kita…..bukankah kita telah memberi masa terlalu lama kepada mereka untuk merungkai perkara ini. Apakah terlalu sukar untuk kita tukarkan sahaja Ketua-Ketua Jabatan yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan. Apatah lagi, akhir-akhir ini, semakin banyak NGO menarik perhatian kita semua kepada sebahagian pegawai Kerajaan yang menjadi ‘musuh dalam selimut’ atau ‘musang berbulu ayam’.  Jangan sampai timbul persepsi bahawa terdapat  ‘cover up’ di dalam kes-kes melibatkan pemimpin pembangkang, termasuk dalam skandal dana RM3billion Anwar Ibrahim ini.

Sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula minggu hadapan, aku percaya, inilah medan yang sesuai para Pemimpin UMNO yang bertanggung-jawab terhadap perjalanan agensi-agensi Kerajaan seperti SPRM, untuk ‘cover open’ dan merungkaikan segala kemusykilan dan persoalan rakyat Malaysia, termasuk para perwakilan UMNO, berhubung skandal DANA RM3BILLION ANWAR IBRAHIM ini. Para perwakilan UMNO yang datang beratus-ratus km, malah beribu km, dari seluruh negara, tidak wajar dibiarkan pulang ke kawasan masing-masing, tanpa mendapat jawapan kepada skandal ini….kerana mereka tidak redha, Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menggunakan DANA RM3BILLIONnya untuk terus melakukan PENGKHIANATAN terhadap Agama Islam dan Bangsa Melayu.

Kepada para perwakilan UMNO, selamat berhimpun dan selamat meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hidup UMNO!!!!

PAS Tidak Layak Menggunakan Nama ISLAM

November 12, 2012

Terlebih dahulu, kita wajar mengangkat topi kepada bekas aktivis dan ahli-ahli PAS yang telah berhimpun di Hotel Vistana beberapa hari lepas untuk meluahkan keperihatinan mereka terhadap hala-tuju PAS yang semakin hari tampak semakin jauh lari dari matlamat-matlamat perjuangan asalnya.

Namun begitu, aku ada sedikit kurang bersetuju dengan pandangan seorang ahli panel forum yang membuat kenyataan bahawa UMNO telah pun melaksanakan ‘Negara Kebajikan’, TANPA menegaskan juga bahawa UMNO juga telah pun menegakkan NEGARA ISLAM di bumi Malaysia ini. Berdasarkan perbahasan-perbahasan ulama berhubung syarat-syarat sesebuah negara diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam, jelas sekali, Malaysia ialah sebuah negara Islam. Sila rujuk penulisan-penulisan Dato’ Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam perkara ini.

Di dalam umat Islam, di bawah pimpinan UMNO, berjuang berhabis-habisan di dalam mempertahankan kekuasaan umat Islam di bumi Malaysia ini, kedudukan istimewa agama Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, dan kedudukan istimewa umat Melayu yang mendukung Islam di negara ini,  umat Islam sejak beberapa tahun lepas, terutama akhir-akhir ini menyaksikan berbagai tindak tanduk PAS yang tidak selaras dengan ‘perjuangan Islam’ yang cuba ditonjolkan oleh parti politik ini. Contoh yang amat ketara ialah apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas EXCO Agama Selangor, Dr Hassan Ali, telah dipecat oleh PAS berikutan ketegasannya mempertahankan serbuan JAIS ke atas Damansara Utama Methodist Church(DUMC) yang telah terlibat di dalam aktibiti ‘missionary’ ke atas orang Islam.

Di dalam isu percubaan menggunakan nama ALLAH bagi ‘God the Father’ di dalam Bible versi-Bahasa Melayu oleh Roman Catholic Church  Malaysia pula, PAS telah dilihat DAYUS, kerana mengikut rentak penganut Kristian, dipercayai lebih berasaskan pertimbangan politik dari pertimbangan agama. Roman Catholic bukan berasal dari negara Arab, oleh itu percubaan menggunakan justifikasi bahawa perkataan ‘Allah’ digunakan oleh Bible versi-Bahasa Arab tidak boleh diterima, memandangkan The Vatican, Rome, sebagai tempat asal agama Roman Catholics, dan sebagai kuasa tertinggi Roman Catholics seluruh dunia pun tidak pernah menggunakan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘God the Father’. Alhamdulillah, di atas ketegasan UMNO dan NGO-NGO Melayu mempertahankan kesucian agama Islam, percubaan tersebut telah digagalkan.

Apabila PAS terbukti bersedia untuk berkompromi dengan penganut Kristian di dalam menggunakan nama ALLAH, adalah tidak memeranjatkan jika PAS mengambil pendirian bahawa kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyokong kebebasan beragama untuk umat Melayu, hanyalah suatu perkara remeh dan tidak perlu diberi perhatian serius. Malah Presiden PAS, DS Hj Hadi, sendiri di dalam meremehkan isu tersebut memberikan gambaran bahawa PAS lebih mengutamakan persiapan menghadapi PRU13 dari berhadapan dengan ‘letupan’ di kalangan umat Islam berikutan kenyataan Nurul Izzah tersebut.

Tidak hairanlah jika ahli-ahli akar umbi dan bekas-bekas aktivis PAS mula berani menyuarakan pandangan ikhlas mereka. Kita harapkan gelombang penentangan di kalangan ahli-ahli akar umbi PAS terhadap KEDAYUSAN pemimpin-pemimpin mereka akan mendapat sokongan lebih meluas dari masa ke semasa, yang boleh berakhir dengan penubuhan suatu parti alternatif oleh ahli-ahli akar umbi PAS, atau penolakan terhadap pemimpin-pemimpin yang mendokong fahaman ‘Pluralisma’ dan ‘liberalisma’ agama.

Perkataan ‘PAS’ adalah singkatan kepada ‘Parti Islam Se-Malaysia’ mengikut ejaan jawi. PAS mempunyai justifikasi menggunakan perkataan ‘Islam’ pada namanya berdasarkan matlamat-matlamat asal perjuangannya termasuk menegakkan negara Islam, melaksanakan perundangan Hudud, menentang gejala Murtad, menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan sebagainya. Tetapi, apabila PAS telah bertukar menjadi sebuah parti politik yang hanya mementingkan undi dan kuasa, dan bersedia menggadai prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat perjuangan asal mereka, apakah PAS masih layak mengaitkan nama parti itu dengan ISLAM.

Aku percaya, tindak-tanduk PAS akhir-akhir ini telah MENGHILANGKAN kelayakan PAS untuk menggunakan nama ISLAM pada nama parti tersebut. Aku amat berharap JAKIM dapat mengkaji perkara ini dengan serius…..PAS tidah boleh dibiarkan lagi menyalah-gunakan perkataan ISLAM untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia.

 

Tahniah DS Nazri Tan Sri Aziz, Malaysia Bukan Negara Sekular

October 24, 2012

Suatu masa dahulu aku pernah tertanya-tanya kenapa DS Najib begitu ‘sayang’ kepada DS Nazri Tan Sri Aziz, sehingga mengekalkannya sebagai seorang menteri kabinet. Suatu masa dahulu DS Nazri ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang kurang menyenangkan umat Melayu.

TETAPI, pandangan aku terhadap DS Nazri berubah 180% apabila membaca kenyataan dan hujjahnya di Parlimen yang dengan tegas menegaskan bahawa Malaysia BUKAN SEBUAH NEGARA SEKULAR. Di atas ketegasan dan keberanian beliau,  aku dan kita  semua wajar mengangkat topi kepada beliau….tak rugi DS Najib membawanya masuk sebagai anggota kabinet….DS Nazri memang ada keistimewaan tertentu.

Aku terlalu sibuk hari ini untuk mengikuti perkembangan berikutnya, apakah Karpal Singh akan muncul untuk mematahkan hujah-hujah DS Nazri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Aku percaya, kenyataan tegas DS Nazri akan membuatkan Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin DAP lain, malah Anwar Ibrahim terduduk, kalau pun tidak menyebabkan mereka jatuh sasau.

Hujah DS Nazri amat simple, tetapi amat berkesan….tidak ada sepatah pun perkataan ‘sekular’ tercatit di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sedangkan Perkara 3(a) Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa ‘Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan…’, dan Perkara 3(b) pula menyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ‘Ketua ugama Islam’ di negeri masing-masing, sementara ketua ugama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja ialah Yang Dipertuan Agung. Malah terdapat banyak lagi peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada suatu ‘maqam’ istimewa di dalam sistem kenegaraan Malaysia.

Jelas sekali, Islam merupakan salah satu ‘corner stone’ di dalam ‘pembinaan’ negara kita. Sedangkan sebuah negara sekular memisahkan antara agama dan politik, sebagaimana diidamkan oleh KAFIR DAP.

Tahniah DS Nazri, dan boss beliau DS Najib, di atas ketegasan di dalam mempertahankan ‘kedudukan istimewa Islam’ di dalam negara kita. Sebagaimana telah ditegaskan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau masih Perdana Menteri, MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM.


%d bloggers like this: