Posted tagged ‘Parti Islam Se-Malaysia’

Apa Ada Pada Nama PAS, Nama ALLAH Pun Hj Hadi Rela Korbankan

April 9, 2013

Sejak ber’tahalluf siasiyy’ dengan PKR dan DAP, PAS nampaknya rela berkorban apa sahaja. Kalau 30 tahun dahulu pemimpin-pemimpin PAS berkorban KERANA ALLAH, sekarang pemimpin-pemimpin PAS sedia berkorban apa sahaja KERANA UNDI.

Semalam, beberapa blog melapurkan kenyataan Presiden PAS Hj Hadi merelakan calun-calun DAP bertanding di bawah nama PAS, sekiranya pendaftaran DAP dibatalkan sebelum PRU13. Amat jelas dan terang, PAS terlalu KEMARUK untuk mendapat bilangan kerusi yang banyak, walaupun pada hakikatnya kerusi-kerusi di atas nama PAS itu dimiliki oleh mereka dari parti yang terang-terang menentang konsep Negara Islam ‘Ala PAS’, juga menentang perlaksanaan hudud.

Pendirian PAS sedemikian tidak sedikit pun menghairankan kita semua. Sedangkan kalimah ALLAH pun Hj Hadi dan Nik Aziz RELA digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu…..inikan pula nama PAS.

Apatah lagi, singkatan kepada nama ‘Parti Islam Se-Malaysia’ sepatutnya bukanlah PAS…… tetapi PIS.

Kita semua memahami istilah-istilah ‘kasar’ bahasa Inggeris seperti PISSED OFF. Inilah sebenarnya nasib PAS…..menjunam dari sebuah parti yang dihormati kawan dan lawan….kepada sebuah parti yang membuatkan kita umat Islam terasa amat MUAL dan PISSED OFF.

Advertisements

Kejatuhan PAS – Dari ‘Parti Islam Se-Malaysia’ kepada ‘Parti Ajaran Sesat’

April 6, 2013

Sejarah negara kita telah menyaksikan muncul dan terhapusnya RATUSAN kumpulan-kumpulan berasaskan AGAMA, tetapi tergolong di dalam kumpulan-kumpulan pengamal AJARAN SESAT. Terdapat beberapa ‘jemaah’ AJARAN SESAT yang berjaya menarik puluhan ribu pengikut dan penyokong, antaranya DARUL ARQAM yang telah diharamkan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, telah mengejutkan beberapa pihak apabila secara TERBUKA dan IKHLAS menggambarkan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) sebagai PARTI AJARAN SESAT, berikutan kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, bahawa solat orang UMNO tidak diterima oleh Allah swt…..selain dari berbagai-bagai kenyataan beliau yang MENYESATKAN sebelum ini, termasuk membenarkan kalimah ALLAH digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu.

Walaupun kenyataan TS Muhyiddin telah dibuat secara tenang dan bersahaja, ianya memberikan implikasi yang amat besar. TS Muhyiddin ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan beliau diketahui umum adalah anak kepada seorang TOKOH ULAMA di negeri Johor suatu masa dahulu. Beliau juga diketahui umum amat berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan, walaupun terhadap ‘musuh’ politik seperti pemimpin-pemimpin PAS. Apabila TS Muhyiddin mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa PAS adalah ‘Parti Ajaran Sesat’, sudah tentu beliau telah membuat perhitungan tertentu dan berdasarkan fakta-fakta yang sahih.

Sebenarnya, TS Muhyiddin bukan orang pertama yang melabelkan PAS sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’. Kira-kira enam bulan yang lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu telah menganjurkan suatu seminar bertajuk PAS PARTI AJARAN SESAT di Kuala Terengganu. Malah, hampir setahun yang lalu, blog WARISAN TANAH MELAYU KITA telah pun menampilkan suatu penulisan di dalam Bahasa Inggeris atas tajuk ‘PAS – Parti Ajaran Sesat’.

Aku mengambil kesempatan ini untuk menyatakan SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI terhadap kenyataan TS Muhyiddin. Sememangnya, PAS telah SESAT, dan MENYESATKAN.

Mungkin sudah agak terlambat untuk Kerajaan mengambil tindakan terhadap PAS  sebelum PRU13, sebagaimana yang pernah diambil oleh Kerajaan terhadap jemaah-jemaah AJARAN SESAT yang lain termasuk Darul Arqam. Namun begitu, setelah BN kembali berkuasa selepas PRU13 , Kerajaan tidak boleh membiarkan lagi suatu ‘jemaah’ AJARAN SESAT seperti PAS untuk terus menyesatkan umat Islam di negara ini. Paling tidaknya, PAS tidak wajar terus dibenarkan menggunakan kalimah ‘Islam’ pada namanya, apatah lagi PAS sendiri telah menukar dasar perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan. Jadi apa salahnya jika nama PAS ditukar kepada Parti Kebajikan Se-Malaysia, atau PKS.

Tidak dapat dinafikan bahawa PAS telah melalui beberapa fasa ‘transformasi positif’ pada penghujung 1970an dan awal 1980an, dengan penyertaan tokoh-tokoh GERAKAN ISLAM, terutama dari kalangan bekas pemimpin gerakan pelajar baik dari dalam, maupun luar negara. Pada fasa tersebut, penyertaan di dalam proses demokrasi hanya dilihat hanya sebagai salah satu WASILAH atau CARA untuk berdakwah. Ringkasnya, KUASA POLITIK hanyalah suatu WASILAH DAKWAH, sedangkan MENEGAKKAN ISLAM adalah matlamat sebenar wasilah tersebut.

Malangnya, sejak akhir-akhir ini, PROSES DEMOKRASI sudah tidak lagi menjadi WASILAH DAKWAH bagi PAS. KUASA POLITIK telah bertukar menjadi MATLAMAT, sedangkan ISLAM telah dijatuhkan martabatnya sekadar menjadi ALAT untuk mengaburi mata pengundi beragama Islam.

PAS sememangnya sedang mengalami ZAMAN KEJATUHAN, dari sebuah ‘Parti Islam Se-Malaysia’, kepada ‘Parti Ajaran Sesat’.

Nik Aziz Tuduh UMNO Tolak Islam, Apakah Asasnya?

November 18, 2012

Aku baru mendengar komen Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, berhubung doa memohon kehancuran UMNO/BN yang diselangkan dengan pekikan  ‘KO UMNO! KO UMNO! KO UMNO!KO BN!’ di dalam majlis solat hajat yang diimamkan oleh adik beliau di Stadium Sultan Muhammad Ke 4, Kota Bharu, Kelantan, dua malam lepas, sempena Muktamar PAS, yang turut diaminkan oleh berpuluh ribu penyokong PAS.

Di antara komen beliau yang jelas aku dengar ialah ungkapan yang menbawa maksud bahawa  ‘UMNO tolak Islam’ di dalam dasar perjuangannya. Aku dan kita semua memang telah acap kali mendengar ungkapan ini dari Nik Aziz, tetapi kali ini, dia menjadikan ungkapan ini sebagai justifikasi untuk mempertahankan perlakuan mendoakan kehancuran UMNO/BN sebagaimana yang telah berlaku.

Baru semalam, Presiden PAS Hj Hadi telah memberikan komen tentang perlakuan yang sama. Namun, Hj Hadi telah tidak menggunakan hujjah agama yang sama. Sebaliknya Hj Hadi menggunakan justifikasi bahawa adalah boleh untuk seseorang yang dizalimi berdoa meminta kehancuran ke atas mereka yang berlaku zalim. Jelas sekali jawapan Hj Hadi amat berbeza dengan jawapan Nik Aziz. Namun begitu, kali ini aku ingin berkongsi pandangan dengan rakan-rakan bloggers, berhubung kenyataan Nik Aziz yang menuduh ‘UMNO tolak Islam’.

Aku dan kita semua tentu amat hairan, KENAPA Nik Aziz berulang kali menuduh ‘UMNO tolak Islam’? Sedangkan dia sedar bahawa ‘dua kalimah syahadah’ penyokong UMNO sama sahaja dengan ‘dua kalimah syahadah’ penyokong PAS. Dia tentu juga sedar bahawa masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara dipenuhi oleh penyokong PAS dan UMNO menunaikan rukun Islam tersebut. Penyokong UMNO juga berpuasa sebulan Ramadan, selain dari berpuasa sunat, sebagaimana penyokong PAS. Penyokong UMNO juga mengerjakan haji di Mekah sebagaimana penyokong PAS. Dan….penyokong UMNO yang mampu juga mengeluarkan zakat harta sebagaimana juga penyokong PAS. Jelas, secara individu, penyokong-penyokong UMNO menunaikan rukun-rukun Islam yang 5 sama seperti penyokong PAS.

Sekiranya secara individu, penyokong-penyokong UMNO tidak menolak Islam, apakah Nik Aziz bermaksud UMNO, sebagai sebuah parti politik, menolak Islam? Setiap surat rasmi UMNO akan terpampang slogan ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’. Apakah slogan ini menolak Islam? Poster-poster kempen pilihanraya UMNO biasanya akan mengandungi slogan ‘Membela Agama, Bangsa dan Negara’. Apakah slogan ini menolak Islam? Dan kalau Nik Aziz merujuk Perlembagaan UMNO di bawah perkara matlamat-matlamat penubuhan UMNO, di antara matlamat-matlamat penubuhan UMNO ialah ‘Menegak, Menyebar dan Mempertahankan Islam’. Kalau Nik Aziz kata ini pun tolak Islam, tak tahulah aku kot kot Nik Aziz ni dah nyanyok atau  kurang……

Di dalam aku mengkaji kenyatan LIAR Nik Aziz, aku teringat beberapa kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang menuduh UMNO sebagai pejuang ‘asobiyyah’, jadi dianggap oleh beliau tidak selari atau bertentangan dengan Islam. Nik Aziz mungkin merujuk kepada nama UMNO secara penuh di dalam Bahasa Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, di dalam Bahasa Inggeris, ‘United Malays National Organisation(UMNO)’. Berdasarkan nama yang mengandung perkataan ‘kebangsaan’ ini, Nik Aziz menuduh UMNO pejuang bangsa, oleh itu ‘asobiyyah’, sedangkan perkataan ‘kebangsaan’ di sini bermaksud ‘peringkat national’ atau ‘peringkat se-negara’, sebagaimana penggunaan perkataan ‘Bahasa Kebangsaan’, ‘Tugu Kebangsaan’, ‘Sekolah Kebangsaan’, Lagu Kebangsaan’, dan seumpamanya. Di dalam nama ‘Parti Islam Se-Malaysia’, perkataan yang digunakan bagi menggantikan ‘kebangsaan’ atau ‘negara’  ialah ‘se-Malaysia’.

Malah,sekiranya Nik Aziz beranggapan perjuangan untuk menjaga kepentingan ‘Bangsa Melayu’ itu ‘asobiyyah’ sekali pun, Nik Aziz masih jauh tersasar dari kebenaran. Presiden Kedua PAS, Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmy sendiri pernah menempelak mereka-mereka yang menyamakan ‘perjuangan bangsa’ dengan istilah ‘asobiyyah’. Apakah memerdekakan sesuatu bangsa dari penjajahan itu ‘asobiyyah’? Apakah usaha mengeluarkan sesuatu bangsa dari kemiskinan, buta huruf, dan kemunduran itu ‘asobiyyah’? Apakah usaha memajukan kawasan luar bandar yang didiami mejoriti umat Melayu itu ‘asobiyyah’? Apakah usaha melahirkan ratusan ribu professional Melayu, Pensyarah Melayu, usahawan Melayu dan tokoh korporat Melayu itu juga ‘asobiyyah’? Jawapannya semuanya BUKAN. Malah, segala usaha tersebut adalah bertepatan dengan kehendak-kehendak Islam!!!

Oleh itu, apakah  itu ‘asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam? ‘Asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam ialah ‘SIKAP TAKSUB KEPADA KUMPULAN sehingga melakukan kezaliman kepada pihak lain’. Pentafsiran inilah yang paling tepat berdasarkan maksud suatu hadith Rasulullah saw, yang aku sedia kupas dan bincang lebih lanjut jika ada permintaan.  Di dalam konteks politik negara kita, aku amat curiga dan bimbang, bahawa tindak -tanduk pemimpin dan penyokong PAS, di dalam mempertahankan perlakuan-perlakuan sumbang di kalangan mereka, sebagaimana yang telah berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke 4 dua malam lepas, adalah suatu manifestasi sikap ‘asobiyyah’ atau ‘taksub kepada kumpulan’ yang telah lama berakar umbi di dalam PAS, sehingga tidak terkawal lagi perasaan DENDAM KESUMAT dan KEBENCIAN KETERLALUAN sesama Islam.

Sebelum PAS menuduh ‘UMNO tolak Islam’, pimpinan dan penyokong PAS wajar bermuhasabah diri mereka, agar mereka dapat menjauhi bisikan-bisikan syaitan dan pengaruh-pengaruh kumpulan anti-Islam dari dalam dan luar negara, yang ingin melihat umat Islam bersengketa sesama sendiri, yang akhirnya akan menghancurkan sebarang tamaddun yang dibina oleh umat Islam. Sama-samalah kita berdoa agar Allah swt melindungi umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Malaysia kita, dari mala petaka dan kehancuran.

 


%d bloggers like this: