Posted tagged ‘Perlembagaan Persekutuan’

Melayu/Bumiputra Perlukan NGO Seperti PERKASA

December 23, 2013

Tahniah kepada Dato’ Ibrahim Ali dan PERKASA, di atas berlansungnya Perhimpunan Agung PERKASA semalam. Pada hemat aku, Ibrahim Ali merupakan ‘jantung’ kepada PERKASA. Tanpa Ibrahim Ali, hilanglah denyutan nadi PERKASA.

Semua kita sedar bahawa PERKASA lahir dari ‘tsunami’ PRU 2008. PERKASA lahir di saat UMNO sedang ‘licking the wounds’ akibat kemerosotan mendadak undi terhadap UMNO/BN pada PRU12 tersebut. Sejak kelahiran PERKASA, PERKASA dilihat telah memainkan peranan amat penting di dalam mempertahankan hak-hak Melayu/bumiputra, sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Malah, PERKASA dilihat seolah-olah memainkan peranan UMNO….semasa UMNO menyatukan umat Melayu di dalam menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Gambarkan perjuangan UMNO pada tahun 1946, sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. UMNO pada saat itu tidak jauh, malah lebih tegas, dari PERKASA sekarang di dalam menyuarakan perjuangan Melayu. Perjuangan UMNO pada saat itu sudah tentu akan dilabel sebagai ‘racist’ sekiranya diletakkan di pentas politik masa kini. Oleh itu, aku jadi sedikit hairan apabila Tengku Razaleigh sendiri seolah-olah ‘endorse’ persepsi negative kaum bukan Melayu terhadap PERKASA.

Bagi aku, perjuangan PERKASA selama ini hanya sekadar mengingatkan kembali kaum-kaum bukan Melayu tentang peruntukan-peruntukan tertentu Perlembagaan negara, yang merupakan ’embodiment’ kepada asas-asas utama penubuhan negara kita, termasuk KONTRAK SOSIAL antara penduduk asal negara ini dengan kaum-kaum pendatang. ini satu reaksi terhadap percubaan kaum bukan Melayu, khususnya parti DAP, yang semakin berani mempertikaikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan berkaitan.

Aku bukan seorang ahli PERKASA….salah satu sebabnya ialah kerana PERKASA tidak mempunyai kalimah ‘Melayu’ di dalam nama pertubuhan tersebut. Entah kenapa PERKASA lebih utamakan kalimah ‘bumiputra’ pun aku tak tahu. Sedangkan PERKASA berjuang untuk pertahankan hak-hak Melayu/bumiputra sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Bagi aku, kalimah ‘Melayu’ perlu didahulukan dari kalimah ‘Bumiputra’.

Pemilihan Pemuda UMNO Malaysia sedikit masa yang lalu menampakkan dengan jelas, UMNO mula ketandusan pemimpin-pemimpin pelapis berwibawa. Budaya politik wang yang masih berleluasa di dalam UMNO dipercayai telah menyebabkan ramai dari kalangan cerdik pandai Melayu kurang minat ‘bergelumang’ bersama UMNO. Di saat umat Melayu tercari-cari wadah perjuangan alternatif, PERKASA telah muncul menghulurkan tangan. Namun begitu, PERKASA masih lagi sebuah pertubuhan kerdil berbanding dengan UMNO. Tetapi kita jangan lupa bahawa UMNO sendiri lahir dari ‘perhimpunan’ 43 NGO Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada tahun 1946.

Apa yang URGENT sekarang, sebelum PRU14, NGO-NGO dan Bloggers Melayu perlu diselaraskan menjadi suara alternatif umat Melayu yang KUAT dan DIGERUNI. UMNO akan kekal sebagai wadah politik umat Melayu, tetapi UMNO hanyalah salah satu dari NGO-NGO Melayu. PERKASA juga adalah sebuah NGO Melayu. Senario politik semasa memerlukan NGO-NGO Melayu, termasuk UMNO dan PERKASA, berganding bahu meneruskan perjuangan Umat Melayu yang belum selesai.

Advertisements

BERNAMA Pun ‘Berjerebu’….Semenanjung Tanah Melayu ATAU Semenanjung Malaysia Barat???

June 25, 2013

Siapa tidak kenal BERNAMA, ringkasan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, atau Malaysian News Agensi. BERNAMA adalah antara rujukan-rujukan utama berita tempatan dan antarabangsa akhbar-akhbar Malaysia.

Semalam, tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar tempatan ialah DARURAT JEREBU yang telah diisytiharkan di Muar dan Ledang, serta berita tentang tahap jerebu yang telah mencapai peringkat MEMBAHAYAKAN di negeri-negeri pantai barat SEMENANJUNG, khususnya di negeri-negeri di bahagian selatan SEMENANJUNG, khususnya Johor dan Melaka.

Di dalam ‘mentelaah’ berita-berita tempatan, ‘menu’ utama aku adalah akhbar ‘pembela Melayu’, Utusan Malaysia.

Apa yang AMAT menarik perhatian aku di antara berita-berita di dalam Utusan Malaysia semalam ialah penggunaan perkataan/ayat  ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Tanah Melayu’. Seingat aku, amat jarang sekali akhbar-akhbar kita menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’. Sebagaimana dinyatakan di penghujung bahan berita tersebut, berita tersebut dirujuk kepada BERNAMA.

Namun begitu, di dalam akhbar PILIHAN umat Melayu tersebut juga, terdapat satu lagi bahan berita, yang juga merujuk kepada BERNAMA, menggunakan perkataan/ayat ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia Barat’.

Tercetus di fikiran aku, bagaimana sebuah agensi berita begitu hebat seperti BERNAMA masih ‘berjerebu’ tentang panggilan sebenar kepada sebahagian dari negara Malaysia bernama Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu merupakan nama negara kita semasa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu(Perlis, Kedah, Pulau pinang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan) telah bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, untuk membentuk MALAYSIA.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat Perkara-Perkara yang jelas merujuk kepada negeri-negeri Tanah Melayu, yang sudah semestinya terletak di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebaliknya, tidak ada istilah-istilah/nama-nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang ada ialah nama-nama negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, selain dari istilah ‘negeri-negeri Tanah Melayu’, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kita lupakan sahaja Singapura, kerana Singapura telah terkeluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemberita BERNAMA/Utusan Malaysia yang telah menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’, nama sebenar sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya nama ‘Semenanjung Malaysia Barat’.

Aku harap tidak timbul lagi masalah ‘jerebu’ tentang nama Semenanjung Tanah Melayu di kalangan pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar di Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu masih kekal sebagai nama ‘semenanjung’ di mana terletaknya 11 negeri-negeri Tanah Melayu, yang merupakan sebahagian dari Malaysia, selain dari Sabah dan Sarawak.

Menyatukan MELAYU/BUMIPUTRA Lebih Utama Bagi UMNO Dari Menyatukan Parti-Parti BN

May 27, 2013

Tanpa sokongan padu dari MELAYU/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK, DS Najib Tun Razak tidak ada peluang lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13. Demikian juga, TS Muhyiddin Yassin juga tidak berpeluang lagi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Demikianlah juga nasib ahli-ahli Parlimen UMNO, mereka tidak berpeluang lagi untuk menjadi menteri-menteri kabinet.

Tanpa sokongan padu dari UMNO/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK, DS Najib Tun Razak, TS Muhyiddin Yassin dan lain-lain ahli parlimen UMNO/BN akan mengisi tempat-tempat duduk di Parlimen yang dikhaskan untuk ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Sejak mengambil-alih dari Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia kira-kira 4 tahun lau, DS Najib Tun Razak, dan Timbalannya TS Muhyiddin Yassin, tanpa mengira penat lelah telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair untuk memperomosikan konsep 1MALAYSIA, dengan harapan kaum-kaum CINA/BUKAN BUMIPUTRA boleh hidup bersama dengan kaum-kaum MELAYU/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK, di dalam ruang lingkup peruntukan-peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Lebih 4 tahun DS Najib Tun Razak dan Timbalannya TS Muhyiddin Yassin telah menggunakan berbagai pendekatan dan cara untuk menarik kembali KAUM CINA supaya menyokong Barisan Nasional. Walaupun terdapat tekanan dari umat Melayu supaya Kerajaan menyatukan sistem persekolahan di negara ini menjadi SATU SISTEM SEKOLAH NASIONAL SAHAJA, BN masih bersedia menerima kewujudan sekolah-sekolah ‘vernacular’ Cina….demi mendapat sokongan kaum Cina.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG, kaum Cina di Malaysia nampaknya tidak cukup dengan mendapat peluang seluas-luasnya di segi perniagaan dan pendidikan. Kaum Cina belum berpuas hati dengan hakikat bahawa orang TERKAYA di Malaysia ialah dari kaum mereka, dan lebih 80% dari 100 orang terkaya di Malaysia adalah dari kaum Cina. Kaum Cina juga belum berpuas hati bahawa lebih dari 90% dari pemilikan hartanah perniagaan di Kuala Lumpur adalah milik kaum mereka.

JELAS SEKALI, kaum Cina bercita-cita besar untuk MEMEGANG KUASA  TERTINGGI di negara ini. Bagi mereka, hanya DAP yang berupaya memperjuangkan aspirasi mereka melalui Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai oleh PKR dan PAS. Bagi kaum Cina, mereka seolah-olah yakin bahawa DAP boleh menjadi KUASA PENENTU hala-tuju Pakatan Rakyat. Dengan KUASA PENENTU tersebut, kaum Cina berhasrat untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAY/BUMIPUTRA SABAH SARAWAK.

Bagi aku, 4 tahun sudah cukup panjang bagi DS Najib Tun Razak dan TS Muhyiddin Yassin untuk MEMUJUK dan MENGAMBIL HATI kaum Cina. CUKUPLAH TU DS dan TS….

Bagi tempoh 4 tahun akan datang, sebelum PRU14, aku percaya UMNO lebih bijaksana menggunakan tempoh masa tersebut untuk MEMUJUK kepimpinan dan ahli-ahli  PAS pula supaya bekerjasama dengan UMNO/BN. Tidak ada yang mustahil di dunia ini. Malah tidak ada sesiapa boleh menduga yang PAS sedia bekerjasama dengan parti KAFIR DAP sepuluh tahun lalu. Apatah lagi,  PAS mempunyai lebih banyak persamaan atau ‘common ground’ dengan UMNO, disegi matlamat-matlamat perjuangan, berbanding dengan DAP dan PKR.

Inilah CABARAN TERBESAR kepimpinan UMNO di dalam tempoh 4 tahun akan datang, BAGAIMANA meyakinkan PAS untuk meninggalkan Pakatan Rakyat….dan menyertai UMNO/BN.

Bagi aku, menyatukan MELAYU/BUMIPUTRA adalah jauh lebih utama dari cuba menggabungkan parti-parti komponen BN.

Mempertahankan Hak Melayu/Bumiputra BUKAN RASIS

May 19, 2013

Sebelum ini ada GOLONGAN KELIRU yang melabelkan perjuangan memartabatkan bangsa itu sebagai ‘assobiyyah’. Sedangkan ‘assobiyyah’ itu sebenarnya merujuk kepada SIKAP TAKSUB KEPADA KUMPULAN tertentu, tidak kira samada kumpulan itu ialah suatu bangsa, suatu parti politik, suatu persatuan, malah suatu kelompok yang lebih kecil. Malah, sebagaimana aku terangkan sebelum ini, sebuah parti yang menggunakan nama ‘Islam’ sekalipun boleh terjebak ke lembah ‘Asobiyyah’ sekiranya KETAKSUBAN kepada parti tersebut mendorong mereka berlaku tidak adil kepada  musuh-musuh politik mereka.

GOLONGAN KELIRU ini membuat kesilapan besar sekali lagi apabila sewenang-wenangnya melabelkan mereka-mereka yang mempertahankan perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan sebagai RASIS. Sebagaimana ramai telah maklum, terdapat 183 ‘Articles’ di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, antaranya ialah Article 3, Article 152 dan Article 153, yang menyentuh tentang perkara-perkara seperti Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan ‘Kedudukan istimewa Melayu/Bumiputra Sabah dan Sarawak’.

Perkara-perkara ini merupakan sebahagian dari ’embodiment’  KONTRAK SOSIAL di antara kaum-kaum terbesar di negara ini yang telah berlaku pada awal 1950an, beberapa tahun sebelum tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Melalui KONTRAK SOSIAL ini, umat Melayu bersetuju dengan desakan penjajah British untuk memberikan hak kerakyatan kepada 1,200,000 pendatang dari negara China, dan 300,000 pendatang dari India, DENGAN SYARAT, kaum pendatang yang diberikan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu itu mengiktiraf KEDUDUKAN ISTIMEWA BANGSA MELAYU sebagai penduduk dan pemerintah asal negeri-negeri Tanah Melayu. Dari KONTRAK SOSIAL inilah lahirnya sistem pengenalan MELAYU/BUMIPUTRA dan BUKAN MELAYU/BUKAN BUMIPUTRA.

KONTRAK SOSIAL tersebut adalah suatu KONTRAK atau PERJANJIAN, yang tidak mempunyai had masa, dan berkuat-kuasa SELAMA-LAMANYA, kecuali jika kedua-dua pihak bersetuju untuk membatalkannya. Sekiranya hanya suatu pihak sahaja yang berhasrat untuk membatalkannya, KONTRAK tersebut akan terus berkuat-kuasa dan WAJIB DIPATUHI oleh anak cucu kedua-dua pihak. Dari keputusan PRU13 baru-baru ini, amat terang dan jelas, bahawa DAP dan PKR begitu ghairah berkempen untuk MENGHAPUSKAN identifikasi MELAYU/BUMIPUTRA dan BUKAN MELAYU/BUKAN BUMIPUTRA sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan amat terang dan jelas, KAUM CINA telah menyokong DAP dan PKR. Ini bermakna kaum Cina telah ‘default’ atau GAGAL MEMATUHI PERJANJIAN.

Apabila kaum Cina GAGAL MEMATUHI PERJANJIAN, adalah amat wajar bagi kaum Melayu menuntut supaya kaum Cina MENYERAHKAN BALIK KERAKYATAN, dan kembali ke negara asal nenek moyang mereka, Tanah Besar Cina.

Namun begitu, terdapat suatu ‘trend’ di kalangan parti-parti pembangkang, khususnya PKR dan DAP, dan media-media mereka, untuk melabelkan sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan, khususnya melibatkan isu-isu agama dan bangsa, sebagai  RASIS. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak terlepas dari  dituduh RASIS. UMNO dituduh RASIS. Perkasa dituduh RASIS. Utusan Malaysia dituduh RASIS. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan dituduh RASIS. Malah sesiapa sahaja yang cuba bersuara mempertahankan perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan Malaysia akan dituduh RASIS.

Sebenarnya, penyokong-penyokong PKR dan DAP adalah GOLONGAN TERKELIRU. Tidak semua perbahasan yang merujuk kepada isu-isu bangsa itu tergolong di dalam RACISM atau ‘RASIS’. Hak-Hak Melayu/Bumiputra adalah di antara peruntukan-peruntukan penting di dalam Perlembagaan Persekutuan, berdasarkan KONTRAK SOSIAL sebagaimana telah dinyatakan. Hanya apabila DAP dan PKR mula mempersoalkan, mencabar dan berhasrat menghapuskan peruntukan-peruntukan tersebut, adalah menjadi TANGGUNG-JAWAB para pemimpin Melayu untuk MEMPERINGATKAN kembali kepada mereka apa yang telah dipersetujui oleh datuk nenek mereka, sebagai syarat datuk nenek mereka diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.

Oleh itu, mempertahankan Hak Melayu/Bumiputra BUKAN RASIS, tetapi adalah tindakan terpuji dan wajar, demi menjamin PEMATUHAN terhadap KONTRAK SOSIAL yang telah dipersetujui oleh NENEK MOYANG kepada bangsa Melayu, Cina dan India di negara ini.

Tahniah Majlis Syura Ulama PAS

January 14, 2013

Sebagaimana telah dilapurkan oleh beberapa agensi berita, Majlis Syura Ulama PAS akhirnya telah mengambil keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu di dalam mesyuarat mereka malam semalam. Keputusan ini amat melegakan dan menggembirakan umat Islam.

Keputusan ini sudah tentu memberikan TAMPARAN HEBAT kepada beberapa kerat pemimpin-pemimpin kanan PAS, termasuk Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Hj Abdul Hadi, dan ‘juak-juak’ Anwar Ibrahim di dalam PAS termasuk Timbalan Presiden Mohd Sabu, Naib-Naib Presiden Solahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, serta ahli-ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad.

Tahniah kepada barisan para ulama PAS yang tegas mempertahankan kesucian agama Islam, khususnya Timbalan Mursyidul Am Dr Harun Din dan Ketua Dewan Ulama Ustaz Harun Taib.

Kemenangan golongan ulama PAS ke atas ‘juak-juak’ Anwar di dalam barisan kepimpinan tertinggi PAS di dalam isu penggunaan kalimah ALLAH wajar dijadikan LANDASAN untuk membawa semula PAS kembali ke pangkal jalan, termasuk mengkaji semula keputusan untuk mengadakan ‘tahalluf siasiyy’ atau kerjasama politik dengan DAP .

Sekali lagi, tahniah Majlis Syura Ulama PAS.

 

Amanat Haji Hadi Mengandungi Dua TUDUHAN LIAR Terhadap UMNO

December 22, 2012

Aku tidak perlu memuat turun semula kandungan penuh AMANAT HAJI HADI yang menjadi HOT TOPIC di dalam seminggu dua ini. Ia timbul semula apabila ada bekas aktivis-aktivis PAS mendedahkan bahawa sehingga sekarang terdapat puluhan ribu ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang masih terpengaruh dengan ‘amanat’ tersebut, yang telah banyak menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, terutamanya di negeri-negeri pantai timur, Kelantan dan Trengganu.

Di dalam ‘amanat’ tersebut, Hj Hadi telah membuat kenyataan berupa TUDUHAN LIAR terhadap UMNO sebagai berikut:

1.   Menuduh UMNO mengekalkan perlembagaan penjajajah,  mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyyah.

2.  Menuduh UMNO mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Mari kita menilai kedua-dua tuduhan tersebut satu persatu, dan mencari kebenarannya.

Kita semua sedia maklum, proses penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu bermula selepas Penjajah British membatalkan Malayan Union di atas desakan umat Melayu, dan digantikan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dipersetujui sebagai suatu ‘transition’ atau tempoh peralihan, sebelum British memberikan kemerdekaan penuh kepada tanah ‘perlindungan’nya ini. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gebenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).

Suruhanjaya ini telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131 memorandum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi, termasuk dari Parti Perikatan(yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC) yang telah memenangi 51 dari 52 kerusi parlimen di dalam PRU pertama pada tahun 1954,  untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956.  Antara perkara penting yang dibincangkan oleh Suruhanjaya ini ialah pembentukan sebuah Kerajaan Pusat, kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pelantikan seorang Ketua Negara berperlembagaan dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu.  Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.

Sememangnya Suruhanjaya Reid telah bertindak sebagai ‘facilitator’ di dalam proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah, tetapi ini bukan bermakna pihak British telah memaksakan suatu ‘Perlembagaan Penjajah’ ke atas Persekutuan Tanah Melayu. Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal berdasarkan berbagai cadangan, usul dan memorandum oleh berbagai pihak mewakili rakyat Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal khas untuk  memenuhi cita-rasa dan latar-belakang sejarah Tanah Melayu, khususnya di dalam perkara-perkara melibatkan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi, dan kedudukan istimewa umat Melayu.

Jelas sekali bahawa tuduhan Hj Hadi bahawa UMNO mengekalkan Perlembagaan Penjajah adalah TIDAK BERASAS sama sekali.

Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu juga meletakkan kedudukan Islam di suatu tempat yang amat tinggi sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, yang memberi kuasa kepada Kerajaan mengggunakan kuasa dan peruntukan kewangan Kerajaan di dalam menyerapkan dasar-dasar Islam di dalam pentadbiran Kerajaan, menubuhkan institusi-institusi Islam seperti Bank Islam, Takaful Islam dan Universiti Islam, selain dari menyediakan ‘infra-srtuktur’ bagi membolehkan umat Islam mengamalkan rukun-rukun Islam, termasuk membina surau dan masjid, menubuhkan Tabung Haji dan Institusi Zakat dan sebagainya. Tidak lupa juga peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri-negeri yang meletakkan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di setiap negeri.

Ini juga bermakna, bahawa tuduhan Hj Hadi bahawa UMNO mengambil pendekatan ‘Politik suku, agama suku’ adalah juga MELESET.

Sekiranya Hj Hadi lebih bijak di dalam menganalisa ‘waqik’ atau realiti setempat dan semasa, besar kemungkinan beliau tidak akan terlanjur dan tersasar dari kebenaran.

 

 

DAP Boleh Diharamkan Mengikut Akta Pertubuhan 1966 Kerana Menyebarkan Konsep ‘Malaysian Malaysia’

December 17, 2012

Konsep ‘Malaysian Malaysia’ telah mula diperkenalkan oleh People’s Action Party(PAP) Singapura pimpinan Lee Kuan Yew sebaik sahaja Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963. Konsep ‘Malaysian Malaysia’ mengimpikan sebuah negara Malaysia di mana peruntukan ‘Hak Istimewa Melayu’ sebagaimana terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan.

Kesungguhan PAP mengembangkan ‘Malaysian Malaysia’ telah ditentang hebat oleh parti United Malays National Organisation(UMNO) yang merupakan tulang belakang kepada parti Perikatan, yang turut dianggotai oleh Malaysian Chinese Association(MCA) dan Malaysian Indian Congress(MIC). Keadaan ini telah membawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia. Tindakan ini dilihat sebagai suatu tindakan seperti ‘memotong’ sebahagian dari anggota badan seseorang yang berpenyakit kanser, bagi mengelakkan penyakit kanser tersebut dari merebak ke bahagian badan yang lain.

Namun begitu, penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak dapat menyekat pemikiran ‘Malaysian Malaysia’ sebagaimana diasaskan oleh PAP dari terus diperjuangkan oleh bekas penyokong-penyokong PAP di Malaysia, yang kemudiannya telah menubuhkan parti Democratic Action Party(DAP), yang sekarang ini dipimpin oleh Lim Kit Siang sebagai Penasihat, anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, dan Karpal Singh sebagai Pengerusi. Kepimpinan ini masih kekal berkuasa di dalam DAP setelah selesai Konvensyen Tahunan DAP semalam.

DAP  mengambil bahagian buat kali pertama di dalam proses pilihanraya di Malaysia di dalam PRU 1969, di mana parti tersebut telah memberikan impact yang agak besar di kawasan-kawasan di mana terdapat peratusan besar pengundi-pengundi Cina. Secara kebetulannya, beberapa hari selepas PRU 1969 tersebut, negara kita menyaksikan tercetusnya rusuhan kaum yang paling dahsyat di dalam sejarah negara selepas kemerdekaan.

Usaha berterusan DAP di dalam menyebarkan fahaman ‘Malaysian Malaysia’  telah dan akan terus menjadi ANCAMAN TERBESAR terhadap keamanan dan kestabilan negara. Walaupun dasar-dasar berpaksikan ‘Hak Istimewa Melayu/Bumiputra’ merupakan antara asas-asas utama penubuhan negara Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, DAP terus menjadikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan tersebut sebagai modal politik untuk menanam kebencian terhadap UMNO, dan rakan-rakan UMNO di dalam parti Perikatan, dan Barisan Nasional(BN). Malah Lim Kit Siang sendiri telah menulis sebuah buku berjodol ‘Time Bomb’ yang meramalkan bahawa negara ini akan berhadapan suatu ‘letupan perkauman’. Amat menghairankan, walaupun DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, DAP juga menjadi ‘God-father’ kepada pendokong-pendokong SEKOLAH ALIRAN BAHASA CINA.

Aku kerap bertanya, apakah wajar sebuah parti politik seperti DAP, yang memperjuangkan matlamat-matlamat yang BERTENTANGAN dengan semangat dan kandungan Perlembagaan Persekutuan, dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan berdaftar, malah dibenarkan bertanding di dalam PRU di Malaysia, dan mempengaruhi hala-tuju dan dasar-dasar negara Malaysia. Aku telah membuat kajian-kajian tentang Akta Pertubuhan 1966, dan telah mendapat sebahagian dari jawapan-jawapannya. Di antara yang menarik perhatian aku ialah Perkara 2A dengan tajuk: ‘PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERDAFTER HENDAKLAH BERGERAK MENGIKUT PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN’.

Perkara 2A mencatatkan: ‘Adalah menjadi tanggung-jawab setiap pertubuhan berdaftar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan urusan-urusannya, dengan menentukan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertepatan dengan, dan menyumbang ke arah memenuhi dan mematuhi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri, dan jika terdapat apa-apa aktiviti atau urusan mana-mana pertubuhan yang melanggar, atau merendahkan, atau bertentangan dengan, atau tidak mempedulikan tentang…..kedudukan istimewa Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak….sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Pendaftar Pertubuhan boleh MEMBATALKAN pendaftaran pertubuhan tersebut….’

Setelah mengkaji peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966, aku mencapai suatu kesimpulan, bahawa terdapat beberapa parti-parti politik di negara ini, terutamanya DAP, yang telah begitu lama menjalankan kegiatan-kegiatan dan urusan-urusan yang boleh dianggap sebagai MELANGGAR, atau MERENDAHKAN, atau BERTENTANGAN DENGAN, atau TIDAK MEMPEDULIKAN, peruntukan-peruntukan Perlembagaan, khususnya berhubung HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA. Keadaan ini telah dibiarkan berterusan sejak begitu lama sehingga telah bercambah dan berkembang POLITIK DENDAM DAN BENCI ke seluruh pelusuk negara.

Akta Pertubuhan 1966 amat jelas peruntukan-peruntukannya. Akta tersebut juga menetapkan SIAPAKAH YANG BERTANGGUNG-JAWAB untuk memantau segala kegiatan dan urusan pertubuhan-pertubuhan berdaftar, dan apakah tindakan-tindakan di bawah bidang kuasa mereka yang boleh dikuat-kuasakan, apabila ada pertubuhan-pertubuhan yang mana aspirasi, matlamat dan kegiatan mereka BERTENTANGAN dengan semangat dan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Aku amat berharap NGO-NGO Melayu, termasuk UMNO, dan bloggers yang pro-UMNO/BN supaya mengkaji perkara ini dengan lebih lanjut, supaya kita dapat mempastikan bahawa parti-parti politik yang beraspirasi, bermatlamat dan bertindak BERTENTANGAN dengan kandungan dan semangat Perlembagaan Persekutuan diBATALkan pendaftaran mereka, dan tidak dibenarkan untuk bertanding di dalam pilihanraya di negara ini.


%d bloggers like this: